Bab 12

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 12

 

Mingyu merengus geram mengenangkan kejadian di rumah tadi. Hatinya masih terasa panas bila teringatkan semuanya. Kemarahan Seungcheol, kebodohan Myungho dan juga kedegilan dirinya sendiri.

“Mingyu-ya.”

 

Seseorang muncul dan duduk di sebelah dia yang sedang termenung di atas kerusi batu yang tersedia di taman. Taman yang terletak di kawasan belakang rumah pangsa usang itu sunyi sepi dan kelihatan tenang. Sebaik saja dibentak oleh Seungcheol tadi, Mingyu terus membawa diri ke sini.

Pemuda itu menoleh memandang orang yang baru saja melabuhkan punggung di sebelahnya. Satu senyum kelat ditayang nak tak nak.

 

“Kak Rara kenapa datang sini jugak?”

Rara mengeluh seketika.

“Kakak pun kena marah dengan Seungcheol. Sebab tu datang sini.” jawabnya sambil menarik muncung. Bengang pula bila dia teringat tindakan melulu lelaki itu tadi. Habis satu isi rumah dia nak tengking. Menyakitkan hati betul.

Mingyu diam tak bersuara. Fikirannya jauh melayang memikirkan sesuatu. Sesekali, kakinya yang tercedera sewaktu bermain bola tadi diurut perlahan. Naik simpati Rara jadinya.

Rara turut membisu di sebelah anak muda itu. Pergaduhan adik-beradik tadi buat dia teringatkan sesuatu. Dia teringat kejadian malam semalam sewaktu Seungcheol mabuk dan mula cakap perkara yang bukan-bukan padanya.

 

“Maafkan aku. Aku tak patut marah kau. Aku stress sangat sebab tu aku lepaskan dekat kau. Aku tau tu salah…”

“Aku ni jahat kan? Manusia yang jahat. Lelaki yang jahat. Abang yang jahat.”

“Aku tak boleh nak gembirakan semua orang. Aku sakitkan hati kau, aku tak dapat tunaikan permintaan adik aku. Kesian adik-adik aku, kesian kau…korang semua hidup susah sebab aku.”

“Hati aku sakit sangat. Kepala aku serabut.”

 

“Mingyu, sabar la. Nanti kau akan dapat juga kasut baru kau nak tu. Kakak yakin, Seungcheol tengah cuba usahakan.” pujuk Rara membuatkan Mingyu mencebik.

“Tak mungkin la kak. Hyung dah cakap yang takkan belikan. Memang dia takkan belikan. Dah la. Menyampah betul bila cakap fasal dia. Mingyu kadang-kadang geram dengan adik-beradik Mingyu sendiri. Seungcheol hyung tu, tegas sangat ! Asyik dia je yang betul. Myungho pulak lembik sangat. Terlampau baik sampai orang boleh pijak kepala dia. Seungkwan dengan Chan pun sama ! Dua-dua tu manja terlebih. Benci betul lah. Tak ada adik-beradik lagi bagus kalau masing-masing macam ni. Menyemak je.” omel Mingyu seraya menumbuk geram permukaan kerusi batu itu. Bengang sangat dah tu.

Rara menghela nafas perlahan. Dia menoleh ke belakang seketika dan seseorang yang terpacak tak jauh dari situ dipandang. Kemudian, dia mengisyaratkan agar orang yang dari tadi berdiri itu agar mendekati dia dan Mingyu.

“Mingyu…aku…”

Mingyu serta-merta menoleh saat suara seseorang muncul di antara dia dan Rara. Pemuda itu menoleh ke arah suara berkenaan dengan muka yang terkejut.

“Apasal kau ada kat sini jugak?”

 

Myungho hanya diam. Soalan Mingyu yang kedengaran agak kasar itu sengaja dibiar tak berjawab. Rara menggamitnya lantas menarik pemuda itu duduk di sebelah. Kini, Rara berada di tengah antara dua anak teruna keluarga Choi.

“Aku minta maaf, Mingyu. Apa yang kau cakap memang betul. Aku lembik. Aku bodoh.” tutur Myungho membuatkan Mingyu serba-salah. Dia sebenarnya tak ada niat nak cakap macam tu kepada adiknya namun bila rasa marah mula menguasai diri, dia tak boleh nak kawal kata-katanya sendiri.

“Tau pun.” pendek saja Mingyu membalas. Mendengarkan ayat itu, Myungho tunduk memandang hujung selipar lusuh yang dipakainya. Masalah duit kelas untuk lawatan ke Busan itu dah lama dia pendam sejak beberapa minggu yang lalu. Puas dia cuba sorokkan dari sesiapa namun gagal. Myungho tak sangka yang rahsianya dapat dibongkar oleh Mingyu.

“Dah la korang berdua. Tak baik bergaduh. Korang kan adik-beradik.” pujuk Rara sambil memautkan lengannya ke bahu Mingyu dan Myungho serentak. Dua beradik itu saling berpandangan dan masih diam membisu.

“Korang bertuah tau. Masih ada adik-beradik, ada keluarga. Bila susah, boleh sama-sama kongsi kesusahan.” tambah Rara lagi. Semua itu memang apa yang sudah lama terbuku dalam hatinya. Dia kadang-kadang rasa cemburu dengan keluarga Seungcheol. Walaupun hidup susah dah ada kalanya bergaduh, tapi mereka masih bahagia dan saling membantu.

“Kakak dapat rasakan kasih sayang korang sekeluarga tau tak? Tak perlu la nak bergaduh lagi. Soal duit yang korang perlukan tu, apa kata nanti kita bincang lain? Kakak akan cari jalan juga untuk tolong korang.” pujuk Rara lagi. Wajah masam Mingyu dipandang dan kemudian pandangan beralih pada muka sugul Myungho.

“Senyum guys, semuanya akan OK. Asalkan korang bersama. Betul tak?” Rara masih belum mengalah. Dua beradik itu mesti didamaikan.

Mingyu menarik senyum lambat-lambat setelah mendengar pujukan Rara itu. Melihat Mingyu yang tersenyum buat Myungho turut sama tersenyum. Mereka saling berpandangan dan tersenyum janggal untuk beberapa saat.

“Pffft !”

Setelah itu, masing-masing ketawa membuatkan Rara terpinga seketika.

“Kau tengok tak muka hyung masa dia marah kita tadi? Macam lembu jantan nak bergusti!” kutuk Mingyu buat Myungho makin kuat ketawa.

“Tau takpa. Mata dia macam nak terkeluar tau tak? Risau aku kalau betul-betul bijik mata dia tu terkeluar jatuh atas lantai.” tambah Myungho sambil membayangkan semula muka marah Seungcheol tadi.

Rara yang mendengar ikut ketawa. Kalau tadi suasana antara mereka tegang, kini sudah mula beransur meriah. Mingyu siap mengajuk gaya amukan Seungcheol dan itu membuatkan dua orang yang melihat ketawa terbahak-bahak.

 

Dalam diam, Rara memerhatikan gelagat dua beradik itu sambil tersenyum senang. Entah kenapa, dia betul-betul bersungguh nak tengok hubungan mereka berdua baik semula. Dia sendiri tak menyangka dengan apa yang dia buat sekarang ini. Rara tak pernah begini. Dia selalunya angkuh dan dia juga yang selalunya mencipta pergaduhan. Kini, siapa sangka Rara yang sama sedang berusaha untuk mendamaikan pergaduhan?

Perlahan-lahan, sikap angkuh dan sombong Rara mula berubah. Semuanya setelah dia menetap di kediaman keluarga Choi. Sedikit sebanyak, kisah hidup mereka banyak mengubah persepsi dan membuka matanya.

 

“Sorry tau Myungho. Aku tak berniat pun nak cakap kau bodoh. Kalau kau bodoh, aku pun bodoh jugak kan? Kita berdua kan kembar.” ucap Mingyu sambil menepuk bahu Myungho. Ya. Dia dan Myungho memang selalu disalah tafsir sebagai kembar sebab mereka dilahirkan pada tahun yang sama. Bezanya cuma Mingyu lahir awal tahun manakala Myungho pula sewaktu hujung tahun. Tak mustahil kan? Mungkin pada tahun tu, rezeki ibu bapa mereka melimpah-ruah.

“Kembar lah sangat.” Myungho menjulingkan matanya ke atas.

Mereka berdua serentak ketawa.

 

 

“Hoi, abang ! Dah kenapa mengintai-intai kat tingkap tu?”

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD