[PR] ⇒ fixi_baby

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Penulis: fixi_baby
Review untuk storyline, story idea dan writing style sahaja
Berdasarkan bab 1-21
 
 
Storyline
Sebaik sahaja membaca description/foreword, saya menjangkakan (atau lebih tepat, looking forward to) beberapa adegan-adegan yang menyayat hati antara Ailee, Himchan dan Jongup. Sebagai contoh, si kecil Jongup yang berumur 5 tahun yang tidak henti-henti meminta perhatian dari papa mamanya. Atau the 10-year-old Jongup yang terasa hati bila tengok Ailee layan budak-budak lain dengan baik, tetapi buat tidak tahu bila Jongup berada berdekatan dengannya.
 
Bila awak skip kepada 15 tahun akan datang di bab 3, saya rasa sedikit disappointed sebab bahagian-bahagian angst yang saya jangkakan ini tidak terjadi. Dengan time skip dan ketiadaan adegan-adegan ini juga, saya rasa Ailee membuka pintu hatinya dengan agak cepat kepada Jongup, menjadikan flow cerita ini agak rushed.
 
Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan yang jalan cerita ini seolah-olah bergerak dari description/foreword. Seakan-akan foreword itu merupakan introduction bagi fic ini pula.
 
Namun tidak saya nafikan, yang saya dapat rasa ‘pergelutan’ Ailee dengan dirinya sendiri dalam bab 11, di mana dia dan Himchan ternampak seorang ibu yang mempunyai anak Down Syndrome di airport. “Kenapa tabah sangat? Tak nak anak normal ke? Kenapa aku tak boleh terima anak aku macam kau terima anak kau?” Saya juga tersentuh dengan cara Jongup dan Ailee reconcile dalam bab 13, bagaimana Ailee berjanji untuk cuba menerima Jongup, dan Ailee sendiri sedar yang dia bukan jenis yang mengingkari janji.
 
Tentang Jongup yang terencat akalnya pula, bagi saya kecacatan yang ada padanya ini tidak begitu terserlah. Buktinya, dia pandai mengajar orang lain, dia cepat matang dan dia pandai berdikari (Himchan yakin dia boleh naik flight bersendirian). Pada saya, dia cuma oblivious. Jenis yang tidak peduli dengan suasana atau cakap-cakap orang di sekelilingnya.
 
Fic ini juga memusatkan kepada kehidupan seharian Jongup di sekolah, tentang bagaimana dia berjaya menambat hati sebilangan besar warga sekolah: rakan-rakan kelas aliran khas, rakan-rakan sekelas homeroomnya, Bacon dan Keju, dan jururawat Sunny. Namun dalam pada itu, dia juga dimusuhi—atau lebih tepat, dicemburui—oleh beberapa orang kawan di kelasnya, the 3 Js, yang seterusnya membawa kepada konflik Abang Lee Joon.
 
Di bab-bab belakang pula, Jongup disahkan mempunyai jangkitan kuman. Konflik Ailee juga turut bermula di sini, tentang ‘skandal’ yang berkaitan dengan anak yang tidak pernah dia gembar-gemburkan.
 
 
 
Story idea
Seorang ibu yang menyisihkan anak sendiri kerana enggan menerima hakikat bahawa satu-satunya anak merupakan seorang yang terencat akal. Sejujurnya, idea sebegini bukanlah sesuatu yang baru bagi saya, sebab saya pernah membaca konsep sebegini di dalam novel-novel. Namun, saya akui amat jarang konsep ini diketengahkan di dalam sesebuah fanfic—malah, saya tidak pernah terjumpa pun mana-mana fanfic di AFF ni yang menggunakan idea sebegini. Jadi saya harus puji awak kerana keluar dari kebiasaan fanfic-fanfic yang menggunakan genre romcom, kisah cinta dan keremajaan.
 
 
 
Cara penulisan
Awak memilih cara yang ringan dan tidak begitu mendayu-dayu. Di beberapa bab-bab pertama terutamanya, writing style awak agak simple dan sejujurnya, engagement yang ada padanya juga kurang.
 
Sepertinya awak juga suka menggunakan ayat-ayat yang tidak lengkap di dalam cerita awak, menjadikan cara penulisan awak lebih santai dan tidak formal. Sebagai contoh dalam bab 12:
 
“Heehhhhhh. Ini yang along cakap lepas berapa lama kita tak jumpa? Sampai hati.” Kesat air mata.
 
“Paksu! Mana aci paksu punya tangan kosong! Tolonglah Uppie...” juihkan bibir. L buat muka gaya Joker.
 
“Heeeeeehhh, tadi siapa yang action sangaaattttt nak gaduh?” muka diva.
 
 
Terdapat juga author’s notes yang ‘menyampuk’ di sepanjang cerita awak, juga turut menjadikan cara penulisan awak kurang formal.
 
Jongup pusing ke kanan melihat L. Tenung dalam 30 saat. “Just forget it.” Tarik topi tutup muka.
Kali ni L punya dahi pulak yang berkerut. Oh, ada orang mood tak baik ke?
Obviously, Kim Myungsoo...
 
 
That was the most innocent smile I had ever seen. Ailee menggumam. Dan yang paling epik, senyuman itu milik anak bujang dia sendiri. Ehem, baru sedar kak?
 
 
Saya tidak maksudkan yang cara-cara sebegini seratus-peratus salah. Style ini mungkin cara penulisan awak secara natural. Atau mungkin memang niat awak ingin menulis cerita ini dengan cara yang santai sahaja. Namun begitu, di beberapa bahagian tertentu, awak masih mampu membawa emosi angst di dalam penulisan awak.
 
 
 
Additional/Reader’s comments:
Saya (amat-amat) sarankan awak letakkan warning atau bagi rated M untuk bab 16, bab di mana awak rungkaikan misteri kematian Jin dan Jungkook. Semasa saya membaca bahagian tersebut, saya benar-benar rasa tidak selesa (nasib baik saya tak makan apa-apa masatu >,<;;). Dan saya juga pasti, terdapat segelintir pembaca-pembaca lain yang turut merasa sedemikian bila tiba di bahagian ‘itu’.
 
Dengan konflik-konflik yang terdapat di bab-bab akhir yang saya baca (~bab ke 18 onwards), saya rasa saya dapat predict kesudahan cerita ni, lebih-lebih lagi bila Jongup disahkan mempunyai jangkitan kuman. Aww Jongup :(
 
Apa-apa pun, saya rasa bahagian favourite saya dalam fic ini adalah scene di dalam kelas aliran khas. “Ciche! Ciche!” Ahaha, so tiyooot!
 
Inclusion watak Myungsoo juga menarik; dia seolah-olah guardian angel untuk Jongup. Dia menepati janjinya untuk sentiasa menyayangi Jongup biar apapun terjadi, dan sebagai pembaca, saya dapat rasakan betapa sayangnya Myungsoo dengan anak buahnya itu.
 
Akhir sekali, semua yang saya katakan dalam review ini merupakan pandangan-pandangan jujur dan tidak biased dari saya—sugarcoating adalah satu perkara yang amat-amat saya elakkan—jadi saya berharap yang awak dapat menerima review ini dengan baik. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk me-review cerita ini. Diharap awak dapat tinggalkan komen selepas membacanya :) Terima kasih sekali lagi!
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
15hb Jun 2014, 13:25
 
reading and making analysis  started on 9th June, 5am, finished at 4:37pm.
writing review  started on 11th June, resumed on the 14th, 01:14, continued on the 15th, 12:10
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~