Bab 1

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 1

 

 

Aku selalu berangan untuk pegang tangan kekasih aku dengan erat sambil berlari dalam kerumunan orang ramai. Kami akan berlari tanpa hiraukan lautan orang yang ada di sekeliling. Berlari tanpa rasa lelah. Berlari sambil tersenyum dan ketawa. Berlari merentasi segala halangan yang ada di depan mata. Berlari dan berlari tanpa henti dan apa yang pasti, tangan kami akan sentiasa bertaut tanpa sesaat pun dilepaskan.

Romantik bukan?

Tapi…

“Seungcheol ! Cepat ! Laju lagi !”

Apa yang aku lalui sekarang ni, jauh panggang dari api dengan apa yang aku bayangkan. Ya ! Aku memang tengah berlari. Berlari selaju mungkin dalam lautan orang ramai yang berpusu-pusu di tengah jalan. Aku berlari bersama dengan seorang gadis. Tangannya aku genggam erat supaya kami berlari bersama dan takkan terpisah. Masalahnya, gadis ni bukan la gadis yang aku cintai. Sebaliknya…

 

“Aku benci kau, Rara ! Kau selalu buat masalah !” tanpa sedar, Seungcheol menempik gadis yang berada di sebelahnya. Kakinya dah lenguh berlari. Rara ni pun satu, dari tadi terhegeh-hegeh. Nafasnya dah tercungap-cungap tapi dia tak boleh berhenti. Kalau dia berhenti, sama makna dengan dia menyerah diri untuk dibelasah oleh orang-orang yang mengejar mereka berdua.

“Lari je la Seungcheol ! Sekarang bukan masa untuk kau luahkan isi hati kau.” Rara yang ditarik Seungcheol untuk berlari membalas. Dia pun sebenarnya dah tak larat. Kakinya dah sakit. High heels yang dipakai menyukarkan lagi pergerakannya.

“Laju sikit !” Seungcheol berkata agak dingin. Dia betul-betul sakit hati dengan gadis bernama Rara ini. Tak habis-habis susahkan dia. Waktu mula-mula kerja dengan dia dulu, tak pernah pulak disebut yang ada sesi kejar-mengejar dalam list tugasan dia. Seungcheol kadang-kadang menyesal sebab dah terima kerja jadi pembantu peribadi Rara ni. Ini dah macam bukan kerja pembantu peribadi dah !

“Kaki aku sakit la ! Aku pakai heels.” Rara mengeluh. Lariannya masih diteruskan walaupun sudah agak perlahan. Seungcheol resah. Di belakang mereka, sekumpulan lelaki sedang mengejar dan makin merapati. Hish ! Semua ni sebab Rara. Kalau bukan sebab gadis ini, tak ada maknanya dia nak dikejar oleh orang.

Seungcheol merengus geram. Dia akhirnya melepaskan tangan Rara yang dari tadi digenggamnya. Rara agak cemas bila Seungcheol lakukan sebegitu. Namun, rasa cemasnya hilang bila Seungcheol tunduk dan menghalakan belakangnya kepada Rara.

“Naik !”

Tanpa berlengah, Rara memanjat belakang Seungcheol.

“Aduh ! Beratnya !” keluh pembantu peribadinya itu sebelum menyambung langkah untuk terus berlari.

“Go ! Go ! Go ! Tak payah nak mengeluh sangat !” Rara tak mengendahkan keluhan Seungcheol.

Dengan sepenuh tenaga yang ada, Seungcheol terus berlari sambil mengendong Rara di belakangnya. Tak guna punya majikan. Ini pun sepatutnya tak ada dalam list tugasan tapi tak tau la kenapa, dia kena buat semua ni ! Kalau ringan macam kertas tak apa jugak, Ini? Seungcheol rasa angkut tong gas dua bijik lagi ringan dari cik Rara sorang ni. Badan nampak kecik tapi beratnya tak terkata. Berat dosa la tu !

“Seungcheol ! Diorang makin dekat ! Apa nak buat ni?” Rara menoleh ke belakang dan mula gelabah. Mana taknya? Di belakang dia dan Seungcheol, empat orang bekas teman lelakinya mengejar dengan perasaan marah. Semua tak berpuas hati dengannya. Sebab apa? Sebab Rara permainkan mereka yang kononnya dah bagi cinta sepenuhnya pada Rara. Alih-alih, gadis ini main kayu tiga. Bayangkan, dia bercinta dengan empat orang lelaki dalam satu masa yang sama!

Seungcheol buntu. Dia dah penat berlari.

“Apa kata kau turun dan minta maaf kat diorang? Kau memang salah dalam hal ni.” Seungcheol mula mengeluarkan idea bernas yang tak bernas bagi Rara. Gadis itu merengus kuat.

“Hell no ! My price ! Aku takkan sama sekali jatuhkan maruah aku untuk minta maaf kat diorang.” balas Rara angkuh.

“Pride la bodoh ! Pride ! Bukan price.”  sempat lagi Seungcheol membetulkan ayat Inggeris Rara yang salah dalam masa-masa sebegini. Ayat dah la berlagak. Salah pulak tu ! Memang betul la Rara ni bodoh. Bodoh sombong !

“Diam la, Seungcheol ! Sekarang bukannya kelas bahasa Inggeris. Baik kau terus berlari. Kalau tak, kita akan mati.”

Rara membidas Seungcheol dengan kasar.

Kita? Kita akan mati? Boleh sesiapa bagitau sebab kenapa Seungcheol terlibat sama dalam hal ni? Setahu dia, bukan dia yang main kayu tiga dengan empat lelaki sekali gus jadi kenapa dia pun kena mati bersama Rara? Ah, sudah ! Tak tau pulak dia yang dalam kerja ni dia kena amalkan konsep ‘You Jump, I Jump’ bersama dengan majikannya.

“Rara ! Kasut kau tu, cepat tanggalkan dan baling kat diorang.” Seungcheol tiba-tiba dapat idea untuk menyelamatkan diri.

“Hah? Buat apa?” Rara tanya soalan yang tak patut ditanyakan dalam keadaan sebegini.

“Suruh diorang pakai untuk fashion show, Rara ! Baling je la ! Untuk lengahkan diorang tu !” Seungcheol dah naik angin. Banyak pulak tanya.

“Tak nak ! Ini Prada aku ok? Aku baru beli dua hari yang lepas !” kata Rara dengan nada yang riak. Dia tak rasa yang riak dia tu boleh membawa maut?

“Kau sayang Prada atau diri kau ha? Baling je la !” Seungcheol dah tak tahan. Rara ni banyak songeh sangat !

“Fine !”

Heels baru yang disarung ke kaki ditarik keluar dan dengan berat hati, dia melontar sekuat hatinya pada empat pengejar di belakang.

“Sorry, bae !”

Empat lelaki yang mengejar mereka mula bertaburan lari semata-mata untuk mengelakkan diri dari terkena tumit kasut tujuh inci yang nipis itu. Takut jugak. Kalau kena kepala, mahunya berlubang.

Dengan ini, rancangan Seungcheol untuk melengahkan mereka berjaya. Dia melajukan langkah mendahului di depan dan berlari sekuat hatinya. Rara di belakang masih dikendong memandangkan gadis itu sudah kehilangan sebelah kasutnya.

Seungcheol mencelah masuk ke belakang bangunan dan bersembunyi di situ. Termengah-mengah dia dibuatnya.   Dengan selamba, dia melepaskan Rara kasar. Gadis itu jatuh terduduk ke atas permukaan jalan tar. Sakit punggung dibuatnya. Seungcheol memang nak kena !

Handbag yang dijinjit sejak tadi ditarik dan dijadikan senjata untuk menyerang Seungcheol. Memang itu cara Rara untuk melepaskan geram pada pembantu peribadinya yang seorang ini. Seungcheol mula berundur agar tak terus dihentam oleh Rara.

“Kau ni tak guna la Seungcheol ! Habis heels aku ! Aku baru beli ! Mahal pulak tu ! Kau mampu ke nak ganti?”

Seungcheol buat tak endah. Patut ke dia yang disalahkan? Rara dah lupa agaknya punca sebenar mereka berdua dikejar.

“Sakit tau tak? Kau hempas aku macam aku ni tong sampah !” Rara belum habis mengomel lagi. Kali ni dia marahkan Seungcheol kerana lelaki itu sengaja membuatkan dia jatuh terduduk.

“Eh, bukan memang tong sampah ke?” kali ni Seungcheol bersuara. Nafasnya cuba diatur semula setelah termengah-mengah tadi.

“Seungcheol !”

Pemuda itu sekadar ketawa sinis saat Rara mula mengamuk. Lantaklah ! Dia yang patutnya sakit hati dengan perempuan ni. Masuk ni dah berapa kali dia terlibat sekali dengan masalah Rara yang pelik-pelik macam ni. Bulan lepas, dia kena tumbuk dengan lelaki mana entah semata-mata sebab minta nombor telefonnya. Semua ni permintaan Rara. Bukan kehendaknya. Tak fasal-fasal kena tumbuk sebab lelaki tu ingat dia gay. Semuanya gara-gara Rara !

Keadaan menjadi tenang semula. Mungkin lelaki-lelaki yang mengejar mereka tadi sudah tak ada atau sudah hilang jejak. Mungkin juga mereka berempat sudah berputus asa. Seungcheol menjenguk di sebalik dinding bangunan tempat mereka bersembunyi dan menghela nafas lega. Tak ada apa yang perlu mereka risaukan lagi. Seungcheol bersandar pada dinding lantas mengelap peluh yang sudah membasahi mukanya. Tekaknya terasa ker

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD