⇒ put_up

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Story title: I'm A Psycho
Author: put_up
Reviewer: LavenderAlisa19
Review dari bab 1-16
 
 
Title [4/5]
Tajuk yang agak relevan dengan cerita. Saya rasa tajuk ni sendiri sudah serve as a purpose untuk jadi mukadimah kepada fic awak dan seterusnya memperkenalkan theme cerita awak, iaitu psikologi dan horror. Dan saya praise cara awak namakan bab-bab awak: ‘evidence 01’, ‘evidence 02’ dan seterusnya. Bab-bab tersebut seolah-olah memberi bukti yang Jongup ini memang seorang yang psycho.
 
Walaubagaimanapun, saya juga berpendapat bahawa tajuk ini terlalu me-reveal jalan cerita awak, dan ini boleh menjadi disadvantage kepada pembaca-pembaca awak. Sebaik sahaja melihat tajuk dan poster fic awak, mereka akan terus deduce, “Oh, Jongup ni psycho.”  Mereka sudah dapat teka dan tahu yang Jongup ni psycho, dan apa-apa yang dia buat pun berkaitan dengan personalitinya yang psycho itu. Dan ini menjadikan fic awak kurang saspens sebab mereka sudah dapat menjangka jalan cerita awak melalui tajuk tersebut. Tambahan lagi, awak tidak tambah apa-apa twist mengenai jangkaan mereka setakat ini.
 
Mungkin awak boleh menggunakan word play dalam tajuk awak. Satu pengubahsuaian yang saya dapat hasilkan ialah: “I Am (Not) A Psycho”. Sebab, sepanjang membaca fic awak ini, tidak saya dapati yang Jongup mengaku secara terang-terangan bahawa dirinya psycho. Pada pendapat saya, menggunakan tajuk ini juga membolehkan awak bermain teka-teki dengan pembaca awak, samada Jongup ni psycho atau tidak. Tambahan lagi, di akhir cerita awak boleh pilih sama ada Jongup ni benar-benar psycho seperti yang dijangkakan pembaca, atau tidak.
 
Tapi ini cuma pendapat saya; it’s your choice untuk ambil atau tidak.
 
 
 
Description & Foreword [9/10]
Description awak simple, dan tidak mendedahkan setiap perkara yang berlaku dalam fic awak.
 
Saya berpendapat yang awak harus masukkan perkataan ‘angkat’ selepas ‘abangnya’  pada “Semua ni adalah arahan abangnya sendiri, Bang Yongguk.” Ya, saya notice yang awak sudah mention “keluarga angkatnya, keluarga Bang.” Dan saya dapat lihat yang awak tak nak mengulangi kembali perkataan ‘angkat’ ini. Namun bahagian “abangnya sendiri” memberi interpretasi yang Yongguk itu adalah abang kandungnya, yang mana, ia bukan benar.
 
Foreword awak juga berjaya tarik perhatian saya, lebih-lebih lagi dengan ayat yang terakhir: “saya tak sengaja bunuh hyung.”
 
Brilliant! Ia juga memberitahu sedikit-sebanyak yang fic awak ni mengandungi adegan-adegan pembunuhan, dan boleh serve as a warning kepada pembaca-pembaca yang tidak sukakan theme tersebut.
 
 
 
Appearance [7/10]
Saya suka kekemasan fic ini, di mana awak boldkan setiap perkataan di dalamnya. Method menebalkan perkataan ini bukanlah satu perkara yang disarankan di dalam penulisan, tapi awak membuat fic ini uniform dengan menebalkan setiap perkataan di dalamnya, so saya puji awak akan itu.
 
Saya perasan yang awak menggunakan warna yang berlainan bagi setiap chapter. Namun, ada beberapa warna yang digunakan tidak bersesuaian dengan mood fic awak yang bertemakan horror dan misteri. Sebagai contoh, di bab 2, warnanya terlalu terang dan neon; ini boleh ‘menyakitkan’ pandangan pembaca, dan sejujurnya, mood saya juga turut terjejas semasa membaca bab 2 dengan warna tersebut. Saya sarankan awak untuk tukar rona warna tersebut kepada yang lebih gelap. Bab 8 dan 14 pula awak gunakan warna-warna yang bersifat lembut, iaitu peach dan lavender. Sudah setentunya, warna-warna ini juga tidak sesuai dengan theme fic anda.
 
Juga, hindarkan daripada menggunakan font warna merah (seperti yang awak gunakan di bab 12), sebab warna ini secara universalnya diketahui sebagai tanda amaran. Tapi apa yang saya dapati, content bab 12 hanyalah bersifat neutral (Jongup rasa keliru dengan perbuatannya membunuh Zelo secara ‘tidak sengaja’, dan seterusnya Yongguk dan Youngjae menemuinya di hutan).
 
Saya sarankan awak stay menggunakan warna-warna yang gelap, seperti biru dan hijau gelap, coklat gelap atau kelabu. Saya juga perasan yang awak cuba untuk tidak menggunakan kembali warna-warna yang pernah awak gunakan, tapi bagi saya, tak salah kalau awak gunakan kembali warna-warna tersebut.
 
Menggunakan font warna yang berlainan ini tidaklah ‘dilarang’, lebih-lebih lagi di dalam fanfic, yang mana karya kita tidaklah official. Tetapi secara peribadi, method ini tidaklah begiitu digalakkan kerana sedar tidak sedar, warna-warna yang berlainan itu mampu mengganggu mood pembaca kita (warna mampu influence mood seseorang).
 
Satu lagi yang saya berjaya pick up tentang fic ini ialah: panjang bagi setiap perenggan adalah hampir sama, seolah-olah awak menetapkan limit panjang bagi setiap perenggan (sebagai contoh, lebih kurang 50 perkataan sahaja di setiap satu perenggan). Walaupun cara ini menyumbang kepada kekemasan fic awak, ada kesalahan tatabahasa yang awak lakukan; saya akan tunjukkan kesalahan ini pada section tatabahasa nanti.
 
Saya juga berpendapat yang background yang awak gunakan terlalu merah; sejujurnya, ia agak menyakitkan pemandangan. Saya rasa warna maroon lebih sesuai digunakan :)
 
 
 
Plot [12/15]
Secara keseluruhan, fic ni tidaklah sebenar-benarnya asli. Plot di mana protagonis dipulaukan di sekolah dan didera oleh ahli keluarganya, seumpama Cinderella. Tapi, plot ini agak berlainan di mana ia berpaksikan atas fakta yang Jongup ini seorang yang psycho. Awak ‘warnakan’ plot fic ini dengan pembunuhan, kehadiran seorang detektif, keprihatinan seorang abang angkat yang secara tiba-tiba, dan lain-lain. Saya juga dapati yang plot ini bermula selepas insiden yang awak nyatakan dalam foreword awak. Dan setakat bab 16, awak tidak reveal semua yang berlaku, seperti insiden Jongup dengan Himchan dan geng Park; awak masih sembunyikan perkara sebenar. Jadi saya harap awak akan menggunakan flashbacks untuk menjelaskan perkara-perkara ini pada bab-bab akan datang. Tapi mesti pada timing yang tepat.
 
 
 
Characters [11/15]
Jongup. Dalam bab-bab awal, Jongup selalu ingatkan dirinya yang Yongguk selalu paksa dia buat kerja-kerja rumah sebab Yongguk sayangkan dia. Dia juga takut akan kehilangan seorang lagi abang, menjadikan Jongup seorang yang possessive; dia tak nak Yongguk jauh dari dia atau tinggalkan dia. Awak tunjukkan ini bila dia ‘kutuk’ Youngjae dalam diam di bab 8:
Tak guna punya Yoo Youngjae! Disebabkan kau, Yongguk tak nak makan makanan yang aku masakkan untuk dia ni. Tak guna!!!” getus hati Jongup.’
 
Jongup juga merupakan seorang yang mempunyai split personality, di luar nampak baik tapi di dalam, pandai menyumpah-nyumpah. Atau mungkin, dia hanya nampakkan side baik dia pada certain people sahaja, seperti Youngjae dan Yongguk. Sebab masa Yori tegur dia di stor, dia balas teguran itu dengan kasar. Satu lagi yang saya berjaya take note tentang Jongup ialah, dia selalu ada pisau dengannya: masa dia kena kurung dalam almari, masa insiden dia dengan geng Park, masa Zelo culik dia.
 
Jongup juga ‘pandai’ membaca minda seseorang, macam apa yang dia buat kat Zelo; macam mana dia tahu yang dalam sushi tu ada racun. Dan macam mana Jongup dapat tahu yang Yori sukakan dia.
 
Yongguk. Mula-mula dia benci sangat kat Jongup, dan pembaca dapat lihat semua ni bila dia paksa Jongup buat kerja-kerja rumah, sehingga sanggup mengurungnya di dalam almari selama beberapa hari. Dan bila dia dapati Jongup keluar dari almari yang menjadi tempat pengurungannya, saya puji awak sebab buat dia rasa takut terhadap Jongup untuk beberapa hari seterusnya. Sebab itu yang manusia sebenar rasakan, tambahan lagi bila kita perasan ada torehan-torehan pisau pada almari itu.
 
Namun, Yongguk tiba-tiba bertukar prihatin terhadap Jongup lebih-lebih lagi selepas dia bermimpi buruk pasal Jongup di bab 10. Dan dia marah sangat kepada pengawal tempat persembunyian Zelo bila pengawal tersebut memberitahu yang mereka memang merancang membunuh Jongup.
 
Youngjae. Dia seorang yang tenang, dan saya suka professionalism yang ada pada dia. Awak berjaya sampaikan sifat dia ni melalui percakapan dia teratur, dengan menggunakan ‘saya’, ‘awak’, ‘kamu’, dan seterusnya. Sifat dia ni bertentangan dengan sifat kasar Yongguk yang menggunakan ‘aku’ dan ‘kau’ ketika berinteraksi.
 
Secara keseluruhan, personality traits bagi setiap karakter yang awak cipta dalam fic ini tidak contrasting antara satu sama lain, kecuali Jongup...sebab...dia psycho kan? Haha.  Namun, dalam kesempurnaan ini, malangnya karakter-karakter awak tidak ada depth. Mungkin kerana vocabulary yang awak gunakan dalam fic ini agak terhad, jadi emosi bagi setiap karakter tidak dapat dipamerkan dengan baik kepada pembaca.
 
Sebagai contoh, di bab 8, bila Youngjae dedahkan kepada Yongguk yang Jongup berkemungkinan membunuh abangnya sendiri. Tetapi reaksi Yongguk amatlah plain. Seolah-olah dia tidak paranoid dengan pendedahan tersebut. Sebagai seorang yang sudah duduk dengan Jongup untuk satu tempoh masa yang agak lama, pendedahan tersebut sepatutnya membuatkan dia rasa kelu, atau mungkin ke tahap tak mampu nak bercakap.
 
Awak buat“Bu... Bunuh??? Jongup bunuh abang dia??? Tapi, bukan ke abang dia lari dari rumah?” soal Yongguk kehairanan.
 
((Mungkin awak boleh masukkan sedikit penjelasan tentang perubahan wajah dia atau reaksi dia antara “Jongup bunuh abang dia???” dan “Tapi, bukan ke abang dia lari dari rumah?”))
 
Contoh: “Wajahnya bertukar pucat bila Youngjae memberitahu perkara tersebut. Setelah beberapa minit membisu, dengan rasa masih tidak percaya dan bibir yang terketar-ketar, Yongguk menyuarakan soalan yang berlegar di mindanya.”
Atau yang sewaktu dengannya, haha.
 
 
 
Tatabahasa (Grammar) [12/15]
Secara keseluruhan, tatabahasa awak adalah di tahap baik. Awak tidak commit apa-apa kesalahan tatabahasa yang amat serius, dan saya juga perasan awak yang mengeja penuh setiap perkataan. Ini merupakan sesuatu yang perlu dipuji sebab kebanyakan penulis Melayu di AFF ni ada kecenderungan untuk memendekkan perkataan seperti mengeja ‘tak’ sebagai ‘x’.
 
Berikut merupakan beberapa kesalahan tatabahasa yang awak buat.
 
1. Dua speakers/POVs di dalam perenggan yang sama.
Kesalahan ini terjadi di sepanjang fic awak. Saya harap awak betulkan lepas awak baca review ni.
Bab 2
Awak buat:
“Siasat? Kenapa?” soal Yongguk. Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran Yongguk. Kenapa dia nak siasat budak tak guna tu? Apa yang budak tu dah buat? Dia ni ada pertalian darah dengan si Jongup ni ke? Tapi, semua soalan itu tidak dapat Yongguk ucapkan kerana dia rasa takut sangat. Maklumlah, tiba-tiba je detektif datang rumah dia. “Itu...saya tak boleh bagitau awak,” kata Youngjae sambil melemparkan senyuman. Yongguk terdiam. Kini, lebih banyak soalan yang dia nak tujukan. Kenapa tak boleh? Salah ke aku tanya? Adakah benda tu penting sangat?
 
Cadangan:
“Siasat? Kenapa?” soal Yongguk. Pelbagai persoalan mula bermain di fikirannya. Kenapa dia nak siasat budak tak guna tu? Apa yang budak tu dah buat? Dia ni ada pertalian darah dengan si Jongup ni ke? Tapi, semua soalan itu tidak dapat Yongguk ucapkan kerana dia rasa takut sangat. Maklumlah, tiba-tiba je detektif datang rumah dia.
 
“Itu...saya tak boleh bagitau awak,” kata Youngjae sambil melemparkan senyuman.
 
Yongguk terdiam. Kini, lebih banyak soalan yang dia nak tujukan. Kenapa tak boleh? Salah ke aku tanya? Adakah benda tu penting sangat?
 
Bab 3
Awak buat:
Eh? Tu bukan anak dari keluarga Bang tu ke? Dia buat apa kat sini? Biarkan dia... Dia cuma anak angkat keluarga tu je. Dia tu cuma pendatang asing kat keluarga tu! Dengar khabar, Encik Bang kutip dia dari rumah kosong yang terbiar tu. Betul ke? Jongup hanya membiarkan kata-kata mereka. Jongup dah malas nak layan orang macam mereka. Kalau dilayan, memang teruk padahnya. Nanti, nama baik keluarga Bang tercemar pulak. Jadi, Jongup hanya mendiamkan diri. 
 
Cadangan:
Eh? Tu bukan anak dari keluarga Bang tu ke?
 
Dia buat apa kat sini?
 
Biarkan dia... Dia cuma anak angkat keluarga tu je.
 
Dia tu cuma pendatang asing kat keluarga tu!
 
Dengar khabar, Encik Bang kutip dia dari rumah kosong yang terbiar tu. Betul ke? 
 
Jongup hanya membiarkan kata-kata mereka. Jongup dah malas nak layan orang macam mereka. Kalau dilayan, memang teruk padahnya. Nanti, nama baik keluarga Bang tercemar pulak. Jadi, Jongup hanya mendiamkan diri.
 
 
          2. Karakter yang sama, tetapi ditempatkan di perenggan yang berlainan.
Bab 3
Awak buat:  “Saya akan call hyung nanti. Pasti...,” kata Jongup. Youngjae hanya tersenyum mendengar kata-katanya.
 
Youngjae pun berlalu pergi dari rumah tersebut.
 
Cadangan:  “Saya akan call hyung nanti. Pasti...,” kata Jongup.
 
Youngjae hanya tersenyum mendengar kata-katanya sebelum berlalu pergi dari rumah tersebut.
 
 
          3. Nyatakan siapa ‘dia’.
Bab 6 perenggan 6
Awak buat:
“Jongup mesti suka kalau aku bagi sushi ni kat dia,” kata Zelo sambil tersenyum. “Woah~ Sushi lah... Kasilah aku!” kata salah seorang daripada pelajar kelas tersebut. “Mianhaeyo... Sushi ni aku nak kasi kat Jongup hyung,” kata Zelo. “Jongup hyung? Moon Jongup???” soalnya. Zelo menganggukkan kepalanya. “Kau biar betul? Kau tau ke yang si Jongup tu...,” sambungnya lagi tetapi Zelo menyampuk. “Aku tau... Tapi, itu tak bermakna yang dia tu jahat kan? Yang jahat tu cuma abang dia je,” katanya. Dia terus terdiam selepas mendengar kata-kata Zelo.
 
Cadangan:
“Jongup mesti suka kalau aku bagi sushi ni kat dia,” kata Zelo sambil tersenyum.
 
“Woah~ Sushi lah... Kasilah aku!” kata salah seorang daripada pelajar kelas tersebut.
 
“Mianhaeyo... Sushi ni aku nak kasi kat Jongup hyung,” kata Zelo.
 
“Jongup hyung? Moon Jongup???” soal rakannya itu. Zelo menganggukkan kepalanya. “Kau biar betul? Kau tau ke yang si Jongup tu...,” sambungnya lagi tetapi Zelo menyampuk.
 
“Aku tau... Tapi, itu tak bermakna yang dia tu jahat kan? Yang jahat tu cuma abang dia je,” katanya.
 
Rakan sekelasnya terus terdiam selepas mendengar kata-kata Zelo.
 
 
Bab 9 perenggan 8
 “Yeoboseyo?” kata Youngjae. “Ni Detektif Yoo kan? Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau. Kau ada kat mana sekarang?” soalnya. [si pemanggil]
 
 
Bab 12 perenggan 3
 “Jadi, dia lari kat mana sekarang ni?” soal Youngjae. “Mungkin dia dah pergi jauh dalam hutan tu,” katanya. [pengawal itu]
 
 
          4. Subject disagreement
Bab 5 perenggan 9
“Awak nak balik dah? Saya nak ikut jugak!” kata Jongup. [Zelo]
 
Bab 12 perenggan terakhir
“Jadi, boleh tak aku teka siapa yang suruh kau buat semua ni?” soal Youngjae. “A... Awak tau dia siapa???” kata Youngjae. “Ya,” kata Youngjae. [Himchan]
 
Bab 6 perenggan 5
Awak buat:
“Wei korang! Bogelkan budak ni sekarang! Aku memang dah naik meluat ngan budak ni. Palli!!!” kata ketua mereka. “Arasseo!” balasnya.
 
((Di sini, sudah jelas ketua kumpulan memanggil kumplannya dengan 'korang', yang sudah setentunya lebih dari seorang. Tapi di hujung perenggan ini, perkataan 'nya' seolah-olah ada seorang sahaja))
 
Seharusnya:
“Wei korang! Bogelkan budak ni sekarang! Aku memang dah naik meluat ngan budak ni. Palli!!!” kata ketua mereka. “Arasseo!” balas mereka.
 
 
          5. Kesalahan tanda baca
Bab 3
Awak buat:
“Ah, ne. Ne!,” kata Jongup kemudian dia makan makanan yang dipesannya sebentar tadi.
 
Seharusnya:
“Ah, ne. Ne!” kata Jongup, kemudian dia makan makanan yang dipesannya sebentar tadi.
 
 
          6. Dua situasi yang kontra
Bab 11 perenggan 1
Awak buat:
Jongup ingin bangun tetapi gagal kerana seluruh badannya telah diikat. Dia tidak dapat bergerak langsung. “Dah bangun?” kata satu suara. Jongup cuba mencari pemilik suara tersebut. “Zelo! Tak guna!!! Kau lepaskan aku sekarang!!!” marah Jongup. Zelo menuju ke arah Jongup lalu berkata, “Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je?” “Kau... Apa tujuan kau hah?!” soal Jongup. Kaki Zelo disepaknya dengan kuat sekali.
 
((Awak sudah katakan yang Jongup tidak dapat bergerak sebab seluruh badannya diikat, tetapi di hujung perenggan ini, somehow dia mampu sepak kaki Zelo. Saya cadangkan awak masukkan beberapa perkataan lain supaya event ini lebih deskriptif.))
 
Cadangan:
Dia tidak dapat bergerak langsung [....] “Kau...Apa tujuan kau hah?!” soal Jongup dengan perasaan marah. Dia cuba menghayun kedua-dua kakinya yang diikat, dan dia berasa puas hati bila dia berjaya menendang kuat kaki Zelo yang berada hampir dengannya.
 
 
          7. Ayat pasif VS ayat aktif
Bab 11 perenggan 7
Awak buat:
Zelo segera mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya  dan dia terus mendail nombor pengawalnya. Pisau yang Jongup pegang tadi dibaling tepat ke arah telefon bimbit Zelo.
 
((Kalau dibaca ayat yang terakhir itu, pembaca mungkin beranggapan yang Zelo yang baling pisau tu, bukan Jongup.))
 
Cadangan:
Melihat aksi Zelo itu, Jongup segera membaling pisau yang dipegangnya ke arah telefon bimbit tersebut.
 
 
          8. Yang lain-lain
-‘???’ dan ‘!!!’ seharusnya hanya satu sahaja.
 
-Bab 5 perenggan 6 (lebih elok kalau ayat terakhir dipisahkan dari perenggan ini, sebab Jongup tidak sedar akan hakikat yang dia salah)
Yongguk buat semua ni sebab Yongguk sayang dia. Itu apa yang Jongup anggap. Tapi, dia salah.
 
-Bab 3 (perkataan yang ketinggalan)
“Betul ke hyung lari [dari] rumah...”
 
- Bab 9 perenggan 3 (gunakan perkataan lain yang lebih sesuai)
Sebenarnya saya bangun awal untuk buat sarapan dekat awak dan Yongguk hyung. [untuk]
 
-ada tiga ke empat kesalahan ejaan dalam fic ni. Saya percaya awak dapat kesan kesalahan ni kalau awak proofread.
 
 
 
Writing Style & Perbendaharaan Kata (Vocabulary) [7/10]
Writing style awak okay dan mudah difahami. Saya suka bila awak kekalkan sikap professional Youngjae ketika dia bercakap; saya dah pun jelaskan perkara ni dalam ‘characters’ section.
 
Hampir kesemua pemikiran karakter-karakter adalah di dalam Italic. Bagus.
 
Awak menggunakan beberapa perkataan Korea dalam fic ini. Memandangkan cerita ini mengambil tempat di Korea, maka saya faham tujuan awak menyelitkan perkataan-perkataan asing tersebut. Namun, terdapat beberapa perkataan yang sukar untuk saya fahami. Perlu diingatkan yang sebahagian besar pembaca mungkin tidak begitu arif dengan perkataan-perkataan Korea (termasuk saya), dan menggunakan cara ini dalam fic awak boleh menjejaskan enjoyment pembaca-pembaca. Perkataan-perkataan yang agak tidak common seperti ireona, geokchana (bab 8) dan sebagainya.
 
Sejujurnya, saya tenung lama sangat kat perkataan-perkataan ini, dan saya cuba figure out apa maksudnya. Kadang-kadang saya skip bila tak berjaya mendapati apa yang dimaksudkan.
 
Kalau awak bercadang ingin terus menggunakan perkataan-perkataan Korea, saya sarankan awak guna perkataan yang simple dan yang diketahui secara general sahaja, seperti hyung, ani, arasseo, ne, mianhae.
 
Vocabulary awak juga agak simple; terlalu simple sebenarnya, yang kadang-kadang menyebabkan emosi karakter tidak dapat ditunjukkan secara tepat. Ianya seolah-oleh monotonous. Saya percaya kalau awak pelbagaikan vocabulary awak dalam fic ini, ianya akan menjadi lebih menarik.
 
Contoh:
Bab 9 perenggan 1
Awak buat:
“Hyung! Ireona! Dah pagi ni. Saya dah masak sarapan untuk hyung. Palli ireona!” kata Jongup. Pintu bilik Yongguk diketuknya beberapa kali. Tetapi, masih tiada tindak balas. Jongup mengetuk pintu tersebut sekali lagi. “Hyung! Ireona!” katanya lagi. Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terbuka. Jongup tersenyum manis selepas melihat Yongguk. “Hyung! Palli! Saya dah sediakan sarapan untuk hyung!” kata Jongup. Tangan Yongguk ditarik perlahan oleh Jongup.
 
Cadangan:
“Hyung! Ireona! Dah pagi ni. Saya dah masak sarapan untuk hyung. Palli ireona!” panggil Jongup sambil mengetuk pintu bilik Yongguk beberapa kali. Tetapi, masih tiada tindak balas. Jongup mengetuk pintu tersebut sekali lagi. “Hyung! Ireona!” serunya lagi.
 
Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terbuka. Jongup tersenyum manis selepas melihat Yongguk. “Hyung! Palli! Saya dah sediakan sarapan untuk hyung!” kata Jongup dengan ceria. Tangan Yongguk ditarik perlahan oleh Jongup.
 
Bab 9 perenggan 3
“Jongup? Awal awak bangun,” kata Youngjae. [tegur/sapa]
 
Akhir sekali, saya suka bila awak elak plotholes daripada berlaku. Sebagai contoh, di bab 10, Yongguk tiba-tiba prihatin habis tentang Jongup bila dia tak balik rumah dan mimpi buruk pasal adik angkatnya. Secara jujurnya, saya rasa sangat hairan bila saya baca part tu. Sebab, pada pendapat saya: ‘Yongguk, you’re supposed to hate him!’ Tetapi awak jelaskan perubahannya ini di bab yang seterusnya; yang Yongguk pun mengaku dia mula rasa prihatin terhadap adiknya. Awak selitkan transitions di situ, so saya puji awak dalam part ini J.
 
 
 
Believability [6/10]
Dalam bab 9, awak mention ada mayat yang terdapat pada rumah lama Jongup, presumably mayat abang Jongup. Bila Youngjae kata dia jumpa mayat ni tertanam di halaman rumah tersebut, kenapa dia membiarkan sahaja mayat itu di situ, dan tidak melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis, atau menyerahkan mayat itu ke rumah mayat? Saya musykil kenapa Youngjae, yang menurut fic ini, merupakan seorang detektif yang diiktiraf (atau adakah dia merupakan seorang yang bergerak secara haram?), bersikap berdiam diri. Sekurang-kurangnya kalau dia menyerahkan mayat ini ke rumah mayat, atau yang sewaktu dengannya, mayat tidak menjadi reput dan dia boleh pastikan bahawa mayat itu siapa.
 
Scene di mana Youngjae menjenguk kembali mayat Zelo di bab 16. Awak tidak nyatakan apa yang telah dibuat dengan mayat Zelo oleh pengawalnya. Mayat itu teruk ‘dihentam’ oleh Jongup, tapi saya tidak tahu sama ada ia dibungkus, atau dibiarkan begitu saja di dalam bilik tersebut.
 
Mungkin awak boleh jelaskan plothole ini pada bab-bab yang akan datang?
 
Dalam bab 12, semasa Yongguk dan Youngjae berjumpa pengawal yang mengawal tempat persembunyian Zelo, pengawal tu macam tak menakutkan langsung, haha. Bukankah sepatutnya pengawal ni ada muka ganas dan tidak akan menangis macam tu je. Apa-apa pun, I’d like to deduce that dia nangis sebab dia dah tak ada mata pencarian lagi, haha.
 
Dalam bab 10, Zelo berubah personaliti secara tiba-tiba. Ya, perubahannya ada sebab: sebab dia nak ‘umpan’ Jongup dan balas dendam terhadapnya sebab Daehyun pernah buli dia dulu, tetapi perubahan Zelo ini sangat drastik. Dari seorang dongsaeng/junior yang sweet kepada seorang yang berpesonaliti jahat.
 
Saya sarankan awak guna foreshadowing (walaupun sedikit) pada bab-bab awal pertemuan Jongup dan Zelo, supaya pembaca tidak merasa begitu terperanjat dengan perubahan Zelo ini.
 
Bab 6 perenggan ke-2 terakhir
Awak buat:
“Aku harap dia makan sushi tu... Aku buat sushi tu khas untuk kau, Moon Jongup. Untuk kau je...,” getus hati Zelo kemudian dia tersenyum. Memang betul sushi tu Zelo yang buat sendiri. Sushi tu dia buat khas untuk Jongup. Kenapa? Ianya menjadi tanda tanya... 
 
Cadangan:
“Aku harap dia makan sushi tu... Aku buat sushi tu khas untuk kau, Moon Jongup. Untuk kau je...,” getus hati Zelo kemudian dia tersenyum. Memang betul sushi tu Zelo yang buat sendiri. Sushi tu dia buat khas untuk Jongup. Kenapa? Zelo tersenyum misteri. Ianya menjadi tanda tanya... 
 
Personally, saya suka transition yang awak masukkan pada watak Yongguk yang tiba-tiba prihatin terhadap Jongup. Dalam fic ni, Yongguk sendiri mengaku yang dia ambil berat tentang adik angkatnya itu. Sekurang-kurangnya pembaca tidak merasa out of place bila dia tiba-tiba bertukar personaliti.
 
 
 
Flow [4/5]
Flow fic ni constant. Ada beberapa bahagian di mana sesuatu insiden itu berlaku dengan agak cepat, mungkin disebabkan kurangnya description di bahagian-bahagian tersebut.
 
 
 
Enjoyment [4/5]
Kesalahan tatabahasa pertama awak yang saya point out tadi (iaitu dua speakers dalam satu perenggan) membuatkan saya membaca kembali sesuatu perenggan tersebut untuk memastikan dialog itu milik siapa. Vocabulary yang awak gunakan dalam fic ini juga belum luas, yang juga turut menyebabkan fic awak ini kurang deskriptif.
 
Walaupun begitu, saya menyukai fic ini. Sejujurnya, saya sendiri tidak sabar nak tahu siapa Jongup sebenarnya, dan apa yang terjadi masa dia berumur 10 tahun, apa sejarah Jongup, dan sebagainya. Memang saspens. Semua misteri dan cliffhangers yang awak bagi ni mampu menarik pembaca untuk terus setia dengan fic awak, dan mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya. Dan saya amat terperanjat bila dapat tahu yang Zelo dah bunuh ramai orang.
 
Bonus [+3]
 
Total:  79/100
 

 
My notes
1) Kalau awak bercadang nak teruskan menggunakan font warna yang berlainan dalam fic awak, saya ada satu saranan: guna font warna yang sama untuk 5 bab yang pertama, dan 5 bab seterusnya pula font warna yang lain.
2) Jangan satukan dua speakers dalam satu perenggan, ini merupakan kesalahan tatabahasa awak yang amat-amat saya harap awak boleh perbaiki.
3) Pelbagaikan kata kerja atau penbendaharaan kata awak. Ia boleh menjadikan fic awak lebih ‘berwarna’ dan deskriptif.
 
Saya berpendapat bahawa fic ini memerlukan banyak flashbacks pada bab-bab akan datang. Tentang apa yang terjadi semasa Jongup berdepan dengan geng Park dan penglibatan Himchan dalam insiden ni, tentang sejarah Jongup, dan sebagainya.
 
Setakat ini saya belum dapat predict kesudahan fic ni, jadi awak ada kelebihan di sini. Secara keseluruhan, fic ni memang saspens.
 
Oh, awak tahu tak fic awak ni tersenarai dalam tyra punya Malay Fanfics Recommendations? Congrats! *tepuk tangan*. Oh, and sorry tyra. I stalked your profile~ *wiggles finger at you* ;)
 
Apa-apa pun, tentang apa yang saya tegur dalam review saya, awak tidak dimestikan mengambil atau mengubah semua apa yang saya katakan. Kalau awak perasan, saya gunakan perkataan-perkataan seperti ‘saran’ dan ‘cadangan’. Itu bermaksud awak berhak memilih sama ada awak nak tukar atau tidak. After all, fic ni awak yang punya. Dan saya hanya memberi pandangan sebagai seorang pembaca dan reviewer.
 
Kalau ada bahagian-bahagian yang awak perlukan clarification, sila tinggalkan komen atau PM saya.
 
Terima kasih sebab request di Death Note Review Shop! Saya look forward pada feedback awak. Jangan lupa credit kedai ni dan reviewer :)
 
 
Lisa/LavenderAlisa19
20hb Mac 2014, 14:45 GMT+8
 



This... thing (lol okay, not 'thing'. because I work my off on this piece of work, okai).

This lovely piece of work of mine conquers 11 pages of Word. It's a no wonder though, the total word count actually reaches 3.7K. Anyway, the fic took me 3 days of analysis (of course with a day break in between, because I'm a slow reader) and 2 days of writing the review (because I'm also a slow writer).

In conclusion, I think I should cut down my review length in my next work. It's tiring. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~