Bab 6

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 6

 

Figura seorang perempuan yang berada selang beberapa meter darinya ditenung dengan muka kosong. Timbul rasa hairan di minda bila gadis itu ada di kawasan ini. Pelik. Seorang Kim Yoora mana pernah menjejakkan kakinya ke perhentian bas. Jejak kaki ke perhentian bas pun tak pernah apatah lagi menaiki kenderaan awam itu. Rara kononnya alergik dengan kenderaan awam yang sesak dan leceh jadi kenapa dia di sini?

“Abang kenal ke?” Myungho menyoal perlahan. Antara dengar tak dengar. Dua lagi adiknya hanya memerhati.

Mulut Rara seakan terkunci. Dia tak tahu nak cakap apa. Malu bila Seungcheol melihat keadaannya sekarang ini. 

“Tak kenal pun. Dah, jom balik.” Seungcheol berkata lantas tangan adiknya ditarik untuk segera beredar dari situ. Myungho dan yang lain kelihatan terpinga dengan tindakan Seungcheol namun mereka mengikut saja arahannya.

Rara ditinggalkan sendirian di situ.

“Seungcheol…”

Nama bekas pembantu peribadinya itu diseru perlahan. Hampa. Pedih hatinya saat melihat Seungcheol berlalu pergi meninggalkannya. Seungcheol betul-betul lari dari hidupnya. Rara kesal. Kalau bukan sebab dia yang suruh, pasti sekarang Seungcheol masih ada di sisinya untuk menghulurkan bantuan.

Ah, lantak lah dengan Seungcheol ! Dia pun sama macam semua orang ! Rara tak perlukan bantuannya. Bila ego mula menguasai diri, rasa kesal tadi terus dicampak jauh untuk dilupakan. Rara merengus.

Muka Seungcheol cuba dihapuskan dari terus bermain di minda namun gagal.

“Kau tak apa-apa?”

“Weh, Ok tak?”

Di saat-saat sebegini, Rara sebenarnya nak sangat dengar soalan itu keluar dari mulut Seungcheol. Bila mereka berjumpa tadi, dia nak sangat Seungcheol datang kepadanya dan bertanya tentang keadaannya. Macam biasa. Macam apa yang Seungcheol selalu buat dulu. Sejujurnya, dia berharap yang Seungcheol akan melindunginya seperti selalu tapi Rara kena sedar satu hakikat yang Seungcheol bukan lagi sapa-sapa baginya. Lelaki itu dah berhenti dari menjadi pembantu peribadinya. Lelaki itu sudah menamatkan hubungan majikan-pekerja antara mereka dan Rara tak ada apa-apa hak untuk mengarah Seungcheol lagi.

Rara teringat layanan Seungcheol kepadanya. Meskipun lelaki itu agak kasar dan kadang-kadang dingin, tapi dia menjaga Rara dengan baik. Seungcheol menjalankan tanggungjawabnya sebagai P.A dengan baik. Tak pernah sekalipun dia abaikan tugas dia walaupun mulut selalu mengomel dan merungut dengan kerenah Rara yang bukan-bukan. Rara akui, Seungcheol buat dia rasa selamat.

“Seungcheol tak guna” mulut meluahkan ayat itu namun jauh di sudut hati, dia merasakan yang sebaliknya.

 

 

“Abang, siapa perempuan kat perhentian bas tadi? Abang macam kenal je dengan dia.” Seungkwan menyoal ketika mereka lima beradik itu sedang menikmati makan malam. Seungcheol yang mendengarkan pertanyaan Seungkwan segera beralih pandang ke arah adiknya.

“Perempuan? Siapa? Lawa tak?” Mingyu yang tak tahu menahu soal itu bertanya penuh minat. Pantang dengar perkataan perempuan. Terus aktif dan lincah dibuatnya.

“Gila tak lawa? Blonde kot rambut dia.” Myungho menambah sambil tersengih. Kadang-kadang Myungho ni miang juga. Mingyu yang mendengar kata-kata Myungho melebarkan lagi sengihan di muka. Dua-dua miang !

“Dia cakap kat adik.” Chan menyampuk sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Kata-katanya berjaya membuat Seungcheol tersedak. Segera, dia memandang adik bongsunya dengan muka yang  terkejut. Kurang asam punya Rara ! Boleh pulak dia carut kat Chan yang innocent ni. Perempuan tu memang nak kena flying kick.

“Rara mencarut kat kau, Dik? Dia cakap apa?” soal Seungcheol.

“Ohh, namanya Rara.” Seungkwan buat kesimpulan sendiri. Seungcheol tanpa sedar dah menyebut nama perempuan di perhentian bas tadi sekali gus memecahkan tembelang sendiri yang tadinya tak mengaku kenal dengan gadis itu. Adik-adiknya saling berpandangan dengan muka yang hairan. Pelik dengan perangai abang mereka itu.

“Dia suruh adik up.” Chan membalas soalan Seungcheol seraya meneguk air dari gelas kepunyaan Myungho. Abangnya itu sekadar memandang dengan ekor mata dan membiarkan adiknya itu.

Seungcheol sekali lagi tersedak. 

Tawa Mingyu meledak kuat mendengar cerita Chan. Myungho memandang Mingyu dan perlahan-lahan ikut ketawa.

“Weh, weh…nak tau apa yang kelakar?” Seungkwan mencelah dan segera Mingyu memandang adiknya itu.

“Apa? Apa?”

“Dia sebenarnya bukan nak cakap up. Dia nak cakap shut up ! English dia fail gila. Low quality English !” kutuk Seungkwan selamba. Cakap orang, dia pun sama sebenarnya. Bukannya terror English pun. Seungcheol selalu bebelkan Seungkwan yang sering dapat markah rendah dalam ujian bahasa Inggeris di sekolah.

Ketawa mula kedengaran semakin kuat. Meriah meja makan itu dibuatnya. Adik-beradik Choi ketawa berdekah-dekah kecuali abang sulung mereka. Seungcheol mengerutkan dahi seketika. Cerita adik-adiknya memang kelakar. Apatah lagi perempuan di dalam cerita mereka adalah Rara. Seungcheol memang dah tau yang Rara tu agak bengap jadi…

HAHAHAHA

Seungcheol ikut ketawa tapi ketawanya kedengaran agak pelik. Janggal dan menjengkelkan sebab dia sendiri tak pasti sama ada dia kena ketawa atau marah. Akhirnya, ini yang terjadi. Empat pasang mata milik adik-adik kesayangan sedang memaku ke arahnya dengan reaksi yang bingung. Lagak mereka persis melihat seekor cipan yang mempunyai sayap dan Seungcheol segera berhenti ketawa bila dipandang sebegitu.

“Apa-apa pun…” nada suara si abang bertukar tegas dan membunuh mood ceria tadi. Tanpa bantahan, empat adiknya terus menumpukan perhatian pada Seungcheol dan menunggu Seungcheol untuk terus menyambung kata-katanya.

“Korang berempat tak payah tahu siapa dia. Dia tu tak penting pun bagi kita. Kicap dekat rumah ni lagi penting dari dia. Jadi, korang tak payah nak susah-susah kenal dengan dia.” ujar Seungcheol bersungguh.

Adik-adiknya mengangguk.

“Seriously, kicap lagi penting dari perempuan yang korang kata cun tu? Aku rasa abang kita ni dah tak betul.” Mingyu berbisik ke telinga Seungkwan sambil membelek botol kicap yang kebetulan ada di depannya.

“Choi Mingyu…Choi Seungkwan, dengar tak ni?” Seungcheol menangkap perbuatan mereka berdua.

“Orite !” serentak Mingyu dan Seungkwan berkata.

“Kalau korang jumpa dia lagi, cepat-cepat mengelak. Kalau boleh, selisih bahu pun tak nak. Ok?” Seungcheol menambah.

“Kenapa?” Myungho menyoal ingin tahu. Mukanya berkerut memikirkan sebab dan punca abang mereka memberikan arahan sebegitu. Pada pandangannya, perempuan yang mereka jumpa tadi tak nampak macam orang jahat walaupun mulutnya agak puaka dan mukanya nampak bermasalah tapi sejujurnya, perempuan tu lawa.

“Abang tak suka dia.” pendek saja jawapan Seungcheol. Sejurus selepas ayat itu dituturkan, dia  menyambung suapan ke mulut. Nasi dikunyah-kunyah laju dengan riak muka ahli gusti yang sedang menunggu masa untuk menyerang. Entah apa di fikiran Seungcheol, hanya dia yang tahu.

“Ok, abang.” Chan mewakili yang lain bersuara tanda akur meskipun mereka sendiri tak jelas dengan punca dan motif sebenar Seungcheol untuk membenci gadis yang menjadi bahan bualan mereka itu.

 

 

“Urgh ! Tak mungkin…”

Rara menghentak mesin ATM di hadapannya tanda marah. Akaun miliknya dah dibekukan. Siapa pulak yang dengki sangat dengan dia? Bagus. Sesiapa saja yang bertanggungjawab dalam membekukan akaun dia, Rara perlu ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab buat hidupnya makin susah dan sempit. Sekarang, siapa boleh bagitau dia di mana dia nak tidur malam ni? Apa yang dia nak makan? Duit simpanan dalam purse mahal jenama Cath Kidston Rara sangatlah sikit. Cukup-cukup untuk dia beli makan malam hari ni. Kad kredit pula sudah disekat dan tak boleh digunakan. Macam mana dia nak menginap di hotel untuk tidur? Nak pakai apa? Air liur? Daun-daun kering?

“Hahhh…”

Terduduk lemah Rara di tepi jalan saat mengenangkan nasib hidupnya yang tiba-tiba berubah. Sekelip mata, hidupnya yang kaya-raya berubah dan siapa sangka yang dia sedang merempat sendirian di tepi jalan sebegini? Rara mula terasa sebak bila memikirkan nasib yang bakal dia tempuhi di hari-hari mendatang. Adakah dia akan begini selamanya? Mindanya sudah mula melakar bayangan diri sendiri yang berpakaian compang-camping dan hidup mengemis. Ah, dia tak sanggup !

Telefon bimbit dicapai dan nombor Tuan Kim didail untuk ratusan kalinya. Namun, panggilan itu hanya sia-sia bila ia langsung tak dapat dihubungi.

“Daddy, please…”

Rayu Rara seakan bapanya ada di depan mata. Dia tak sanggup untuk meneruskan hidup sebegini. Tuan Kim perlu muncul dan menyelamatkan keadaan. Rara tak mahu selamanya begini. Dia nak kehidupan biasanya semula. Sesungguhnya, Kim Yoora tak boleh hidup tanpa duit, barangan mewah dan rumah besar yang selesa. Rara tak sanggup !

 

 

Seungcheol, free tak?

Satu mesej dari seseorang membuatkan Seungcheol yang sedang berehat di atas sofa sambil memerhatikan adik-adiknya tersenyum sendiri. Mesej dari seseorang yang dia sudah lama dia tunggu tanpa disangka menjengah menghiasi malam Seungcheol yang agak bosan ini. Sepantas kilat, mesej itu dibalas.

Free. Anytime untuk kau, aku free je. Nak jumpa?

Sebaik saja mesej dihantar, pemuda itu terus melompat dari sofa dan mencapai sweater yang tersangkut di kerusi berhampiran. Sambil bersiul gembira dia memandang cermin dan menyisir rambutnya yang agak serabai.

“Kau nak ke mana pulak tu?” Mingyu menyoal tanpa menoleh. Matanya masih melekat pada skrin televisyen usang yang sedang menayangkan drama Descendent Of The Sun lakonan pelakon idaman Korea, Song Jongki dan heroin cantik, Song Hyekyo. Dari tadi, perhatian Mingyu hanya tertumpu pada drama yang kononnya tengah hangat diperkatakan itu. Myungho yang sedang sibuk membelek buku teks Kimia di sebelah Mingyu memandang abangnya dengan muka yang penuh tanda tanya.

“Nak keluar kejap.” pendek saja jawapan Seungcheol sebelum menyarung sneakers kesayangan di muka pintu. Mulutnya masih belum berhenti bersiul dan menyanyi-nyanyi kecil. Sebelum keluar, sempat dia memesan kepada adik-adiknya untuk tidur awal dan jaga diri. Amanat diberikan kepada Mingyu dan Myungho selaku yang paling tua untuk mengawasi adik-adik yang lain.

“Mansae, Mansae, Mansae Yeahhh~~~”

Kedengaran suara sumbang Seungcheol yang semakin lama semakin perlahan memandangkan dia sudah mula melangkah jauh dari muka pintu. Dia kelihatan bersemangat untuk berjumpa dengan seseorang.

“Seronok semacam orang tua tu, apahal?” Mingyu menyoal adik-adiknya. Hilang seketika fokusnya pada drama di TV saat melihat tingkah abangnya yang seperti menang loteri. Myungho mengangkat bahu tanda tak ada jawapan bagi soalan Mingyu.

“Jumpa awek la tu. Kau macam tak tau, dia kan ada something dengan akak yang jual bunga kat kedai depan flat kita ni.” Seungkwan mencelah. Dia yang sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya berkata selamba. Kalau Seungcheol dengar apa yang dia cakap ni, confirm yang telinga dia akan dipiat oleh abang sulungnya itu.

“Kau biar betul? Akak Sowon yang dia dah lama ushar tu?” Mingyu mengerutkan dahi. Bukan dia tak tahu yang abangnya itu dah lama minat dengan seorang gadis bernama Sowon,  penjual bunga yang bekerja di kedai berhampiran tempat tinggal mereka. Tak sangka pula yang Seungcheol dah berjaya rapat dengan gadis impiannya itu.

“Betul la nama dia Sowon. Chan pernah dengar dia sembang dalam phone dengan akak tu.” si bongsu Chan pula menyampuk. Abang-abangnya yang lain hanya mengangguk-angguk mendengar kata-kata Chan. Boleh tahan hebat juga abang sulung mereka itu. Ada juga awek nak kat dia walaupun dia tu scary. Hahaha !

 

 

“Cheol !”

Sowon yang menunggu di hadapan kedai bunga tempat dia bekerja memanggil nama Seungcheol saat melihat pemuda itu sedang menuju ke arahnya. Senyuman manis diukir ke arah pemuda itu sambil melambaikan tangannya.

Saat melihat Sowon, Seungcheol melajukan langkahnya. Tak sabar rasanya untuk memandang Sowon dengan lebih dekat. Dia tersenyum lebar lantas membalas lambaian gadis cantik berambut lurus itu.

“Sorry, lambat sikit. Dah lama tunggu?” soalnya kepada Sowon. Gadis itu hanya tersenyum sambil menggeleng kecil.

“Takpe. Aku pun baru siap tutup kedai.” balasnya sambil melangkah mendahului Seungcheol. Skaf yang melingkari lehernya dibetulkan. Seungcheol merapati Sowon dan berjalan beriringan dengan gadis itu. Tangannya dengan ringan membantu Sowon membetulkan skaf gadis itu. Sowon tersipu malu dengan perlakuan Seungcheol.

Melihatkan reaksi Sowon, Seungcheol tersenyum.

“Aku rindu kau.” ucapnya kepada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD