⇒ KyungsooWifeu

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Penulis: KyungsooWifeu
Reviewer: LavenderAlisa19
Review untuk bab 'Prologue' hingga bab 'Dua'
 
 
Tajuk [3/5]
Tajuk yang simple tapi sayangnya tidak mempunyai special trait yang membuatkan ia memorable/stand out. Kalau saya salah seorang surfer yang sedang mencari-cari fic untuk dibaca bagi mengisi masa kosong, saya akan terlepas pandang fic awak, sebab tajuk cerita ini tidak mempunyai daya tarikan (appeal) yang kuat. Awak juga tidak skor dari segi originaliti sebab agak banyak fic lain yang menggunakan tajuk yang hampir sama. 
 
Walaubagaimanapun, tajuk ini masih relevan dengan jalan cerita awak, dan bagi saya, aspek ini yang paling penting dalam memilih tajuk cerita.
 
 
 
Description & Foreword [9/10]
Awak mengaitkan tajuk cerita awak dengan beberapa potong ayat yang awak gunakan dalam description awak, dan saya rasa itu satu cara yang sangat bijak. Walaupun tajuk cerita awak tidak mempunyai daya tarikan yang kuat, seperti yang saya katakan di atas, tapi description awak mampu mengisi kekurangan itu.
 
Di bahagian foreword pula, awak hanya meletakkan sebuah character chart. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang meneliti character charts sebelum membaca sesebuah cerita kerana bagi saya, character charts boleh dikira sebagai spoiler. Semasa membuat analisis untuk fic ini pun, saya tengok character chart awak dengan sekali imbas sahaja. Tetapi semua ini bergantung kepada preference masing-masing sebenarnya (kalau saya tak berkenan, mungkin orang lain suka), jadi saya tidak akan tolak markah tentang itu dalam section ni.
 
Secara keseluruhan, foreword page awak simple dan awak tak letak banyak benda di situ. Awak boleh buang quote yang terdapat dalam foreword awak, sebab sama dengan yang dalam description kan? Dari segi kekemasan pula, saya sarankan awak align left atau centre kan seluruh character chart awak.
 
 
 
Plot [10/15]
Dalam bab Prologue, awak memberikan sedikit sebanyak background bagi kedua-dua karakter utama, Kai dan Sera. Awak juga menyelitkan sedikit sebanyak kisah silam Kai dalam bab Satu, iaitu perihal ibunya yang dibunuh oleh ayahnya. Saya rasa ini merupakan strong point fic awak setakat ini. Dalam bab Dua pula, awak menemukan kedua-dua karakter utama ini.
 
Sejujurnya, saya masih belum dapat menggarap apa-apa jalan cerita yang kukuh dari fic ini. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan yang fic ini masih lagi di peringkat pengenalan; masih lagi dalam sesi suaikenal dengan watak-watak.
 
Saya tak tahu apa plan asal awak memasukkan watak Taewoo si kecil dalam cerita ini, tapi saya mengandaikan yang awak akan mengaitkan keadaan Taewoo dengan Kai. Mungkin mereka mempunyai pengalaman yang serupa dan ini boleh menjadikan Sera lebih faham akan masa silam Kai semasa mereka berkenalan nanti. Kalau memang awak memasukkan unsur ini dalam fic awak, saya rasa ini satu point yang amat baik sebab Taewoo merupakan seorang yang dekat dengan Sera.
 
 
 
Karakter [12/15]
Kai. Dia seorang yang prejudis dan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap golongan-golongan elit. Mungkin disebabkan oleh masa silamnya? Dia juga seolah-olah mempunyai dua sisi personaliti yang berbeza: Kai dan Kim Jongin. Kai adalah ‘topeng’ yang dipakai dan ditunjukkan kepada orang-orang di sekelilingnya. Yang ‘digunakan’ setiap kali dia keluar dari rumah atau dari kepompong selesanya. Manakala Kim Jongin pula merupakan sisi personaliti yang lebih rapuh, yang hanya ditunjukkan kepada orang-orang yang sangat dipercayainya.
 
Sera. Dia merupakan seorang yang easy-going dan mempunyai hati yang baik. Dia tidak mudah melenting walaupun hatinya tengah berapi. Secara keseluruhan (setakat Bab Dua), Sera mempunyai personaliti yang sweet dan dia bukan seperti golongan-golongan elit yang tipikal dan sombong. Dia tidak seperti mereka yang berada di dalam persepsi prejudis Kai.
 
Bagi saya, watak-watak ini juga terdapat di sebilangan besar fic-fic yang lain: seorang mempunyai personaliti yang cold, seorang lagi happy-go-lucky. Saya tak ada masalah dengan semua ini, lagi-lagi bila cerita ini masih lagi di tahap mukadimah, jadi saya tak boleh judge dengan lebih awal dengan mengatakan yang watak-watak yang awak gunakan ini adalah watak-watak stereotype. Apa yang saya harapkan ialah: awak dapat ‘lari’ sikit dari unsur stereotype ini, contohnya dengan menjelaskan dengan baik mengapa Kai mempunyai personaliti sedemikian.
 
Saya juga berharap yang awak tidak akan mengumpamakan Sera seperti angel di sepanjang cerita awak. Sebab tiada manusia (dan ini termasuk watak-watak dalam cerita) yang dilahirkan sempurna dan tidak mempunyai sebarang cacat cela. Mungkin awak boleh buat Sera melenting dengan Kai pada masa akan datang dalam fic ni? Of course pada waktu dan keadaan yang sesuai.
 
 
 
Tatabahasa (Grammar) [14/15]
Secara keseluruhan, tatabahasa awak adalah di tahap yang sangat baik. Awak mematuhi kebanyakan peraturan-peraturan dalam tatabahasa, seperti tanda baca, ejaan dan sebagainya. Cuma ada beberapa kesalahan-kesalahan kecil yang mungkin awak terlepas pandang; saya akan tunjukkan dan huraikan kesalahan-kesalahan tersebut di bawah.
 
1.  Koma vs Noktah dalam dialog
Bab Dua
Awak buat“Annyeong omma. Saranghae.” Dia berbisik sendirian sebelum memusingkan badannya, mengatur langkah keluar dari tanah perkuburan itu.
Pembetulan“Annyeong omma. Saranghae,” dia berbisik sendirian sebelum memusingkan badannya, mengatur langkah keluar dari tanah perkuburan itu.
 
Awak buatSehun membuat aksi seperti hendak muntah, “Pfft. Aku rindu kau? Takde maknanya.”
PembetulanSehun membuat aksi seperti hendak muntah. “Pfft. Aku rindu kau? Takde maknanya.”
 
Awak buat:
Kai menggaru hidungnya, “Suho hyung mana?”
“Oh. Hyung suruh aku cakap kat kau yang dia tak dapat datang hari ni sebab dia ada hal.” beritahu Sehun.
Pembetulan:
Kai menggaru hidungnya. “Suho hyung mana?”
“Oh. Hyung suruh aku cakap kat kau yang dia tak dapat datang hari ni sebab dia ada hal,” beritahu Sehun.
 
[Gunakan koma jika kata kerja yang digunakan itu berkait terus dengan dialog. Gunakan noktah jika sebaliknya.]
 
 
2.  Penjodoh bilangan yang tertinggal
Bab Dua
Kanak-kanak yang dari tadi menunggu, dengan serta-merta menyerbu ke arah pemilik suara yang sedang melangkah masuk sambil menjinjit dua beg plastik.
[dua buah beg plastik]
 
Kai menyeluk kedua-dua belah tangan di dalam saku seluarnya lalu berjalan kaki ke arah kafe yang terletak tidak jauh dari situ.
[ke arah sebuah kafe]
 
 
3.  Imbuhan
Bahagian ini saya agak ragu-ragu untuk menegur sebab pengetahuan saya mengenai imbuhan ini sudah mulai kabur, tapi pada yang sama, sebagai seorang reviewer, ia merupakan tanggungjawab saya untuk menegur mana-mana bahagian yang saya rasa kurang betul. Apa-apa pun, kalau kesilapan itu berada pada pihak saya, pada teguran saya, dan awak rasa awak telah menggunakan imbuhan itu dengan betul, awak tidak perlu mengubahnya mengikut saranan saya.
 
Bab Prologue
Setelah beberapa minit berada di dalam kamar mandi, Kai akhirnya keluar dengan sehelai tuala terlilit pada pinggangnya.
[Bagi saya, imbuhan awalan ‘di-’ adalah lebih sesuai digunakan. Sebab imbuhan awalan ‘ter-’ menunjukkan yang perkerjaan itu dibuat dengan tidak sengaja.]
 
Bab Satu
Bas bernombor 12 itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah papan tanda yang tertulis, “Tanah Perkuburan Apgujeong.”
[Imbuhan awalan ‘ber-’ adalah lebih sesuai digunakan.]
 
 
 
Cara Penulisan & Perbendaharaan Kata (Vocabulary) [8/10]
—Terdapat beberapa bahagian di mana awak menggunakan perkataan yang berulang, atau turut menggunakan perkataan lain yang sama maksudnya.
 
Bab Satu
Kai mematikan langkahnya tatkala dia menjumpai kubur yang selalu dikunjunginya setiap hari.
[Awak boleh tinggalkan perkataan ‘selalu’ sebab ‘setiap hari’ sudah memberi impression yang kubur itu memang sudah selalu dikunjungi.]
 
Bab Dua
Awak buat: Aku ada benda yang nak kena diselesaikan tadi.
Cadangan: Aku ada benda yang nak diselesaikan tadi.
 
 
Bab Satu
Kedai itu tidak terlalu popular di kalangan orang yang tinggal di kawasan yang jauh dari Apgujeong. Kedai itu beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kedai itu diuruskan oleh seorang lelaki yang bernama Junhyung. Menurut Junhyung, kedai itu diwarisi dari mendiang ibunya yang ingin melihat kedai itu terus beroperasi biarpun dirinya sudah tiada.
 
[Awak menggunakan teknik penekanan dalam menjelaskan kedai ini, iaitu dengan menggunakan atau mengulangi frasa ‘kedai ini’ di permulaan setiap ayat. Awak juga menggunakan teknik penjelasan yang sama di lain-lain tempat, seperti ayah Jongin, dan tubuh Taewoo yang didera berulang kali. Kedua-duanya berada di dalam bab Satu.
Bagi saya, penggunaan teknik penekanan dalam menjelaskan kedua-dua situasi ini (ayah Jongin dan Taewoo) adalah sangat sesuai kerana mereka mempunyai impak yang besar dan sesuai dengan mood.
Namun, teknik penekanan ini kurang sesuai digunakan untuk menjelaskan kedai yang disebutkan di atas, kerana pada pengamatan saya, kedai itu tidak mempunyai signifikan yang besar dalam cerita awak. Ianya hanya setting sampingan.
Awak boleh satukan beberapa ayat bagi mengurangkan tahap kepentingan kedai ini dalam cerita awak.]
 
Cadangan:
Kedai itu tidak terlalu popular di kalangan orang yang tinggal di kawasan yang jauh dari Apgujeong. Kedai yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu diuruskan oleh seorang lelaki yang bernama Junhyung. Menurut Junhyung, kedai itu diwarisi dari mendiang ibunya yang ingin melihat kedai itu terus beroperasi biarpun dirinya sudah tiada.
 
 
—Awak juga menggunakan beberapa perkataan bahasa Korea yang diromankan. Awak boleh kekalkan method ni, tapi saya sarankan awak guna perkataan-perkataan basic dan umum hanya, supaya lebih ramai pembaca faham makna perkataan yang digunakan. Kalaupun awak ingin terus menggunakan perkataan-perkataan romanized Korean ini, lebih-lebih lagi perkataan-perkataan yang agak sukar, berikut merupakan cadangan saya tentang penggunaannya.
 
Bab Dua
Awak buat: Setelah beberapa saat menunggu, Sera akhirnya berputus asa. Nak tunggu lelaki ni jawab soalan, macam tunggu ayam jantan bertelur, which was never. Jadi akhirnya, Sera membongkokkan badannya sekali lagi. “Jwesonghamnida.”
Cadangan: Setelah beberapa saat menunggu, Sera akhirnya berputus asa. Nak tunggu lelaki ni jawab soalan, macam tunggu ayam jantan bertelur, which was never. Jadi akhirnya, Sera membongkokkan badannya sekali lagi, sebagai tanda meminta maaf/meminta izin. “Jwesonghamnida.”
 
[Sebenarnya saya kurang pasti maksud ‘jwesonghamnida’ ini, jadi saya main hentam je lah makna dia, haha. Apa-apa pun, apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah: jelaskan maksud perkataan-perkataan itu dalam narration awak, sebelum atau selepas dialog itu.]
 
 
—Tentang penggunaan bahasa dan cara penulisan pula, mereka simple tapi di tahap yang baik. Awak mengekalkan formal tone dalam fic awak serta tidak menggunakan shortform, dan ini merupakan sesuatu yang harus dipuji. Keep it up.
 
 
 
Believability [10/10]
Full score untuk section ini. Tidak ada adegan-adegan yang menimbulkan persoalan.
 
 
 
Flow [9/10]
Setakat ini, flow fic awak tiada masalah. Cuma pada bahagian pertukaran POV di bab Dua, flow pembacaan saya agak terganggu.
 
 
 
Struktur/Presentation [4/5]
—Terdapat satu dua tempat di mana awak satukan dua speakers pada perenggan yang sama. Tolong berhati-hati. Kesalahan ini terdapat di setiap bab.
 
—Ini cuma pandangan peribadi saya: saya rasa lebih sesuai jika awak letakkan tanda (‘) atau gunakan Italics untuk dialog-dialog karakter yang bercakap di dalam hati. Sebagai contoh:
 
Bab 2
Sera tersenyum. ‘Ingatkan dah bisu, boleh bercakap lagi rupanya.’ Tapi tidak mungkin diluahkannya.
Atau
Sera tersenyum. Ingatkan dah bisu, boleh bercakap lagi rupanya. Tapi tidak mungkin diluahkannya.
 
Walaubagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, ini cuma pendapat peribadi saya, kalau awak tak nak ambil pun tak ada masalah.
 
—Font type dan size yang awak gunakan adalah konsisten. Jarak di antara dua buah perenggan juga begitu. Jadi secara keseluruhan, fic awak adalah kemas :)
 
 
 
Enjoyment [4/5]
Cara penulisan awak yang baik dan konsistensi dalam fic ini membolehkan saya enjoy cerita awak, tapi seperti yang saya katakan tadi, fic ini masih lagi di peringkat pengenalan, jadi belum ada bahagian-bahagian klimaks yang membuatkan saya rasa benar-benar teruja.
 
 
Total: 83/100
 

 
My notes:
Saya perasan yang awak dah lama tak update cerita ni, tapi saya berharap awak belum berputus asa dalam meneruskannya sebab dari apa yang saya lihat, fic ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi cerita yang baik.
 
Awak sudah menemukan kedua-dua karakter utama dalam bab Dua, jadi saya mengandaikan bahawa cerita ini hanyalah cerita pendek—yang mempunyai bilangan bab di bawah 15. Ada kemungkinan yang awak akan mengambil jalan cliche untuk cerita ini, tapi apa-apa pun, selitkan juga elemen-elemen original dari awak.
 
Awak mempunyai cara penulisan yang decent dan saya berharap awak dapat kekalkan, atau lebih baik, pertingkatkan lagi style ini.
 
Saya juga berharap yang awak tidak akan selalu menukar POV seperti yang awak tunjukkan dalam Bab Dua (dari POV biasa ke POV Kai ke POV author), sebab, seperti yang saya katakan tadi, flow pembacaan pembaca-pembaca boleh jadi terganggu.
 
Akhir sekali, tinggalkan komen kalau awak memerlukan sebarang clarification tentang review ni. PM atau tulis kat wall saya pun boleh. Kami ingin meminta maaf atas kelambatan review ini. Harap-harap review ini masih lagi relevan untuk awak dan terima kasih sebab buat request di Death Note Review Shop! Jangan lupa kredit kami dan teruskan minat anda dalam menulis! :)
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
26hb Mei 2014
(posted on the 27th, 00:07)
 
 



reading and making analysis started on 11th May, 01:30; finished at 02:42
writing review started on 17th May, 1:00; paused at 2:45; continued on 22nd May, 13:44; paused at 14:45; finished editting and ready to post the review to the shop on the 26th, 02:15 AM but a technical problem occurred.
 
I accidentally deleted Alynn's review :( Stupid me. I'm so sorry, Alynn! T.T kesian dia sebab kena tulis balik :'(
 
I was supposed to be finishing and posting this review long before 26th May—on the 15th at most because the story was short. But a personal incident happened that week: my uncle passed away. He was the oldest one on my dad's side. Tbh, we had never gotten past kissing hands/bercium tangan. Kami tak pernah berpeluk pun. But he was definitely among those whom I hold dear. He was diagnosed with a cancer—a lung infection as what the doctors told us, but it was also one that they weren't able to detect the cause of it. Even one of my relatives, who is a doctor, said that the disease was rare . Not to mention by the time my uncle was diagnosed with it, he was already at the final stage. He was admitted to the ICU even, before falling into a state of coma. :( I was exactly at the side of his deathbed during his final moments at the hospital. I was the only niece present (the other two were still at school) and tbh, it was my first time witnessing someone's final moments. But seeing how other family members seemed to be so strong on facing this test, I knew I had to be strong as well. For the sake of his family: his wife and his only son.
I know I'm going to miss him calling my name affectionately. Saya sebak setiap kali terfikirkan tentang arwah, but at the same time, saya bersyukur sebab semua cerita-cerita yang saya dengar tentang arwah adalah baik-baik :)
I had a hard time to get emotionally stable, so it took me days to get back to this review, which explains the mega delay of it.
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~