Bab 13

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 13

 

“Nak apa?” muka Seungcheol dipandang Rara dengan riak wajah yang tak berminat. Tak berminat nak cari gaduh sebenarnya. Lagipun, dia masih sentap dengan Seungcheol yang tak semena-mena menengkingnya tadi.

Seungcheol menghela nafas perlahan setelah mendengar suara dingin Rara. Hujung bibirnya digigit tanda serba salah. Lambat-lambat dia meluahkan apa yang dipendam.

“Nak minta maaf.”

Muka Rara berubah riak bila mendengar ucapan maaf dari Seungcheol itu. Dahinya secara automatik berkerut. Dia tak salah dengar kan? Rasanya, Seungcheol jarang sangat nak sebut perkataan ‘minta maaf’ tu kat dia. Memang sangat-sangat rare. Boleh dikira dengan jari je semenjak mereka berdua kenal, Seungcheol ucap kata maaf pada Rara. Kalau minta maaf pun tak ikhlas atau mungkin juga dalam keadaan tak sedar a.k.a mabuk. Opps ! Ok. Sebenarnya, dua-dua pun sama. Dua kali lima saja. Sebab apa? Sebab dua-dua ego ! Dua-dua keras kepala.

“Kau tak mabuk kan, Seungcheol?” kening Rara terangkat sebelah sambil matanya merenung ke arah Seungcheol. Dengan selamba, dia mendekatkan wajahnya dengan badan Seungcheol untuk menghidu mencari bau arak yang kemungkinan melekat pada pakaian lelaki di depannya itu.

“Yah ! Yah ! Apa ni dekat-dekat? Kau nak kiss aku ke apa? Gatal betul!” Seungcheol menolak kepala Rara agar menjauhinya. Gadis itu terlalu rapat sampai dia rasa meremang. Kembang-kempis hidung Rara buat Seungcheol makin pelik.

“Aku nak check kau. Mabuk ke tak? Kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Kiss apanya...Kick boleh lah !”

Muka Seungcheol merah padam. Terasa la tu. Rara mesti saja nak perli dia fasal peristiwa malam hari tu. Menyampah betul ! Bila Seungcheol teringat balik, tiba-tiba rasa malu datang semula. Muka Rara dipandang serba salah.

“Aku tak mabuk la. Aku serius ni.”

“Biar betul? Ke kau demam? Tu yang kau cakap benda mengarut macam ni?” Rara masih merenung Seungcheol seperti tak percaya. Nampak tak betapa insecurenya Rara? Tangannya laju hinggap ke dahi pemuda di depannya itu namun segera ditepis oleh Seungcheol.

Seungcheol merengus perlahan.

“Mengarut apanya? Nak aku ulang banyak kali ke?”

Rara tersenyum sinis.

“Boleh jugak. Ulang balik apa yang kau cakap tadi kuat-kuat. Biar satu rumah dengar.” sengaja Rara menguji Seungcheol. Saja nak buat lelaki itu bertambah segan. Dia balas pandangan mencerun Seungcheol sambil menyilangkan tangan untuk memeluk tubuh. Muka Seungcheol yang makin merah padam itu buat Rara rasa nak gelak kuat-kuat. Bukan cuma muka yang merah, telinga pun dah naik merah. Mesti lelaki tu tengah tahan rasa malu sebab dah terpaksa runtuhkan egonya depan Rara. Finally, kemenangan berpihak kepada Kim Yoora !

“Tch, Rara. Please la jangan nak main-main. Aku serius ni. Aku minta maaf.”

“Sebab apa? Sebab apa kau nak minta maaf? Cuba kau listkan salah kau satu persatu supaya aku dapat pertimbangkan.” tutur Rara dengan muka yang kerek. Seungcheol terasa macam kembali pada zaman dia masih lagi pembantu peribadi gadis itu. Adakah masa sudah berputar semula atau pun ini satu dejavu?

Mereka berdua saling berpandangan buat seketika. Terasa macam ada aura kilat yang memancar dari mata masing-masing. Rara merenung tajam Seungcheol manakala lelaki itu menjegil ke arah Rara. Suasana rasa dingin dan tegang.

“Ok lah ! Ok lah. Aku malas nak gaduh dah.” Seungcheol akhirnya meleraikan ketegangan tadi dan Rara menghela nafas perlahan.

“Tau pun. Jadi?”

“Jadi aku minta maaf. Ok? Aku tau aku salah sebab selalu marahkan kau tak tentu fasal. Sejak dari hari tu lagi aku tuduh kau yang bukan-bukan dan buat kau sakit hati.” ucap Seungcheol perlahan. Dia tunduk menekur lantai sambil mengucapkan ayat itu kepada Rara. Muka gadis itu hanya sesekali dikerling kerana rasa segan.

Rara hanya diam dan mengangguk. Dia tak tahu nak cakap apa.

“Fasal malam yang aku mabuk tu jugak. Sekali lagi aku minta maaf. Aku dah susahkan kau. Seungkwan cakap kau yang bawak aku balik. Betul ke?”

“Mestilah ! Takkan Puntianak pulak yang bawak kau kan?” soalan Seungcheol buat Rara menjulingkan matanya ke atas.

“Sorry. Aku mesti cakap benda bukan-bukan dekat kau kan? Kau lupakan boleh tak? Jangan bagitau adik-adik aku tentang apa yang aku cakap. Aku tau, aku mesti dah banyak merepek masa tu.” sambung Seungcheol lagi.

“Ntah. Aku dah tak ingat apa yang kau cakap. Aku dah lupa.” Rara berpura-pura tak ingat tentang kata-kata Seungcheol malam dia mabuk hari itu. Dia sebenarnya serba salah. Biarlah Seungcheol fikir yang dia dah terlupa soal itu. Rara pun sebenarnya malas dah nak mengungkit.

“Oh, ya tak ya jugak ! Kau ni memang pelupa orangnya. Sia-sia je aku risaukan fasal tu. Heh.” balas Seungcheol sambil ketawa janggal. Wajah Rara yang masam mencuka itu dipandangnya dan Rara sempat menjeling Seungcheol.

“So? Kau maafkan aku?” soal Seungcheol sambil menyandarkan tubuh pada sofa usang yang berada di belakangnya. Keningnya diturun naikkan untuk cuba memujuk Rara yang masih merenungnya dengan muka tak puas hati.

“Ye lah ! Aku maafkan. Sebab kau dah bagi aku tinggal sini jadi aku maafkan. Lagipun, aku malas la nak gaduh dengan kau. Banyak benda lagi yang aku nak fikir.” ucap Rara sambil membetulkan kedudukannya yang sedang duduk. Kalau tadi dia duduk melutut di depan Seungcheol, kini posisinya diubah. Rara sudah beralih tempat di sebelah lelaki itu dan bersila. Televisyen yang masih terpasang ditonton.

“Woah, Cik Yoora aku ni dah banyak berubah la sekarang. Dah berfikiran matang dah. Aku sebagai bekas P.A rasa bangga dan terharu. Hasil didikan aku, dia dah mula berubah.” Seungcheol tersenyum sambil cuba mengusik Rara.

“Kau jangan nak sindir aku la Seungcheol ! Aku belasah kau, karang !” marah Rara namun tak diendahkan oleh Seungcheol. Nak belasah konon ! Kalau dulu boleh la dia nak libas Seungcheol pakai beg Prada dia tu tapi sekarang? Beg Prada dia dah bertukar jadi beg sampah ! Wahaha !

Tawa Seungcheol buat Rara menarik muncung. Baru tadi minta maaf, dia buat balik dah perangai mulut longkang dia tu.

Suasana diam seketika setelah Seungcheol menghabiskan sisa tawanya.

“Weh, lelaki yang selalu dengan kau tu…”

Tiba-tiba, Seungcheol bersuara semula namun belum sempat dia habiskan soalannya, Rara sudah terlebih dulu memintas. Siapa lagi lelaki yang selalu ada dengan Rara? Takkanlah Seungcheol menyoal tentang adik-adiknya pulak. Sudah tentu...

“Jeonghan?”

“Ye la kot. Yang rambut macam perempuan tu. Siapa dia? Kau kenal kat mana?”

Rara pandang Seungcheol seketika sebelum menjawab soalan lelaki itu.

“Kawan merangkap ‘unnie’ aku. Dia tinggal sini jugak lah. Baru pindah. Rumah dia depan tu je”  cerita Rara panjang lebar. Siap tunding jari ke arah rumah Jeonghan lagi.

“Mwo? Unnie? Dia tu ada kecelaruan identiti ke apa?” Seungcheol menyoal lagi. Berkerut dahinya mendengar jawapan Rara tadi.

“Sibuk je la kau ni. Biar la aku nak panggil dia ‘unnie’.”

“Eh, kau ni ! Tanya je pun.”

Rara menjulingkan matanya ke arah Seungcheol. Sibuk je nak tahu fasal Jeonghan.

“Hati-hati, Rara. Kau baru je kenal dia. Entah apa niat dia pun kita tak tahu. Aku tak nak kisah macam kes Jimin hari tu jadi lagi. Sekarang, aku dah takkan selalu ada untuk kau. Aku sibuk.” Seungcheol meluahkan apa yang sudah lama terbuku dalam hatinya. Dia bukannya cemburu atau dengki dengan Rara yang rapat dengan Jeonghan tapi entah kenapa, dia risaukan gadis itu. Mungkin sebab dah lama jaga Rara, jadi perasaan melindungi yang selama ini dia semai demi khidmatnya pada gadis itu tak lama dulu masih berbaki.

Muka Rara berubah riak saat kisah Jimin dulu diungkit. Rasa sakit hatinya pada lelaki itu masih belum hilang. Tanpa sedar, dia merengus perlahan.

“Kau tak payah risau. Aku dapat rasakan yang Jeonghan tu lelaki yang baik. Selain kau, dia jugak buat aku rasa selamat.” balas Rara yakin.

“Apa kau cakap? Sapa yang buat kau rasa selamat?” Seungcheol mengukir senyum sambil memandang Rara. Ayat Rara tadi sengaja disuruh ulang. Rasa macam terharu pula dengar Rara cakap macam tu.

“Kau la. Aku rasa selamat dengan kau.” Rara tanpa segan mengulang ayatmya tadi buat Seungcheol ketawa sinis. Dia mencekak pinggangnya dan memandang Rara dengan muka yang sengaja digarangkan.

“Kau ingat aku pengawal keselamatan kau? Aci selamat tak selamat pulak.” getus Seungcheol sekadar nak berseloroh.

“Mestilah. Kau kan P.A aku.”

“Bekas P.A ok? Bekas !”

Rara mencebik. Seungcheol ni kalau cakap tanpa buat orang rasa nak bebal memang tak sah. Dia saja yang nak menang. Akhirnya, Rara diam dan tayang muka masam mencuka.

“Tapi Rara, walaupun kau rasa selamat dengan aku baik dengan si mamat rambut iklan syampu tu sekalipun, kau kena pandai jaga diri kau sendiri. Tak boleh la nak harapkan orang lain je. Kau dah besar dah. Tambah-tambah dalam keadaan kau sekarang.” nada suara Seungcheol bertukar serius.

Rara diam mendengar kata-kata dari lelaki itu.

“Kau kena pandai bawa diri sekarang ni. Kau kena sedar yang kau bukan la Cik Yoora yang dulu. Yang ada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD