Bab 9

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 9

 

 

“Bos, saya dah jumpa Kim Yoora.”

Suara Jeonghan kedengaran teruja. Dia rasakan satu kejayaan besar sudah berjaya dikecapi. Nasib sangat berpihak kepadanya. Merata tempat dia mencari gadis itu akhirnya dia temukan di kawasan perumahannya juga. Kerjanya ternyata dipermudahkan.

“Kat mana?” suara di hujung talian juga tak kurang terujanya.

Jeonghan menghela nafas seketika.

“Itu yang saya agak pelik. Dia dah tak tinggal di rumah banglo Tuan Kim lagi tapi sekarang dia tinggal di kawasan rumah pangsa murah yang saya dan adik saya tinggal. Kebetulan kan bos?”

“Apa? Dia tinggal di rumah murah? Kau biar betul? Budak tu manja orangnya. Tak mungkin !”

Jeonghan ketawa mendengar kata-kata bosnya itu.

“Saya pun mulanya tak percaya tapi lepas saya siasat, saya yakin itu dia. Kim Yoora yang bos cari betul-betul ada depan saya dan saya dah pun berkenalan dengan dia tadi. Bos jangan risau, saya akan cuba rapat dengan dia lagi lepas ni.”

“Bagus. Buat masa ni, kau jangan pindah lagi dari rumah tu memandangkan Yoora tinggal di sana. Kau terus perhatikan dia sampai dapat arahan seterusnya. Faham?”

Jeonghan mengangguk lantas mengiyakan kata-kata dari bosnya itu. Panggilan ditamatkan setelah hampir beberapa minit digunakan untuk berbual dengan majikannya yang berada jauh di China itu.

Akhirnya, Jeonghan dapat menarik nafas lega. Dia telah menemukan orang yang dia cari. Kini, misinya perlu diteruskan setapak lagi ke hadapan. Gadis bernama Kim Yoora itu perlu dia dekati demi melangsaikan tugas yang diberikan.

 

 

Mama, Rara dah tak tinggal di rumah kita lagi. Rara dah kena halau. Dah tak ada apa-apa yang hebat pada Rara sekarang ni. Rara dah tak ada duit, harta, kawan-kawan, rumah dan paling sedih sekali,Rara dah tak ada mama dan papa. Papa hilangkan diri, sama macam mama dulu. Semua ni salah Rara ke? Rara jahat selama ni sampai mama dengan papa tak sanggup nak jaga Rara lagi?

Sudah lama Rara tak menghantar mesej kepada ibunya. Dia tahu wanita itu takkan pernah membalas mesejnya namun Rara sama sekali tak pernah berputus asa. Dia masih berharap. Berharap yang suatu hari nanti ibunya itu akan membalas mesej-mesejnya.

“Mama, Rara rindukan mama dan papa.” keluh gadis itu sendirian. Air matanya mula menitis menangisi nasibnya. Melihat kebahagiaan keluarga Seungcheol buat Rara cemburu. Dia teringin nak merasakan kemesraan sebegitu juga. Walaupun Seungcheol dan adik-adiknya sudah tak ada ibu dan ayah, mereka tetap gembira menjalani kehidupan mereka. Mereka sentiasa bersama dan hubungan mereka sangat menyenangkan hati Rara. Rara betul-betul teringinkan hubungan sebegitu.

Esak tangis Rara menarik perhatian Seungcheol yang kebetulan keluar dari bilik untuk ke tandas. Dia segera mengintai di sebalik pintu bilik yang separuh terbuka itu dan matanya menyapa susuk tubuh Rara yang masih belum tidur dan kelihatan sedang menangis.

 

“Kenapa dia nangis? Sebab apa yang aku cakap tadi ke?” Seungcheol mula menyoal dalam hati. Dia teringat kata-katanya kepada Rara tadi. Disebabkan itu, Rara merajuk dan tak bercakap dengannya. Seungcheol akui, dia dah melampau. Rasa serba-salah menyerang dirinya. Mungkin dia patut mula berlembut dengan gadis itu. Mungkin?

Seungcheol terus merenung Rara. Cahaya lampu yang malap membuatkan pemuda itu langsung tak perasan yang Rara juga sedang merenung ke arahnya.

“Lelaki gatal ! Kau mengendap aku ke?”

Suara Rara membuatkan Seungcheol tersentak.

“Hish ! Kau ingat aku hadap sangat dengan kau tu? Bukannya lawa pun.” terus secara automatik, Seungcheol menghamburkan kata-kata pedasnya. Rara mencebik. Mereka berdua terdiam seketika.

“Kau apasal tak tidur lagi?” Seungcheol menyoal tiba-tiba. Rara terpinga seketika sebelum menggaru kepalanya. Nak jawab apa ya untuk soalan Seungcheol ni? Susah pulak rasanya. Takkan nak jawab dia tak tidur sebab dia menangis teringatkan mama dan papa? Malu la nanti.

“A…aku…err…banyak nyamuk la ! Aku tak boleh tidur !” Rara mendapat akal. Tapi memang betul pun. Nyamuk juga antara sebab kenapa dia tak boleh nak lena. Sejak bermalam di rumah Seungcheol, kulitnya yang mulus kini dah menjadi mangsa gigitan nyamuk. Rara kadang-kadang risau kalau dia terkena jangkitan denggi atau virus zika yang kononnya dah menjadi wabak penyakit sedunia itu.

Seungcheol tertawa sinis.

“Dasar budak manja !” gumamnya perlahan sebelum menghilang ke dapur untuk mencari sesuatu. Rara cuma mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan Seungcheol. Takut nanti kecoh dan adik-adik Seungcheol terjaga. Ya. Sejak Rara tinggal di sini, dia jadi agak prihatin orangnya. Heh…

Tak lama kemudian, Seungcheol muncul semula membawa sebotol racun serangga di tangan dan dengan selamba masuk ke dalam bilik Rara. Gadis itu memandang Seungcheol dengan muka yang cemas.

“Kau nak buat apa??? Kau nak racun aku ke? Kau nak bunuh aku!!!”

Rara mula kelam-kabut dengan kehadiran Seungcheol itu. Seungcheol menjeling Rara sekilas sebelum mencebik. Dah kenapa budak perempuan ni? Racun serangga di tangan disemburkan di sekeliling kawasan bilik Rara.

Rara masih memerhati sambil memeluk bantal rapat ke dada. Risau jika diapa-apakan oleh Seungcheol. Seungcheol mula terfikirkan sesuatu yang jahat lantas dia menghalakan racun serangga itu ke arah muka Rara.

“Ada kata-kata terakhir? Biar aku sembur kau macam nyamuk-nyamuk ni. HAHAHAHHA!”

“Seungcheol !”

Rara menendang betis lelaki itu dengan kasar tanda bengang. Seungcheol jatuh terduduk di depan Rara dan mula merengek kesakitan.

“Tak guna punya Rara ! Aku main-main je la !” sungut Seungcheol seraya mengusap belakangnya yang terasa berpijar. Rara merengus geram.

“Jangan main-main la. Aku tak ada mood nak melawak.” balas Rara. Bantal di tangannya dihempuk ke badan Seungcheol. Lelaki itu cuba mengelak namun nampaknya Rara begitu tangkas dan cekap. Mungkin Rara boleh join kelab teakwando dengan ketangkasan sebegini.

Seungcheol berhenti bersungut bila dia ternampak mata Rara yang sembap dan merah. Rara yang perasan akan renungan Seungcheol itu segera berpaling ke arah lain dan berpura-pura menguap.

“Dah, aku mengantuk. Nak tidur.” ucap gadis itu seakan memberi isyarat supaya Seungcheol beredar. Pemuda itu nampaknya tak bodoh bila dia bangun dan berkira-kira untuk pergi. Sebelum dia beredar, sempat juga dia membebel kepada Rara.

“Lain kali sebelum tidur tu, sembur la Ridscet ni dulu. Baru tak ada nyamuk.” dah macam duta iklan Ridscet gamaknya si Seungcheol ni. Rara hanya mengangguk acuh tak acuh.

“Rumah aku ni bukan macam rumah kau. Banyak lubang sana sini jadi nyamuk memang boleh keluar masuk.”

“Tahu la.” Rara memintas bebelan Seungcheol seraya mencebik. Malam-malam pun nak berleter. Penat telinga ni nak mendengarnya.

“Satu lagi…” tengok tu, ada apa lagi yang tak kena? Rara memandang Seungcheol dengan muka yang masam mencuka. Seungcheol tersenyum sinis melihat reaksi Rara yang nampak tak berapa nak suka itu. Bibirnya dijuihkan ke arah lengan Rara yang terdapat kesan-kesan merah dek kerana gigitan nyamuk. Gadis itu pasti menggaru lengannya sehingga melecet. Kesian pulak Seungcheol rasa. Maklumlah, Rara tu tak biasa dengan keadaan sebegini.

“Sapu ubat kat lengan kau tu. Nanti orang ingat love bite pulak.” sengih Seungcheol makin panjang membuatkan Rara semakin naik angin. Gatal ! Love bite kepala hotak dia ! Otak kuning betul si Seungcheol ni.

“Balik bilik kau sekarang sebelum aku bagi flying kick.” getus Rara masih bengang. Seungcheol menjelirkan lidahnya kepada gadis itu sebelum menonong keluar dari bilik Rara. Ketawa kecil kedengaran dari Seungcheol membuatkan Rara merengus geram. Pintu biliknya ditolak supaya tertutup rapat. Seungcheol ni bukan boleh nak percaya sangat. Nanti dia mengendap lagi. Huh !

 

 

Suasana pagi di rumah Seungcheol bermula dengan riuh-rendah yang tercetus antara Seungcheol dan adiknya, Mingyu.

“Tolong la abang. Kasut tu dah lama. Bila aku lari kat padang, dia licin. Aku selalu jatuh.” sungut Mingyu sambil mengekori Seungcheol dari belakang. Ke mana Seungcheol pergi, ke situlah Mingyu akan ikut. Selagi Seungcheol tak mengatakan ‘Ya’ pada permintaannya, selagi itulah dia tak akan mengalah.

“Pakai je la kasut tu. Aku tak cukup duit lagi nak belikan kau kasut baru.” tutur Seungcheol seraya masuk ke dapur. Mingyu masih lagi mengekori Seungcheol dan turut ke dapur. Rara yang kebetulan sedang berada di situ untuk berkemas terdengar perbualan antara dua beradik itu.

“Tapi tournament bola tu minggu depan.” Mingyu memuncungkan mulutnya. Seungcheol merengus perlahan sambil meraup mukanya. Mana dia nak cari duit nak bagi Mingyu? Kasut bola bukannya murah. Kalau dia bagi Mingyu, macam mana dia dan yang lain nak makan?

“Aku tak ada duit la. Takkan kau tak faham? Kau dah besar kan? Boleh tak kau faham aku? Boleh tak kau dengar cakap? Cuba kau tengok Myungho tu, dia tak pernah nak mintak yang bukan-bukan. Ikut la perangai dia sikit.” omel Seungcheol. Dia meneguk minumannya dan kemudian berlalu pergi untuk bersiap ke tempat kerja. Mingyu terdiam di meja makan. Mukanya masam mencuka.

Rara sekadar memerhati. Melihat adegan antara Mingyu dan Seungcheol itu buat dia sedar kesusahan yang mereka alami selama ini. Kalau nak dibandingkan dengan dia dulu, jauh bezanya. Permintaan Rara selalunya akan ditunaikan oleh papa tanpa banyak soal. Mintak saja apa pun. Pasti akan diberikan. Namun, Rara masih tak bersyukur dan kadang-kadang bersungut. Kini, dia sedar yang dia sepatutnya hargai semua itu. Malangnya, dia sudah terlambat.

“Asyik-asyik nak bandingkan aku dengan Myungho. Myungho tu lain, dia tu lembik. Tak berani nak melawan.” sungut Mingyu. Mukanya begitu tegang dan marah sehinggakan Seungkwan dan Chan yang awalnya nak masuk ke dapur berpatah balik dengan segera setelah melihat muka Mingyu yang persis gorila lapar itu.

 “Mingyu-ah ! Jom pergi sekolah sama-sama !”

Tiba-tiba, muncul seseorang dari pintu belakang rumah membuatkan Rara dan Mingyu serentak menoleh ke arah suara itu. Seorang gadis remaja berambut tocang berdiri tegak di muka pintu sambil melambai ke arah Mingyu.

“Siapa pulak ni?”

Rara menyoal sendirian sambil memandang gadis yang beruniform sekolah itu. Mungkin kawan Mingyu memandangkan mereka memakai uniform sekolah yang sama.

“Yah ! Jeon Woora !Apasal kau datang sini?” Mood Mingyu yang tak berapa nak baik bertambah buruk dengan kehadiran gadis itu.

“Jeon Woora?” Rara memandang gadis yang bernama Woora itu dengan pandangan yang pelik. Walaupun dibentak Mingyu, dia tetap dengan selamba tersengih dan mula menapak masuk ke dalam rumah. Sempat dia memperkenalkan dirinya kepada Rara.

“Hai, akak ni mesti perempuan yang Mingyu ceritakan hari tu kan? Si cantik rambut blonde. Hmm…tak ada la cantik mana, nasib baiklah. Saya Jeon Woora. Kekasih Mingyu.”

Rara tak tahu nak bagi reaksi apa kepada gadis itu. Dah la cakap dia tak cantik. Ikutkan hati Rara, dia nak sangat sumbat mulut budak perempuan n

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD