[PR] ⇒ angelily95

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Penulis: angelily95
Review untuk plot sahaja
 
 
 
Dari awal hingga ke hujung cerita, fic ini berjaya mengekalkan satu tema, kerana disebut dan dipraktikkan secara berulang-ulang, iaitu perihal membuat keputusan atau pilihan.
 
Sepertinya, Gyeoljong di dalam ff ini bukan sahaja ujian untuk bidadari-bidadari syurga Baek dan Kai, tetapi ia juga merupakan ujian untuk Krystal secara tidak langsung. Tentang bagaimana dia harus membuat keputusan. Ternyata dia mampu berubah bila dia diberi peluang kedua, di mana peristiwa-peristiwa yang pernah dilaluinya bersama Baek dan Kai diulang semula. Di sini, pembaca dapat melihat perubahan Krystal dalam membuat keputusannya sendiri tanpa bantuan orang lain: menolong Amber, membayar makanan-makanan yang hampir dicuri oleh Amber, menjauhi Luhan, dan menolong lelaki yang kemalangan dengan menghubungi warisnya untuk mendoakan lelaki yang sudah mati itu.
 
Namun, satu aspek yang kurang tentang fic ini ialah plot twists. Jujur saya katakan, kesudahan cerita ini agak predictable. Di pertengahan cerita sahaja, saya sudah dapat jangkakan kesudahannya, dan jangkaan saya tepat bila Baek muncul di hujung cerita sebagai seorang manusia (bukan bidadari), dan (presumably) menjadi jodoh kepada Krystal, seperti apa yang Krystal harapkan untuk harijadinya—kepulangan jodohnya.
 
Secara tidak langsung, ini bermaksud yang kkaeb yang dikumpulkan oleh Baek semasa tempoh ujian Gyeoljong tidak menandingi kkaeb yang berjaya Kai perolehi, menyebabkan dia di-expel dari syurga.
 
Di pertengahan cerita—lebih tepat lagi bila Xiumin mula masuk scene­­—Baek seolah-olah tidak teruja lagi dalam mengumpul kkaeb, malah dia bagaikan membiarkan jumlah kkaebnya tak bergerak, dan membiarkan kkaeb Kai naik. Dia hanya berdiam diri setiap kali Xiumin berada di sisi Krystal, malah dia  menyetujui hasutan Kai yang mengatakan Xiumin curang bila Xiumin tidak memunculkan diri. Kehadiran Su’o yang menyatakan Baek telah melanggar peraturan-peraturan Gyeoljong juga salah satu petandanya, menipiskan harapan Baek untuk melepasi ujian Gyeoljong.
 
Pada pandangan saya, fic ini akan menjadi lebih menarik kalau awak mampu membuat pembaca terus tertanya-tanya tentang siapa yang bakal lulus ujian Gyeoljong, dan siapa pula yang bakal dilahirkan sebagai manusia ke dunia. Lebih baik lagi jika awak merahsiakan pilihan Krystal—antara vanila atau coklat—sebagai perisa pilihannya pada harijadinya yang ‘kedua’, dan hanya mendedahkan pilihannya itu di hujung cerita.
 
Tapi mungkin awak tak nak menyusahkan diri dengan menulis flashbacks, jadi awak memilih untuk mengolah plot ini dengan cara yang sekarang ini.
 
Walaupun ending cerita ini agak predictable, tidak dinafikan cara awak menyudahkan fic ini memang classy—“Baek?”. Jalan cerita ini—yang mengisahkan tentang pengembaraan Krystal di Fixi Route bersama Baek dan Kai—juga tersusun dan mempunyai mood yang light (tidak mendayu-dayu). Hasilnya, saya tidak menghadapi apa-apa masalah dalam memahami keseluruhan cerita.
 
Di dalam cerita ini, Baek juga seolah-olah jatuh suka—atau lebih tepat, jatuh cinta­­­­—dengan Krystal. Somehow, saya rasa dia mula jatuh cinta dengan Krystal selepas Ci’en tersasar panahan cintanya kepada Baek. Mungkin memang tujuan Baek membiarkan jumlah kkaebnya lebih rendah dari jumlah yang dikumpul oleh Kai, supaya dia dapat dilahirkan sebagai manusia dan akhirnya hidup bersama Krystal di dunia. Semasa Su’o muncul dan mengatakan yang telah Baek melanggar beberapa peraturan Gyeoljong, saya ada juga terfikir yang peraturan-peraturan yang dilanggar itu termasuklah jatuh cinta dengan manusia/bahan ujikaji.
 
 
 
Notes/Reader’s comment:
Di sepanjang cerita ini, awak menyelitkan keterangan-keterangan seperti: (Olla,darjat tertinggi di syurga....) (Nappeun: syurga kejahatan) dan sebagainya. While this was a thoughtful move from you, bagi saya selitan-selitan ini tidak perlu sebab awak sudah menjelaskan tema-tema ini di dalam narration cerita itu sendiri, bila Krystal bertanya kepada bidadari-bidadari yang mendampinginya.
 
Awak meminta saya untuk memeriksa istilah-istilah yang terdapat di ff ini. Saya tidak pasti jika awak meminta saya untuk menyemak istilah-istilah Hangul yang awak selitkan (Gyeoljong, hoesaeg dsb). Kalau itu permintaan awak, saya meminta maaf kerana tidak dapat membantu; saya sendiri kurang arif dengan perkataan-perkataan Hangul.
 
Semasa saya membaca fic ini, font type oneshot ini berubah dari Verdana ke Helvetica/Arial. Saya harap awak dapat tetapkan font type yang awak nak gunakan, kerana perubahan ini menjejaskan konsistensi format cerita awak.
Juga, tiba-tiba ada ‘Baekhyun’ di pertengahan cerita; saya kesan ‘orang asing’ ini bila Krystal bangun di rumah Amber. Awak perlu ingat yang Baek memperkenalkan dirinya sebagai ‘Baek’, bukan ‘Baekhyun’ (atau dia tidak memperkenalkan dirinya seperti ini: “Saya Baek. Nama penuh saya Baekhyun.”). Jadi, ‘Baekhyun’ yang terdapat di mana-mana bahagian oneshot ini adalah dianggap orang yang tidak dikenali. Hal ini juga menjejaskan konsistensi awak. Harap awak ambil perhatian.
 
Tentang genre pula, awak menetapkan angst sebagai salah satu genre oneshot ini. Namun, saya tidak dapat merasakan angst itu di keseluruhan cerita; hanya sebahagian kecil sahaja yang memusatkan angst ini, iaitu part di mana Xiumin sakit dan kemudian meninggal. Mungkin awak meletakkan tag angst itu sebagai warning kepada pembaca, namun bagi saya, kalau awak menetapkan modern fantasy sahaja sebagai genre bagi fic ini adalah sudah memadai.
 
Saya akui scene Xiumin meninggal amat menyentuh hati saya. Saya dapat rasakan betapa sayangnya Krystal dengan Xiumin, melihat bagaimana terdesaknya dia bila Xiumin berada di saat-saat terakhirnya. Jujur saya nangis siot kat scene tu, tambahan lagi bila dia bias saya (sniffles), tapi takpelah, roh dia baik :’)
 
Sebenarnya saya dah lama siapkan review ni, lagipun saya dah janji dengan awak yang saya akan siapkan minggu lepas. Tetapi dengan isu Baekyeon baru-baru ini, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan posting review ini. Saya nak awak stabil dan reda dulu sebelum membaca review ni, jadi saya harap awak dah okay sekarang. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk me-review cerita ini, dan good luck untuk contest entry awak! Jangan lupa tinggalkan komen atau pendapat sebagai tanda awak dah membaca review ini :)
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
24hb Jun 2014, 01:15
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~