Bab 8

Hey, Princess !
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 8

 

“Kakak ! Drama dah nak mula !” Seungkwan meraung dari ruang tamu memanggil seseorang yang dari tadi sibuk di dapur. Entah apa yang dibuatnya di situ pun Seungkwan tak tahu. Apa yang pasti, sejak manusia tu menguruskan dapur seminggu yang lalu, dapur teratak usang keluarga Choi ni jadi makin huru-hara. Lebih huru-hara berbanding era pengurusan Myungho dan Mingyu tak lama dulu.

“Siapa kakak kau? Dia tu orang gaji je lah ! Tak payah nak ber’kakak-kakak’ dengan dia.” Seungcheol yang tiba-tiba muncul dari ruang tamu meleteri Seungkwan. Adiknya itu hanya mampu menjulingkan matanya. Sejak bila pulak abangnya yang sorang ni jadi ala-ala watak jahat dalam drama? Menyampah pulak menengoknya.

“Tak baik abang cakap macam tu.” seorang lagi adik Seungcheol yang ‘angel’ sikit mula menyebelahi Seungkwan. Seungcheol mencebik ke arah Myungho sebelum mencapai gel rambut di kabinet. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil menilik wajahnya di cermin dan membetulkan rambutnya. Kacak dan cute mengalahkan idol-idol yang Seungkwan selalu tengok di TV. Itu apa yang Seungcheol rasakan pada dirinya. Perasan nak mati.

“Kakak ! Cepat ! Song Joongki dah mula nak beraksi ni.” sekali lagi Seungkwan melaung.

“Yah ! Dia tengah kerja, kau ajak tengok drama pulak.” Seungcheol masih tak berpuas hati. Dijelingnya gadis yang sedang ke hulu ke hilir di dapur itu sekilas.

“Ala abang ! Bosan la tengok sorang. Mingyu hyung tu tidur lagi. Kalau tak, boleh ajak dia sekali.” omel Seungkwan sambil bermain-main dengan remote kawalan TV yang rasanya dah boleh campak ke laut. Kenapa? Bukannya berfungsi pun. TV pun dah buruk. Kena guna cara manual. Remote TV tu cuma berfungsi bagi Mingyu bila dia nak membuli adik-adiknya. Dia paksa adik-adik dia tekan butang TV secara manual tapi acah-acah guna remote untuk ubah siaran. Kejam kan? Jangan tanya siapa mangsa utamanya kalau bukan si adik bongsu yang naif dan sentiasa berfikiran suci. Nasib kau la Chan.

“Kejap ! Tengah goreng telur ni !” suara dari dapur menyahut jua akhirnya. Sahutannya turut diiringi satu bau hangit yang memenuhi seluruh ruang rumah kecil itu. Kembang kempis hidung Seungcheol bila terhidu bau terbakar yang memeritkan hidungnya.

“Goreng telur? Tidak !!!!” Myungho yang terkejut mendengar ayat itu terus meluru ke arah dapur. Bau hangit yang dia hidu memberikan isyarat bahawa  ada sesuatu yang tak kena sedang terjadi di dapur.

“Kim Yoora ! Kau nak bakar rumah aku ke !!!!!!”

Jeritan Seungcheol membuatkan seluruh isi rumah bergegar. Lagi ! Sejak dua menjak bila ada penghuni baru bernama Kim Yoora menetap di rumah kecil keluarga Choi , ‘ketua rumah’ si Choi Seungcheol tiba-tiba ada hobi baru iaitu menjerit. Tak sah kalau tak menjerit dalam masa sehari. Paling kurang, tiga kali sehari. Ahli rumah yang lain dah mula naik pekak gara-gara jeritan itu. Ya la. Kalau dia menjerit merdu macam penyanyi opera tak apa jugak. Malangnya, jeritan dia tu lebih teruk dari bunyi enjin bot yang rosak.

Suasana kecoh mula terjadi di dalam rumah. Dua anak teruna yang tadinya masih lena dibuai mimpi kini terjaga dek kerana kekecohan tersebut. Chan terpisat-pisat bangun turun dari katilnya.

“Aku cuma nak buat sarapan untuk kau dan yang lain. Berterima kasih la sikit.” sungut Rara bila Seungcheol mula memarahinya kerana menghangitkan telur.

“Berterima kasih ? Kau nak bagi aku dengan adik-adik aku makan telur hangit? Tak payah ! Terima kasih sangat-sangat !” sinis Seungcheol membidas Rara yang mula menarik muncung di depannya.

“Tak hangit mana pun lah ! Masih boleh dimakan kan?” Rara cuba mempertahankan diri. Myungho menjeling telur di kuali yang digoreng Rara tadi. Boleh dimakan? Rasanya tak. Bagi kucing kat luar sana pun diorang boleh sawan. Serius !

“Hishhh ! Kau ni memang teruk tau tak ? Itu tak reti, ini tak reti ! Dah lah ! Myungho, kau take over kerja budak perempuan ni. Kalau tiap-tiap hari macam ni, boleh mati kebulur kita semua !” bebel Seungcheol lagi.

“Duh ! Apabenda weh kecoh-kecoh? Kau ni dah kenapa macam mak tiri Cinderella ni?” Mingyu muncul dan mencelah di antara pertelingkahan Rara dan Seungcheol. Sudah la menyampuk cakap orang tua, dia pulak muncul tanpa berbaju dan hanya berseluar boxer. Kesudahannya, Rara menjerit terkejut dan Seungcheol terus menendangnya supaya masuk semula ke dalam bilik dan memakai baju. Sangatlah tak sopan !

 

Kan dah cakap, rumah keluarga Choi tak pernah nak aman.

 

 

“Seungcheol tak guna ! Dia betul-betul jadikan aku orang gaji ! Euuuwww! Busuknya sampah ni !” Rara mengomel sendirian sambil menjinjit dua beg sampah di tangannya. Dari dia keluar rumah sampailah dia turun ke tapak pembuangan sampah, mulutnya tak henti-henti mengutuk Seungcheol.

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu Rara tinggal di rumah Seungcheol. Dan hampir seminggu jugaklah, dia yang dulunya dilayan bagai seorang princess kini berubah seakan-akan Cinderella yang didera oleh mak tiri jahat a.k.a Seungcheol. Buktinya sekarang, tenaganya dikerah untuk membuang sampah yang dah bertimbun-timbun banyaknya ke tempat pembuangan sampah. Sudah la rumah Seungcheol tak ada lif atau eskalator. Maka terpaksalah dia turun naik tangga mengangkut sampah-sampah tersebut. Ini bukan apa yang Rara nak !

Tapi…

Bila difikirkan balik, dia lebih memilih sebegini daripada tinggal tak tentu arah tanpa rumah atau temp

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 24: Re-read... Rindulah cerita ni TT
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Chanyeol_Park02 #3
Chapter 24: uyai lama tunggu uhukhuk. BESTNYA HIDUP RARA DIKELILINGI LELAKI HENSEM OMAIGOWD jeonghan hensem gila dah potong rambut ni aikennot T T. hewhew tak pernah mengecewakan update author ni. jjang !
RajaSyafiqah2806
#4
<3 <3 <3
Shadow_warriorangel #5
Chapter 24: Kena la Seungcheol kwn dengan won.. dua² mulut puaka xD sesedap dia je gelar jeonghan macam².. oh.. lupa.. maybe dia frust selepas di'abg tiri'kan adik² sendiri.. tu yang dia dok kutuk 'unnie' rara.. Hot la pulak unnie rara tu lps potong rambut xD lama bebeno tunggu authornim update.. sy smpi lupa dah jalan cerita mcm mna xD kena lah baca semula dari chapter 1..
lilylunalove
#6
Chapter 24: Ya Tohannn lama bebenor saya tunggu cerita ni diupdate dan akhirnyaaaaa! Happy gila bila nampak noti Hey! Princess telah diupdate hehehe.
Em authornim, bogoshippeoseo! XD

Rindu jugak dengan Seungcheol yang kecoh, uri Princess Rara dan yang terbaru Rapunzel iklan syampu rambut :3

Kekekeke saya team Myungho! XDDD
starlightkim_
#7
Chapter 23: Ah,sudah.asal sowon ni kena muncul sekarang?masa mereka tengah happy?by the way,comel gile seungcheol dengan rara.haha,sempat lagi suruh basuh pinggan lepas berdrama?muka jun tu tak boleh blah.kelakarXD
k-hope
#8
Chapter 23: Mmg rindu dgn wonu..rindu sgt ..haih
Shadow_warriorangel #9
Chapter 23: Tak habis² dengan perangai teruk dia seungcheol ni la.. Mula² rasa terharu baca.. Tetiba gelak lps nampak Jun xD terbaek mula tu xD