Bab 15

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 15

 

 

“Muka masam sangat ni kenapa?”

Rara tersentak apabila ada satu suara yang menegur. Hilang sudah semua lamunannya. Dia yang sedang menongkat dagu di atas kaunter kafe milik Jeonghan menoleh. Kelihatan pemuda itu sedang menayang senyum ke arahnya.

Sejak jadi ‘adik-beradik’ dengan Jeonghan, sudah menjadi rutin harian Rara untuk ke kafe pemuda itu saban hari. Dia ke sana bukan untuk menyemak tapi sebaliknya dia secara rasmi menjadi pembantu Jeonghan di kafe. Jeonghan dan tawarkan dia kerja di situ dan Rara tanpa banyak soal menerima. Gaji yang Jeonghan nak bagi juga boleh tahan lumayan. Sedikit sebanyak dapat la dia tolong Seungcheol nanti.

“Apa?” soalan Jeonghan yang kurang jelas tadi ditanya semula. Terlalu jauh mengelamun sampai soalan simple macam tu pun tak dapat tangkap. Rara menggigit hujung bibir manakala Jeonghan hanya menghela nafas perlahan.

“Aku tanya kenapa muka kau masam ni? Ada masalah? Gaduh dengan Seungcheol lagi?” teka Jeonghan cuba untuk membaca riak muka Rara. Mata tepat memandang ke arah wajah gadis itu. Rara nampak manis hari ni. Rambut blonde  disanggul dan pin rambut berwarna turqouise sedondon dengan blouse yang dipakai menambah seri Rara yang sememangnya cantik. Jeonghan tanpa sedar menatap gadis itu tanpa berkelip. Lama dan dalam.

 

Rara yang perasan akan renungan Jeonghan itu berpura-pura tenang. Dia beralih pandang dari Jeonghan dan mengeluh.

“Aku ok. Cuma…”

“Cuma?” kening Jeonghan terangkat sebelah. Menanti dengan setia untuk Rara habiskan ayatnya namun gadis itu sekadar menggeleng. Dia tersenyum pahit ke arah Jeonghan sebelum menepuk bahu lelaki itu.

“Tak ada apa. Aku dah lupa apa yang aku nak cerita.” dalih Rara. Padahal, dia masih resah. Kehadiran Sowon pagi tadi buat dia tak tentu arah. Kekasih Seungcheol itu naik angin sebab nampak dia di rumah Seungcheol sewaktu bertandang ke rumah tadi. Dia mula berfikir yang bukan-bukan dan menuduh Seungcheol dan Rara ada hubungan. Sudahnya, pagi indah mereka bertukar menjadi suram dan sugul gara-gara itu.

Sampai sekarang, Rara tak tahu apa yang terjadi dengan Seungcheol dan Sowon. Dah berbaik atau belum? Dia serba salah tapi dalam masa yang sama, dia rasa macam puas hati sebab dapat sakitkan hati Sowon. Mungkin aura jahatnya masih bersisa? Entah. Rara sendiri bingung.

Perlu ke dia tolong jernihkan keadaan? Eh, Seungcheol pun salah jugak ! Dia yang mula menipu Sowon tu dulu. Kalau dari awal dia cerita benda sebenar dekat awek kesayangan dia tu, tak ada la benda ni nak jadi. Itulah ! Ego sangat.

 

“Tak nak cerita tak apa. Ambil masa kau. Ingat, aku akan sentiasa ada untuk dengar masalah kau.”

Suara Jeonghan mengembalikan Rara ke alam nyata semula. Ok. Dia mengelamun buat kali kedua di hadapan Jeonghan. Nasib baik lelaki ini penyabar orangnya. Tabah dan lembut melayan kerenah Rara. Kalau la dia ni spesies macam Seungcheol, memang dah lama Rara disembur rasanya. Memang betul la si Jeonghan ni ‘unnie’ terbaik !

Rara mengangguk dan tersenyum ke arah lelaki itu. Senyumnya dibalas Jeonghan dan Rara sempat memuji senyum manis Jeonghan itu di dalam hatinya.

 

 

“OMG ! OMG ! Cerita kau ni macam drama yang mak dengan adik aku suka tengok tu la. Rugi aku tak ada. Woora pun tak ada jugak. Kalau tak boleh suruh dia rakam.” Wonwoo mula merepek membuatkan Seungcheol tarik muka kelat.

Cerita masalah kat Wonwoo ni, kadang-kadang menyakitkan hati. Nasib baik bestfriend. Kalau tak, rasanya dah lama Seungcheol sumbat mamat ni dalam peti sejuk. Biar beku sikit otak dia yang tingtong tu.

“Aku serius ni Won. Apa aku nak buat?” sungut Seungcheol. Rambut hadapannya dicekak dan ditarik ke belakang tanda stress. Pening kepala fikir fasal masalah karut ni. Meskipun karut, ini melibatkan hati dan perasaan. Dia tak boleh nak biarkan Sowon terus menerus salah sangka dan terluka. Dia sayangkan gadis itu.

“Cerita la benda yang sebenar.” Wonwoo keluarkan idea bernasnya. Seungcheol menjegilkan mata dan menggeleng laju.

 

“Belum masanya lagi. Aku tak nak Sowon makin salah faham.”

Wonwoo mengeluh. Lolipop di tangan dikulum sambil dia cuba memikirkan solusi bagi masalah cinta sahabatnya itu.

“Kenapa kau takut nak cerita? Kau takut Sowon salah faham fasal kau dengan Rara ke? Kau takut Sowon ragu-ragu dengan kau dan curangi dia? Kau takut Sowon fikir yang kau akan gantikan dia dengan Rara?” soal Wonwoo dan Seungcheol mengangguk perlahan.

“Perempuan kan suka fikir yang bukan-bukan.” getusnya seraya mengeluh.

“Kau tu yang fikir bukan-bukan. Sowon tak cakap apa pun lagi. Kau pun tak cerita. Ke sebenarnya…kau yang takut?”

“Aku? Takut apa pulak?”

“Takut dengan perasaan kau sendiri. Kau takut kau akan curang dengan Sowon sebab Rara. Kau sebenarnya dah sukakan Rara sebab tu kau risau Sowon fikir macam tu kan? Kau takut Sowon dapat tangkap perasaan sebenar kau,kan?” Wonwoo tersenyum sinis.

 

BUK !

 

Cap Seungcheol singgah ke bahu Wonwoo. Bertalu-talu. Menggeletik Wonwoo dibuatnya. Dah lama tak merasa dibelasah Seungcheol. Tak sangka, bisanya masih menyengat. Wonwoo mengaduh kesakitan dan ini membuatkan Seungcheol berhenti bertindak. Karang tak memasal mati katak anak Pak Cik Jeon ni.

“Mulut kau ni makin lama makin puaka tau tak? Menyimpang jauh sangat dah kenapa? Cakap berbelit-belit ! Kau ingat kau ahli falsafah?” omel Seungcheol bengang. Kata-kata Wonwoo buat dia terkesan. Entah kenapa, dia terasa.

“Weh, aku bergurau !” Wonwoo ketawa kuat sebaik saja melihat Seungcheol yang melatah saat dia menuturkan kata-kata itu. See? Gelisah tak bertempat. Mesti ada maknanya !

“Pergi ! Aku malas nak layan kau.”

Wonwoo masih dengan sisa ketawanya sambil dia berlalu meninggalkan Seungcheol sendirian. Langsung tak terasa hati dengan tingkah Seungcheol. Dah biasa gurau kasar. Lagipun, Wonwoo harus akui  yang dia memang cakap ikut sedap mulut. Kawan tengah gelisah, dia tambah lagi sakit hati si Seungcheol tu. Kan dah kena? Sudah la. Dari layan masalah cintan cintun Seungcheol, lebih baik dia pergi buat kerja. Lagi berfaedah !

 

 

“Sowon !”

Gadis tinggi lampai yang sedang berjalan sendirian untuk pulang dari tempat kerjanya itu ditahan. Wajah Sowon yang masam mencuka ditenung sebelum nafas dihela perlahan.

“Jangan macam ni. Kau kena dengar dulu penjelasan aku.”

“Choi Seungcheol, aku tak suka ditipu. Kenapa kau tak jelaskan semuanya dari dulu?”

 

Seungcheol menggigit hujung bibirnya resah. Nampaknya amarah Sowon masih belum reda. Susah untuk melihat wanita lemah lembut itu naik angin dan nampaknya kali ni Seungcheol pecah rekod baru kerana dah membuat gadis paling baik hati ini marah. Tangan Sowon diraih lembut dan gadis itu hanya akur.

Sowon menghadiahkan jelingan tajam ke arah Seungcheol.

 

“Baik kau berterus terang. Siapa perempuan tadi?” nampaknya Sowon sudah agak terpujuk. Hati Seungcheol berasa sedikit lapang lantas dia mengangguk laju.

“Kita cakap dekat taman belakang rumah aku. Aku belanja kau aiskrim. Nak?”

 

Sowon masih membisu namun melihat Seungcheol yang membuat muka berharap, dia akhirnya bersetuju. Setuju dalam paksa. Langkah kaki mengikut gerak Seungcheol yang memegang erat tangannya. Dalam diam, Sowon menyembunyikan senyum suka.

 

 

“Bye Jeonghan.”

“Kau tak nak naik sekali?”

 

Rara menggeleng.

 

“Aku nak duduk kat taman sekejap. Ambil angin.” getus Rara membuatkan Jeonghan mengangguk faham.

“Nak aku teman?”

“Tak apa. Kau nampak letih. Rehat je la. Aku ok. Aku nak ambil masa bersendirian sekejap. Kau naik cepat. Adik kau dah tunggu tu. Kau cakap dia demam kan? ”

Jeonghan mengangguk lagi. Keputusan Rara dihormatinya tanpa banyak soal. Lagipun, dia memang tergesa-gesa untuk balik ke rumah. Badan dia rasa melekit dan dia tak sabar nak mandi. Tambah lagi bila adiknya, Jun telefon cakap dia demam. Makin tak senang duduk Jeonghan dibuatnya. Sebelum balik tadi, dia sempat ke farmasi untuk belikan ubat jadi dia kena segera bagi Jun makan ubat sebelum demam makin melarat.

 

“Bye Rara. Hati-hati. Thanks untuk hari ni.” sempat Jeonghan bersuara sebelum dia menutup pintu kereta dan bergegas naik ke atas rumahnya. Rara sekadar menghantar Jeonghan dengan pandangan mata sebelum dia juga menapak menuju ke taman permainan yang menjadi tempat kegemarannya sejak tinggal di situ.

 

“Eoh? Seungcheol dengan awek dia la.” dari jauh, mata Rara dapat menangkap imej sepasang kekasih yang duduk di kerusi batu di tengah taman. Idea nakal Rara mula berbuah di minda. Disebabkan rasa ingin tahu yang terlalu tinggi, dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengintip mereka berdua. Boleh jugak dijadikan bahan gosip dengan adik-adik Seungcheol nanti. Hahahah!

 

Tanpa berlengah, dia menyelinap ke arah sebatang pokok besar berhampiran tempat Seungcheol dan Sowon berdating. Rara bersembunyi di situ dan mula mencuri dengar.

 

“Kau dengan dia memang tak ada apa-apa hubungan?”

Seungcheol mengangguk bersungguh. Tangan kanan diangkat paras bahu seperti sedang mengangkat sumpah.

“Dia tu bekas majikan aku dulu. Kau ingat tak budak perempuan yang selalu cari fasal dengan aku tu? Dia la.” cerita Seungcheol membuatkan Sowon membulatkan matanya.

“Kenapa dia ada di rumah kau?”

“Sesuatu terjadi dan dia perlukan pertolongan aku. Aku kesiankan dia. Sebab tu la aku tolong dia buat masa ni.”

 

Sowon mengangguk lemah. Masih belum tersenyum memandangkan dia nak terus tunjuk protes kepada Seungcheol yang dah membawa perempuan lain tinggal di rumahnya. Sedangkan Sowon sebagai kekasihnya sendiri jarang menjengah ke rumah itu, apa kes budak perempuan rambut blonde tu sampai tinggal di situ? Sowon agak tak puas hati.

 

“Betul ke apa kau cakap ni? Kau memang tak ada perasaan dekat dia? Sikit pun?” Soal Sowon ragu.

 

Seungcheol menghela nafa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD