Chapter 3

Secret Love

Keesokan harinya Chorong bangun awal pagi kerana dia perlu melaporkan diri di sekolah baru. Chorong memakai uniform barunya dan mengikat rambutnya. Chorong mencapai beg sekolahnya lalu turun ke bawah untuk bersarapan.

"Selamat pagi omma" kata Chorong lalu mencium pipi Puan Park.

"Selamat pagi" jawab Puan Park lalu mengambil tempat dihadapan Chorong.

"Dah bersedia ke nak masuk sekolah baru?". Puan Park memandang anak kesayangannya lalu menyuapkan nasi goreng kimchi ke mulutnya.

"Dari semalam lagi dah bersedia. Lagipun kan ada Bomi kat sekolah tu. Tak la kekok sangat kan". Chorong menyuapkan suapan terakhir ke mulutnya.

Puan Park hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Okay la. Chorong pergi dulu omma". Chorong melangkah ke pintu dan memakai kasutnya.

"Eh! Bomi kau buat apa kat sini?" tegur Chorong apabila melihat Bomi tercegat di hadapan rumahnya.

"Nak jemput kau la. Start hari ni kau pergi sekolah dengan aku" jawab Bomi lalu menghampiri Chorong yang baru selesai memakai kasut.

"Kau ni tak payah susah-susah la. Aku boleh naik bas". Chorong tak suka menyusahkan orang lain walaupun Bomi tu adalah sepupu dia.

"Dah kau jangan banyak cakap. Kau naik je dengan aku". Bomi kenal sangat perangai si Chorong ni. Suka menolak tuah.Bomi segera menarik Chorong ke dalam kereta.

 

 

"Wah! Besarnya sekolah kau Bomi". Mulut Chorong ternganga luas melihat sekolah barunya.

"Mulai sekarang ni sekolah kau jugak" ucap Bomi sambil menarik Chorong supaya mengikutnya.

Tiba-tiba kedengaran teriakan pelajar perempuan. Mereka berdua berpaling ke belakang. Bagi Bomi tu adalah perkara normal.

"Ada apa tu?" soal Chorong ingin tau. Sakit telinganya mendengarkan teriakan pelajar-pelajar perempuan tu yang dah macam terkena histeria.

"Prince sekolah ni dah datang la tu". Bomi hanya memandang pelajar perempuan tersebut berteriak. Dia tak berminat nak join.

"Prince sekolah?". Chorong mengjongketkan keningnya.

"Yup. Nama dia Suho. Dia tu digilai ramai kat sekolah ni sebab rupa dia yang kacak dan dia cerdik juga tau. Dia menjadi kebanggaan cikgu kat sekolah. Dia juga pelajar paling kaya kat sekolah ni. Bapa dia merupakan penyumbang terbesar PIBG kat sekolah ni tau". Bomi menerangkan secara detail tentang Suho pada Chorong.

Chorong hanya mengangguk dan mereka akhirnya sampai ke pejabat sekolah. Chorong masuk ke dalam pejabat manakala Bomi terus ke kelasnya. Setelah urusan pendaftaran selesai, Chorong menuju ke kelasnya diiringi Cikgu Kim iaitu guru kelasnya.

"Okay kelas hari ni kita ada pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu". Puan Kim berkata kepada semua pelajar kelas 5-1.

"Anneonghaseyo Park Chorong imnida. Bangasemida". Chorong memperkenalkan dirinya lalu menunduk hormat.

"Okay kamu boleh mengambil tempat kamu" arah Cikgu Kim.

Chorong mengangguk dan mengambil tempat di sebelah Bomi. Chorong memulakan pembelajaran di sekolah barunya seperti biasa. Apabila tiba waktu rehat, Bomi mengajak Chorong ke kafe dan mereka mengambil tempat di tepi tingkap. Sedang mereka tengah makan tiba-tiba Bomi bersuara.

"Hah! Tu la prince sekolah ni". Bomi menunjuk ke arah Suho yang sedang berjalan ke kafe bersama gengnya.

Chorong menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Bomi. Mata Chorong membulat melihat orang yang diperkatakan oleh Bomi. Hampir tercekik roti yang dimakannya.

"Kalau kau nak tau dia ni la yang langgar aku semalam". Chorong menerangkan kepada Bomi. Tak sangka dia akan satu sekolah dengan 'mamat buta' ni.

"Seriously?" tanya Bomi seperti tidak percaya.

"Betul. Aku yakin aku tak silap orang". Chorong memandang tajam ke arah Suho.

Suho perasan pandangan Chorong ke arahnya. Suho tau dialah orang yang melanggarnya semalam.

"Dia sekelas dengan kita tau". Tiba-tiba Bomi berkata.

"WHAT?!". Chorong hampir tersedak minuman yang diminumnya tadi.

"Asal aku tak nampak pun dalam kelas tadi?".

"Kau yang tak perasan kot". Bomi menyuapkan lebihan sandwich ke dalam mulutnya.

"Korang nampak tak minah yang tengah pandang ke sini tu. Dia tu la yang langgar aku semalam". Suho berkata kepada gengnya.

Mereka semua berpaling ke arah Chorong. Chorong segera memandang ke tempat lain apabila perasan yang mereka sedang memandangnya. Setelah tamat waktu rehat, Chorong masuk ke dalam kelas seorang diri kerana Bomi ke tandas. Pelajar lain belum masuk ke kelas lagi.

"Woi!". Tiba-tiba ada seseorang yang menegur Chorong. Chorong segera berpaling dan kelihatan Suho sedang menuju ke arahnya.

"Kau yang langgar aku semalam kan?". Suho berdiri dihadapan meja Chorong sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Eh! Kau yang langgar aku. Masih tak mengaku lagi" marah Chorong. Dia menjeling Suho dengan ekor matanya.

"Owh jadi betul la kau orang tu. Kau tau tak kau dah jatuh kan maruah aku" kata Suho dengan geram.

"Apa yang kau mengarut ni? Bila masa aku jatuhkan maruah kau". Chorong mendengus geram. Suka-suka hati je dia menuduh orang.

"Kau tak ingat semalam? Kau cakap 'aku tak pandang pun la boyfriend kau ni. Banyak lagi lelaki yang lagi hensem kat luar sana'. Belum pernah lagi ada orang kata macam tu kat aku. Kau menjatuhkan maruah aku sebagai lelaki yang paling kacak kat sekolah ni".

"Owh ye ke? Kalau macam tu biar la aku jadi orang yang pertama". Chorong tersenyum mengejek ke arah Suho. Lelaki paling kacak konon. Ramai je aku yang lebih kacak dari kau.

Kata-kata Chorong menaikkan darah Suho. "Kau...".

Belum sempat Suho menghabiskan kata-katanya, kelihatan beberapa  orang pelajar masuk ke kelas.

"Kau ingat, kau dengan aku belum habis lagi". Suho memberi amaran kepada Chorong lalu terus ke tempat duduknya.

Chorong tak mengendahkan kata-kata Suho. Dia hanya mencebikkan bibirnya.

 

Siapa pergi EXOrDIUM in Malaysia semalam?? Mesti best kan?! Saya tak dapat pergi sebab takde duit... TT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait