Dua

변백현 : Byun Baekhyun

 

"Ayah terjumpa dia dalam hutan tadi. Kesian ayah tengok, nasib baiklah bernyawa lagi." kata ayahnya lega. Amira memandang ke arah jasad bernyawa yang sedang berbaring di ruang tamu rumahnya. Kesan luka sangat jelas kelihatan kerana kulitnya sangat putih. "Ayah dah bagitau orang kampung?" tanya Anita. Sejujurnya, dia tidak senang untuk menerima tetamu di rumahnya. "Orang kampung? Hmm. Ibu rasa tak perlulah. Kamu tahu sajalah perangai orang kampung kita, lain yang terjadi lain pula yang dia orang faham." kata ibunya yang sedang melipat pakaian di sebelah lelaki tersebut yang tidak sedarkan diri.

 

"Habis tu? Takkan nak biarkan orang cina ni duduk sini lama-lama? Nita tak sukalah, ibu." Anita merengus. Amira hanya mendengar, dia tidak berani untuk mencelah.

 

"Alah, sekejap sahaja. Bila dia dah sembuh nanti, pandai-pandailah dia cari jalan balik tempat dia." kata ayah sebelum beransur ke biliknya. Kepenatan bekerja sejak pagi menyebabkan ayahnya sangat merindukan bantal dan tilam.

 

"Tapi ibu.." Anita masih lagi tidak puas hati. Jikalau lelaki tersebut tinggal di rumahnya, sudah semestinya dialah yang harus menguruskan lelaki tersebut. Dia tidak sanggup. Walaupun dia sudah berumur 22 tahun, dia tetap dianggap seperti budak yang masih bersekolah kerana baginya, hanya budak-budak yang boleh di arah untuk melakukan sesuatu. Dewasa bereri bebas tetapi dia masih lagi terkurung di rumah dengan bebanan tugas-tugas di rumah. Kata bapanya, selagi dia tidak berkahwin selagi itulah dia harus berbakti pada keluarga.

 

"Sudahlah, Nita. Kalau kau malas sangat, biar Mira saja yang uruskan budak cina ni." arah ibunya. Anita tersenyum sinis.

 

"Mira?" Amira menuding jari ke arah dirinya sendIri. Ibunya mengangguk. Amira melihat wajah lelaki cina tersebut.

 

"Yalah, ibu. Biar Mira yang uruskan budak cina ni," kata Amira dengan rela hati.

 

"Nita nak masuk tidur dululah ibu," kata Anita bergerak lalu ke biliknya yang bersebelahan dengan dapur.

 

"Ibu pergilah masuk tidur, biar Mira yang selesaikan pakaian ni semua," Amira mula melipat pakaian-pakaian yang masih banyak itu. Ibunya menguap panjang sebelum turut beredar ke bilik. Lantai papan berkeriuk setiap kali langkah diambil. Mata Amira meliar pada lelaki yang terbaring di hadapannya.

 

"Abang ni nampak macam orang bandar tapi macam mana boleh ada dalam kampung ni?" Amira bertanya pada diri sendiri.

 

"Tak apalah. Nanti bila abang ni bangun aku tanya," Amira meneruskan tugasnya yang belum selesai. Matanya makin lama makin terasa berat. Amira menguap.

 

"Mengantuknya." Amira mengunyah kuapannya. Selang beberapa minit, Amira akhirnya tewas dengan rasa kantuknya lalu dia pun tidur berdekatan dengan lelaki itu. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu tersedar nanti.

 

Baekhyun merasa sakit di seluruh badannya. Bibirnya terasa perit dan begitu juga tekaknya. Perlahan-perlahan matanya dibuka dan cahaya lampu menyapa penglihatannya. Dia tidak tahu di mana dia berada. Matanya meliar ke sekeliling dan kelihatan seorang gadis sedang tidur beralaskan lengannya sendiri.

 

Baekhyun cuba untuk bersuara tetapi keadaan tekaknya tidak mengizinkan. Namun begitu, Baekhyun tetap cuba untuk bersuara.

 

"Mool.." hanya itu yang mampu dia katakan. Malangnya, gadis itu tidak dapat mendengar suaranya jadi dia mencuba untuk kali kedua.

 

"Mool," kaki kanannya yang tidak cedera menendang lantai supaya dapat menghasilkan bunyi.

 

Tidur Amira terjaga apabila lantai rumahnya bergegar. Dia segera bangkit dan memerhati sekeliling. Tangan kirinya yang kebas kerana dijadikan bantal tidak dipedulikan. Kelihatan seorang lelaki sedang mengganas sambil berkata, " Mool."

 

"Abang dah sedar?" Amira agak terkejut.

 

"Mool," lelaki itu mengulangi perkataan yang sama.

 

"Bull?" Amira berasa hairan.

 

 

Highland_Cattle_bull.jpg

 

Lelaki tersebut menunjukkan lehernya lalu menyebut perkataan yang sama sekali lagi. Otak Amira cuba mencernakan apa yang lelaki itu ingin sampaikan. Akhirnya, mentol menyala. "Oh, abang nak air. Lain kali cakaplah awal- awal. Sekejap ya," Amira bergegas ke dapur untuk mengambil air sejuk.

 


 

"Bull?" tanya gadis itu. Baekhyun cuba mencari cara untuk memahamkan gadis itu. Dia pun menunjukkan ke arah tekaknya dengan harapan gadis itu akan faham. Dahi gadis itu berkerut-kerut.

 

"Oh, abang nak air. Lain kali cakaplah awal-awal. Sekejap ya," gadis itu pun bergegas ke tempat lain. Baekhyun mengeluh lega walaupun dia langsung tidak memahami apa yang gadis itu katakan. Mata Baekhyun membulat dengan keterujaan apabila gadis itu muncul kembali dengan sebotol air sejuk di tangan.

 

Gadis itu bersimpuh di tepinya lalu menyuakan botol itu ke mulutnya. Tangan kanan gadis itu menyokong belakang badannya supaya tidak jatuh dan pada masa yang sama, tangan kiri Baekhyun berpaut pada bahu gadis itu untuk menampung berat badannya. Air sejuk itu perlahan-lahan mengalir di dalam sistemnya, membuatkan dia terasa tenang.

 

"Nak lagi?" Tanya Amira lalu menyuakan botol itu pada lelaki itu. Lelaki itu hanya menggeleng. Amira meletakkan botol itu di tepi sebelum membaringkan semula lelaki itu dengan perlahan-lahan. Tangan lelaki itu yang berpaut pada bahunya turut longgar perlahan-lahan. "Abang nak sambung tidur?" tanya Amira.

 

Baekhyun mengangkat kening sebagai tanda tidak faham. Nada gadis itu seperti sedang bertanya soalan tetapi dia tidak memahami apa yang dipersoalkan. Gadis itu kelihatan seperti sedang berfikir. 

 

"Abang," gadis itu menunjukkan ke arah dirinya. "Na? " Baekhyun turut menunjukkan pada dirinya sendiri.

 

Gadis itu mengangguk.

 

"Nak sambung tidur?" gadis itu merapatkan kedua-dua tapak tangan lalu diletakkan di tepi telinga kiri. Baekhyun menggaru kepalanya.

 

"Sleep!" kata gadis itu lagi.

 

"Ahh..sleep. Jakkamannyo! Na sleep?" tanya Baekhyun, urat sarafnya terasa berselirat untuk memahami.

 

"Yes yes yes," jawab Baekhyun lalu ketawa kecil kerasa berasa dirinya seperti orang bodoh.

 

Amira turut ketawa kecil. Reaksi muka lelaki itu sangat lucu.

 

"Abang," Kata Amira. Dia ingin tahu nama lelaki tersebut.

 

"Yeh?" Baekhyun mula faham yang gadis itu memanggilnya 'abang'.

 

"What's your name?" tanya Amira. Baekhyun tersenyum. Akhirnya, dia faham apa yang gadis itu katakan.

 

"Byun Baekhyun imnida," Baekhyun tersenyum lagi.

 

"Byun Baekhyun Imnida? Panjangnya nama abang," gadis itu tercengang. Baekhyun menunjukkan tangannya pada gadis itu pula.

 

"My name?" tanya Amira. Baekhyun mengangguk.

 

"My name is Mira." kata Amira.

 

"Mee Ra?" tanya Baekhyun. Kali ini, Amira pula yang mengangguk.

 

"Okaylah. Esok Mira kena sekolah. Sleep." Amira ingin meneruskan tidurnya.

 

"Neh!" Baekhyun pun memejamkan matanya. Dia rasa bersyukur kerana ditemui oleh orang yang baik walaupun terdapat batas bahasa. Sekurang-kurangnya dia masih hidup. Namun hatinya tetap tertanya-tanya. Bagaimana dengan ahli EXO yang lain? Adakah pihak SME akan datang menyelamatkan dirinya?

 

Bagaimana pula jikalau mereka mengabaikannya? Bagaimana pula dengan keluarganya? Walaupun mindanya dihujani dengan berjuta persoalan, rasa kantuk tetap memenangi dirinya. Baekhyun akhirnya menapak ke alam mimpi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je