⇒ VelvetLove01007

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Penulis: VelvetLove01007
Reviewer: LavenderAlisa19
Review untuk Bab 1-Bab 4
 
 
Tajuk [4/5]
Sebaik sahaja saya nampak tajuk cerita ini, satu perkara yang terlintas di fikiran saya ialah, “tak original.” Amat banyak fic yang bertajuk sebegini, sejak tahun 2012 lagi.
 
Namun begitu, selepas saya selesai membaca cerita awak, saya tidak nafikan yang tajuk ini amat berkait dan relevan dengan fic awak. Awak juga berjaya membuat sedikit twist pada tajuk ini. Pada mulanya, saya ingatkan perkataan ‘baby’ pada tajuk ini ditujukan kepada Hanna oleh Baekhyun. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ini sudah jelas bila Hanna yang pergi meninggalkan Baekhyun.
 
Saya pernah jenguk contest yang awak join, dan saya difahamkan yang para peserta dikehendaki meletakkan nama lagu yang digunakan sebagai tajuk fic mereka. Jadi saya tak salahkan awak seratus-peratus kerana memilih tajuk yang sangat, sangat common.
 
Di samping itu, chapter titles awak juga tidak bercanggah dengan isi kandungan bagi setiap bab, jadi props untuk awak.
 
 
 
Description & Foreword [10/10]
Secara keseluruhan, foreword page awak sangat kemas. Description yang awak sediakan juga amat berpatutan dengan jalan cerita. Ianya tidak menyimpang. Ia juga meruntun hati siapa-siapa sahaja yang membaca, terutama pada ayat yang terakhir, sekaligus ‘memberi amaran’ kepada pembaca-pembaca bahawa cerita yang akan dibaca terdapat unsur romance dan angst.
 
 
 
Plot [18/20]
—Karakter yang akan pergi meninggalkan orang yang disayangi disebabkan sakit/menghidap penyakit kanser—sejujurnya, plot sebegini dianggap biasa. Begitu banyak fic lain yang menggunakan konsep yang serupa.
 
Namun begitu, awak berjaya ‘mewarnakan’ jalan cerita awak dengan cara tersendiri. Ia tidak hanya berpaksi kepada angst sahaja; ada romance dan slice-of-life juga di situ. Pendek kata, fic awak cukup dengan rencah dan perisa J
 
—Saya amat suka bila awak kaitkan plot awak literally dengan lirik lagu yang awak selitkan. Sebagai contoh bahagian-bahagian ini:
--
Please don’t hesitate at the moment you’ll become foam.
Awak mengolahkan bait lirik lagu ini dengan mengumpamakannya dengan cerita Puteri Duyung. Bagi saya cara ini amat kreatif, sebab cerita Puteri Duyung sememangnya diketahui ramai.
 
--
The early sunlight comes down
A blinding force that reminds me of you comes down
 
20 Oktober 2014-4:21 a.m
 Jung Hanna disahkan meninggal dunia.
 
—Kesudahan cerita ini juga seakan-akan berbalik semula kepada bab pertama, terutama bahagian ‘have hope’ (kalau dalam bab pertama, Baekhyun yang memberi kata-kata semangat ini kepada Hanna. Di penghujung cerita pula, Hanna yang memberi kata-kata yang serupa untuk Baekhyun: ‘Have hope,’ you said. Now it’s my turn to say it to you), dan harijadi Hanna. Saya rasa nostalgik pula bila tarikh pembedahan itu jatuh pada harijadi Hanna, sebab awak memang mention harijadinya (pada tahun sebelumnya ) di awal cerita. Memang menyedihkan bila Hanna ditakdirkan berjumpa untuk kali terakhir dengan orang-orang yang disayangi pada hari jadinya sendiri.
 
Awak juga tidak memberikan kesudahan yang benar-benar muktamad untuk Baekhyun dalam cerita ini. Awak memberikan sedikit open ending, yang membenarkan pembaca-pembaca menggunakan imaginasi mereka untuk membayangkan apa yang terjadi kepada Baekhyun selanjutnya, bagaimana dia akan menghadapi kehilangan Hanna.
 
—Cameo Ara juga ada kaitan yang amat besar dan saya amat suka cara awak menyelitkan kaitan ini dengan membandingkan keadaan Hanna yang jauh lebih teruk dari Ara yang hanya memerlukan pendermaan hati. Ia menunjukkan yang cameo Ara bukan saja-saja; ada tujuannya tersendiri. Dan tidak dinafikan, surat Hanna yang tertera di hujung cerita ini amat menyayat hati.
 
—Namun, saya berpendapat, alangkah baiknya jikalau surat tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu. Kalaupun bukan keseluruhan surat, mungkin majoriti. Saya rasa kalau awak berbuat demikian, lebih ramai pembaca-pembaca akan lebih bersimpati dan tersentuh dengan surat yang Hanna tinggalkan untuk Baekhyun. Sebab ini fic Melayu, dan pembaca-pembaca yang ditarget juga orang-orang yang membaca bahan-bahan berbahasa Melayu.
 
 
 
Karakter [13/15]
Sejujurnya, watak-watak utama bagi fic ini—Hanna dan Baekhyun—tidak mempunyai development yang banyak atau depth yang cukup. Hasilnya, saya tidak dapat menghayati watak-watak ini secukupnya. Namun bila difikir-fikir, kekurangan character depth ini tidak menjadi masalah yang besar sebenarnya, memandangkan cerita ini hanyalah sebuah cerita pendek, apatah lagi bila awak menggunakan format time skips untuk fic ini.
 
Hanna dan Baekhyun masih mempunyai karakter masing-masing yang dapat dibezakan antara satu sama lain, dan mereka tidak keluar dari lingkaran karakter-karakter yang sudah awak tetapkan. Mereka juga memberikan reaksi yang sepatutnya kepada sesebuah situasi atau kejadian (sebagai contoh, Baekhyun berasa bersalah dan menjauhkan diri daripada Hanna selepas memberi prototaip kepada Hanna, yang menyebabkan Hanna muntah darah), dan ini menjadikan watak-watak awak realistik.
 
Secara peribadi, saya lebih tertarik dengan watak Chaena di dalam fic ni. Saya rasa bahagian dia melenting dengan Hanna dalam bab pertama itu paling realistik. Dia melenting bersebab: dia geram, dia marah. Selama bertahun-tahun lamanya, dia merasa tersisih dengan perhatian ibu bapa mereka yang seakan-akan tertumpu kepada Hanna sahaja. Namun, semarah-marah dia, dia masih sayang dengan Hanna. Maklumlah, dah nama pun kembar. Lihat sahaja bagaimana sanggupnya dia belikan hadiah untuk Baekhyun atas permintaan Hanna. Walaupun sistership antara pasangan kembar ini tidak begitu terpamer di sepanjang fic ini, saya suka bila Chaena reveal tentang perasaan Hanna kepada Baekhyun dan meminta Baekhyun untuk menjaga kakak kembarnya dengan baik.
 
 
 
Tatabahasa (Grammar) &Perbendaharaan Kata (Vocabulary) [11/15]
1.   Koma vs Noktah di dalam dialog
1 Month
Awak buat:
“Awalnya bangun Hanna,” Kata lelaki itu tersenyum, “I’m impressed,”
 
Hanna membalas senyuman lelaki itu, “Selamat pagi Doktor Byun,”
 
“Eh, lupa pulak nak ucap morning. Good morning Hanna,” Sambung doktor itu.
 
[Letakkan koma jika kata kerja yang digunakan berkait secara langsung dengan dialog (on a side note, kata kerja- kata kerja ini juga tidak menggunakan huruf besar di awal perkataan). Letakkan noktah jika sebaliknya.]
 
Pembetulan:
“Awalnya bangun Hanna,” kata lelaki itu sambil tersenyum, “I’m impressed.
 
Hanna membalas senyuman lelaki itu. “Selamat pagi Doktor Byun.
 
“Eh, lupa pulak nak ucap morning. Good morning Hanna,” sambung doktor itu.
 
 
1 Month
Awak buat:
“You always remember Doctor Byun,” Hanna mula menjawab di dalam Bahasa Inggeris, selaras dengan apa yang dikatakan oleh doktornya, “Thank you for remembering,”
 
Doktor itu menggelengkan kepalanya, “No, no. Selagi saya tak bagi hadiah, selagi tu you can’t say thank you to me,”
 
“Doktor nak bagi saya teddy bear lagi ke? Saya suka semua teddy bear yang doktor bagi, especially yang warna putih tu. Reminds me of marshmallows,” Hanna ketawa kecil.
 
“Teddy bears again? Umur dah 22 kan tahun ni. Mana boleh main dengan teddy bear lagi,”
 
“Mana ada saya main. Saya bagi adik lelaki saya mainlah,” Kali ini memang terkekek gelak Hanna, sambil terbatuk jadinya.
 
 
[Awak meletakkan koma di setiap hujung dialog, walaupun speaker sudah habis berkata-kata. Ini seolah-olah dialog-dialog itu belum lengkap, seakan-seakan ada lagi sambungan untuk dialog itu selepasnya, tapi hakikatnya, dialog itu sudahpun lengkap. Site ini menjelaskan cara penggunaan tanda baca yang betul di dalam dialog.]
 
Pembetulan:
“You always remember Doctor Byun,” Hanna mula menjawab di dalam Bahasa Inggeris, selaras dengan apa yang dikatakan oleh doktornya. “Thank you for remembering.
 
Doktor itu menggelengkan kepalanya.“No, no. Selagi saya tak bagi hadiah, selagi tu you can’t say thank you to me.
 
“Doktor nak bagi saya teddy bear lagi ke? Saya suka semua teddy bear yang doktor bagi, especially yang warna putih tu. Reminds me of marshmallows.” Hanna ketawa kecil.
 
“Teddy bears again? Umur dah 22 kan tahun ni. Mana boleh main dengan teddy bear lagi.
 
“Mana ada saya main. Saya bagi adik lelaki saya mainlah.” Kali ini memang terkekek gelak Hanna, sampai terbatuk jadinya.
 
 
[Gunakan noktah di hujung dialog-dialog yang sudah lengkap.]
 
 
 
2.  Terdapat beberapa kesalahan ejaan di setiap bab. Memandangkan awak sudah meminta untuk ditunjukkan kesalahan-kesalahan ini dalam salah satu A/N awak, jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menegur. Kesalahan-kesalahan yang saya berjaya kesan ini adalah mengikut turutan bagi setiap bab jadi saya harap ia juga akan memudahkan awak untuk mengesan mereka.
1 Month
terikkan [teriakan], saah [salah], happnya [happynya], sanagt [sangat], keparan [kepakaran], sekerang [sekarang]
 
4 Months
marahan [kemarahan/amarah]
 
7 Months
Meninggalaknnya [meninggalkannya], Jejakan [Jejaka], sangak [sangka], riaksi [reaksi], garanya [garangnya], uterus [terus], Gagis [Gadis], mendegar [mendengar]
 
12 Months
dubuai [dibuai], berisah [berpisah], seyap [senyap]
 
 
 
3.  Imbuhan
1 Month
Lelaki itu berkeluh. [mengeluh]
 
4 Months
Kerut dahi Hanna dibuatnya apabila mendengar pertanyaan itu. [berkerut]
 
“Kenapa tak cakap?” Dahi Baekhyun sudah mula mengerut. [berkerut]
 
7 Months
Awak buat: “A’ah,” Hanna bersetuju, suara nakalnya semakin kejelasan, “Memang Oppa dah tua pun,”
Cadangan: “A’ah,” Hanna bersetuju, suara nakalnya semakin jelas kedengaran.
 
Awak buat: ...jantunya berkencang dengan kedebaran yang tidak terhingga
Cadangan: ...jantungnya berdegup kencang dengan kedebaran yang tidak terhingga.
 
 
 
4.  Perkataan yang berulang vs Kata Ganda
4 Months
—“Makan-makan, saya beli murah je tu," [Makan, makan...]
Bagus-bagus, nanti makan lagi [Bagus, bagus...]
 
[Gunakan koma untuk memisahkan perkataan yang berulang. Jangan pisahkan perkataan-perkataan ini dengan tanda sempang, seperti yang awak lakukan. Ini menandakan yang perkataan-perkataan itu adalah kata ganda. Contoh yang betul untuk menggunakan kata ganda-kata ganda seperti yang di atas ialah:
“Mereka mengadakan acara makan-makan esok.”
“Buah-buah yang dijual di gerai itu bagus-bagus belaka.”
Nampak tak perbezaannya dengan perkataan yang berulang?]
 
 
 
Cara Penulisan [9/10]
—Cara penulisan awak adalah di tahap yang sangat baik. Ianya matang dan tersusun. Hasilnya, saya dapat rasa emosi angst yang awak ingin sampaikan di beberapa bahagian dalam cerita ini.
 
—Namun begitu, terdapat juga kesalahan-kesalahan kecil yang ingin saya tegur.
1 Month
--
“Hanna rasa macam mana hari ni? Okay tak? Ada rasa pening-pening?” Itulah soalan wajib slash standard yang akan ditanya oleh Doktor Byun seminggu sekali kepada Hanna.
 
Memanglah korang dengar macam soalan yang biasa tapi, cuba try dengar soalan tu selama 10 tahun berturut-turut, berdesing tak telinga korang?
 
Hah, tahu pun.
 
 
--
Ibu Hanna atau pun nama sebenarnya Anna Lilian Sumner melangkah masuk ke dalam bilik VIP itu dengan penuh berhati-hati. Anak keduanya pula mengikut dari belakang. Begini ceritanya, Anna merupakan seorang wanita berbangsa Inggeris. Dia telah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Korea iaitu bapa kepada Hanna, Chaena dan Minho. Pendek kata, ketiga-tiga beradik ini mempunyai darah Inggeris yang dicampurkan dengan darah orang Korea.
 
Darah kacukanlah! Takkan itu pun tak tahu?
 
 
Sejujurnya, bila saya terserempak ayat-ayat yang saya highlight ini semasa mula-mula membaca cerita awak, saya mengerutkan dahi dan rasa macam...tak puas hati. “Kenapa author ni nak marah aku pulak?” Macamtu.
 
Dalam erti kata lain, cara penulisan awak bertukar dari cara yang ‘angsty’kepada sangat kasual. Perubahan ini amat drastik dan sebagai seorang pembaca, saya rasa agak out of place bila terserempak perubahan sebegini. Mungkin awak ingin kedengaran kasual atau friendly kepada pembaca, tetapi seperti yang saya katakan tadi, perubahannya agak drastik. Hasilnya, ia seolah-olah kedengaran yang awak tengah berleter.
Malah, saya berpendapat bahawa jika awak omit ayat-ayat ini (atau frasa balik ayat yang di dalam situasi yang kedua, tentang ‘darah kacukan’), flow pembacaan pembaca masih tidak terganggu.
 
Meskipun sedemikian, perubahan yang drastik dalam cara penulisan ini hanya terdapat dalam bab pertama. Bab-bab yang seterusnya tiada masalah. Walaupun masih terdapat bahagian-bahagian yang lighthearted dan kasual tapi semua itu disebabkan oleh kehadiran watak Baekhyun yang ceria dan lucu.
 
 
—Terdapat juga beberapa tempat di mana ayat-ayat awak disusun dengan agak janggal. Tapi saya percaya awak cuma terlepas pandang kesalahan-kesalahan ini. Maklumlah, bab-bab awak panjang.
4 Months
Awak buat: Tersedak Hanna mendengarkan suara yang sudah lagi tidak asing baginya itu.
Cadangan: Tersedak Hanna mendengarkan suara yang sudah tidak asing lagi baginya itu.
 
12 Months
Awak buat: Namun isi hati siapalalah yang tahu?
Cadangan: Namun perihal isi hati, siapalah yang tahu?
 
 
 
Flow [10/10]
Awak melakukan beberapa time skip di dalam cerita awak. Pilihan ini amat brilliant sebenarnya, memandangkan fic ini hanyalah sebuah cerita pendek. Bagi saya, kalau awak memilih untuk menghuraikan setiap kejadian bagi setiap bulan, flow cerita ini akan menjadi sangat draggy, dan seterusnya menjadikan cerita awak bosan. Jadi saya puji awak kerana memilih untuk membuat beberapa scene sahaja untuk selected months.
 
 
 
Believability [4/5]
Saya tidak nafikan yang saya terkejut bila Baekhyun memberi prototaip yang masih di dalam stage ujikaji kepada Hanna. Kepada Hanna yang terang-terang sudah menghidap leukemia sejak bertahun-tahun lamanya. Malah, melebihi sedekad. Memang dibenarkan ke? Dan saya ingatkan orang yang sakit tak boleh jalan malam-malam? Sebab...angin malam...jahat (please blame our culture for its countless superstitions orz).
 
Sejujurnya, saya sendiri tidak mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang perubatan jadi saya tak nak jadi orang yang syok sendiri dan tegur awak dengan berlebihan dalam soal ini. Malah, saya percaya awak sudahpun membuat research yang perlu sebelum memberikan sebarang informasi di dalam cerita ini.
 
 
 
Struktur/Presentation [4/5]
—Perkataan-perkataan Inggeris amat banyak digunakan di dalam fic ini. Memandangkan cerita ini merupakan sebuah fic Melayu, saya berpendapat adalah lebih elok jika awak gunakan Italics untuk perkataan-perkataan yang menggunakan bahasa yang bukan bahasa Melayu.
 
—Terdapat juga beberapa perkataan yang ada random capitalization. Sebagai contoh, awak boleh kecilkan huruf ‘L’ dalam perkataan ‘leukemia’—tidak perlu menggunakan huruf besar sebab leukemia sudah dianggap kata umum, bukan kata khas.
 
—Dan beberapa perkataan yang saya tidak nampak keperluan untuk dicondongkan.
1 Month
Kemanisan marshmallow yang sememangnya menjadi favoritenya itu membuatkan Hanna tidak perasan yang sebenarnya, Baekhyun telah menyuapkan dirinya.
[Saya percaya ini merupakan typo di pihak awak: awak ingin condongkan perkataan ‘favoritenya’ sahaja, tapi terincludekan perkataan ‘menjadi’ pula.]
 
—Mengenepikan kesalahan-kesalahan ini, keseluruhan fic awak adalah kemas dan konsisten. Layout yang awak pilih bagi keseluruhan fic ini juga amat sesuai. Ianya simple dan saya percaya ia tidak mengganggu pembacaan pembaca-pembaca.
 
 
 
Enjoyment [5/5]
Saya amat, amat suka dengan cara awak mengaitkan dan menyelitkan lirik lagu dalam cerita ini. Kalau awak nak tahu, benda-benda kecil macamnilah yang menjadi killer bagi saya. Yang boleh buat saya teruja dan jerit, “Yes, yes, yes!! This is it! Amazingness!” Saya juga tidak mendapati sebarang plot holes di dalam cerita ini—awak tidak gagal/lupa memberitahu yang husband di dalam angan-angan Hanna itu adalah Baekhyun. Hasilnya, usai membaca cerita ini, saya rasa amat berpuas hati. Cara penulisan awak juga adalah sesuatu yang patut di-admire. Keep it up!
 
 
Total: 88/100
 

 
My notes:
Berhati-hati dengan penggunaan noktah/koma di dalam dialog. Saya berharap yang link yang saya share itu bermanfaat untuk awak. Awak boleh tanya guru awak (kalau awak masih bersekolah) tentang penggunaan tanda baca ini, sebab selama hampir dua dekad saya melibatkan diri dalam pembacaan published books, memang noktah yang sentiasa digunakan di hujung dialog-dialog yang sudah lengkap.
 
Character depth bukanlah strong point awak di dalam fic ini, tapi saya amat tertarik dengan cara awak membawa plot ini. Walaupun plot sebegini amat common, awak berjaya memasukkan elemen-elemen orginal di dalamnya, menjadikan fic ni awak yang punya. Dari kaitan cerita kepada lirik lagu, kepada genre yang tidak hanya berpaksi kepada romance dan angst. Cara olahan sebegini bukanlah di luar jangkaan, tetapi sejujurnya, amat jarang taktik ini ditemui di dalam fanfic-fanfic di AFF ini.
 
Saya sedar mungkin awak lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris, which explains why surat yang tertera di hujung cerita ini ditulis di dalam bahasa tersebut. Namun seperti yang saya katakan tadi, saya rasa cerita ni akan jadi lebih ‘umph’ jika ianya ditulis dalam bahasa Melayu.
 
Akhir sekali, saya berharap yang awak berpuas hati dengan review ini, dan saya ingin meminta maaf sangat-sangat atas kelambatannya. Apa-apa pun, tinggalkan komen semasa awak pick-up. PM saya jika awak mempunyai sebarang kemusykilan tentang review ini. Tulis kat wall saya pun boleh. Terima kasih kerana membuat request di Death Note Review Shop! Jangan lupa kredit kami di foreword page awak :)
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
11hb Jun 2014, 01:22
 



reading and making analysis started on 31st May, 00:08; finished at 02:26
writing review started on 2nd June, 00:33; didn't do much since then (laziness strikes, just...why?), resumed writing on 6th June, 23:37, paused at 02:13 MADE A GREAT PROGRESS OH YESSS (hopefully will be finished by tomorrow/later <3); continued on 9th June, 02:40, paused at 03:51 ANOTHER GREAT PROGRESS; continued on 10th June, 23:45
 
Word count: 2460. aka <2500. Wohoo! Goal achieved :D
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~