[PR] ⇒ jiara_ahn

Alisa's Malay Fanfic Review Portfolio
 
 
Penulis: jiara_ahn
Review untuk plot sahaja
 
 
Sebaik sahaja saya selesai membaca oneshot ini, saya rasa...lost. Terpinga-pinga. “Emm, macamtu je?” Sejujurnya, saya langsung tidak dapat menggarap apa-apa moral dari oneshot ini. Malah, hubungan antara sebuah scene dengan scene yang lain juga seakan-akan longgar; saya tidak nampak apa kaitan mereka sesama sendiri.
 
Namun, saya cuba membaca lagi oneshot awak buat kali kedua, dan pada kali kedua inilah saya berjaya mengesan sedikit sebanyak mesej yang awak cuba sampaikan.
 
Kyungsoo mendakwa yang Yoona gila, dan awak tidak gagal menunjukkan bagaimana Yoona boleh jadi sedemikian rupa:  dia dikuasai oleh satu suara yang ada di dalam dirinya. Walaupun dia sendiri cuba bergelut dengan suara yang sering mengganggunya itu, tapi pada masa-masa tertentu, dia kalah jua. Namun saya harus puji awak kerana mendedahkan full scene ini sekali sahaja dalam oneshot ini, sebab kalau awak ulang scene Yoona dalam keadaan dia tidak siuman itu berkali-kali, plot awak akan menjadi agak biasa dan kurang saspens.
 
Mula-mula saya tidak dapat kaitkan bagaimana Kyungsoo dan Yoona boleh kenal sesama sendiri. Lepastu saya teringatkan yang Baekhyun memanggil Kyungsoo sebagai ‘Encik Kyungsoo’, jadi saya assume yang Kyungsoo ni golongan atasan. Yoona pula anak tiri kepada seorang ahli korporat. Mungkin Kyungsoo dan Yoona pernah bertemu di sebuah majlis elit? Apa-apa pun, saya puji awak kerana tidak meninggalkan plot hole di bahagian ini.
 
Tidak dinafikan bahawa jalan cerita yang menggunakan watak yang mengalami gangguan emosi disebabkan oleh suara-suara di dalam dirinya (dalam oneshot ini, watak itu adalah Yoona) amat biasa ditemui. Tetapi awak berjaya counterattack unsur cliche ini dengan menggunakan watak utama Kai yang ingin keluar dari kongkongan hidupnya. Yang ingin berubah/lari dari cara kehidupannya yang ‘serba jahat’ dan jijik.
 
Awak juga menunjukkan bagaimana Kai kehilangan satu-persatu benda miliknya kerana jalan kehidupannya yang sebegitu. Ini jelas bila Kai kehilangan seorang demi seorang kawannya (atau lebih ingin dia kenali sebagai adik-beradiknya) akibat kekejaman Suho. Oneshot ini juga tidak mempunyai happy ending, di mana watak-watak utama, iaitu Yoona dan Kai, mati, sementara kejahatan masih lagi berleluasa.
 
Saya tertarik dengan sepotong ayat ini di dalam surat yang ditinggalkan oleh Yoona, “Apa pilihan kau, Kai?” Walaupun Kai yang Yoona maksudkan di sini adalah dirinya sendiri, tetapi bila Kai membaca surat itu, seolah-olah pertanyaan itu ditujukan kepadanya pula.
 
Saya rasa elemen yang menarik tentang oneshot ini ialah kebolehan Kai untuk ‘melihat’ masa depan.  Dan awak tidak reveal kebolehannya ini hingga di hujung cerita. Sebaliknya, awak letakkan beberapa klu di sepanjang cerita, seperti:
 
Kai tahu yang...
Yoona ada masalah dalaman ,
Sebuah hati yang tertutup,
Sebuah hati yang tidak berfungsi,
 
Kai pasti yang Suho tidak percayakan Sehun sebab ..
Sehun ada hati yang kotor,
Selalu menipu jadi tiada siapa yang mempercayainya.
Dan yang paling penting, Sehun ada masalah psychology
 
 
Saya researched maksud bagi title awak, Cor Defectum, dan hasil yang saya dapati ialah Heart Failure/Kegagalan Hati. Memandangkan awak sudah menyatakan tentang ‘kebolehan’ Kai dalam mendapat tahu keadaan hati Yoona dan Sehun (seperti yang saya copy-paste di atas), kalau awak mampu membuat benda yang sama untuk Suho, Kyungsoo, Tao dan lain-lain, saya rasa itu akan dapat memberi impak yang sangat besar dalam cerita awak, sekaligus membuat kaitan yang amat kukuh dengan tajuk ff ini.
 
 
 
Additional/Reader's comment:
Saya perasan yang awak cuba mendapatkan pandangan orang lain tentang oneshot awak ini sebab awak ingin tahu kenapa tidak ramai orang yang komen. Seperti yang saya katakan tadi, saya rasa out of place sebaik sahaja selesai membaca cerita ini. Ada kemungkinan, sebilangan pembaca-pembaca lain juga merasa begitu.
 
Sejujurnya juga, mesej-mesej yang awak ingin sampaikan tidak menonjol dan agak terlindung. Penjelasan bagi beberapa scene juga tidak diberikan. Sebagai contoh, kenapa Suho sangat percaya kepada Sehun dan tidak melihatnya sebagai ancaman? Atau kenapa Kai memperkenalkan dirinya sebagai Kim Jongin kepada Kyungsoo, bukan nama samarannya, Kai? Apa identiti sebenar Suho? Dia ketua kepada kumpulan pembunuh upahan kah? Atau dia juga kuli kepada orang atasan tetapi masih mempunyai kuasa ke atas Sehun, Kai dan lain-lain? Ketiadaan huraian-huraian yang basic ini menjadikan oneshot awak agak mengelirukan dan pembaca boleh menjadi tertanya-tanya.
 
Saya notice yang awak merupakan penulis romcom yang agak dikenali di AFF ni, dan ff ini mungkin percubaan pertama awak dalam menggunakan tema psychology. Oneshot ini tidaklah keseluruhannya teruk; awak mempunyai cara penulisan yang agak sesuai untuk tema-tema sebegini sebenarnya
 
Walaupun review ini tidak keseluruhannya positif, namun saya berharap yang awak tidak rasa down selepas membacanya. Saya juga berharap yang review ini sedikit sebanyak dapat membantu awak dalam ff psychology awak yang akan datang. Akhir sekali, terima kasih sebab membuat personal request dari saya, dan diharap awak dapat tinggalkan komen atau berikan feedback selepas membaca review ini. Awak boleh unsubscribe portfolio ini semasa awak pick-up nanti :) Terima kasih sekali lagi!
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
16hb Jun 2014, 01:40
reading and making analysis  started on 11th June, 02:25, finished in the same cycle.
writing review  started writing right after finished reading, continued on 16th June, 00:16
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
151220 - To interested requesters, it's regretful to inform you that I would have to decline future requests. Feel free to check out the PM at my profile.

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
Chapter 9: Hai..review story masih bukak ke ?
azure_bliss
#2
Chapter 15: Hi unnie, omo I can't believe you finished my PR. My gums are still sore from smiling lol. I really can't thank you enough. I'll be sure to give you lengthy thank you note later, but I'm afraid it wont be in the near future.

But for now, gumawoyo unnie :)
angelily95
#3
Chapter 12: hi kakalisa~~ (nickname awak dpd sy)

ttg merahsiakan pilihan Krystal tu, saya setuju. saya akan buat smth pasal tu.
tafsiran awk ttg ff ni kebanyakannya sama dgn idea saya sepanjang tulis ff ni so saya kira saya berjaya menyampaikan idea sy ;)


pasal istilah, tak, saya bukan tanya pasal perkataan2 hangul tu, saya tanya istilah melayu, mcm yg awak buat dlm first review (penggunaan perkataan 'atas'), itu maksud saya sebenarnya.

oh, saya juga akan padam keterangan Gyeoljong etc tu :) sy pun rasa mcm menyemak kat situ. saya cuma takut ada reader yg tak fhm.

opppss. kes makhluk asing tu betul2 tak sengaja. ahaha. XD

sy mmg nak kekalkan nama dia Baek je (konon2 feeling fantasy la katakan) nanti saya fix !

font type tu saya pun bengang, dia tiba2 bertukar sendiri. saya pun tension taktau nak buat apa./hantuk kepala kat dinding/

question pls~ angst tu apa? haha. saya sebenarnya masih kurang fhm ttg genre angst.

one more question, dpd satu babak ke satu babak, perkaitan antara babak tu jelas tak? ke ada yg nampak tak kena?


lastly~~

saya dah baca review ni dpd smlm. dah masuk 4 kali saya baca. hahaah. tapi saya tak komen sbb awak salah, saya belum reda ttg isu tu. heh. suami durjana. sy harap awk dtg court utk tgk perbicaraan penceraian kami



haha.


tq kakalisa~~~~~~
angelily95
#4
Chapter 11: i am here again~ /wink/


boleh tak nak buat PR lagi?? :)
Shimmieh
#5
Chapter 10: hai alisa! saya dah baca review awak tadi tapi disebabkan saya on guna phone dan line pulak buat hal jadi saya tak leh nak post komen. (_ _") maafkan saya. and saya akui memang agak rushing storyline nya dan banyak kelemahan. oh yeah, ni antara fic pertama yg saya tulis but saya memang suka tulis cara santai. hehe peace. and alisa!! awak dah bagi idea untuk saya! trima kasih!!!!about the 5 year old jongie and 10 year old jongie ;;A;; i will put it! hehe awak dah bagi idea untuk saya. hehe saya sedang meng improvekan writing style saya demi siapkan hate me not. hate me not is my first angsty fic from me so i want it to be perfect. not really perfect but close to perfect. ehehe. boleh saya request lagi bila hate me not dah complete? saya tak paksa kalau awak tak nak. jangan risau saya tak paksa. :) apapun terima kasih ya alisa. saya hargai. antara review terbaik yg pernah saya baca :D
angelily95
#6
Chapter 10: I read your review again. Hehe.
angelily95
#7
Chapter 9: as always, i love reading your review. /thumbs up/
angelily95
#8
Chapter 8: saya tak tahu nak komen apa pasal review ni sbb i was overhelmed. saya suka cara awak review (op kis ai kembang bila dipuji) /kembangkan hidung/

apa yg sy suka pasal reviewer, dorang faham apa yg penulis nk sampaikan. kan bagus kalau semua reader reviewer. haha.

serious tak tahu nak cakap apa, but yg pnting part yg awk tegur pengikat kata tu mmg sy tgh usahakan skrg :)



tengggggggggg qyuuuuuuuuuuu~~~~~~~