Bab 5

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 5

 

Langkah malas diatur lemah. Dah hampir dua minggu tak menjejakkan kaki ke kolej, ini kali pertama Rara menapak semula ke tempat dia menuntut ilmu itu. Sepanjang perjalanannya menuju ke dewan kuliah, dia dapat rasakan setiap pasang mata yang ada sedang memerhati ke arahnya. Rara cuba berlagak biasa meskipun dia sebenarnya berasa tak selesa.

Dia tahu, semua orang kini sedang hangat memperkatakan soal bapanya yang ditangkap kerana kes rasuah. Satu negara dah heboh soal ini. Rara tak boleh nak lari. Imej Tuan Kim sudah tercalar gara-gara kes rasuah yang melibatkannya itu. Satu Korea mengecam bapa Rara dan Rara pasti, dia juga terkena tempiasnya. Bukan cuma daddynya yang dikutuk malah Rara juga tak terlepas dari dijadikan bahan tohmahan. Tambahan pula, dia memang dibenci oleh kebanyakan pelajar di sini.

Namun, Rara cuba untuk bangkit. Dia sedar yang dia tak boleh selamanya nampak lemah. Dia perlu menghadapi semua ni supaya dia tak terus dikecam dan dipandang rendah. Rara akan buktikan kepada daddynya dan kepada semua termasuk Seungcheol yang dia juga boleh hidup sendiri walaupun ditimpa pelbagai masalah sekarang ni. Rara tak mahu terus kelihatan lemah dan bodoh.

Rara menebalkan muka. Pintu bilik kuliah ditolak perlahan dan seiring dengan tolakan itu, semua pelajar yang berada di dalam mula menoleh memandang ke arahnya. Rara menghela nafas perlahan. Suasana kelas yang pada awalnya riuh rendah berubah sunyi bila gadis itu menapak masuk. Rara cuba berlagak tenang lantas meneruskan langkahnya menuju ke meja.

“Shameless. Macam mana dia boleh tunjuk muka dekat sini lagi? Memang tak tahu malu.” suara sumbang seseorang menyapa gegendang telinga Rara. Terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu, Rara segera menoleh memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.

“Kalau aku jadi dia, aku takkan datang sini dah.” satu lagi suara menambah. Rara tahu, kata-kata itu ditujahkan kepadanya. Dia berhenti melangkah untuk menuju ke tempat duduknya. Terasa bagai ditikam dengan pandangan maut setiap isi kelasnya, Rara mula rasa gelisah.

“Dia memang tak tahu malu. Bapak kena tangkap sebab rasuah, dia pulak perangai macam ! Heh ! Kekayaan dia selama ni rupanya palsu. Dia kaya dengan cara kotor. Anak dengan bapak sama saja. Aku dengar cerita mak dia lari ikut jantan lain. See? Family dia memang bermasalah ! Keluarga yang kotor!”

“Yah ! Mulut kau tu apasal longkang sangat?” Rara tak dapat menahan lagi perasaannya. Hatinya seakan tersiat bila orang sekeliling mula berbicara soal keluarganya. Rara naik angin. Dia betul-betul rasa terhina.

“Hei ! Yang kau nak melenting ni apasal? Dah memang betul kan? Kau tu dah la perempuan murah. Ada hati nak goda Jimin konon. Dasar perempuan tak tahu malu !” perempuan bermulut lancang tadi mula bersuara melawan Rara.

“Apa? Aku? Nak goda Jimin? Apa benda yang kau cakap ni?” Rara semakin hangat hati bila nama Jimin dibawa ke pergaduhan. Peristiwa malam itu masih belum dapat Rara lupakan sepenuhnya.

“Kau goda Jimin ! Kenapa? Tak betul? Hey ! Kau tak payah nak berdalih la. macam kau ni tak payah la nak sembunyikan apa-apa. Satu kelas dah tau. Kau cuba nak perangkap Jimin supaya tidur dengan kau. Heh ! Perempuan murahan. Kau mesti ikut perangai mak kau kan? Mura…”

Belum sempat kata-kata itu dihabiskan, Rara terlebih dulu sudah menghentikannya dengan satu tamparan kuat ke muka perempuan bermulut puaka itu. Dadanya berombak menahan marah. Mukanya pula merah. Sakit hati bila ibunya turut dihina.

Pergaduhan antara dua gadis itu mula berlaku. Masing-masing mula menyerang dan menarik rambut antara satu sama lain. Kecoh satu kelas dibuatnya.

“Woo…apasal ni?”

Kehadiran Jimin membuatkan Rara terus kaku. Dia merenung lelaki itu tanpa sedar sebelum akhirnya dia ditolak jatuh terjelepok ke lantai oleh lawannya tadi.

Satu kelas mula mengetawakan Rara termasuk Jimin. Gadis itu tunduk menahan rasa malunya.

 

 

Headline surat khabar dibaca sambil mengeluh perlahan. Serentak dengan keluhan, dia turut menggeleng.

“Hai, kau baca masalah dunia apa sampai macam tu sekali?” kawan di depan yang sedang menikmati ramen menegur. Beria sangat reaksi pemuda di depannya itu. Nampak serius betul masa baca surat khabar. Entah berita apa la yang dibacanya.

Seungcheol memandang Wonwoo sekilas sebelum meletakkan semula surat khabar ke atas meja. Mangkuk ramen dicapai dan supnya dikacau dengan menggunakan chopstick perlahan-lahan. Fikirannya menerawang jauh memikirkan sesuatu sebelum akhirnya, dia mengeluh lagi.

“Ni ha. Kes bekas majikan aku tu. Aku tak sangka gila dia tu terlibat dengan rasuah. Tuan Kim yang aku kenal memang berkaliber dan berkarisma. Aku terkejut bila dapat tahu dia kena tangkap.” tutur Seungcheol menjawab pertanyaan Wonwoo. Artikel surat khabar yang melaporkan tentang kes rasuah Tuan Kim itu ditunjukkan kepada kawannya.

Wonwoo tanpa berlengah mencapai surat khabar tersebut. Cerita Seungcheol menarik minatnya lantas artikel itu dibaca sekali imbas.

“Manusia sekarang ni macam-macam. Tak pernah puas dengan apa yang dia ada.” komen Wonwoo seraya menghirup sup ramen yang masih berbaki suku.

Seungcheol tak membalas komen sahabatnya itu. Fikirannya mula melayang memikirkan seseorang.

“Kau risaukan Rara?”

Wonwoo yang perasan akan tingkah Seungcheol mula menduga. Dia tahu soal Rara. Seungcheol selalu mengadu perihal gadis itu kepadanya. Banyak cerita tentang Rara yang dah dikongsi Seungcheol dengannya.

Berubah terus wajah Seungcheol bila soalan itu diutarakan.

“Perempuan berlagak tu? Aku nak risau? Ceh ! Baik aku risaukan diri aku sendiri.” omel Seungcheol sebelum menyambung makan.

Wonwoo sekadar tersenyum sinis. Ye la tu, Seungcheol. Risaukan diri sendiri konon.

 

 

“Saya dah sampai Korea semalam, Bos.”

Rendah saja suaranya kedengaran. Telefon bimbit yang melekap di telinga dibetulkan seketika kedudukannya dengan tangan kiri sementara tangan kanan sibuk memasukkan kunci ke dalam lubang tombol untuk membuka pintu.

“Bagus. Awak dah dapat gambar gadis yang saya maksudkan tu? Biodata? Segala maklumat peribadi dia semua awak dah dapat kan?” suara di hujung talian kedengaran serius.

“Dah. Bos jangan risau. Saya akan teliti balik semua maklumat yang saya dapat.” matanya meliar memandang sekeliling sambil menuturkan bicara. Bimbang jika perbualan telefonnya ini dapat ditangkap oleh orang sekeliling terutama sekali, adiknya sendiri.

“Baiklah kalau macam tu. Mulai hari ni, saya nak awak ekori dia ke mana saja dia pergi. Laporkan kepada saya segala-galanya.” arahan diterima membuatkan pemuda itu mengangguk laju.

Bayang seseorang yang seakan sedang menuju ke arahnya membuatkan dia panik tiba-tiba.

“Baik, bos ! Saya kena gerak dulu.”

“Ok.”

Segera, talian ditamatkan dan dia cuba berlagak biasa. Pintu rumah ditolak perlahan sambil menyanyi-nyanyi kecil.

“Abang, apasal kita tinggal kat rumah buruk macam ni?” sungut Jun sambil menarik bagasi dengan langkah yang malas. Keadaan rumah pangsa yang agak usang dan uzur itu membuatkan Jun menarik muncung sedepa. Jauh beza sekali dengan apartment mewahnya di China. Jun sendiri tak faham kenapa dengan abangnya, Jeonghan yang tiba-tiba mengambil keputusan untuk berpindah.

“Sementara je, Jun. Abang tengah cari rumah lain. Sementara tu, kita tinggal la sini dulu. Lagipun sewa rumah ni murah. Kita kan baru pindah. Sementara abang nak stabilkan kewangan abang, kita kena berjimat.” bebel Jeonghan sambil menarik adiknya untuk masuk ke dalam rumah. Jun melangkah lambat-lambat menapak masuk. Mukanya seakan jijik dengan keadaan rumah yang kelihatan agak bersepah dan tak terurus itu.

“Kita kemas rumah ni nanti. Mesti ok punya.” Jeonghan cuba memujuk.

Jun tak menjawab. Dia memandang sekeliling rumah dengan muka yang masam mencuka. Jeonghan hanya mampu menarik senyum hambar. Dia tahu adiknya sudah terbiasa dimanjakan dengan kehidupan yang mewah. Walaupun mereka berdua anak yatim piatu, tapi mereka dibesarkan oleh si datuk yang agak berada orangnya. Sejak ibu bapa mereka meninggal dunia dalam satu tragedi kebakaran belasan tahun yang lalu, datuk mereka lah yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka. Setelah tragedi yang meragut nyawa orang tua mereka itu, si datuk telah membawa mereka berdua ke China untuk tinggal bersamanya.

“Jun sampai sekarang tak faham dengan abang. Tiba-tiba pindah ke Korea. Setahu Jun, abang tak pernah pun plan nak buat semua ni. Kenapa tiba-tiba?” persoalan itu masih bermain di minda Jun. Dia terus menerus mendesak abangnya, Jeonghan untuk memberikan alasan kukuh yang menjadi punca mereka terbang dari China ke Korea secara melulu itu.

Jeonghan sekadar mengangkat bahu. Dia ada sebab tersendiri dan pastinya, sebab itu sama sekali takkan dikongsi kepada adiknya, Jun. Misinya cuma satu. Dia cuma mengikut arahan dari Bosnya dan arahan itu adalah sulit. Tak ada sesiapa boleh tahu misi itu termasuk adiknya sendiri.

“Abang please. Jun tak boleh terima apa yang tengah kita buat sekarang ni.” si adik masih berkeras. Jeonghan mengeluh lemah. Adiknya ini kadang-kadang keras kepala dan degil orangnya. Niat di hati nak saja dia tinggalkan Jun di China supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan lancar dan aman, namun hati seorang abang tak sanggup pulak nak berpisah dengan adiknya itu. Maklumlah, China dan Korea bukannya macam Shenzhen ke Guangzhou. Jauhnya beribu batu jugak..

“Jun, abang nak bukak bisnes kat sini. Ada kawan abang offer abang untuk uruskan kafe dia kat Seoul ni. Abang terfikir untuk mulakan bisnes abang sendiri. Abang nak jugak merasa hasil usaha abang. Sampai bila kita nak bergantung harap pada Datuk, kan? Jadi abang terima dan Puffff!!! Kita di sini. Puas hati dengan penjelasan abang?” Jeonghan akhirnya membuka mulutnya dan menepuk bahu Jun. Semoga si adik puas dan tak menyoal lagi.

Jun masih diam. Barangkali sedang menghadam kata-kata Jeonghan untuk lebih difahami dan akhirnya dia mengangguk perlahan.

“Apasal tak bagitau awal-awal?  Jun ni dah berapa malam tak tidur sebab fikirkan benda ni.” gumam Jun lantas meninggalkan Jeonghan sendirian di ruang tamu. Anak muda itu menapak masuk ke dapur sambil terus mengomel tentang betapa uzurnya kabinet dapur yang tersedia di rumah itu. Jeonghan hanya mampu menghela nafas lega dan menggeleng perlahan melihat tingkah adiknya.

 

 

 

“Padan muka kau, perempuan ! Kau memang layak dilayan macam ni.”

Kata-kata Jimin sewaktu di dalam kelas tadi masih lagi terngiang-ngiang di minda Rara. Disebabkan tak mampu lagi menanggung rasa malu, Rara akhirnya berlari meninggalkan kelas tersebut. Dia ditertawakan. Dia diherdik. Dia dihina. Bukan cuma dia yang dihina, keluarganya turut sama dikutuk.

Baru dia tahu betapa pedihnya rasa dihina. Patutlah Seungcheol naik angin kepadanya bila dia dengan lancang sekali menghina keluarga lelaki itu. Ah, tengok sekarang. Apa yang dia buat pada orang kena semula kepadanya. Balasan TUHAN itu ada dan Rara tak dapat untuk mengelak lagi.

Rara betul-betul sakit hati dengan Jimin. Lelaki tu bukan cuma cuba untuk merogolnya beberapa hari yang lalu malah dia juga sudah menfitnah Rara. Satu kelas termakan fitnah Jimin yang mengatakan Rara cuba untuk memerangkapnya supaya mereka tidur bersama. Disebabkan sikap Rara yang sombong dan kelihatan teruk di depan semua orang maka, mereka memilih untuk mempercayai Jimin berbanding dirinya. Langsung tak ada sesiapa yang cuba untuk mempertahankan Rara. Tak ada sesiapa yang tahu perangai Jimin yang bertopengkan muka kacak dan perwatakan gentlemen itu. Rara berharap suatu hari nanti, dia dapat membalas perbuatan jahat Jimin. Ya ! Rara boleh tahan pendendam orangnya jadi Jimin takkan dibiar lepas begitu saja.

Langkah kaki dihayun tanpa arah tujuan. Semangat Rara yang kononnya c

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD