[PR] ⇒ happyvirus_113

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Review untuk tatabahasa sahaja
 

 

1.  Biarpun kesalahan ini tidak begitu serius dan ketara, terdapat beberapa kesalahan imbuhan di dalam cerita ini, yang mana saya perasan ianya terjadi bila kata kerja atau kata nama digandingkan dengan kata ganti nama.

 
Apa yang awak buat: "Mian Krys." Kata nya acuh tidak acuh.
Sepatutnya: "Mian Krys." Katanya acuh tidak acuh.
 
 

2.  Dari segi tanda baca pula, awak meletakkan jarak di antara perkataan dan tanda tanya/tanda seru/tanda tanya.

 
Apa yang awak buat: "Class ! Senyap !" kata cikgu Lee.
Sepatutnya: "Class! Senyap!" kata cikgu Lee.
 
Apa yang awak buat: "Hey ! Jawablah ! Kau yang hilang kan kasut aku kan ?" Hyuna bertanya sambil menarik rambutku dengan kuat.
Sepatutnya: "Hey! Jawablah! Kau yang hilang kan kasut aku kan?" Hyuna bertanya sambil menarik rambutku dengan kuat.
 
 
3.  Pemerengganan dari segi dialog
Walaupun bahagian ini bukanlah merupakan satu aspek yang utama di dalam tatabahasa, namun saya harus sentuh soal ini. Menggunakan pemerengganan dialog yang betul bukan sahaja mematuhi peraturan-peraturan di dalam tatabahasa, ia juga memastikan keselesaan buat para pembaca, untuk tidak mengganggu flow pembacaan.
 
Apa yang awak buat:
Kini peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan yang akan menentukan kami dapat memasuki Universiti atau tidak tinggal saja lagi beberapa hari. Kini, aku dan Baekhyun sudah bergelar 'Bestfriend'. Aku dan dia bagaikan belangkas. Dimana ada aku, disitu ada Baekhyun. Kini aku mengerti apa erti kawan. Tetapi aku hanya akan peramah jika berada dengan Baekhyun sahaja. Aku dan Baekhyun kini berada di dalam kelas. Dia duduk bertentangan dengan ku. "Kenangan, semua orang ada kenangan kan ?" Tanya Baekhyun. "Mesti lah ! Ada yang pahit ada yang manis." Kataku dengan bersemangat. "Kenangan apa yang awak tak akan lupakan ?" Baekhyun menatap mataku. "Kenangan dapat berkawan dengan Byun Baekhyun !" Baekhyun hanya mengangguk.
 
Cadangan untuk perubahan:
Kini peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan yang akan menentukan kami dapat memasuki Universiti atau tidak tinggal saja lagi beberapa hari. Kini, aku dan Baekhyun sudah bergelar 'bestfriend'. Aku dan dia bagaikan belangkas. Dimana ada aku, disitu ada Baekhyun. Kini aku mengerti apa erti kawan. Tetapi aku hanya akan peramah jika berada dengan Baekhyun sahaja.
 
Aku dan Baekhyun kini berada di dalam kelas. Dia duduk bertentangan dengan ku.
 
"Kenangan, semua orang ada kenangan kan ?" Tanya Baekhyun.
 
"Mesti lah ! Ada yang pahit ada yang manis." Kataku dengan bersemangat.
 
"Kenangan apa yang awak tak akan lupakan ?" Baekhyun menatap mataku.
 
"Kenangan dapat berkawan dengan Byun Baekhyun !" Baekhyun hanya mengangguk.
 
—Sepertinya awak cuba untuk menyamakan panjang bagi setiap perenggan di dalam ff ini. Walaupun cara ini menyumbang kepada kekemasan fic awak, ada banyak kesalahan tatabahasa kerananya. Pemerengganan dialog merupakan kesalahan utama.
 
 
4.  Selain dari kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas, saya perhatikan penggunaan tatabahasa awak adalah di tahap yang baik. Hampir keseluruhan ff awak menggunakan capitalization dengan tepat.
 
 
Notes from reviewer:
Saya minta maaf sangat-sangat atas kelewatan review ini. Biarpun begitu, saya harap yang review ini dapat memberi manfaat bagi awak, terutama untuk penulisan fic-fic awak yang akan datang. Terima kasih sebab memberi kesempatan kepada saya untuk membaca fic ini dan seterusnya me-reviewnya. Semoga berjaya di dalam perjalanan awak untuk menulis cerita-cerita baru. Jangan patah semangat! Dan jika awak memerlukan penjelasan yang lebih panjang mengenai review ini, sila suarakan kepada saya.
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
18hb November 2015, 11:07
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~