Bab 7

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 7

 

 

“Tak boleh!”

“Hey, apasal kau kedekut sangat ni ha, Seungcheol?”

Myungho, Seungkwan dan Chan memandang drama sebabak di hadapan mereka tanpa berkelip. Mulut masing-masing terlopong. Pagi hari Sabtu kali ini penuh dengan kejutan. Dimulakan dengan kehadiran ‘bayi’ (bak kata Chan) tak diundang di hadapan rumah mereka dan kini, ‘bayi’ tersebut sedang bertekak dengan abang sulung mereka, Seungcheol.

Mingyu yang kebingungan menggaru kepalanya. Saat dia teringat akan latihan bola sepak yang sepatutnya dia hadiri dan dia sudah lewat hampir sepuluh minit, anak muda itu akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan suasana kecoh di rumahnya itu.

“Masak ! Confirm kena pumping 50 kali ni”

 

Berbalik kepada Rara dan Seungcheol yang masih belum ada tanda-tanda akan berhenti bergaduh,

“Ambik barang-barang kau dan berambus.” kasar sekali suara Seungcheol menghalau Rara. Gadis itu dipandangnya dengan pandangan membunuh. Namun, Rara seakan tak terkesan dengan pandangan tersebut. Prinsip hidup, ‘apa aku nak, aku akan dapat’ yang selama ini diamalkan oleh Rara tak terkecuali dalam situasi ini. Satu benda yang positif tentang Rara, apa yang dia nak, dia akan usaha sungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Contoh yang dapat dilihat sebelum ni, bila Rara nak beg tangan limited edition berjenama yang diimport dari luar negara dan  tentunya berharga lebih tinggi dari sebulan gaji Seungcheol, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meminta duit kepada daddynya atau bila Rara jatuh suka kepada seorang lelaki kacak dan berniat untuk menjadikannya salah seorang dari koleksi boyfriend, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian lelaki itu.

Dan kini,

Rara berniat untuk meminta pertolongan dari Seungcheol dan dia pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya lelaki itu dapat membantunya. Dia dah tak ada sesiapa kecuali Seungcheol untuk membantunya keluar dari jalan buntu ini.

“Seungcheol, please. Aku janji aku takkan lama tinggal kat sini.” ucap Rara sambil meraih tangan Seungcheol untuk cuba merayu.

“Lepaslah ! Geli aku pegang-pegang tangan pulak !” tempelak Seungcheol seraya merentap tangannya dari genggaman Rara. Lagak mereka persis pasangan kekasih yang bergaduh dan tiga anak muda yang dari tadi menjadi penonton setia makin tertarik dengan apa yang mereka lihat ini.

Rara merengus geram. Menyampah dengan sikap Seungcheol yang tiba-tiba acah sombong.

“Please la Seungcheol. Jangan la nak berkira sangat dengan aku. Kau dah lupa jasa keluarga aku yang selama ni gajikan kau?” akhirnya Rara mula mengungkit. Muka Seungcheol ditenung seakan riak.

Seungcheol membalas pandangan Rara. Keadaan semakin tegang antara mereka.

“Kau tak payah nak mengungkit !”

“Aku kena mengungkit supaya kau sedar !”

Seungcheol semakin bengang. Sejak tadi Rara berjaya membuatkan kesabarannya goyah. Gadis itu masih berdegil dan semakin merimaskan.

“Berapa kali aku nak cakap dengan kau yang aku bukan lagi P.A kau ? Kita dah tak ada apa-apa ! Apasal kau cari aku lagi?” amuk Seungcheol. Suaranya melengking memarahi Rara dan gadis itu serta-merta terdiam membisu.

“Kau ni memang tak tahu malu ! Kau hina aku lepas tu sekarang kau datang mintak tolong dari aku pulak?” Seungcheol masih belum menghabiskan kata-katanya. Mencerlung mata Seungcheol memandang Rara yang semakin lama semakin tunduk menekur lantai.

“Kau ingat semudah tu aku nak maafkan kau? Kau ingat kau sapa?”

Seungcheol terus menyembur Rara tanpa rasa bersalah. Segala kemarahannya kepada gadis itu dilepaskan tanpa berlapik. Biarlah apa pun reaksi Rara, yang penting Seungcheol puas hati. Puas !

 

“Abang.”

Perhatian Seungcheol teralih ke arah Myungho yang tiba-tiba memanggilnya dengan nada separa berbisik. Pemuda itu berhenti berbicara dan memandang ke arah adiknya. Keningnya terangkat tanda respons terhadap Myungho.

“Dah-dah la tu. Malu jiran tengok.” sambung Myungho dengan muka yang gusar. Matanya sesekali memandang ke arah beberapa orang jiran mereka yang sedang memerhati dari jauh termasuklah seorang anak muda yang berada di bangunan bertentangan dengan bangunan rumah mereka. Myungho dapat menangkap cebikan meluat dari riak wajah pemuda tersebut dan dia jadi segan.

Seungcheol menghela nafas saat tersedar akan sikapnya yang sudah agak melampau. Dia mengalihkan semula pandangan ke arah Rara. Gadis itu tunduk membisu memandang hujung kasut yang dipakainya.

Esak tangis kedengaran dari Rara yang menunduk itu. Kalau tadi dia seakan merak gergasi yang riak kini, dia tak ubah seperti seekor anak kucing kecil yang ketakutan. Lemah dan keletihan.

Muka Seungcheol yang tadinya ketat terus berubah saat melihat Rara sebegitu. Sekali lagi, dia mengeluh. Dia sendiri tak pasti apakah Rara cuma berdrama atau dia betul-betul menangisi nasibnya. Seungcheol terbeban dengan situasi ini.

 

 

“Tch, pelik betul kawasan ni. Dah la buruk, orang-orang kat sini pulak perangai ntah apa-apa.” sungut Jun seraya menapak masuk ke dalam rumah. Pergaduhan yang dia saksikan di rumah berhampiran mengeruhkan lagi tanggapannya terhadap kawasan rumah flat usang itu. Jun sampai sekarang tak puas hati dengan keputusan Jeonghan untuk menetap di sini.

Pemuda itu melabuhkan punggung di atas sofa sambil menyelak surat khabar yang dibeli sewaktu bersarapan tadi. Helaian surat khabar berbahasa Korea itu diselak laju sambil fikirannya melayang jauh memikirkan sesuatu. Tak lama kemudian, Jeonghan yang baru saja selesai mandi muncul di ruang tamu dan menegur adiknya.

“Bebel apa tadi? Sampai ke bilik air abang dengar.” soal Jeonghan kepada adiknya itu. Jun mencebik sebelum menceritakan perihal jiran depan rumah mereka yang bergaduh tadi. Jeonghan sekadar diam mendengar cerita adiknya sambil mengeringkan rambutnya yang panjang mencecah bahu itu.

“Biar la diorang. Asalkan tak ganggu kita sudah.” getusnya sambil terus menguruskan rambut kesayangan itu. Jun mencebik lagi. Abangnya terlalu positif.

“Kalau lama-lama tinggal sini, boleh migrain Jun rasanya.” keluh adik Jeonghan itu seraya meletakkan surat khabar yang dibacanya ke atas meja. Dia bersandar di sofa sambil memejamkan matanya rapat. Sejak berada di Korea, moodnya tak berapa nak baik. Jeonghan sendiri tak faham apa puncanya. Mungkin jiwa muda Jun memberontak kerana tak mahu meninggalkan China. Jeonghan perlu bagi sedikit masa untuk Jun menyesuaikan dirinya.

Mata Jeonghan beralih pada surat khabar yang diletakkan Jun di atas meja tadi. Headline akhbar yang bertulisan bold hitam pekat itu menarik perhatiannya. Lantas, akhbar itu dicapai dan headline bertulisan tebal itu dibaca teliti.

“Kim Junmyeon, usahawan terkenal negara diisytiharkan bankrap !”

Tanpa sedar, Jeonghan mengetap bibirnya sambil menghela nafas perlahan.

 

 

“Aku janji dengan kau yang aku akan bayar nanti.”

Seungcheol mencebik. Wajah angkuh Rara dipandang dengan ekor mata sambil dia meneguk teh panas yang dihidangkan oleh Myungho. Menyampah dengan sikap Rara yang masih lagi bongkak dan riak meskipun sudah ditimpa malang, Seungcheol merengus kuat.

“Bayar balik? Bayar pakai apa? Kau juga yang menangis-nangis cakap kau dah tinggal sehelai sepinggang tadi. Sekarang kau berjanji pulak? Tak payah tipu.” getus Seungcheol buat Rara terpempan. Gadis itu membuang pandang ke arah luar tingkap sambil meneliti suasana kawasan perumahan kos rendah itu dengan muka yang berkerut. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini.

“Apasal kau diam? Muka berkerut apasal? Jijik dengan tempat ni? Baguslah ! Kalau jijik, kau boleh blah. Aku tak pernah mintak pun kau datang sini.” reaksi Rara tadi berjaya ditangkap oleh Seungcheol. Semakin pedas pemuda itu menghentam gadis di hadapannya.

Rara menggigit hujung bibirnya. Dia dah tak ada pilihan lain. Sejijik mana pun dia dengan kawasan itu, dia terpaksa bertahan. Ia lebih baik dari jadi gelandangan dan tidur di tepi-tepi jalan. Rara tak dapat bayangkan kalau itu terjadi kepadanya.

“Seungcheol, please. Kali ni je. Aku takkan buat kau sakit hati lagi.” Rara membuka mulut setelah sekian lama membisu.

“Janji. Janji. Janji ! Aku tak percaya janji perempuan sombong macam kau ni. Dah ! Aku dah lambat nak pergi kerja. Kau boleh berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lepas aku balik kerja nanti. Kau faham tak?” tempelak Seungcheol lantas bangkit dari kerusi dan berlalu meninggalkan Rara.

Gadis itu mengeluh lemah. Ternyata tak mudah untuk memujuk hati bekas pembantu peribadinya itu. Salah dia juga sebab tak mahu mengalah tapi kerana ego yang masih teguh meninggi, Rara berkeras.

“Seungcheol !”

Nama lelaki itu dilaung namun hanya dibalas sepi. Rara buntu. Matanya terus memandang susuk tubuh Seungcheol yang semakin menjauh melepasi pintu utama rumahnya.

“Degil pulak kau ni…” gumam Rara perlahan.

 

 

Rumah banglo yang tersergam indah di depan matanya dipandang lama. Kaca mata hitam dan cap yang dikenakan bagi melindungi wajah dibetulkan dalam keadaan yang selesa. Alamat yang tercatat pada kertas kecil yang dipegangnya sama dengan alamat rumah yang tertera cantik dengan ukiran kayu mahal di pagar utama banglo tersebut. Ini menandakan dia berada di rumah yang betul.

Keadaan rumah yang sunyi sepi diperhati. Tak ada seorang manusia pun yang dia lihat sejak dar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD