⇒ AiSyah98

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Penulis: AiSyah98
Reviewer: LavenderAlisa19
Review untuk Bab 1-5
 
 
Tajuk [4/5]
Perkataan ‘word’ dalam tajuk ini sepatutnya ‘words’. Apa-apa pun, saya dapati yang awak sudah menukar huruf pertama bagi setiap perkataan kepada huruf besar, so good job. 
 
Setakat bab 5, tajuk ini masih belum dikira relevan dengan jalan cerita, tetapi melalui foreword page awak, lambat-laun plot yang berkait dengan tajuk ini akan datang juga.
 
 
 
Description & Foreword [7/10]
Saya menganggap yang awak menggunakan gambar dan gif dalam description dan foreword awak. Namun, gambar-gambar dan gif-gif ini tidak terpamer semasa saya view foreword page awak. Mungkin ianya disebabkan oleh internet connection saya yang lambat, atau awak menggunakan gambar/gif dari site yang tidak dibenarkan oleh AFF. Apa-apa pun, disebabkan gambar dan gif yang tidak terpamer ini, ia menjadikan foreword page awak kurang kemas. Ada banyak ruang yang kosong. Font type yang awak gunakan dalam description juga tidak sama.
 
Apa yang saya katakan selanjutnya hanyalah pendapat saya. Satu yang saya dapati dari foreword page awak adalah, awak mendedahkan agak banyak jalan cerita di dalamnya. Awak juga menggunakan character chart, yang turut mendedahkan personaliti-personaliti mereka.
Bagi saya, adalah memadai jika awak hanya meletakkan nama, umur, dan status bagi setiap karakter. Sebagai contoh: Jimin, 17 tahun, ketua bagi kumpulan BTS. 
Penjelasan mengenai personalitinya boleh diperkenalkan dalam cerita awak sendiri, bukan foreword page.
 
 
 
Plot [10/15]
Seperti yang saya katakan tadi, awak sudah pun mendedahkan sebahagian besar plot cerita ini dalam foreword page awak. Namun, saya tidak nafikan yang jalan cerita itu sememangnya menarik.
 
Tetapi setakat bab 5, jalan cerita yang awak katakan itu belum lagi disentuh. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan yang cerita ini masih lagi di tahap pengenalan. Saya tak dapat memberikan markah yang lebih tinggi sebab awak belum menunjukkan macam mana awak akan membawa plot ini dalam cerita awak.
 
Saya juga masih belum dapat mengaitkan cerita Taehyung dengan keseluruhan cerita. Apa-apa pun, saya harap awak tidak memasukkan elemen ini tanpa sebab. Saya juga dapat rasakan yang cerita mengenai Taehyung ini menarik.
 
 
 
Karakter [11/15]
Setakat bab 5, personaliti pada karakter-karakter utama ff ini—iaitu Jimin dan Kira—masih belum terlihat lagi. Yang saya dapat kutip: Jimin merupakan seorang ketua bagi kumpulan gangster di sekolahnya dan mempunyai ibu bapa yang tidak peduli dengan dirinya. Kira pula...saya langsung tak dapat tangkap apa karakter dia sebenarnya. Adakah dia berani? Adakah dia seorang yang mengambil berat tentang orang lain? Adakah dia seorang yang mementingkan diri sendiri? Yang saya tahu, dia cuma dalam pelarian dari pakciknya.
 
Di sisi lain, Chanyeol dan Taehyung pula lebih ‘bersinar’daripada Jimin dan Kira. Personaliti mereka lebih kukuh. Chanyeol merupakan seorang anak kedua daripada sebuah keluarga kaya yang mementingkan status. Dia juga merupakan seorang yang sweet, dan tidak segan menegur orang baru; seperti yang awak tunjukkan dalam Bab 3 di mana Chanyeol cuba menghampiri seorang pelajar baru di kelasnya, Kira. Taehyung pula merupakan seorang yang agak misteri: dia sering ponteng sekolah/balik dari sekolah lebih awal, dia sayang adiknya, tapi dia benci ayahnya.
 
 
 
Tatabahasa [11/15]
1. Tidak perlu tambah titik selepas tanda kata (“), tanda soal (?) dan tanda seru (!)
 
2. Kesalahan pada dialog: awak tidak menggunakan huruf yang besar di awal perkataan pertama.
Bab 1
Awak buat: “tak guna!”.
Seharusnya: “Tak guna!”
 
 
3. Pastikan ada jarak di antara tanda baca (noktah, tanda soal dan seru, tanda kata dsb) dan perkataan seterusnya.
Bab 1
Awak buat: Kira menyelak rambutnya yang basah.Dia penat,lelah.Dimana lagi dia nak menyorok?sungguh dia tiada kekuatan sekarang.
Seharusnya: Kira menyelak rambutnya yang basah. Dia penat, lelah. Di mana lagi dia nak menyorok? Sungguh dia tiada kekuatan sekarang.
 
 
4. Kesalahan ejaan dan perkataan-perkataan yang tertinggal.
Bab 2
Awak buat: Tepat pukul 12 tengahari,Jimin telah pun sampai dihadapan Suga.
Pembetulan: Tepat pukul 12 tengahari, Jimin telah pun sampai dihadapan rumah Suga.
 
Bab 2
Yalah,rambut Kira kusut kasai. [kusut masai]
 
Bab 4
Kira menterbeliakkan matanya. [membeliakkan]
 
Bab 5
Awak buat: Wajahnya kelihatan agak pucat dan ketakutan.
Pembetulan: Wajahnya kelihatan agak pucat dan dalam ketakutan.
 
 
5. Imbuhan vs Tempat
Jika awak merujuk kepada tempat, seperti 'situ’, 'dalam’ dan 'belakang', pastikan ada jarak di antara nama tempat ini dengan perkataan sebelumnya:
di situ, ke dalam, ke belakang.
Sebab kalau awak tidak letakkan jarak, perkataan-perkataan itu menjadi imbuhan (kesitu, kedalam, kebelakang), dan ini tidak betul dari segi tatabahasa.
 
 
 
Cara Penulisan & Perbendaharaan Kata (Vocabulary) [7/10]
Dalam Bab 1, cara penulisan awak baik. Tapi di bab-bab belakang, cara penulisan awak menjadi agak simple. Penggunaan perkataan-perkataan kasual seperti ‘aja’ menjadi lebih kerap di bab-bab belakang. 
 
Mengenai susunan ayat pula, terdapat di beberapa tempat di mana susunan ayat awak agak janggal.
Bab 1
Awak buat: Nyaris-nyaris lelaki tersebut mahu menampar Kira,seorang budak lelaki menendangnya yang entah dari mana muncul.
Cadangan: Ketika lelaki tersebut mahu menampar Kira, tidak semena-mena muncul seorang budak lelaki lalu menendangnya.
 
Bab 2
Awak buat: Kalau diketahui bapanya.Mahunya dia dihukum dan sentiasa diperhati oleh bodyguard 24jam.Tidak,hidup seperti berada didalam penjara.
Cadangan: Kalau diketahui bapanya, mahu dia dihukum dan sentiasa diperhati oleh bodyguard 24 jam. Tidak, hidup seperti berada di dalam penjara merupakan perkara terakhir yang Chanyeol inginkan.
 
Bab 5
Awak buat: Taehyung merenung gadis tersebut dalam membuatkan gadis tersebut sedikit kemerahan
Cadangan: Taehyung merenung gadis tersebut sehingga membuatkan wajah gadis tersebut sedikit kemerahan.
 
 
Awak juga mempunyai tabiat menggunakan dot-dot sebagai tanda baca dalam cerita ini. Ini membuatkan ayat awak berderet-deret. Saya lebih prefer kalau awak menggunakan noktah atau koma di beberapa tempat. Lebih kemas.
Bab 2
Awak buat:  “good..okay…ini kuncinya”
Cadangan: “Good. Okay, ini kuncinya.”
 
Bab 3
Awak buat: “hmm..betul jugak apa yang Jimin cakap tu…janganlah risau sangat..kalau ada apa-apa nanti..kita Tanya dia face to face..tahu ajalah..V kan kurang bercakap”.
Cadangan: “Hmm..betul jugak apa yang Jimin cakap tu. Janganlah risau sangat. Kalau ada apa-apa nant, kita tanya dia face-to-face. Tahu ajalah, V kan kurang bercakap.”
 
 
Tentang perbendaharaan kata pula, juga terdapat di beberapa tempat di mana perkataan lain adalah lebih sesuai digunakan.
Bab 2
Daripada terasa sunyi dan sepi bagaikan flat ini kosong tidak berpunya. [seolah-olah; berpenghuni]
 
Bab 5
...dan membuatkan Kira separuh menjerit dan menahan wajahnya dengan lengan. [menutup]
 
 
 
Logicality [9/10]
Dalam bab 1, Kira memperkenalkan dirinya sebagai Lee Kira kepada Chanyeol. Tetapi dalam bab 5, di mana Chanyeol mengutip buku Kira yang terjatuh, di sana tertulis nama “Park Kira”. Saya tak pasti jika ini merupakan satu kesilapan di pihak awak (typo) atau Kira sengaja mereka-reka nama.
 
 
 
Flow [7/10]
Saya boleh katakan yang flow bagi keseluruhan cerita ini adalah lambat. Interactions antara Chanyeol dan Kira sudah terjadi, tetapi interactions antara Jimin/BTS dan Kira belum lagi. Dan perlu diingatkan yang ff ini sudah mencecah bab kelima.
 
Mungkin ini pacing yang sudah awak tetapkan untuk cerita ni; awak ingin mengenalkan setiap karakter secara perlahan-lahan. Apa-apa pun, saya berharap agar awak tidak terlalu melambatkan flow cerita ini sebab takut-takut nanti pembaca jadi bosan. Ff ini sudah menjejak bab kelima tapi plot cerita yang awak dedahkan belum juga muncul. Walaupun begitu, saya juga berharap yang awak tidak akan mempercepatkan flow cerita ini secara tiba-tiba.
 
 
 
Struktur [3/5]
Pemerengganan di setiap chapter tidak sekata: jarak antara perenggan dalam Bab 1 tidak sama dengan jarak dalam Bab 2. Saya harap awak dapat betulkan kesilapan ini. 
 
Saya juga perasan yang panjang bagi setiap satu chapter itu tidak sama. Sebagai contoh, Bab 3 dan Bab 4 nampak lebih pendek dari bab-bab yang lain. Saya nasihatkan awak plan dulu apa yang awak nak masukkan dalam setiap satu chapter, dan pastikan word count bagi setiap chapter konsisten.
 
Walaubagaimanapun, awak menggunakan font type dan size yang sama sepanjang cerita ini, dan ia menjadikan ff awak konsisten, so good job.
 
 
 
Enjoyment [3/5]
Memandangkan ff ini masih di tahap pengenalan, saya belum dapat enjoy cerita ni secara keseluruhan; belum ada klimaks yang membuatkan saya teruja. Namun begitu, saya tidak nafikan yang saya rasa tertarik dengan cerita Taehyung.
 
 
Bonus [+3]
 
Total: 75/100
 

 
My notes:
Jangan berasa tawar hati dengan markah yang rendah ini, sebab cerita awak ni masih di tahap permulaan. Seperti yang saya katakan dalam review ni banyak kali, plot cerita awak sememangnya menarik dan ada potensi tapi pacing yang digunakan agak lambat. Saya juga berharap yang awak dapat kekalkan jumlah word count yang sama bagi setiap chapter. Mungkin 1000-1500 patah perkataan?
 
Berikan perhatian kepada kesalahan-kesalahan dari segi tanda baca.
 
Walaupun saya katakan yang awak mendedahkan sebahagian besar jalan cerita dalam foreword page awak, itu hanyalah pendapat saya. Kalau awak tak rasa nak menukarnya pun tak apa, sebab pembaca-pembaca lain mungkin menyukainya. Ia bergantung kepada preference masing-masing sebenarnya.
 
Akhir sekali, kalau awak memerlukan sebarang clarification, jangan segan-segan tinggalkan komen atau PM saya. Saya look forward pada feedback awak. Terima kasih sebab buat request di Death Note Review Shop! Jangan lupa kredit shop ni dalam foreword awak :)
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
9 Mei 2014, 04:05
 



reading and making analysis started on 5th May, 18:45; finished at 20:04
writing review started on 6th May, 00:45; didn't do anything since then until 9th May, 02:15
 
The fastest and shortest review so far! Ah, so happy~
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~