Bab 3

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

 

BAB 3

 

Suasana di dalam kereta pagi itu sunyi. Ruang kereta mewah itu hanya diisi dengan celoteh penyampai radio dan diselangi dengan beberapa buah lagu. Baik Seungcheol mahupun Rara, masing-masing mengunci mulut dan buat hal sendiri. Seungcheol fokus kepada pemanduannya dan Rara pula sibuk dengan i-phone di tangan.

Perjalanan menghantar Rara ke kolej yang menjadi rutin harian setiap hari menjadi agak janggal pada hari ini.  Selalunya, mulut Rara yang becok tu akan mula berleter benda yang bukan-bukan kepada Seungcheol dan Seungcheol pula akan melawan dan membalas dengan kata-kata sinis kepada Rara. Mereka akan bertekak sampailah tiba ke lokasi yang dituju.

Seungcheol masih dibayangi peristiwa malam semalam. Pagi tadi, Mingyu bertolak awal ke sekolah manakala adik-adiknya yang lain hanya mendiamkan diri. Seungcheol jadi serba salah. Dia kena lakukan sesuatu untuk memujuk semula adik-adiknya.

Suasana masih sepi.

 

KREOKKKKK~~~

 

Dek kerana terlalu sunyi, satu bunyi yang tak sepatutnya didengari bergema di seluruh ruang kereta. Seungcheol mengerutkan dahinya tanda hairan. Dari mana pulak datangnya bunyi pelik ala-ala bunyi dengkuran beruang itu?

Pertanyaannya terjawab saat terpandangkan reaksi Rara yang gelisah di tempat duduk belakang.

“Kau lapar ke? Tak sarapan sebelum bertolak tadi?” soal Seungcheol kepada anak majikannya itu.

Rara merengus perlahan. Bunyi perutnya yang minta diisi berjaya ditangkap oleh Seungcheol. Patutkah dia rasa malu atau cuma berlagak biasa? Ah ! Semua ni sebab perempuan bernama Tifanny tu. Kerana Tifanny, Rara mula mogok makan untuk tunjuk protes kepada Daddynya. Dia sengaja tak bersarapan pagi tadi tapi akibatnya? Dia sendiri yang menanggung lapar. Dah la waktu dinner semalam dia hanya makan sikit kerana seleranya patah. Sapa pula yang dah mematahkan seleranya? Sudah tentu Tifanny !

“Kau tak payah sibuk, Seungcheol. Pandu je kereta tu.” satu jawapan dingin dibalas oleh Rara membuatkan Seungcheol mencebik dalam diam.

“Benda apa pulak yang kau tak dapat kali ni, Rara? Kau tengah mogok makan kan? Lupakan je la. Kalau kau gastrik, aku jugak yang susah. Aku malas nak usung kau ke klinik.” bebel Seungcheol kepada gadis yang berada di tempat duduk belakang itu. Dah agak dah, mesti ada yang tak kena dengan majikannya ini. Seungcheol dah tau sangat perangai Rara. Kalau kehendak dia tak dituruti oleh Tuan Kim, mula la dia nak mogok. Manja betul ! Menyampah Seungcheol dibuatnya.

“Boleh tak kau jangan nak sibuk hal aku? Lantak la aku nak buat apa pun ! Kau buat kerja kau je boleh kan? Tak payah nak nasihatkan aku ! Kau tak layak pun nak membebel kat aku macam tu ! Kau tu kuli aku je la !” tak semena, Rara meledakkan kemarahannya kepada Seungcheol. Dari semalam lagi dia pendam rasa marah dan akhirnya terluah juga kepada pembantu peribadinya ini. Padan muka ! Sapa suruh dia jolok sarang tebuan? Kan dah jadi mangsa.

Seungcheol terpempan seketika. Suara Rara yang agak tinggi berbanding biasa membuatkan dia panas hati. Namun, Seungcheol cuba bersabar. Dia memilih untuk diam dan teruskan pemanduan. Suasana sunyi tadi kembali semula. Langsung tak ada sesiapa yang membuka mulut sehinggalah mereka sampai ke kolej tempat Rara belajar.

Perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 15 minit itu terasa panjang kerana situasi janggal yang tercipta. Seungcheol lega kerana ia dah berakhir. Nampaknya mood Rara tak baik. Tengok muka gadis itu pun dah tau. Muka mengalahkan raksasa hilang anak. Hahaha!

 

“Dah sampai.” tanpa sedar, Seungcheol sudah berada di luar kereta meninggalkan tempat duduk pemandu dan sekarang sedang menarik pintu kereta untuk Rara. Rara sempat menjeling Seungcheol tanda masih marah sebelum dia menapak keluar dari kenderaan mewah itu.

“Jangan lambat jemput aku nanti.” amaran dingin diberikan oleh Rara kepada Seungcheol. Dia mula berjalan meninggalkan Seungcheol namun langkahnya terhenti bila si pembantu peribadi itu menyeru namanya.

“Yah, Kim Rara !”

Dengan malas, Rara menoleh. Seungcheol mendekatinya dan menghulurkan sebungkus roti yang entah dari mana dia dapat kepada gadis itu.

“Buat sarapan.” tangan Rara diraih lantas roti diletakkan ke dalam genggaman gadis itu secara paksa. Kemudian, tanpa berlengah dia terus berlalu pergi meninggalkan majikannya terpinga-pinga.

“Sarapan dengan roti murah macam ni? Tch, please.” gumam Rara sambil memandang sekilas bungkusan roti coklat yang diberikan oleh Seungcheol tadi.

 

 

“Rara, You nampak moody hari ni. Kenapa?” Jimin, rakan sekelas Rara datang mendekati gadis itu saat Rara mula melabuhkan punggung di tempat duduknya.

Rara menghadiahkan senyuman tawar buat Jimin sebelum menggeleng laju.

“Tak ada apa.” balasnya pendek. Tanpa sedar, mata nakal Jimin dalam diam memandang Rara dari atas hingga ke bawah. Skirt pendek berwarna putih yang Rara pakai memang menarik perhatiannya. Dah lama dia aim Rara. Orang cakap gadis ini playgirl tapi Jimin tak kisah. Asalkan dia dapat apa yang dia nak.

Perlahan-lahan, tangannya mencapai tangan Rara dan diramas perlahan. Senyuman membunuhnya ditayangkan kepada gadis itu sambil matanya menikam anak mata Rara sedalam yang mungkin. Rara terkesima dengan perlakuan Jimin. Lelaki kacak seperti Jimin memang tak boleh nak ditolak. Dia membiarkan saja Jimin terus membelainya.

“Rara, kita keluar lepas habis kelas ni, nak? I dah lama nak lepak dengan You.” tutur Jimin dengan nada yang menggoda. Rara menggigit hujung bibirnya sambil mempertimbangkan ajakan Jimin. Daripada balik ke rumah dan bersedih, lebih baik dia berseronok kan?

“Okay.” anggukan kecil berserta senyuman manis diberikan kepada Jimin tanda dia bersetuju dengan ajakan pemuda itu. Jimin dalam diam menarik senyum menang.

 

 

“Mana kau? Dah setengah jam aku tunggu.” Seungcheol merengus dalam percakapannya. Dah nak masuk sepuluh kali dia telefon Rara, baru kali ni gadis itu mengangkat panggilannya. Lama dia menunggu gadis itu untuk dijemput setelah habis kelas. Namun, sampai sekarang Rara masih tak kelihatan. Padahal tadi bukan main lagi bagi amaran supaya tak lambat.

“Aku keluar dengan kawan aku.” Rara menjawab selamba. Jimin yang sedang memandu di sebelahnya dikerling seketika.

“Hah? Kau keluar dengan sapa? Apasal tak bagitau aku? Kau kat mana?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Seungcheol. Bengang dengan sikap Rara yang langsung tak fikir fasal orang lain. Dah nak dekat sejam Seungcheol menunggu Rara di kolej macam orang bodoh, alih-alih gadis itu keluar dengan orang lain. Kenapa tak diberitahu awal-awal? Sengaja nak menyusahkan orang?

“Dah. Tak payah nak banyak soal. Kau tak perlu tau aku kat mana.” Rara membalas angkuh. Dia malas nak layan Seungcheol. Merimaskan. S

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD