⇒ purple_bap_lover

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
 

Story title: Cook For Me Baby!

Author: purple_bap_lover

Reviewer: LavenderAlisa19

 

Title: [4/5]
Pujian untuk awak sebab huruf pertama bagi setiap perkataan adalah huruf besar *tepuk tangan*
 
Sebenarnya saya lebih prefer kalau awak letak koma (,) sebelum  ‘Baby’, sebab ‘Baby’ adalah nama. Setiap kali kita address/panggil seseorang di dalam cerita, kita harus letak koma sebelum nama yang kita tulis itu. So it should be, “Cook For Me, Baby!”
 
Apa-apa pun, from the title itself, dah tunjukkan aksi/gaya yang...minta perhatian. So somehow, ia juga dapat attract readers untuk click tajuk cerita ni (sebab perhatian diaorang tertarik, haha). Lagi pula, “Baby” adalah nama fandom untuk BAP, so saya rasa BABYs di AFF ni, akan merasa tertarik untuk menekan title tersebut dan seterusnya membaca fanfic ni.
 
The attraction is there, so good job! :)
 
 
 
Appearance: [4/5]
Foreword dan Description
Ada 2-3 font warna yang awak gunakan dalam foreword page awak, tapi taklah begitu distracting.
 
Saya suka quote Daehyun dalam description awak, yang juga merupakan ayat pertama dalam description tu. Lawak! Saya terus senyum lepas baca quote tu dan ia tarik perhatian saya untuk scroll ke bawah, sebab dari quote tu saya dapat kutip, “Oh, fic ni lucu!” Again, the attraction is there, so props to you!
 
Kekemasan
Kat Daehyun dan Taeil punya character charts di foreword page, ada space yang tidak sama. Fix kan, ya?
 
Satu yang saya harus puji tentang fic ini adalah, awak bagi space from the margin macam seolah-olah ‘tab’untuk indicate perenggan yang baru.
 
Instead of macam ni:
“Hai, nama saya Taeil!”
 
Awak buat macam ni:
                “Hai, nama saya Taeil!”
 
Tak tahulah awak guna apa, sebab kalau saya, saya tekan ‘space’ banyak kali, manually. Sebab AFF tak bagi option langsung macam mana nak bagi space macam dalam Word tu.
 
Moving on, spacing antara paragraphs okay. Cuma ada satu bahagian je yang awak tak bagi space.
 
Bab 4
Awak buat:  
Sebuah kereta mengehon kereta Youngjae yang hampir bercium dengan kereta orang itu dari arah bertentangan.
"Woi!" Daehyun segera memegang stereng kereta myvi Youngjae.
 
Seharusnya:  
Sebuah kereta mengehon kereta Youngjae yang hampir bercium dengan kereta orang itu dari arah bertentangan.
 
"Woi!" Daehyun segera memegang stereng kereta Myvi Youngjae.
 
Sepanjang fic ni, awak biasanya tekan ‘enter’ sebanyak dua kali untuk perenggan seterusnya. Tapi dalam kes ni, awak tekan sekali je.
 
 
 
Vocabulary/Grammar/Tatabahasa: [9/15]
Memandangkan fic ni berkonsepkan komedi, jadi beberapa perkataan yang sengaja dipendekkan seperti ‘tetiba’ adalah dimaafkan, jadi saya tak potong markah untuk itu.
 
Walaubagaimanapun, ada beberapa area yang perlu awak ambil tahu, dan take note! Saya akan tunjukkan beberapa kesalahan sahaja, and the rest, awak betulkan, ye?
 
1.   Awak mempunyai habit dalam memendekkan kata-kata ganda dengan menggunakan ‘2’.
 
Prolog
Awak buat: menarik2
Seharusnya: menarik-narik
 
Awak buat: melebih2
Seharusnya: melebih-lebih
 
Bab 1
Awak buat: Agak2
Seharusnya: Agak-agak
 
Awak buat: tersengih2
Seharusnya: tersengih-sengih
 
Dan yang seterusnya (ada banyak lagi tau, saya harap sangat awak take note pasal ni). Style memendekkan ni menunjukkan yang anda tidak bersungguh-sungguh—atau dalam bahasa kasarnya: malas—dalam menulis, which, saya percaya awak tak nak bagi impression sebegitu pada readers awak, kan?
 
 
2.   Awak selalu squeeze dua speakers/ POVs dalam satu perenggan.
 
—Bila speaker baru yang bercakap, awak seharusnya menggunakan perenggan yang baru.
Bab 2
Awak buat:
"Hyung ni dah mengalahkan fangirl siot..dengan lightstick exo lagi.. ada dua pulak tu.." Daehyun mengejek dan mencebik melihat Taeil yang betul2 gilakan Exo. "Eh,semestinya.. Kau ada?" Taeil memeluk kedua2 lightstick kesayangannya dan tersengih sendiri macam apek hilang akal. 
 
Seharusnya:
"Hyung ni dah mengalahkan fangirl siot...dengan lightstick exo lagi. Ada dua pulak tu.." Daehyun mengejek dan mencebik melihat Taeil yang betul-betul gilakan EXO.
 
"Eh, semestinya... Kau ada?" Taeil memeluk kedua-dua lightstick kesayangannya dan tersengih sendiri macam apek hilang akal. 
 
 
Bab 3
Awak buat:
 "Tu budak tu betul ke baby?macam orang kerdil jek Daehyun tengok." Daehyun berkata sambil mencedok mee guna sudunya. Taeil gelak. "Ha lah..hang ingat apa? budak tu anak dia..anak bongsu dia.." Taeil berkata dan menyuap nasi goreng ke mulut.
 
Seharusnya:
 "Tu budak tu betul ke baby? Macam orang kerdil jek Daehyun tengok." Daehyun berkata sambil mencedok mee guna sudunya.
 
Taeil gelak. "Ha lah..hang ingat apa? budak tu anak dia..anak bongsu dia.." Taeil berkata dan menyuap nasi goreng ke mulut.
 
 
—Begitu juga bila awak tukar points of view.
Bab 3
Awak buat:  
Dia berlari ke arah Youngjae yang sudah selesai menyusukan baby Jello. "Cheonsa..sedapnya kau masak!!!" Daehyun memuji teruja. Dia menangis. Terharu konon. Taeil tersedak bila dengar Daehyun cakap cam tu. First time dia dengar Daehyun puji orang lain masak sedap selain makcik Lee. [...]
 
Seharusnya:
Dia berlari ke arah Youngjae yang sudah selesai menyusukan baby Jello. "Cheonsa..sedapnya kau masak!!!" Daehyun memuji teruja. Dia menangis. Terharu konon.
 
Taeil tersedak bila dengar Daehyun cakap cam tu. First time dia dengar Daehyun puji orang lain masak sedap selain makcik Lee. [...]
 
 
3.   Capitalization
—Awak tidak capitalize perkataan-perkataan yang khusus, ie: nama dan tempat.
 
Awak buat: exo, Exo, chanyeol, kris, secret resepi, korea, baby jello, baby Jello, myvi, malaysia etc.
Seharusnya: EXOChanyeol, Kris, Secret Resepi, Korea, Baby Jello, Myvi, Malaysia etc.
 
Take note! And be consistent; sebab pada satu masa awak buat ‘baby Jello’, pada masa yang lain pula, awak buat ‘baby jello’. So be consistent, alright?
 
 
—Juga ada beberapa kesilapan pada tempat-tempat yang awak patut capitalize.
Bab 3
Awak buat: "Apesal kau panggil aku cheonsa? geli siak."
Seharusnya: "Apesal kau panggil aku cheonsa? Geli siak."
 
 
4.   Punctuations/Tanda Baca
—Tidak ada space di antara tanda-tanda baca (koma, noktah, tanda tanya dsb) dan perkataan sebelumnya.
 
Bab 2
Awak buat: [...]Adik aku ni blur sikit harini.maklumlah[...]
Seharusnya: [...]Adik aku ni blur sikit harini. Maklumlah[...]
 
Awak buat: Setelah 15 minit,makanan diorang pun sampai.
Seharusnya: Setelah 15 minit, makanan diorang pun sampai.
 
Bab 3
Awak buat: "Huh?mana exo?" 
Seharusnya: "Huh? Mana EXO?" 
 
Awak buat: Dia ni manusia ke robot?muka takde perasaan.pastu cakap macam robot.sepatah,sepatah
Seharusnya: Dia ni manusia ke robot? Muka takde perasaan. Pastu cakap macam robot. Sepatah, sepatah.
 
 
—Kesilapan tanda baca sebelum penutup tanda kata, yang diikuti dengan kata kerja.
Prolog
Awak buat: "Sori Dae. makcik kena pergi." pembantu rumah Daehyun[...] berkata.
Seharusnya: "Sori Dae. Makcik kena pergi," pembantu rumah Daehyun[...] berkata.
 
Bab 1
Awak buat: [...]Tu n.a.s.i-nasi.faham?nasi." Taeil mengeja[...]
Seharusnya: [...]Tu n. A. S. I. Nasi. Faham? Nasi," Taeil mengeja[...]
 
Bab 4
Awak buat: [...]aku takkan pergi dari rumah kau.Kata Daehyun serius.
Seharusnya: [...]aku takkan pergi dari rumah kau,kata Daehyun serius.
 
Kesilapan ni terjadi di sepanjang fanfic. So please take note!
 
 
5.   Ellipses (...)
Perasan tak ada tiga dot? Sepanjang fic ni, awak menggunakan dua dot sahaja, tapi seharusnya, tiga dot yang sepatutnya digunakan.
 
Prolog
Awak buat: “Daehyun..dah2lah tu.”
Seharusnya: “Daehyun...dah-dahlah tu.”
 
Bab 3
Awak buat:  "Ini anak angkat aku..dahlah..kau.." Kata2 Youngjae terhenti.
Seharusnya:  "Ini anak angkat aku...dahlah...kau..." Kata2 Youngjae terhenti.
 
Sentiasa gunakan tiga dot, okay? Tiga ni macam magic number tau; dia tak terlalu banyak, tak juga terlalu sikit. Just nice.
 
 
6.   Pemikiran si karakter di dalam fic
Ada beberapa bahagian yang melibatkan pemikiran, kan? Personally, saya rasa lebih elok kalau awak italicize pemikiran-pemikiran tu supaya tidak mengganggu perbualan yang utama.
 
Bab 3
Awak buat: Daehyun memandang pelik. 'Siapa pulak tu?mamat tu dah kawin?'
Seharusnya: Daehyun memandang pelik. 'Siapa pulak tu? Mamat tu dah kawin?'
 
Awak buat: Youngjae tergamam. 'bapak hensem seh mamat gedik ni..' Youngjae termenung.
Seharusnya: Youngjae tergamam. ‘Bapak hensem seh mamat gedik ni..' Youngjae termenung.
 
 
7.   Perkataan-perkataan yang ketinggalan.
 
Bab 3
Awak buat: Bayi 10 bulan itu didukung.
Seharusnya: Bayi yang (masih) berusia/berumur 10 bulan itu didukung.
 
 
 
Originality: [5/5]
Saya tak pernah jumpa jalan cerita macam ni, jadi saya tak lihat ada keperluan untuk deduct points dalam kategori ni. Inclusion watak Baby Jello juga agak kreatif; sebab selalunya protagonists sahaja yang ditumpukan perhatian, tapi sekarang ni ada baby pula. Saya tak sabar nak tahu apa peranan yang Baby Jello mainkan nanti.
 
Cara Youngjae dan Daehyun jumpa pula...was quite predictable –memandangkan Daehyun suka makan dan Youngjae pula pemilik sebuah restoran—tapi taklah cliche sangat. Tambahan lagi dengan events yang awak masukkan masa first time diaorang jumpa tu, macam pakcik T.A.P dan Baby Jello, semua event ni menjadikan first meeting tu lebih eventful; taklah dull sangat.
 
 
 
Characterization: [9/10]
Awak kekalkan character masing-masing, Daehyun dengan sikap ‘gedik’nya (sebenarnya saya tak dapat bayangkan lelaki berperangai gedik. Selalunya perempuan yang dikaitkan dengan gedik ni. Saya rasa ada perkataan yang lebih sesuai untuk describe personaliti Daehyun yang satu ni, tapi langsung tak terfikir apa dia perkataan tu. Nanti saya beritahu awak kalau datang inspirasi, ye?)
 
Youngjae pula forever bengang dengan demand Daehyun yang mahukan dia jadi tukang masak peribadinya. Dan awak berjaya portray ni masa dia buat dek je bila Daehyun muncul secara tiba-tiba di Bab 4. Tapi saya rasa hairan juga bila dia macam okay saja masa Daehyun masuk (atau ceroboh) kereta dia. Siap tunjukkan rumah lagi. Penat sangat kot.
 
Taeil punya personaliti agak menarik. Personally, saya suka adanya watak Taeil dalam fic ni. Takdelah plainly Daehyun dan Youngjae sahaja kan? Dari empat bab pertama, saya dapat collect yang Taeil ni seorang yang ceria dan mengambil berat tentang adiknya. Namun, memandangkan fic ni masih di tahap introduction, saya tak boleh deduce secara tepat apa role yang akan dia main dalam fic ni.
 
Berdasarkan gambar Zelo yang ada pada both poster dan background, dan juga dari description awak, saya rasa Zelo akan memainkan peranan penting dalam fic ni. But so far, watak dia belum lagi ada development. Dia belum ada watak yang besar so far; dia macam...ada kat situ je. Jadi apa yang saya dapat conclude di sini ialah, fic ni still has a long way to go.
 
Apa-apa pun, saya suka bila awak bagi flashback pasal ibu dan ayah Zelo. Sekurang-kurangnya kita tahu sejarah Zelo tu macam mana. Saya rasa awak perlu terangkan macam mana Youngjae dan Zelo bertemu. Mungkin awak akan explain ni in future chapters?
 
Satu cadangan: mungkin awak boleh jadikan pakcik T.A.P sebagai salah satu supporting roles? Role yang ada kepentingan dalam cerita awak. Mungkin jenis yang baik tapi kadang-kadang suka cari pasal dengan Taeil, haha. Sebab dua-dua EXO stans, kan? Kalau awak ambil cadangan ni, dia mesti ada role dalam cerita ni. Mungkin dalam pada dia bodoh-bodoh alang tu, dia tempat Daehyun mengadu ke?
But again, ini cuma satu cadangan.
 
 
 
Flow: [5/5]
Fic ni masih lagi di peringkat introduction, and so far, the flow is okay; takdelah tiba-tiba melompat dari satu scene ke satu scene.
 
Di sepanjang fic ni, ada author’s notes yang tiba-tiba ‘menyampuk’ (haha), tapi memandangkan fic ni komedi, so this style is quite acceptable. Cuma kalau awak berniat nak teruskan style ni untuk chapters seterusnya, saya nasihatkan jangan overdo it, sebab sesetengah pembaca akan merasa terganggu dengan author’s notes yang diselitkan hampir di setiap perenggan, atau lebih teruk, di setiap ayat.
 
 
 
Enjoyment: [4/5]
Saya suka baca fic ni haha. Lawak! Serious saya ketawa at some points of the story. Macam ‘nasi sebutir’ kat Bab 1; ‘rumah urut’ dan ‘bau mulut kau macam longkang lah, hyung’ kat Bab 2.
 
Saya terpaksa potong satu markah disebabkan kesalahan yang berurutan dalam tatabahasa awak. Kadang-kadang saya terpaksa baca balik sesuatu ayat tu untuk pastikan dialog tu milik siapa. 
 
 
Total:  40/50= 80%
 
 
My notes:
Saya harap awak dapat betulkan serba sedikit tatabahasa awak. Mungkin awak boleh ignore some points yang saya tunjukkan tadi (macam ellipses tu ke). Saya faham fic ni berkonsepkan komedi, tapi saya rasa professionalism juga penting. Dan itu dapat dicerminkan dari tatabahasa awak. Dengan memperkemaskan tatabahasa dalam fic ni, bukan sahaja awak dapat tarik perhatian sesetengah group of age—yang jenis tak kisah dengan kesilapan-kesilapan ni—awak juga dapat ‘menggoda’ pembaca-pembaca yang menitikberatkan kekemasan macam saya ni. Tambahan lagi, plot ni macam menarik, so awak ada potential untuk gain subscribers.
 
Poster dan background comel ^.^ Props to the graphic desinger!
 
Saya nasihatkan untuk proofread chapters awak sebelum publish, untuk memastikan konsistensi dalam fakta dan nama (eg: baby jello atau baby Jello?)
 
Setakat ni belum ada lagi ‘adegan-adegan’ yang memberi impak. So macam yang saya cakap tadi, fic ni masih jauh lagi ending nya.
 
Saya dapat tahu dari author’s note awak yang awak ada SPM tahun ni? Good luck for it! And jangan paksa diri sangat buat fic ni sampai menjejaskan pelajaran awak pula. Seimbangkan, eh?
 
Apa-apa pun,  saya harap awak dapat manfaat dari review saya yang tak seberapa ni. And tahniah sebab jadi requester pertama saya! Haha. Review ni sebenarnya review yang pertama saya buat. So saya minta maaf kalau-kalau saya terkasar bahasa ke apa ke. Apa-apa pun, kalau awak ada apa-apa kemusykilan, jangan hesitate nak tanya, alright?
 
Thank you for requesting at our shop :) Jangan lupa credit the shop and the reviewer! 
 
 
Lisa/LavenderAlisa19
11th March 2014, 01:45 GMT +8
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~