Bab 2

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 2

 

Suasana di ruang dapur sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas angin uzur yang berpusing. Baik Mingyu mahupun Myungho, masing-masing diam membisu. Mereka dapat rasakan betapa tajamnya pandangan mata Seungcheol yang sedang merenung tepat ke arah dua beradik itu.

“Aku tanya sekali je, korang berdua apasal?” soal Seungcheol pendek. Matanya masih belum lepas dari Mingyu dan Myungho yang hanya tunduk membisu. Seungcheol dapat tangkap perbuatan mereka yang saling menyiku lengan masing-masing.

Mingyu mengisyaratkan supaya Myungho dapat memberikan penjelasan kepada Seungcheol memandangkan Myungho lebih dipercayai oleh abangnya itu. Memang itu hakikatnya. Walaupun Mingyu lebih tua beberapa bulan dari Myungho tapi dari segi kematangan perangai, Myungho menang. Mingyu cuma nampak matang dari segi rupa saja tapi perangainya masih kuat memberontak dan panas baran. Berbeza dengan Myungho yang lebih bertimbang rasa dan bersopan. Tapi kalau mereka berdua bergaduh, dua-dua sama naik.

“Jawab la.” nada suara si abang sudah agak ditekan tanda dia sedang menahan sabar. Makin menggeletar dua beradik itu dibuatnya.

“Jatuh…kami jatuh.” Myungho memberanikan diri untuk bersuara.

Di sebalik pintu, Seungkwan dan Chan mengintai dan masing-masing resah terutamanya, Seungkwan. Dia tahu, ni memang salah dia. Kalau dia tak lembik dan tak biarkan dirinya jadi mangsa buli Hansol, mesti Mingyu takkan mengamuk dan bergaduh. Bukan cuma Mingyu, Myungho yang tak pernah bergaduh dengan sesiapa tu pun terlibat sama kali ni. Seungkwan betul-betul rasa bersalah.

PAM !

Meja makan dihentak kuat oleh Seungcheol dengan tiba-tiba. Tersentak Mingyu dan Myungho dibuatnya. Dua beradik itu berundur sedikit dari tempat duduk mereka. Bimbang si abang bakal mengamuk dengan lebih teruk.

Seungkwan dan Chan yang memerhati turut terpempan. Chan segera menggenggam tangan sejuk Seungkwan kerana ketakutan.

“Abang…”

Myungho tak dapat menahan diri dari terus menggeletar. Mingyu di sebelahnya cuba beriak biasa namun masih terlukis kegusaran pada wajah muda itu.

“Lebam-lebam macam ni, jatuh tangga? Kau ingat aku bodoh?”

Suara Seungcheol mula meninggi.

“Betul la, bang. Aku dengan Myungho jatuh sekali tadi masa balik sekolah.” Mingyu masih cuba untuk berselindung. Muka Myungho yang pucat dikerling seketika dan lambat-lambat adiknya itu mengangguk.

“Aku tak rasa korang jatuh ! Korang bergaduh ke? Hah?” Seungcheol memandang dua adiknya itu dengan pandangan garang. Perbuatan mereka berjaya dia tangkap. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Myungho tak reti nak menipu dan Mingyu pulak memang jenis yang degil, jadi dia tak rasa yang lebam dan luka di muka mereka tu berpunca dari jatuh tangga macam apa yang mereka nyatakan.

Diam. Masing-masing kelu. Abang mereka ini bukanlah seorang yang mudah ditipu. Choi Seungcheol peka orangnya. Mungkin sebab dia dah lama menjadi penjaga mereka sejak kematian ibu dan ayah beberapa tahun yang lalu.

“Sebelum aku tambah lagi lebam kat muka korang, baik korang mengaku !” Seungcheol makin naik angin. Dia memang agak pantang bila orang tak jawab soalannya. Bengang !

Myungho tunduk menekur lantai dan Mingyu pula menggenggam penumbuknya sedari tadi. Riaknya seakan menahan geram. Entah kenapa, tengkingan Seungcheol seperti sedang mencabar kemarahannya.

“Jawablah ! Apasal diam? Bisu dah?”

“Ya ! Aku bergaduh ! Aku bergaduh dengan junior sekolah  aku ! Puas?” Mingyu bangun dari kerusi dan membentak. Myungho tercengang. Bukan cuma Myungho, Seungkwan dan adik bongsu mereka, Chan yang dari tadi mengintai turut tersentak.

Seungcheol makin membara. Tapak tangannya diangkat untuk dilayangkan ke arah Mingyu namun belum sempat dia melakukan sedemikian, Seungkwan muncul untuk menghalang.

“Abang ! Mingyu tak salah ! Aku yang buat diorang bergaduh. Aku yang buat Mingyu dengan Myungho jadi macam ni. Aku yang salah !” rayu Seungkwan seraya tunduk melutut di depan Seungcheol. Dia yang sememangnya paling kuat menangis di dalam rumah itu mula mengeluarkan air mata tanpa segan.

Chan masih berdiri membisu di antara pintu dapur sambil memandang drama sebabak antara abang-abangnya itu. Bila peristiwa sebegini berlaku, dia jadi teringat kepada dua orang tuanya. Kalau mereka masih ada, mesti abang-abangnya ini akan dileraikan dengan segera.

“Dah kenapa korang bertiga ni? Aku hantar pergi sekolah suruh korang belajar, yang korang pergi buat masalah tu kenapa?” tempelak Seungcheol garang.

“Aku takkan buat masalah kalau budak tu tak mulakan dulu.” Mingyu membalas berani. Bila Choi Mingyu dah meletus, dia memang agak menakutkan. Sama menakutkan macam Seungcheol.

“Aku yang salah.” Seungkwan masih mengulang ayat itu beberapa kali.

Myungho diam seribu bahasa. Dia bungkam. Tak pernah seumur hidupnya yang sudah 18 tahun ini, dia ditengking sebegitu oleh Seungcheol. Ini kali pertama.

“Aku dah pesan banyak kali ! Banyak kali ! Jangan buat perangai ! Jangan buat perangai ! Korang tak faham ke? Korang tak kesian kat mak dengan ayah di atas tu? Tak kesian?” Seungcheol masih dengan nada suara yang tinggi. Makin deras air mata Seungkwan mengalir. Mingyu menahan nafasnya yang berombak.

“Kalau mak dengan ayah tengok, mesti diorang sedih, tau tak ! Diorang kecewa ! Diorang kecewa dengan korang ni terutamanya kau, Mingyu ! Kau paling tua antara yang lain tapi perangai kau macam hantu !” bentak Seungcheol lagi.

Mingyu diam. Matanya tajam memandang mata Seungcheol.

“Kau pun satu, Myungho ! Aku ingat aku boleh harapkan kau tapi apa yang kau buat? Kau pun nak jadi samseng macam Mingyu ke apa?” dia beralih kepada Myungho pulak.

“Abang, dengar dulu. Aku boleh explain.” Myungho cuba menenangkan Seungcheol.

“Tak ada maknanya nak explain ! Makin sakit hat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD