Bab 4

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

 

BAB 4

 

“Lelaki bangsat !”

Kalau tadi dia menumbuk, kini dia hadiahkan pula satu tendangan tepat mengena pada perut Jimin. Lelaki itu hampir jatuh terjelepok ke lantai namun dia sempat menahan tubuhnya dengan berpaut pada dinding. Tangan kanan menyokong tubuhnya manakala tangan kiri memegang perut yang terasa senak dek tendangan kuat tadi.

“Baik kau blah sebelum aku laporkan kau kat polis.” ugut Seungcheol seraya mencengkam kolar baju yang dipakai Jimin. Matanya garang menikam anak mata Jimin yang masih dalam keadaan terkejut itu.

“Sial la !” Jimin menolak Seungcheol kasar. Sempat dia membalas pandangan Seungcheol yang masih lagi belum lepas dari merenungnya. Pandangan Jimin perlahan-lahan beralih pada Rara yang tunduk melutut di lantai sambil teresak-esak menangis. Senyuman sinis penuh makna ditarik seakan mengejek gadis itu.

“Perempuan bajet suci ! Aku tau kau dah banyak mainkan perasaan lelaki dan bila aku nak cuba kau, kau pura-pura baik? !” Jimin berkata lantas meludah ke arah Rara sebelum melangkah pergi. Dalam hatinya, dia masih belum puas. Angan-angan untuk memiliki Rara musnah begitu saja disebabkan seorang lelaki yang acah-acah superhero itu. Jimin malas nak melawan. Dia tak nak nampak terdesak di depan mata mereka berdua jadi, dia memilih untuk beredar. Ah, kalau dia tak dapat Rara, masih ramai perempuan lain yang boleh dia jadikan ganti.

Mendengarkan kata-kata Jimin membuatkan Rara meraung kuat. Kata-kata kesat itu buat hatinya seakan ditoreh dengan pisau tajam. Saat Jimin meludah ke arahnya tadi, dia betul-betul terasa bagai dihempap dengan batu besar yang menyakitkan. Tujahan Jimin terlalu menyakitkan. Rara tak sanggup menahannya.

“Kau tak apa-apa?”

Seungcheol membuka sweater yang dipakainya lantas disarungkan ke tubuh Rara yang agak terdedah itu. Keluhan berat lahir tanpa sedar.

“Boleh tak jangan tanya soalan bodoh? Kau tak nampak apa yang dia buat tadi?” entah di mana silapnya, Rara tiba-tiba melenting. Sweater Seungcheol tadi ditolak kasar dari terus membaluti tubuhnya. Pembantu peribadinya yang cuba untuk membantu dia bangun itu turut ditolak agar menjauhinya.

Seungcheol tercengang. Perlakuan Rara buat dia diam seketika.

“Aku benci kau ! Aku benci semua orang ! Aku benci hidup ni !” raung Rara persis perempuan gila yang hilang arah. Seungcheol memandang gadis itu dengan pandangan yang mencerun. Makin terbakar hatinya bila Rara berkelakuan sebegitu. Gadis di depannya itu seakan tak bersyukur dengan apa yang dah terjadi. Mujur Seungcheol datang dan selamatkan dia tadi tapi apa yang dia balas? Tengkingan dan caci-maki yang buat Seungcheol bengang?

Tangan Rara direntap tanpa banyak bicara. Gadis itu perlu dibawa pulang sebelum keadaan semakin tegang. Seungcheol cuba menahan sabar bila Rara tak henti-henti memakinya. Seungcheol sendiri tak dapat cari apa silap dia. Bukan dia yang cuba merogol Rara tadi. Bukan dia !

“Lepaskan aku la, bodoh !” tengking Rara seraya merentap tangannya dari genggaman Seungcheol. Seungcheol merengus geram. Semakin lama, semakin melampau. Sabar Seungcheol dah hampir habis dengan kerenah Rara ini.

“Balik. Bapak kau dah tunggu kat rumah.” suara Seungcheol kedengaran tegang.

“Tak nak ! Aku benci Daddy ! Lelaki semua sama!” bentak Rara lantas duduk mencangkung di tengah jalan sambil menangis. Kepalanya disembamkan ke kepala lutut. Terhincut-hincut bahunya saat air mata mengalir. Raungan Rara tak ubah seperti seorang perempuan yang hilang akal.

Seungcheol menghela nafas berat. Perasaannya bercampur baur. Kesian. Marah. Bengang. Sedih. Dia sendiri tak pasti.

“Balik.” sekali lagi dia memujuk Rara namun gadis itu masih berdegil.

“Kim Yoora ! Kau dengar tak ni? Aku cakap ikut aku balik ! Kau nak buat apa lagi kat sini? Kau nak tunggu jantan tadi datang lagi dan sambung cabul kau?” akhirnya kemarahan Seungcheol meletus. Peristiwa sebentar tadi tanpa sengaja diungkit dan ini membangkitkan lagi amarah Rara.

Gadis itu perlahan-lahan memanggung kepalanya dan merenung Seungcheol tajam.

“Diam ! Aku benci dengar suara kau ! Aku benci kau !” suara Rara sama naik dengan Seungcheol.

“Fine ! Duduk sini ! Lantak kau ! Kau duduk la sini ! Kau suka kan? Kau memang nak kena cabul lagi kan? Kau suka? Kau memang nak bagi semua lelaki yang ada kat dalam kelab tu tengok kau yang seksi ni lepas tu rogol kau. Kan?” Seungcheol semakin lancang berbicara.

 

PANG !

 

Satu tamparan singgah ke muka pemuda itu. Rara yang entah bila masa bangun berdiri di depannya dengan muka yang merah.

“Kau ni lelaki tak guna ! Aku benci kau !” herdik Rara setelah dia melayangkan penampar sulungnya ke muka Seungcheol.

Semakin bengkak hati Seungcheol saat Rara menamparnya.

“Aku atau kau yang tak guna? Kau tu yang tak guna ! Hidup cuma untuk menyusahkan orang ! Hei ! Kalau bukan sebab aku yang kononnya tak guna ni, mungkin sekarang kau tengah kena ratah dengan jantan tadi tau tak? Kau ni memang jenis tak tahu nak berterima kasih ke apa?” tengking Seungcheol kepada Rara. Dia dah tak kisah tentang kedudukannya sebagai pekerja Rara. Apa yang ditahan sejak tadi dah tak dapat disimpan lagi. Rara betul-betul mencabar dirinya.

“Boleh tak kau jangan nak ungkit benda tadi?” Rara sudah menghayun handbag miliknya untuk menghentam tubuh Seungcheol. Geram. Kemarahannya pada lelaki itu sudah meluap-luap.

“Macam mana aku tak ungkit? Kau yang buat aku ungkit ! Kau tu tak reti nak hargai orang ! Bodoh ! Degil ! Pentingkan diri kau !” Seungcheol menahan Rara dari terus memukulnya.

“Diam ! Kau tak layak cakap macam tu dekat aku !”

Suasana diam seketika. Seungcheol tak membalas kata-kata Rara sebaliknya wajah gadis itu direnung seakan ingin dibunuh.

“Kau tak ada hak nak cakap macam ni kat aku. Dasar orang miskin tak sedar diri !”

“Apa kau cakap?”

“Sedar la diri tu sikit ! Selama ni, kau tu kerja makan gaji dengan aku. Kalau aku dengan daddy aku tak ada, sampah macam kau ni dah jadi gelandangan tau tak? Kalau bukan sebab duit keluarga aku, kau dengan keluarga kau yang miskin ni belum tentu dapat hidup !” sambung Rara dengan nada yang bongkak.

Seungcheol menggenggam penumbuknya seakan cuba menahan rasa.

“Orang-orang miskin macam kau ni memang tak sedar diri kan? Mak ayah kau tak ajar kau ke selama ni? Tak ajar cara nak hormat orang atasan macam aku ni? Mak ayah kau tak ajar ke kau cara nak hormat majikan kau? Hah?” Rara masih belum habis menghina. Kata-katanya semakin tajam dan menyakitkan.

Seungcheol akhirnya hilang sabar.

“Hoi , perempuan ! Jangan nak hina keluarga aku la ! Kau boleh nak hina aku ! Tapi jangan main nama keluarga aku dalam ni !”

“So what? Memang betul kan apa yang aku cakap? Kau dengan keluarga miskin kau tu cuma sampah di depan mata aku ni !” Rara berkata lancang. Dia seakan dah lupa jasa Seungcheol yang membantunya tadi.

“Apa yang kau nak sebenarnya Rara? Kau hina aku dengan keluarga aku, apa yang kau nak sebenarnya?” suara Seungcheol semakin tinggi melengking. Hatinya sakit bila Rara menyebut-nyebut nama keluarganya. Itu hal yang sensitif bagi Seungcheol. Rara tak ada hak nak menghina orang-orang yang Seungcheol sayang.

“Aku nak kau berambus dalam hidup aku ! Aku benci kau ! Aku benci kau yang selalu menyibuk urusan hidup aku !” luah Rara. Tubuh Seungcheol ditolak dengan sepenuh tenaga yang ada.

“Fine ! Kau nak sangat aku berambus kan? Baik ! Kau ingat aku nak sangat jadi hamba kau, hah? Kau dengar sini, Rara ! Dengar sini !” Seungcheol menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menyambung bicara.

“Mulai hari ni, aku bukan pembantu peribadi kau lagi ! Aku berhenti !” bentak Seungcheol membuatkan Rara tergamam seketika. Ini kali pertama dia dengar Seungcheol berkata begitu. Selama ni, Se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD