Chapter 13

Secret Love

Chorong kembali ke sekolah seperti biasa selepas cuti weekend berlalu.Begitu juga dengan Suho tetapi mereka masih pergi ke sekolah berasingan. Baru saja Chorong melangkah kakinya ke kawasan sekolah, Minho segera menegurnya. Chorong segera berpaling ke belakang.

"Owh Minho-ah. Anneonghaseyo!" kata Chorong sambil melambaikan tangan ke Minho.

Minho tersenyum lalu membalas ucapan Chorong. "Anneong Chorong-ah".

"Macam mana weekend? Okay?" tanya Minho setelah mendapatkan Chorong.

"Okay je. Takde apa-apa yang menarik pun berlaku. Saya jalan-jalan cuci mata je kat mall" balas Chorong.

"Owh ya! Saya memang ada nampak awak waktu mall kat hari tu tapi saya tak sempat nak tegur. Btw saya nampak ada Suho sekali. Korang keluar sekali ke?" tanya Minho pura-pura tak tau. Minho sengaja cuba mengumpan Chorong.

"Owh yang tu? Aaaa..saya kebetulan terserempak dengan dia lepas tu dia ajak minum-minum sekali" kata Chorong dengan gagap sambil tersenyum kelat.

Minho hanya mengangguk sambil tersengih. Melihat muka Chorong yang cuak memuaskan hatinya.

"Saya pergi kelas dulu eh" Chorong segera berlalu meninggalkan Minho.

Dalam perjalanannya ke kelas, Chorong perasan banyak mata yang memandangnya seperti tak puas hati. Matanya beralih ke papan kenyataan yang dikerumi ramai pelajar. Mata Chorong membulat apabila melihat artikel yang terpapar di situ.

'BERITA TERGEMPAR! SUHO DAN CHORONG MERUPAKAN PASANGAN SUAMI ISTERI!'

Semua pelajar disitu memandangnya seperti menuntut penjelasan. Chorong menundukkan wajahnya lalu segera pergi dari situ.

'Aku tau ni angkara siapa. Mesti si Sulli mental tu!' dengus Chorong dalam hatinya.

Tiba-tiba Chorong terserempak dengan Suho yang baru datang. Chorong segera meluru ke arah Suho.

"Ni semua kau punya pasal!" marah Chorong sambil menuding jarinya ke muka Suho.

"Kenapa kau marah-marah ni? Aku buat apa?" tanya Suho yang kebingungan.

"Sekarang ni satu sekolah dah tau pasal kita!" 

Muka Suho tidak menunjukkan riak terkejut sebab dia dah jangkakan perkara ni. Suho hanya menunduk lalu mengeluh.

"Kenapa kau nak marah? Kita bukan buat salah. Kita suami isteri yang sah. Takda apa yang nak dimalukan. Kau tak suka ke orang tau kau isteri aku?"

"Aku tak suka. Aku tak nak orang tau. Kita kahwin pun sebab terpaksa".

Suho agak terluka dengan kata-kata Chorong. Nampaknya Chorong masih tak boleh terima perkahwinan ni.

"Okay fine! Aku salah. Sekarang ni kau nak aku buat apa supaya kau maafkan aku?". Suho memandang Chorong yang masih menahan amarah.

"Takda apa yang kau boleh buat. Even kau cuba nafikan pun orang takkan percaya. Sekarang ni aku kena  berdepan dengan peminat-peminat fanatik kau. Mesti diorang akan serang aku cukup-cukup. Apalah malang nasib aku!" kata Chorong sambil mendengus kasar.

"Aku akan protect kau. Kalau diorang ada apa-apa kan kau. Bagitau aku. Biar aku sendiri berdepan dengan diorang" kata Suho sambil memegang kedua-dua bahu Chorong. 

Chorong mengangkat mukanya dan memandang tepat ke arah mata Suho. Jelas terpapar keikhlasan di matanya. Tanpa sedar Chorong mengangguk selepas mendengar kata-kata Suho. Suho tersenyum lalu mengusap kepala Chorong sebelum berlalu pergi. Chorong memandang Suho yang berlalu pergi dengan muka yang merona kemerahan.

-----------------------------------------------------------------------------------

Chorong segera pergi ke kantin apabila tiba waktu rehat. Semua pelajar perempuan masih memandangnya dengan pandangan tajam. Chorong mengeluh lalu mengambil tempat yang agak tersorok dari orang ramai. Baru Chorong ingin menyuap roti ke mulutnya, Minho datang duduk dihadapannya. 

"Kenapa awak tak bagitau yang Suho tu suami awak?" tanya Minho berpura-pura sedih.

Chorong rasa bersalah dengan pertanyaan Minho. "Saya bukan tak nak bagitau awak. Saya tak nak kecoh satu sekolah. Tengok sekarang apa yang jadi. Saya minta maaf sebab tak jujur dengan awak. Saya dengan Suho pun kahwin bukan sebab cinta. Jadi saya rasa tak penting kot nak bagi tau awak." jelas Chorong dengan panjang lebar.

"Saya tak penting ke bagi awak?" Minho cuba memprovoke Chorong.

"Eh tak. Bukan macam tu. Awak penting bagi saya. Awak kawan saya cuma saya memang tak nak siapa-siapa tahu pasal ni."

Minho hanya mengangguk sambil tersenyum. Chorong berasa lega melihat senyuman Minho.

Setelah selesai makan, Chorong meminta izin untuk ke tandas. Minho pula terus balik ke kelas. Setelah menyelesaikan hajatnya, Chorong ingin membasuh tangannya. Kemudian beberapa orang pelajar perempuan masuk ke tandas. Seseorang dari mereka menutup pintu tandas tersebut. Mereka menghampiri Chorong yang berdiri di sinki.

"Apa hubungan kau dengan Suho? Macam mana kau boleh jadi isteri dia?" tanya salah seorang dari mereka sambil menolak bahu Chorong.

"Kau tak pandai baca eh? Terang-terang tulis kat papan kenyataan tu yang aku dan Suho suami isteri". Chorong membalas kata-kata perempuan tersebut.

"Eh berlagak betul kau ni. Mesti kau yang tampal artikel tu kan. Konon mengaku isteri Suho. Jadi orang gaji sesuai la kot. Hahaha". Mereka semua gelak terbahak-bahak.

"Sedar la diri sikit. Suho tak pandang la perempuan macam kau ni. Kau ni bukan taste Suho. Lain la macam kitorang ni lawa dan hot" kata mereka sambil mengekek ketawa.

"Eh aku tak masa la nak layan korang. Whatever la korang nak fikir apa. Yang penting aku memang isteri Suho yang sah. At least aku dapat juga merasa jadi isteri dia. Daripada korang berangan je lebih tapi habuk pun takde. Puih!". Chorong menolak mereka semua dan keluar dari tandas tersebut.

Mereka semua mendengus geram mendengar kata-kata Chorong. "Woi! kitorang tak habis lagi dengan kau".

Mereka segera mengejar Chorong dan menarik rambutnya. Chorong menjerit kesakitan akibat tarikan tersebut. Kebetulan Suho yang lalu disitu melihat kejadian tersebut.

"Woi!" sergah Suho lalu segera mendapatkan Chorong.

Apabila mereka melihat Suho datang ke arah mereka, perempuan tadi segera melepaskan rambut Chorong.

"Korang buat apa ni?" tanya Suho dengan nada marah.

"Dia ni kononnya mengaku isteri oppa. Jadi kitorang marah la dia sebab kitorang tau mesti oppa tak suka kan?"

"Korang siapa nak marah-marah dia. Korang takda hak nak marah-marah dia. Dia memang isteri aku. Korang semua boleh bla sekarang!" marah Suho.

Mereka segera berlalu pergi apabila melihat muka Suho yang kemerahan akibat menahan amarah. Apabila mereka dah pergi, Suho segera memeriksa keadaan Chorong.

" Diorang ada buat apa lagi kat kau? Bagi tau aku" kata Suho sambil membetulkan rambut Chorong yang kusut.

"Takde apa. Aku okay". Tanpa sedar air mata Chorong jatuh ke pipi.

Suho terkejut melihat Chorong menangis lalu segera mengusap air mata Chorong dan memeluknya.

"Aku minta maaf sangat-sangat. Sebab aku kau kena hadapi semua ni"

Chorong hanya mendiamkan diri. Dia menangis teresak-esak di dada Suho. Suho mengusap lembut kepala Chorong. Melihat Chorong menangis hatinya begitu sakit. Suho berjanji akan membahagiakan Chorong dan tak akan membiarkan sesiapa menyakitkan Chorong. Setelah tangisan Chorong reda, mereka kembali ke kelas seperti biasa.

 

=============================================

Sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update 🙇. Busy + takde idea. Enjoy the latest update!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 18: tak sangka setahun jugak tunggu update huhuhu
lyanaesyaz #2
Chapter 17: suho behave..hahahaha..tq update authornim
lyanaesyaz #3
Chapter 15: i've waited for long for this story..tq update authornim..it's okay if you bz..take your time..i'll wait