Chapter 2

Secret Love

Suho menghempaskan badannya di atas katilnya yang besar. Dia melonggarkan tali lehernya dan melepaskan keluhan kecil.

"Sekolah hari ni betul-betul memenatkan dan membosankan" bebel Suho seorang diri.

Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. Dia mencari-cari kalau ada sesuatu yang menarik yang boleh menghilangkan bosannya. Malangnya tiada. Suho mendengus kasar. Tiba-tiba ada panggilan masuk. Tentera nama Sulli di skrin telefonnya.

"Haish! Minah gedik ni nak apa" rungut Suho seorang diri.

Dia dah naik menyampah dengan perangai gedik Sulli. Suho cuba menjauhkan diri dari Sulli tetapi Sulli mengugut akan mencederakan dirinya kalau Suho tidak melayannya. Suho menjawab panggilan tersebut dengan malas.

"Hello sayang. You buat apa tu?" Sulli melembutkan suaranya dengan manja.

"I tengah jawab panggilan you la. Buat apa lagi" jawab Suho selamba. Dah tau tanya lagi buat apa.

"Hihihi. Pandai you buat lawak" Sulli ketawa dengan manja yang dibuat-dibuat.
Suho dah menyampah mendengar ketawa Sulli tu.

"Bila masa pulak aku buat lawak. Memang betul pun aku tengah jawab panggilan kau" kata Suho dalam hati. Dia menjelingkan matanya ke atas.

"You jom teman I shopping"

"I sibuk la" Suho cuba untuk mengelak. Padahal dia tak ada apa-apa nak buat pun. Malas dia nak layan kerenah Sulli yang mengada tu.

"Alah you ni. Teman sekejap je. You dah tak sayang I ke? Nanti I terjun bangunan baru tau" Sulli cuba mengugut Suho. Sulli tau Suho pasti akan dengar cakapnya.

"Eleh, macam la berani. Terjun la. Ada aku kisah" marah Suho dalam hatinya. Suho sengaja tak nak cakap depan-depan. Nanti silap hari bulan Sulli terjun bangunan betul-betul dia jugak yang akan dipersalahkan. Minah tu bukan boleh agak apa yang akan dia buat.

"Okay la okay la. Bagi I setengah jam. Jap lagi I ambil you" balas Suho seperti tak ikhlas. Memang tak ikhlas pun.

"Okay. Thank you sayang. Muah" Sulli memberikan flying kiss dihujung talian. Suho buat muka menyampah lalu menekan butang merah.


Chorong sedang bersiap-siap didalam biliknya. Bomi ingin membawanya ke suatu tempat tetapi dia pun tak tau ke mana. Chorong mengenakan seluar jeans biru gelap dan blouse putih. Rambutnya yang panjang dan lurus diikat ponytail.

"Kau nak bawa aku ke mana ni?" tanya Chorong setelah menaiki kereta Bomi yang dipandu oleh drivernya.

"Kau kan nak pindah sekolah baru, jadi kita shopping la barang sekolah kau" terang Bomi yang excited seperti dia yang akan bertukar sekolah.

"Barang sekolah aku masih boleh pakai lagi la. Tak payah susah-susah la" Chorong cuba membantah tindakan sepupunya itu.

"Nope! Sekolah baru kena la beli barang baru. Uniform kau pun mesti kena tukar. Mana boleh pakai uniform sekolah lama kau. Kau jangan risau all is on me"

Chorong cuba membantah lagi tetapi Bomi segera menutup mulutnya. Bomi hanya ketawa melihat Chorong cuba menarik tangan Bomi dari mulutnya. Akhirnya mereka tiba di shopping mall dan mereka pun mencari barang yang diperlukan Chorong.

"Kau tunggu sini jap boleh? Aku nak pergi sana jap" kata Bomi kepada Chorong apabila mereka tiba disebuah kedai pakaian. Ada sesuatu yang ingin dibelinya. 

Chorong hanya mengangguk. Sementara menunggu Bomi, Chorong melihat baju-baju yang dipamerkan disitu. Sedang dia leka melihat baju, tiba-tiba ada seseorang melanggarnya lalu Chorong pun terjatuh ke lantai.

"Aduh!" kata Chorong mengaduh kesakitan.

"Sayang you okay tak?". Kedengaran seorang perempuan bertanya kepada lelaki yang melanggarnya.

"Hei! Kau ni buta ke? Kau langgar boyfriend aku kenapa?  Mesti kau sengajakan? Mentang-mentang boyfriend aku ni hensem". Perempuan tersebut mula menengking Chorong.

Chorong panas hati mendengar kata-kata perempuan tersebut.

"Hei! tolong sikit. Boyfriend kau tu yang langgar yang aku. Tak de masa la aku saja-saja nak langgar boyfriend  kau tu. Aku tak pandang pun la boyfriend kau ni. Banyak lagi lelaki yang lagi hensem kat luar sana"

"Kau ni..."

"Dah la you. Malu la ramai orang tengok. I okay je la" Suho memotong kata-kata Sulli. Dia tak nak perkara ni berlarutan.

"Lain kali kalau jalan guna mata bukan guna lutut" pesan Suho dengan nada marah kepada Chorong.

Belum sempat Chorong membalas kata-kata Suho, Suho dan Sulli dah berlalu pergi.

"Haish! Mamat ni. Dia yang langgar aku lepas tu nak salahkan aku pulak. Lain kali kalau tak nampak pakai cermin mata. Tak pun buat pembedahan baiki mata kau tu dengan makwe kau tu sekali" marah Chorong sambil memandang ke arah Suho dan Sulli yang berlalu pergi.

"Eh, kau marah siapa?" tegur Bomi apabila melihat Chorong marah-marah seorang diri.

"Tadi ada mamat buta mana entah yang langgar aku. Lepas tuduh aku yang langgar dia" terang Chorong dengan rasa tak puas hati.

"Alah maafkan la dia. Diakan buta memang tak nampak. Takkan tu pun kau nak marah" Bomi cuba meredakan amarah Chorong.

"Masalahnya dia bukan betul-betul buta. Aku saja je panggil dia buta sebab suka hati je langgar orang"

"Owhhh. Eh, jom la cari barang kau yang lain."

Diorang berdua pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk membeli barang keperluan Chorong. Bomi yang terlebih excited sedangkan Chorong dah sakit kaki kerana berjalan terlalu lama. Dah lebih 2 jam mereka shopping di mall tersebut. Setelah selesai shopping, mereka pun pulang ke rumah.

=====================================

Macam mana dengan first two chapter? OK or KO or NOT BAD? Please leave a comment ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait