[PR] ⇒ angelily95

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
Penulis: angelily95
[Personal Request] Review untuk bab pertama sahaja
 
 
(+)
—Cara penulisan awak amat mudah diikuti, terutamanya setting. Ianya ditulis dengan baik dan jelas, membolehkan pembaca menggambarkan dengan tepat sesebuah situasi itu. Sebagai contoh: ‘menolak tubuh V yang rapat dengan tubuhku’, ‘melangkah ke arahku yang tercegat berhampiran pintu’.
 
—Saya suka bila awak selitkan humor di sana sini. Awak juga tidak overdo humor awak, malah, humor yang diselitkan kedengaran natural dan tidak terpaksa.
" Tapi- Taehyung! " Aku sekali lagi menjerit kerana kayu yang sepatutnya terkena pada Jimin tersasar dan terkena kepala V. Habislah kepala hotak budak ni.
Ahaha. Masa fighting scene pun ada lawak xD Orang yang nak serius masa baca pun tak jadi serius.
 
—V. Dia penuh dengan karakter. Dia samseng  dan tak takut nak cari gaduh dengan kumpulan Zelo, dia nakal tahap menggatal dengan Nara, dia merungut dengan sepenuh hatinya bila didenda mencuci tandas (saya dapat bayangkan dia memuncungkan bibirnya sepanjang dia kena paksa tonyoh lantai tandas tu), dia mengada-ngada bila dia minta Nara papahkan dia ke motornya, dan startled/kaku bila dapat tahu yang ayah Nara berada berdekatan dengan motosikal yang dinaikinya bersama Nara.
 
Nara pula, dia seolah-olah sudah immune dengan serangan-serangan menggatal dari V. Asyik buat muka batu je. Saya suka bila kata hati dia seiring dengan riak wajahnya yang buat tak kisah setiap kali V menggatal dengan dia. Dia tak kata, “Maak, handsomenya dia bila dia buat macamtu. Cairlah aku kalau tiap-tiap hari kena hadap muka dia.” Atau yang sewaktu dengannya. Meskipun begitu, saya rasa dia memang suka V tapi saja tak nak mengaku. Tengoklah cara dia ambil berat tentang V bila V cedera disebabkan serangan Zelo.
Saya juga perasan yang Nara sentiasa memanggil V dengan nama sebenar, Taehyung. Dia tak tukar-tukar panggil dari Taehyung ke V dan berbalik ke Taehyung. Secara tidak langsung, ia menjadikan karakter Nara dan juga chapter pertama awak konsisten.
 
Secara keseluruhan, kedua-dua karakter ini realistik dan relatable.
 
 
(-)
—Saya rasa awak pun dapat teka yang saya akan tegur tatabahasa awak—terutamanya dari segi tanda baca dalam dialog.
Awak buat: " Nara, jom keluar " pelawa V bersama sengihan yang tidak lekang dari bibirnya.
Pembetulan: Nara, jom keluar,” pelawa V bersama sengihan yang tidak lekang dari bibirnya.
 
Pastikan tiada jarak di antara tanda kata pembuka–dialog–tanda kata penutup. Letakkan juga tanda baca (noktah/koma) di penghujung dialog.
 
 
—Terdapat juga beberapa tempat di mana kata penghubung yang awak gunakan agak kurang sesuai.
 
Aku menggigil kesejukan atas serangan V terhadapku tadi. [akibat]
Aku masih lagi marah atas tindakannya beberapa hari yang lepas. [dengan]
 
 
—Ini baru bab pertama, tapi pada pandangan saya, flow bagi chapter ini terlalu cepat. Dalam bab pertama sahaja, sudah agak banyak event yang awak masukkan. Dalam bab pertama sahaja, V dah cium Nara. Bak kata omputih, “That was escalating quickly!”
 
Berdasarkan bab pertama ini, saya mengandaikan yang cerita ini ada dua kemungkinan: yang pertama, cerita ini merupakan two/three shots. Yang kedua, cerita ini merupakan sebuah fic panjang yang mempunyai banyak drama.
Melihat tag ‘angst’ pada cerita ini, saya rasa fic ini banyak berpihak kepada kemungkinan kedua.
 
Apa-apa pun, semua ini cuma andaian saya sahaja. Mungkin awak memang sudah menetapkan pace sebegini untuk cerita awak. Malah, mungkin juga awak mahu menulis fic ini dengan cara santai.
 
 
 
Nota:
Saya tahu saya dah janji dengan awak yang saya akan siapkan review ni paling lambat pun hari Selasa. Tapi sekarang dah pagi hari Jumaat, jadi saya ingin meminta maaf atas kelambatan review ni ;_;
//senyap-senyap hulur balik Baekhyun pada awak. Lari dengan Kyungsoo jauh-jauh dari korang berdua.
Apa-apa pun, saya berharap yang awak berpuas hati dengan review ini. Saya juga ingin meminta maaf andai ada bahagian-bahagian di review saya ini yang membuatkan awak tersinggung, terutamanya bahagian perkataan-perkataan-lain-yang-lebih-sesuai-digunakan yang saya tegur.  Kalau awak tak nak mengikut saranan saya dalam menukar perkataan-perkataan tersebut pun tak apa.
Terima kasih sebab buat personal request kat wall saya! Awak boleh unsubscribe portfolio ni selepas awak baca review awak :) Jangan lupa tinggalkan komen!
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
30hb Mei 2014, 03:40
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~