[PR] ⇒ angelily95

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
Penulis: angelily95
Review untuk plot sahaja
 
 
Plot bagi fic ini mempunyai foundation dan base yang sangat kukuh. Malah, sangat simple dan jelas sebenarnya: 'Aku' mencintai Haeri dan 'aku' tidak mahu Haeri menjadi milik siapa-siapa, jadi 'aku' menjumpai seorang bomoh supaya Haeri tidak berteman dengan sesiapa selain dari 'aku'. Biarpun base ini sangat simple, namun awak berjaya mengolahkannya lalu menumbuhkan benda yang simple ini menjadi sesuatu yang mengelirukan di dalam fic ini.
 
Saya harus bagi tepukan buat awak sebab awak tidak meninggalkan plot hole yang besar di dalam fic ini. Awak tidak gagal menjelaskan bagaimana bau vanilla (yang merupakan body fragrance Haeri) menjadi sebati pada pancaindera ciuman 'aku', sebab 'aku' berada di sisi Haeri setiap malam walaupun tanpa Haeri menyedarinya.
 
"KAU CUMA PERLU MASUKKAN DADAH NI DALAM MAKANAN ATAU MINUMAN DIA. DIA AKAN TAK SEDARKAN DIRI SEPANJANG MALAM. BOLEHLAH KAU NIKMATI DIA—"
 
"BODOH, BUKAN ITU TUJUAN AKU." KATAKU LALU MENGHULURKAN SAMPUL BERISI DUIT KEPADA LELAKI ITU. AKU HANYA INGIN MEMELUKNYA SETIAP MALAM. HANYA ITU. AKU TIDAK BERNIAT LAIN.
 
Dari perbualan ini juga, pembaca dapat menyimpulkan bahawa Haeri merupakan pelanggan tetap di kafe tempat 'aku' bekerja (mungkin pelanggan setiap hari?), memungkinkan dia untuk meletakkan dadah tersebut ke dalam minuman Haeri, lalu membolehkannya untuk berada di samping Haeri setiap malam (walaupun percubaan ini gagal di akhir cerita ini). Awak juga tidak gagal menyatakan kenapa dia tidak boleh melihat Haeri menangis. Kerana dia harus menanggung kesan sampingan dari sumpahan yang dikenakan ke atas Haeri.
 
Meskipun demikian, awak tidak menjelaskan kewujudan serpihan kaca setiap kali dia menderita akan kematian kekasih-kekasih Haeri. Mungkin awak memang berniat untuk mengekalkannya sebagai misteri sahaja (dengan meninggalkan penjelasan mengenainya), atau awak lupa menyelitkan penjelasannya di dalam fic awak. Walaubagaimanapun, ketiadaan penjelasan bagi kewujudan kaca ini tidaklah menjejaskan fic awak, sebab awak berjaya merungkaikan persoalan-persoalan yang besar yang lainnya.
 
Secara keseluruhannya, plot ini menepati lirik lagu Overdose yang awak letakkan di ruang description dalam foreword page awak. Ini juga bermaksud, awak telah menepati prompt yang ditetapkan: 'Aku' terlalu obsessed dengan cintanya kepada Haeri sehingga dia sanggup mati kerananya. Sehingga dia sanggup menanggung apa jua jenis penderitaan pun kerananya. 
 
Sejujurnya, jalan cerita awak memang mengelirukan pada mulanya, tapi ia tidaklah di tahap frustrating sebab saya sendiri merasa thrilled sepanjang membaca fic ini dan mencari-cari jawapan kenapa sesuatu kejadian itu terjadi sedemikian rupa. Props untuk awak sekali lagi sebab berjaya menjelaskan semua persoalan. 
 
 
Reviewer's notes/Reader's comments
Perasan tak yang saya menggunakan 'aku' untuk menamakan karakter utama dalam fic ni? Sebab saya tertarik dengan cara fic ini diceritakan melalui POV si 'aku', sehingga nama 'Baekhyun' itu seakan-akan janggal jika dikaitkan dengan 'aku', lebih-lebih lagi bila ia hanya timbul bila Haeri memanggil karakter utama ini. Macam janggal pula rasanya menamakan 'aku' sebagai Baekhyun dalam review ni, sebab cara penceritaan melalui POV 'aku' itu sangat 'melekat' pada saya.
 
Terima kasih sebab request PR dari saya dan seterusnya memberi kesempatan kepada saya untuk membaca dan membuat review pada fic awak. Minta maaf sangat-sangat atas kelewatan review ni, saya harap ia masih relevan kepada awak, dan review ini memuaskan hati awak. Sekali lagi, terima kasih!
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
17hb Disember 2015, 02:15
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~