Sepuluh

변백현 : Byun Baekhyun

 

25 November 2013 / 22 Upvotes / 97 Subcribers / 2199 Views / 113 Comments 

 


 

 

" Mira, 'abang' kau macam mana? " Tanya Qis sambil menongkat dagu. Mereka sedang berada di taman bunga sekolah. Aktiviti persatuan kadet bomba dibatalkan jadi mereka meluangkan masa mereka bersama di taman bunga tersebut sambil menyiapkan latihan matematik. Pembetulan! Bukan sambil mereka menyiapkan latihan tersebut tetapi sambil Qis meniru latihan matematik yang telah Amira siapkan. Pembetulan! Latihan matematik yang Baekhyun siapkan. " Abang macam tu sajalah. Asyik main dengan adik aku. Aku rasa Dira tu dah kena sampuk semangat kau. Kalau main dengan abang saja mesti menggedik. Qis, soalan 7 sampai 10 aku tak siap lagi. Aku tertidur semalam " kata Amira apabila Qis hendak membuka halaman seterusnya. Amira tertidur ketika menyiapkan latihan tersebut kerana soalan tersebut terlalu rumit. " Kira kau nak cakap aku gedik la time aku tengok 'abang' kau tu? " Tanya Qis, dia berpura-pura terasa hati dengan kata-kata Amira.

 

 

 

" Bukan tu maksud aku. Kau ni, takkan tu pun nak terasa hati " Amira mencubit manja lengan Qis. Qis tersenyum. " Mana ada. Aku gurau sajalah. Aku tabik la dengan Dira. Pandai dia menghayati keindahan di depan mata " Qis tergelak dengan kata-katanya sendiri. " Kalau exo stans tahu confirm Dira dapat ramai haters " tambah Qis lagi. Qis membuka halaman seterusnya. " Eh, kau cakap tak buat lagi " kata Qis apabila soalan 7 hingga 10 telah diselesaikan. Amira terpinga-pinga. Dia mengambil buku latihan tersebut lalu diteliti soalan yang didakwa telah disiapkan olehnya. " Iyalah. Tapi aku tak pandai jawab soalan ni " dahi Amira berkerut. " Kakak kau tolong siapkan kot. Eh, jangan harap " Qis tidak dapat menerima kata-katanya sendiri. Anita tidak mungkin menyiapkan kerja sekolah Amira. Tidak mungkin dan tak akan pernah.

 

 

 

" Abang kot " duga Amira. Besar kemungkinan Baekhyun yang menyiapkan soalan-soalan tersebut kerana Amira melihat sendiri bagaimana Baekhyun menyelesaikan soalan di hadapannya seolah-olah soalan tersebut senang seperti makan kacang. " Betul tu. Aku rasa 'abang' kaulah yang siapkan. Kalau kau nak tahu, 'abang' kau tu paling suka matematik. Ya Allah! Untunglah kau Mira! Kau tahu tak berapa ramai yang nak duduk kat tempat kau sekarang ni? " Tanya Qis teruja. Qis akan menekankan perkataan abang setiap kali berbicara. Dia terbiasa memanggil idola lelaki kpop sebagai 'oppa' jadi apabila Amira memanggil Baekhyun sebagai abang, dia tidak dapat menerima hal itu dengan sepenuh hati. Amira sudah lali dengan soalan Qis yang berbunyi

 

' Kau tahu tak berapa ramai yang nak duduk kat tempat kau sekarang ni? '. Amira mengangkat kening tanda curiga. Dia curiga kerana Qis tahu matapelajaran kegemaran Baekhyun. " Macam mana kau tahu abang suka matematik? " Tanya Amira. " Easy. Aku kan minat artis kpop so kat bandar dulu aku akan google mana-mana idol yang aku rasa nak tahu tentang diaorang. " Terang Qis, jelas tentang Amira yang tidak pernah menikmati kemudahan teknologi. Amira mengangguk. Dia pernah terbaca mengenai google di dalam buku teks matapelajaran IT. Guru IT di sekolahnya hanya mengajar secara teori kerana tiada kemudahan makmal komputer di sekolahnya.

 

 

 

" Kaki dia dah okay? " Tanya Qis prihatin. Amira mengangguk. Qis sudah selesai agenda meniru jawapan Amira. " Baguslah macam tu. Mesti dia bosan duduk kat rumah kan? " Tanya Qis lagi. " Aku rasa abang bosan. Bila Dira tidur, dia asyik termenung saja " ujar Amira sambil menyimpan bukunya ke dalam beg. " Apa kata kita ajak dia keluar? " Cadang Qis. Beberapa tempat di kawasan kampung itu bermain di fikirannya. " Takutlah. Nanti kak Nita marah " Amira yakin Anita akan memarahinya jika dia membawa Baekhyun keluar. Qis tersenyum sinis. " No worry be happy, my best chingu ever. Alif oppa kan ada? " Qis mengenyit mata ke arah Amira, menyampaikan rancangan jahatnya kepada Amira. Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 

" Opah? Nenek kau orang mana? " Tanya Amira bingung.

 

 


So sorry. Barely have time to update so I can only give you short update. 

I met my crush today but sadly my feeling is no longer for him. No love sparks when I saw him. LOL

I will call this story Byunbaek for me to spell it easily. :)

 

tumblr_mwq2fyRHoi1sgm8w6o1_250.giftumblr_mwq2fyRHoi1sgm8w6o2_250.gif

tumblr_mwq2fyRHoi1sgm8w6o3_250.giftumblr_mwq2fyRHoi1sgm8w6o4_250.gif

Please wait for my updates and keep loving Byunbaek! Btw, I will call you guys 'lighthoney'.

Light stands for Baekkie"s power while honey stands for your sweetness XD

Kisses and hugs,

Angelily95

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je