Chapter 17

Secret Love

Chorong melangkah masuk ke dalam kelas. Bomi yang melihat kehadiran Chorong segera menuju ke mejanya.

“Kenapa aku tengok kau lain macam je hari ni?” tanya Bomi sambil menongkat dagunya.

“Apa yang lain macam?” tanya Chorong kembali.

“Selalunya aku tengok tiap pagi mesti muka kau masam je. Lebih-lebih lagi lepas tinggal dengan Suho ni. Hari ni aku tengok kau macam happy je. Ada apa-apa yang aku tak tau ke?”. Bomi tersenyum nakal ke arah Chorong.

“Takda apa lah. Aku happy pun salah ke?”. Chorong pun baru perasan yang lately ni hubungan dia dengan Suho agak baik. Kalau tak asyik nak bergaduh je. Tiba-tiba dia teringat peristiwa malam tadi.

********************************************

Chorong sedang mencuci pinggan di singki setelah mereka selesai makan malam. Tiba-tiba Suho memeluknya dari belakang dan meletakkan dagunya diatas bahu Chorong. Hampir terlepas pinggan yang dipegang Chorong kerana terkejut.

“Kau buat apa ni?” tanya Chorong dengan gagap.

“Takda apa. Saja nak teman kau cuci pinggan” balas Suho sambil tersenyum.

Kalau sebelum ni dia akan meronta kalau Suho cuba memeluknya tapi sekarang ni dia seakan suka dengan pelukan Suho. Dia pun tak faham kenapa. Kadang-kadang apabila mereka tidur bersama dia berharap Suho akan memeluknya.

*****************************************

“Woi! Yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa?”.

Lamunan Chorong terhenti dengan sergahan Bomi. “Takda apa lah”.

Bomi menjeling ke arah Suho. “Aku tengok Suho pun happy semacam je. Mesti ada something yang kau tak bagi tau aku ni”.

“Betul takda apa-apa cuma hubungan aku dengan Suho lately ni agak baik sikit”.

Bomi mengangguk tanda faham. Chorong pun menjeling ke arah Suho dan matanya bertembung dengan mata Suho. Suho pun tersenyum ke arah Chorong.

‘Suho pun happy macam aku juga ke?’. Chorong bertanya dalam hatinya.

“Chorong!”. Tiba-tiba seseorang memanggil namanya. Chorong segera berpaling ke arah pintu kelas.

“Owh Minho-ah”. Chorong segera bangun dan menuju ke arah Minho. Chorong sempat melihat riak wajah Suho yang berubah menjadi masam. Dia tau yang Suho tak suka dia berjumpa dengan Minho.

“Anneong” tegur Minho.

“Anneong. Ada apa awak datang jumpa saya?”.

“Takda apa. Saja nak berborak dengan awak. Tak boleh ke?” tanya Minho yang melihat Chorong seakan gelisah.

“Bukan tak boleh tapi lain kali boleh tak awak jangan datang kat kelas saya? Kalau awak nak jumpa saya, awak whatsapp je saya okay?” ujar Chorong dengan berhati-hati agar Minho tak terasa hati.

“Kenapa?” tanya Minho pura-pura tak tau.

“Awak tau kan saya dah kahwin. Jadi saya tak nak Suho fikir yang bukan-bukan. Lagipun awak tau kan Suho tak suka saya berkawan dengan awak”.

“Owh okay. Takpe. Saya faham. Kalau macam tu saya balik kelas dulu la”.

Chorong mengangguk dan melambaikan tangannya ke arah Minho.

Minho melangkah pergi sambil tersenyum sinis. ‘Nampaknya kau dah mula sayang kan dia Park Chorong. Plan aku berjalan lancar’. Minho tersenyum bangga sambil melangkah menuju ke kelasnya.

Chorong masuk ke dalam kelas kembali dan melihat Suho sudah tiada di tempat duduknya. Chorong menghela nafas berat. “Macam mana aku nak explain kat dia nanti?” fikir Chorong.

 

Sepanjang perjalan pulang ke rumah Suho hanya mendiamkan diri. Chorong tak berani bersuara apabila melihat air muka Suho yang dingin. Apabila sampai di rumah Suho segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Chorong. Chorong agak terguris dengan perbuatan Suho. Tiba-tiba dia rasa seperti ingin menangis tapi dia cuba bersabar.

Ketika waktu tidur, Suho memusingkan badannya membelakangi Chorong. Chorong yang terseksa dengan dengan sikap Suho yang berdiam diri, menghampiri Suho.

“Suho” panggil Chorong lembut.

Suho yang baru memejamkan mata tersentak dengan panggilan Chorong. Inilah kali pertama Chorong memanggilnya dengan nama.

“Aku tau kau tak tidur lagi. Aku nak minta maaf pasal pagi tadi. Aku tau kau tak suka aku berkawan dengan Minho tu” ucap Chorong sambil memegang bahu Suho tapi Suho hanya berdiam diri.

“Kau tak nak maafkan aku ke?”.

Chorong kecewa apabila tiada balasan dari Suho. Baru Chorong ingin turun dari katil, tiba-tiba Suho berpusing dan menolak Chorong ke atas tilam. Mata Chorong membulat memandang Suho yang berada di atas nya.

“Kau tau tak aku jealous tengok kau dengan Minho tu? Bila kau dengan Minho, aku tengok kau sentiasa tersenyum tapi bila dengan aku, kau mesti bermasam muka. Aku tau kau tak cintakan aku tapi tolong hormat aku sebagai suami kau. Aku maafkan kau tapi aku harap sangat kau tak jumpa dengan Minho tu selalu sebab aku rasa dia bukan lelaki yang baik”. Suho menghela nafas lega setelah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Tiba-tiba kedengaran Chorong menangis teresak-esak. Suho yang panik segera bangun dan memeluk Chorong.

“Kenapa kau menangis ni?” tanya Suho sambil menyeka air mata Chorong.

“Aku ingat kau tak nak maafkan aku dan tak nak cakap dengan aku dah” ujar Chorong dengan suara yang teresak-esak.

“Takkan lah sebab benda kecil tu pun aku tak nak maaf kan kau”.

“Aku terasa tau tak bila kau tak pedulikan aku”.

Suho tersenyum mendengar kata-kata Chorong. “Okay sorry-sorry. Dah jangan menangis dah. Aku cemburu tadi sebab tu aku tak nak cakap dengan kau”.

“Kau jangan buat lagi macam tu” ujar Chorong dengan mimik muka seperti anak kecil yang baru lepas merajuk.

“Okay aku janji aku takkan buat lagi”. Suho mengangkat tangannya seperti bersumpah.

“Okay dah jom tidur”. Suho menarik Chorong supaya berbaring di sebelahnya. Dia tak melepaskan pelukannya di pinggang Chorong. Chorong pula menyembamkan muka ke dada bidang Suho. Suho tersenyum sendiri apabila menyedari Chorong mula menerima dia dalam hidupnya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait