Bab 14

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 14

 

 

Kerana dipaksa oleh Seungcheol, akhirnya Rara membuka mulutnya. Nak sangat tahu dari mana dia dapat duit untuk diberikan kepada Mingyu dan yang lain. Seungcheol ni kalut sangat. Bukannya dia merompak pun. Atau jangan-jangan Seungcheol memang syak dia merompak? Wah, kejamnya !

“Aku jual barang berharga aku.” jawab Rara bagi menghentikan Seungcheol yang dari tadi memandangnya macam pandang penjenayah paling dikehendaki di negara ini. Jawapan yang keluar dari mulut Rara buat lelaki itu ternganga.

“Apa benda yang berharga tu? Kau jangan la cakap benda yang merepek Rara.” sungut Seungcheol.

“Betul la. Kau tak payah la tanya banyak-banyak. Aku tau la apa yang aku buat.” balas Rara. Dua insan itu sudah mula berbalas pandangan dan sudah tunjuk ura-ura untuk bertekak. Adik-adik Seungcheol yang masih berada di situ seperti biasa, menjadi penonton setia acara Pergaduhan Harian Seungcheol-Rara yang tak pernah tak menghiburkan itu. Ada saja yang mereka nak gaduhkan. Sorang kata macam ni dan sorang lagi pulak cakap macam tu. Pening kepala dibuatnya.

“Apasal kau nak berahsia pulak? Ah…jangan-jangan kau…” Seungcheol mula memikirkan sesuatu. Gadis yang sedang berdiri dengan muka belagak di depannya itu direnung atas bawah. Syak wasangka mula bersarang dalam diri Seungcheol. Well, dia tak boleh disalahkan. Rara yang buat dia fikir yang bukan-bukan.

“Jangan-jangan apa?” Rara menyoal tatkala perasan yang Seungcheol memerhatikannya dengan muka yang jengkel. Entah apa yang difikirkan bekas pembantunya itu, Rara jadi serba tak kena.

“Kau jual diri kau, eh?” ayat yang keluar dari mulut Seungcheol buat mata Rara terbuntang. Melihat Seungcheol yang merenungnya dengan muka menakutkan, Rara jadi tak selesa. Mesti lelaki tu tengah fikirkan benda yang bukan-bukan. Segera, Rara menyilangkan tangan untuk menutup tubuhnya yang terasa bagai ditenung oleh Seungcheol dengan menggunakan pandangan X-Ray. Menakutkan.

“Apasal kau diam? Jadi betul lah? Kau buat benda tak senonoh semata-mata sebab duit? Huh?” suara Seungcheol mula meninggi sehingga Rara tersentak. Dia berundur menjauhi Seungcheol.

"Jawablah !"

“Tak guna punya Seungcheol ! Sampai hati kau cakap macam tu kat aku. Kau ingat aku teruk sangat ke sampai nak buat benda macam tu?” dengan geram, Rara menendang betis Seungcheol menggunakan kaki panjang persis modelnya. Nak sangat jawapan kan? Ambik kau penendang sebagai jawapan. Meraung Seungcheol kesakitan tatkala betisnya terasa berpijar. Hebat juga penangan Rara. Inilah yang dikatakan, kerana mulut, badan binasa. Rasakan kau Seungcheol !

“Yah !”

Rara merengus geram.

“Aku cuma nak tolong kau. Sampai hati kau fikir yang bukan-bukan fasal aku. Menyesal betul aku ! Aku ingat kau akan suka tapi apa yang aku dapat? Choi Seungcheol, aku benci kau.” bentak Rara lantas berlari meninggalkan Seungcheol untuk masuk ke dalam bilik. Kononnya merajuk. Pintu bilik dihempasnya kuat membuatkan semua isi rumah yang ada tergamam.

“Itu la kau hyung. Asyik salah sangka kat orang je.” Mingyu memecahkan suasana hening dan merenung Seungcheol yang masih lagi mengeluh sakit dek tendangan Rara tadi. Sesekali, pintu bilik Rara dijeling serba salah.

“Entah, abang tanya la dia elok-elok.” Seungkwan memberanikan diri untuk bersuara. Dia pun rasa serba salah dengan Rara sebenarnya.

“Aku dah tanya kan? Dia yang jawab ntah apa-apa.” Seungcheol cuba untuk memenangkan dirinya namun dalam diam, dia akui kesilapan yang dia dah buat. Aduh, baru saja berbaik semalam. Hari ni bergaduh semula ! Rasanya, dia dan Rara memang tak sehaluan. Ada saja yang tak kena. Susah betul nak berkerjasama.

“Mungkin kak Rara ada sebab kenapa dia nak berahsia. Abang tak baik buruk sangka dekat orang.” Myungho mencelah. Amboi, sejak ada Rara dirumah ni, Seungcheol terasa bagai di-abang tiri-kan oleh adik-adiknya. Masing-masing backup Rara. Seungcheol pandang Chan dengan harapan yang adik bongsunya itu akan berpihak kepadanya namun Chan menjeling Seungcheol.

“Hyung ni kan, selalu cari salah kak Rara. Baik hyung minta maaf dekat dia.” ujar Chan buat Seungcheol mengeluh. Ok ! Dia kalah. 5 lawan 1. Obviously, dia kalah.

“Haihhh…”

 

 

Malam sudah semakin larut. Keadaan rumah Seungcheol juga sudah sunyi sepi. Mungkin semuanya dah hanyut dibuai mimpi. Namun, tidak bagi Seungcheol. Sepanjang malam dia berjaga memikirkan soal Rara. Sejak dari tadi, gadis itu tak keluar dari bilik. Diajak makan pun tak nak. Mogok la tu. Seungcheol memang dah arif dah dengan perangai Rara yang satu ni. Kalau dia merajuk, memang susah nak pujuk. Maklumlah, dia kan manja. Ah, pergi mati dengan manjanya tu ! Dia ingat Seungcheol nak pujuk? Seungcheol bukan digajikan untuk dia lagi.

Tapi…

Seungcheol tetap rasa tak senang duduk. Dia yang silap. Dia tak patut cakap macam tu kat Rara. Gadis itu sebenarnya dah banyak tolong dia dan adik-adik tapi apa balasan Seungcheol?

“Aduhai Rara. Kau ni buat aku pening la.” sungut Seungcheol yang berbaring di atas tempat tidurnya. Di sebelah anak muda itu, Mingyu sedang tidur berdengkur sambil tersengih dalam lenanya. Entah apa yang dimimpikan, Seungcheol malas nak ambil tahu.

 

PRANGGG

Bunyi sesuatu yang jatuh dari arah dapur membuatkan Seungcheol tersentak. Segera, dia bangun dari pembaringan untuk melihat apa yang terjadi. Mana la tahu kot-kot ada pencuri. Tapi buat apa la pencuri nak masuk dalam rumahnya? Bukan ada apa pun.

 

PRANGGG

 

Rara merengus kuat. Lepas dah jatuhkan periuk, kali ini cawan pula yang terhempas ke lantai dan menghasilkan bunyi kuat. Mujur cawan plastik, kalaulah kaca, mesti Seungcheol akan membebel kepadanya nanti.

Gadis itu berjalan perlahan untuk membuka peti sejuk. Perutnya terasa lapar. Disebabkan mogok dengan Seungcheol tadi, dia tak nak keluar bilik dan sertai mereka untuk makan malam. Sekarang, terima padahnya. Rara tak dapat tidur dengan nyenyak memandangkan perutnya asyik berbunyi minta diisi. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk ke dapur bila keadaan rumah dah senyap sunyi. Mintak-mintaklah semua orang dah tidur. Segan pula kalau dia tertangkap nanti.

“Laparnya…tak ada makanan lebih ke? Ni mesti Seungcheol dah makan semuanya ni.” omel Rara sendirian sambil membelek isi peti sejuk yang kelihatan hambar itu. Sangat berbeza dengan keadaan peti sejuk di rumahnya dulu. Sudah lah kecil, buruk pulak tu. Barang kat dalam peti sejuk ni pun semuanya tak menarik perhatian. Ada kicap, susu dan jus oren. Itu pun hanya tinggal sikit.

“Takkan nak makan kicap kot.” keluh Rara lemah. Botol kicap yang masih berbaki suku itu diangkat dan dipandang dengan muka yang tak berminat. Tak boleh nak bayang kalau dia teguk kicap tu sampai habis. Gila ke apa?

“Haa, makan la kicap tu. Kau kan suka diet. Kicap tu boleh la tolong kau nak diet.”

Satu suara yang muncul membuatkan botol kicap di tangan Rara hampir terlepas. Terkejut dia dibuatnya. Suara garau itu nyaris buat jantung dia gugur di depan peti ais. Kalau lah itu terjadi, mesti satu Korea esok heboh tentang berita kematian anak perempuan Kim Junmyeon yang mati di depan peti ais. Agak sadis kalau difikirkan.

Seungcheol menghadiahkan pandangan mencerun ke arah si gadis yang berpijama di depannya. Sejak beberapa minit yang lalu, dia dah intai Cik Rara yang buat ‘projek’ depan peti ais. Entah apa yang dicari? Sudah tentu makanan ! Seungcheol tak bercakap sepatah apa pun sebaliknya terus merenung Rara yang memandangnya dengan muka masam mencuka.

“Kau buat apa kat sini?” soal Rara sambil mengurut dadanya yang masih berdebar dek kerana terkejut tadi.

“Aku rasa aku yang patut tanya kau soalan tu.” Seungcheol bersuara sinis seraya menyilangkan kedua belah tangan ke dada. Ketawa yang bernada mengejek kedengaran keluar dari mulut lelaki itu. Walaupun pendek tapi cukup untuk buat Rara rasa tercabar.

Rengusan ala-ala lembu jantan Mexico dihadiahkan kepada Seungcheol bersama satu jelingan tajam. Rara menutup pintu peti sejuk kuat. Tanda protes. Sekali lagi, wajah Seungcheol dijeling. Lelaki itu masih dengan riak muka kerek yang hampir membuatkan Rara nak sepak dia sampai melayang ke Sungai Han. Rara berjalan laju meninggalkan Seungcheol yang masih berdiri di situ namun langkahnya terhenti saat tangannya ditarik.

“Kau lapar ke? Kau nak makan?” soal Seungcheol membuatkan riak muka Rara yang masam mencuka berubah kendur. Namun, dia kembali menarik muncung panjang.

“Tak. Aku dah kenyang.” balas Rara dingin.Tangannya cuba direntap dari genggaman kuat lelaki itu namun gagal. Pegangan semakin dieratkan sehingga Rara terasa rimas.

“Kenyang? Kau makan apa? Bukan kau tak makan malam ke tadi?” Rara ditarik agar kembali berdiri di hadapannya. Gadis itu terpaksa akur dan berdiri di depan Seungc

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD