Sebelas

변백현 : Byun Baekhyun

 

" Kau ni korek telinga ke tak? Aku cakap 'oppa' bukannya 'opah'. Sound trouble betul kawan aku ni " Qis tergeleng kepalanya. Amira tersengih. " Maaflah. Kau ni kalau cakap dengan aku guna sajalah bahasa melayu. Bukannya aku faham bila kau cakap korea tu " kata Amira. " Eh, macam mana kau tahu aku cakap korea tadi? " Tanya Qis, menguji Amira. " Habis tu takkan kau cakap bahasa bangladesh pula? " Balas Amira main-main. " Agak-agaklah " Qis menunjal pipi Amira. " Kau serius nak bawa abang keluar? " Tanya Amira. Mereka beriringan ke tempat letak basikal. " Aku bukan setakat serius tapi dua rius tau! Kau tak kesian ke dekat 'abang' kau tu? Asyik duduk rumah saja " Qis prihatin tentang Baekhyun.

 

 

" Okaylah. Tapi.. Kau pandai-pandailah rancang macam mana nak elakkan kak Nita daripada tahu yang kita bawa keluar abang " kata Amira ketika dia mula mengayuh basikalnya. Seperti biasa, dia akan menghantar Qis pulang terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. " Yang itu kau jangan risau. Aku tahulah nak buat macam mana. " Qis tersenyum jahat. Basikal yang mereka naiki bergoyang apabila sebuah motosikal mendekati mereka. Amira tidak boleh fokus jika ada kenderaan berdekatan dengannya. " Hei! Kau ni dah gila ke Adam? " Marah Qis apabila Adam semakin mendekati dengan motosikalnya. Tayar hadapan motosikal Adam bergeser dengan tayar basikal Amira. Adam ketawa, senang hati apabila melihat muka panik dua gadis itu.

 

 

" Adam! Janganlah! " Marah Amra pula. Amira memberhentikan basikalnya. Adam mengambil kesempatan itu untuk memberhentikan motosikalnya di hadapan basikal Amira. " Kau nak makan penampar aku ke? " Qis menghampiri lelaki kurang asam itu. Cara Adam melihat Qis seperti gadis itu benda yang kotor. " Aku tak kacau kau kau jangan nak kacau aku " larang Adam. " Kacau kau?! Oh please! Tak ingin aku! " Qis meluat dengan perangai Adam yang perasan bagus itu. " Tak ingin blah la! " Adam menaikkan suara. Qis tersentak. " Aku nak blah la ni tapi kau yang.. Hei.. Kau jangan sampai aku mencarut kat sini!! " Jerit Qis geram. Adam membuat muka sinis.

 

" Kau nak blah blah la. Kaki ada kan? Pergi berambus sekarang. Aku kacau Mira, bukannya kau " Adam memandang Amira lalu mengukirkan senyuman. " Hai Mira " sapa Adam sopan. Qis mengetap giginya. Ikutkan hati ingin saja dia menghadiahkan penumbuk ke muka ' rumah tak siap' milik Adam tetapi dia tidak mahu mengotorkan tangannya. Amira menarik tangan Qis. " Jomlah kita balik " ajak Amira. Qis mengangguk. " Nak balik dah Mira? Biar Adam temankan " tawar Adam. Qis terasa hendak muntah mendengar suara sopan Adam yang dibuat-buat. " Kau tahu tak apa beza kau dengan buntut kuali? " Tanya Qis. Adam agak terpinga-pinga dengan soalan daripada Qis.

 

" Buntut kuali lebih bagus daripada kau. Kau tu dahlah hitam, tak guna satu sen pulak tu " sindir Qis. Muka Adam merah (walaupun tak nampak merahnya) apabila mendengar kata-kata Qis. " Dahlah Qis. Jangan layan sangat dia ni. Jom balik " ajak Amira sekali lagi. " Balik rumah kau cermin muka kau okay? " Pesan Qis sebelum dihantar pulang oleh Amira.

 

 

 

 


 

 

" Mee Ra-ah " panggil Baekhyun. Amira berpaling apabila namanya dipanggil. Adira sedang duduk di riba Baekhyun sambil menconteng buku latihan biologi Amira. Tiada siapa pun yang perasan. " Kisseu.. Eodi? " Tanya Baekhyun. Dia ingin bertanyakan sesuatu kepada Qis memandangkan hanya gadis itu yang dapat memahami kata-katanya.

 

" Kisu? Abang nak tisu? Tisu tak ada kalau sapu tangan ada la " kata Amira yang salah faham itu. Baekhyun hanya tercengang. Tidak memahami. Amira pergi ke biliknya untuk mengambil sapu tangan dan menyerahkan sapu tangan itu kepada Baekhyun. Baekhyun menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Kenapa Mee Ra bagi aku sapu tangan? ', tanya Baekhyun dalam hati. Baekhyun ketawa kecil. ' Budak ni salah faham agaknya', kata hati Baekhyun lagi.

 

" Dira!! " Pekik Amira apabila dia menyedari apa yang si kenit itu lakukan. Baekhyun terkejut apabila mendengar bunyi nyaring datang dari mulut Amira. Amira mengambil buku itu daripada tangan Adira. " Abang! Kenapa abang bagi Dira conteng buku ni? Nanti cikgu Mira marah. Buku lain kan banyak lagi " Amira membebel di hadapan Baekhyun. Baekhyun membaca nama buku tersebut.

 

 

" Biology? Ahh.. saengmulhak" Kata Baekhyun. Adira ketawa apabila melihat muka Amira. " Budak ni! Kak Mira tak bagi Dira main dengan abang dah " Amira mengangkat tubuh kecil itu dari riba Baekhyun lalu meletakkan dia di sudut rumah. " Duduk sini diam-diam " arah Amira lalu kembali duduk di tepi Baekhyun. " Nasib baik Dira conteng guna pensel. Mengamuk cikgu Bio Mira nanti " Amira mula memadam hasil karya Adira di bukunya.

 

" Pa pa pa " repek Adira. Baekhyun arif dengan bahasa yang Adira gunakan. Jika Adira menyebut 'pa pa pa' bermakna Adira memanggil dirinya. Baekhyun bangun untuk mengambil Adira tetapi Amira sempat menghalang. Dia memaut tangan lelaki itu. Baekhyun terkejut. Begitu juga Amira. Bunyi cengkerik mula kedengaran. " Sorry " Amira memohon maaf atas keterlanjurannya memegang tangan lelaki itu. Dia sepatutnya memaut lengan. " Mian " Baekhun turut meminta maaf lalu kembali duduk.

 

 

Mereka terdiam seketika, terasa kekok. Baekhyun menggigit bibirnya sambil mencuri lihat Amira dengan hujung matanya. Amira hanya menunduk sambil meneruskan aktiviti 'menghapuskan karya Adira'. Dia masih lagi berasa malu atas tindakannya sebentar tadi. Rengekan Adira tidak didengari oleh mereka kerana terlalu dihantui rasa malu. " Pa pa pa " panggil Adira. Tiada respons daripada Baekhyun mahupun Amira. " Kau ni dah pekak ke? " Marah Anita apabila dia muncul di ruang tamu. Suara Adira yang kuat menganggu kosentrasinya untuk memasak di dapur.

 

 

" Dira yang seorang tu pun kau tak boleh tengokkan ke? Tu pun nak suruh aku buat? Masak aku! Kemas kain aku! Kau? Duduk relax, jadi anak raja? " Bebel Anita. Ibu bapa mereka tiada di rumah kerana ayah menghantar ibu ke pekan. Ibu bercadang untuk membeli beberapa lembar benang dan kain pasang. "  Dangsyineun neomu..* " kata Baekhyun.

 

 

Anita kerap memarahi Amira tanpa sebab. Walaupun Baekhyun tidak memahami percakapan mereka, dia merasakan bahawa Amra tidak pernah membuat kesalahan untuk menerima amarah Anita. " Kau kenapa? Tak puas hati dengan aku? Sudahlah menumpang. Kau pergi balik China la. " Anita agak terkejut apabila Baekhyun bersuara kerana kebiasaannya Baekhyun hanya akan mendiamkan diri jika dia memarahi Amira. " Adira boleh saja kalau nak merangkak sendiri. Mira saja main-main dengan dia. Kak, tak baiklah halau abang macam tu " tegur Amira. Nasib baiklah Baekhyun tidak memahami kata-kata Anita, jika tidak pasti dia sudah terasa hati. " Yalah. Yang jahat-jahat semuanya aku " Anita mendukung Adira lalu kembali ke dapur.

 

 

 

Baekhyun memandang riak muka Amira yang sedih. " Gwaenchana*? " Tanya Baekhyun. Amira memandang Baekhyun kemudian melarikan pandangannya apabila mata mereka bertembung. Amira angguk, menandakan dia tidak apa-apa. Dia kembali memadam contengan di bukunya. Baekhyun mengambil pemadam daripada tangan gadis itu, yakin bahawa Amira tidak jujur tentang keadaannya. Amira terus berpaling ke arah Baekhyun. Baekhyun mencari anak mata Amira, ingin membaca gadis tersebut.

 

" Wae*? " Tanya Amira. Dia sedikit sebanyak telah menghafal beberapa perkataan hangul atas bantuan Qis. " Ani* " Baekhyun pula yang mengambil alih memadam buku Amira yang telah diconteng oleh Adira itu. Dia sebenarnya ingin terus bertanya tetapi ada sesuatu yang menghalang dirinya dari berbuat sedemikian. ' Kenapa aku terlebih ambil berat? ', tanya hati Baekhyun. Amira agak hairan apabila muka Baekhyun berubah serius. ' Aku ada salah cakap ke?', tanya hati Amira pula. Amira teringat rancangan yang diatur oleh Qis petang tadi.

 

 

" Abang, esok Mira dan Qis akan bawa abang keluar jalan-jalan tau " kata Amira. Baekhyun peka apabila mendengar nama Qis. " Neh!* " Baekhyun mengangguk, yakin bahawa Amira akan mempertemukan dia dengan Qis. " Abang ni selalu nampak macam faham " gumam Amira.

 


Dangsyineun neomu = you are too much

saengmulhak = biology

 

Hai hello annyeong! Many classes cancelled yesterday so I took the opportunity to update this story! *applause*

Lighthoneys, Happy Chanyeol Virus Day!! <3<3 especially to Wana. :)

 

Oh, btw tomorrow Exo's showtime gonna on air!!!!! Kyaaaaa~~!! *excited* *slap baekkie* *kicked by baekkie*

Let's enjoy the best Growl performance in the universe! /since they are from exo planet/

 

 

Kyungsoo injured when he jumped from the table. Kyungsue, please take care of your hubby XD

 

See you in the next chapter of Byunbaek!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je