Bab 10

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 10

 

“Apasal kau nak mengamuk tak tentu fasal ni? Kau tau tak kau tu salah faham je?” Rara tak mahu mengalah bila ditengking oleh Seungcheol. Suara Seungcheol yang melengking membuatkan hatinya seakan terbakar.

“Apa yang aku salah faham hah? Kau ingat aku bodoh? Kau menggatal dengan jantan mana tah. Kau ingat aku tak tau?” bentak Seungcheol.

“Apa bendanya kau ni? Kalau tak tahu apa-apa tak payah la main tuduh.” Rara membalas. Tangannya mula bercekak  pinggang tanda dia sudah naik angin. Pergaduhan sudah tercetus antara mereka berdua. Semakin lama semakin tegang.

“Sedar la diri tu sikit ! Kau ni memang gatal kan? Dari dulu tak pernah nak menyesal. Masih jugak nak menggatal dengan lelaki keliling pinggang. Kalau kau nak sangat menggatal, baik kau berambus ! Jangan nak malukan aku ! Duduk rumah aku buat cara menumpang ! Tak payah nak buat perangai. Keluar sekarang ! Pergi duduk rumah jantan kau tu !” suara Seungcheol semakin meninggi menengking Rara. Tanpa sedar, perlakuannya membuatkan adik-beradiknya yang lain terjaga dan mengintai dari dalam bilik.

“Fine ! Kau nak sangat aku berambus kan ! Tak guna ! Kau ingat kau sapa nak marah-marah aku macam ni !” Rara merengus geram. Seungcheol selalu menyakitkan hatinya. Dia betul-betul bengang dengan Seungcheol kali ni. Rara berjalan laju menuju ke muka pintu dan dia sempat menolak tubuh Seungcheol untuk melepaskan geramnya.

“Pergi ! Jangan balik ! Pergi !” halau Seungcheol tanpa rasa bersalah. Rara menjeling Seungcheol sebelum berlalu pergi. Pintu rumah dihempas kuat tanda marah. Pemuda itu sekadar menghantar pemergian Rara dengan jelingan tajam.

“Perempuan gatal !”

 

“Abang !”

Myungho muncul entah dari mana dengan muka yang resah. Seungcheol merenung adiknya itu dengan pandangan tajam Kemudian, pandangannya beralih pada tiga lagi adiknya yang diam membatu tak berapa jauh dari Myungho.

“Jangan ada sapa-sapa yang berani nak pujuk dia. Biar dia tau rasa!” amaran keras diberikan Seungcheol kepada adik-adiknya. Dia tahu, mereka berempat tu sayang sangat kat Rara. Kononnya Rara tu kakak mereka memandangkan selama ni mereka tak ada saudara perempuan. Seungcheol tak rela adik-adiknya bersaudara dengan perempuan gatal macam Rara.

“Kenapa abang marah-marah Kak Rara macam tu? Cuba la bagi dia peluang nak cakap.” Myungho memberanikan diri untuk bersuara. Bukan nak menyebelahi Rara tapi dia serba salah melihat Seungcheol menyembur Rara tanpa usul periksa. Lagipun Rara ada ceritakan tentang kawan barunya kepada Myungho semalam. Katanya, lelaki itu jiran mereka yang tinggal di rumah depan. Jeonghan namanya. Mungkin lelaki itu yang Seungcheol maksudkan.

“Kau apasal nak backup dia? Kau suka dia? Hah?” Seungcheol menyoal Myungho dengan muka bengang. Adiknya itu menghela nafas perlahan.

“Ntah-ntah itu cuma kawan dia. Dia ada kenal dengan jiran kita sorang ni. Semalam dia cerita kat Myungho. Abang lain kali kalau nak marah orang, periksa la dulu. Kalau Myungho jadi dia pun, Myungho bengang.” adik lelaki Seungcheol itu berkata sebelum akhirnya berlalu pergi meninggalkan Seungcheol sendirian. Dia agak terkilan dengan sikap panas baran abangnya ini.

Seungcheol terdiam mengenang kata-kata Myungho itu. Jarang sangat nak dengar Myungho mempersoalkan perlakuan dia. Mereka berdua jarang bertikam lidah memandangkan Myungho seorang yang mendengar kata jadi bila kali ini anak muda itu menegur Seungcheol, sedikit sebanyak ia memberikan kesan.

“Dah ! Korang semua pergi tidur !” suara Seungcheol melengking memarahi adik-adiknya yang lain kerana masih berjaga. Terkulat-kulat mereka semua menuju ke arah tempat tidur setelah dimarahi Seungcheol. Lelaki itu masih membisu di hadapan muka pintu dan menghela nafas berat.

“Aku ke yang salah?”

 

 

Malam sudah ke waktu kemuncaknya. Jarum jam sudah melepasi pukul satu pagi. Kedinginan malam sudah semakin menusuk ke tulang gadis bernama Rara itu. Sejak tadi, dia duduk membawa diri ke taman belakang bangunan rumah Seungcheol. Masih makan hati dengan kata-kata lelaki itu. Dia menghayun buaian sambil mengelamun memikirkan bermacam-macam perkara. Tentang kehilangan papanya, tentang perjalanan hidupnya, tentang mama yang sudah lama menghilang dan juga tentang kemarahan Seungcheol tadi.

“Eh, Rara lah !”

Gadis itu tersentak saat namanya disebut dari belakang. Dia macam kenal dengan suara yang memanggil namanya itu. Lantas, Rara menoleh. Kelihatan Seungcheol berdiri di belakang dengan memegang sebotol soju dan tersengih ke arahnya.

“Annyeong, Cik Rara.” nada suara Seungcheol sangat berbeza dari selalu. Rara sekadar membisu dan terus memerhatikan Seungcheol. Pemuda itu berjalan terhuyung-hayang ke arah Rara dan mengambil tempat di buaian bersebelahan dengan gadis itu.

“Kau dah kenapa?” soal Rara aneh dengan perlakuan Seungcheol.

“Eouh?? Kenapa apa? Tak ada apa-apa~~” Seungcheol menjawab sebelum menghayunkan buaian yang dinaikinya. Semakin lama semakin laju. Sambil berayun, dia meneguk soju yang dipegangnya.

“Kau…mabuk ke?” Rara terlopong seketika melihat Seungcheol. Pelik betul perangai mamat sorang ni. Seungcheol menghentikan buaian dan memandang ke arah Rara sambil tersenyum. Senyum Seungcheol tersangatlah lebar sampai sepet mata dibuatnya.  Rara memandang dengan dahi yang berkerut.

“Mintak maaf…” ayat itu keluar dari mulut Seungcheol yang masih lagi tersenyum.

“Kenapa minta maaf?” Rara menyoal dengan nada yang seakan merajuk. Pelik betul Seungcheol. Mudah pulak dia nak minta maaf. Selalunya ego bukan main tinggi. Dah la buat perangai pelik. Tak syak lagi. Lelaki ni dah mabuk. Soju yang diteguk Seungcheol dipandang. Baunya boleh tahan kuat. Rara yang tak sukakan alkohol dah mula naik pening dengan bau minuman itu.

“Mintak maaf pun tak boleh ke?” rungut Seungcheol dengan gaya seperti kanak-kanak yang tak dapat gula-gula. Mulutnya dimuncungkan tanda sebal dengan pertanyaan Rara. Rara merenung Seungcheol lama sebelum ketawanya meledak. Sumpah lawak. Kalau boleh dia nak rakam dan bagi Seungcheol tengok balik bila dia dah sedar.

“Yah ! Apa yang lawak?” Seungcheol mengomel geram dan menghentakkan kakinya. Rara semakin kuat ketawa. Buaian yang Rara naiki dirapatkan sedikit ke arah Seungcheol lantas kepala Seungcheol diusap perlahan. Suka bila tengok Seungcheol mabuk macam ni. Perangainya lain sangat dari biasa. Melihat Seungcheol yang begini buat marah Rara kepadanya tadi terus reda.

“Aigoo, uri Seungcheollie…Kenapa ni?” soal gadis itu seakan melayan perangai mabuk Seungcheol.  Seungcheol merenung wajah Rara yang tersenyum. Mereka saling berpandangan sebelum telinga Rara menangkap esak tangis Seungcheol.Senyum Rara mengendur saat melihat Seungcheol sebegitu.

“Minta maaf sebab marah kau tadi. Yah, Rara. Aku cuma risaukan kau. Kau…banyak masalah sekarang ni…aku tak nak kau ditimpa susah lagi.” luah Seungcheol dalam keadaan yang masih mabuk. Gadis itu terkedu. Rupanya niat pemuda itu baik cuma…mungkin dia tak tahu nak luahkan dengan cara yang lebih lembut?

“Seungcheol-ah…”

“Maafkan aku. Aku tak patut marah kau. Aku stress sangat sebab tu aku lepaskan dekat kau. Aku tau tu salah…” raung Seungcheol seakan menyesal dengan perbuatannya. Rara menepuk bahu Seungcheol.

“Tak…takpe la. A…aku pun minta maaf jugak. Janganlah nangis macam ni.” pujuk gadis itu. Oh tidak ! Ini kali pertama Rara memujuk orang yang menangis dan sapa sangka orang yang dipujuknya itu adalah bekas pembantu peribadinya, Seungcheol?

Seungcheol masih terus menangis. Rara tak tahu nak buat apa. Nak gelak atau terus melayan Seungcheol? Kesian tapi dalam masa yang sama Rara rasa kelakar. Ini kali pertama dia tengok Seungcheol menangis. Bukan menangis yang macam dalam hero-hero drama tu. Menangis diorang masih macho tapi Seungcheol?

“Aku ni jahat kan? Manusia yang jahat. Lelaki yang jahat. Abang yang jahat.” Seungcheol terus meluahkan perasaannya dan Rara terus mendengar luahan lelaki itu.

“Aku tak boleh nak gembirakan semua orang. Aku sakitkan hati kau, aku tak dapat tunaikan permintaan adik aku. Kesian adik-adik aku, kesian kau…korang semua hidup susah sebab aku.”

Mendengar luahan hati Seungcheol buat Rara tersentuh. Dia kehilangan kata-kata. Gadis itu masih setia mendengar luahan hati Seungcheol.

“Hati aku sakit sangat. Kepala aku serabut.” Seungcheol menyambung. Dia menumbuk-numbuk dadanya dengan kuat. Kononnya untuk menghilangkan rasa sakitnya. Rara menghalang Seungcheol dari terus menumbuk diri sendiri. Tangan Seungcheol digenggam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD