Tujuh

변백현 : Byun Baekhyun

Hari itu adalah hari sabtu. Oleh kerana dia tidak perlu bersekolah pada hari itu, Qis masih lagi tidak bangun walaupun jam angry bird yang tergantung pada dinding papan biliknya menunjukkan pukul 12 tengahari. Dia yang masih lena dibuai mimpi memeluk bantal busuknya dengan erat.

 

"Puteri Balqis cucu nenek. Bangun! Matahari dah terpacak atas kepala ni," laung nenek daripada dapur. Balqis langsung tidak terkesan oleh laungan neneknya tu.

 

"Budak ini," nenek melangkah ke bilik cucu kesayangannya.

 

"Balqis, bangun!" Nenek menepuk perlahan pipi Qis.

 

"Oppa, yeogi! Yeogi! " Qis masih lagi dibuai mimpi.

 

"Balqis!" Nenek menggoncang bahu gadis itu pula menyebabkan Qis separuh sedar.

 

"Nanti Qis balik la. Minho oppa nak jumpa Qis ni," gumam Qis.

 

"Puteri Balqis! Sebelum nenek bakar majalah-majalah kamu tu baik kamu bangun!" ugut nenek. Mata Qis terbeliak. Dia kaku begitu untuk beberapa saat.

 

"Nenek! Minho oppa baru nak kiss Qis," marah Qis. Minho baru sahaja hendak menciumnya di dalam mimpinya tadi tetapi diganggu oleh nenek.

 

"Gatalnya cucu aku ni. Nanti nenek suruh abang Alif jiran sebelah ni cium baru tau," kata nenek.

 

"Nenek! Abang Alif tu suka kat Kak Nita." kata Qis.

 

"Sudah. Pergi mandi. Nenek nak suruh kamu pergi kedai beli belacan. Nenek nak buat sambal," nenek beredar ke dapur untuk meneruskan kerjanya di dapur yang belum selesai.

 


 

 

 "Abang Alif. Lajulah sikit," rungut Qis kerana motosikal yang ditunggang mereka tersangatlah perlahan. Bunyi ekzos motor milik Alif sangat menyakitkan hati.

 

"Sabarlah Qis. Motor abang ni bukannya jet nak laju-laju. Lagipun, Qis boleh menikmati pemandangan bila perlahan macam ni," kata Alif.

 

"Menikmati pemandangan apanya? Qis duduk sini dah nak dekat setahun. Qis dah puas menikmati," Qis mencebik. Sudah menjadi kebiaasan bagi Qis untuk meminta tolong jirannya iaitu Alif, untuk menghantarnya ke kedai.

 

Sebaik sahaja sampai di kedai, Qis terus meluru masuk untuk membeli belacan.

 

"Mana belacan ni," Qis mencari belacan di kawasan berhampiran barangan kering: lada kering, udang kering, ikan kering dan lain-lain.

 

"Budu ada. Cencaluk ada. Mana belacan ni?" rungut Qis. Qis mencari belacan di dalam kedai itu. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang.

 

"Omo! Sorry, saya tak sengaja " Qis meminta maaf lalu membongkok sedikit. Sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan di hadapannya, dia hampir diserang .

 

"Oh my!" Gumam Qis. Anita merengus.

 

"Kau ni.." Suara Anita meleret dingin.

 

"Lambatnya, Qis. Abang lapar ni. Nak balik makan," Alif muncul di belakang Anita. Muka Anita terus memerah. 'Apahal blushing pulak kakak si Mira ni?', tanya Qis dalam hati.

 

Dia tidak pernah melihat Anita berkelakuan seperempuan itu. Qis mula rasa curiga.

 

"Eh, Nita pun ada," kata Alif yang baru perasan kewujudan Anita di situ.

 

"Eh,abang Alif," Warna merah di pipi Anita makin ketara.

 

"Nita nak beli apa? " tanya Alif ramah.

 

"Nita nak beli ayam tapi dah habis." Anita menunjukkan ke arah kawasan ayam yang kosong . Qis hanya memerhati uda dan dara di hadapannya.

 

"Oh, macam tu ke? Abang boleh bawa pergi ke pekan kalau Nita nak tapi abang kena hantar Qis balik dululah," pelawa Alif seikhlas hati. 'Amboi abang Alif ni ', kata hati Qis.

 

"Susahkan abang saja. Pekan tu jauhlah abang." tolak Anita sopan.

 

"Eh,tak adalah. Abang bawa motor, bukannya jalan kaki." Alif cuba meyakinkan Anita.

 

"Betul tu betul. Kak Nita datang dengan basikal, kan? Kak Nita pergilah dengan Abang Alif. Biar Qis bawa basikal tu balik," Qis menawarkan khidmatnya.

 

"Betul ni, Qis?" tanya Alif. Qis mengangguk.

 

"Jom, Nita." ajak Alif. Mereka berdua pun keluar daripada kedai tersebut. Qis ketawa kecil.

 

"Sekarang aku dah tahu kelemahan kak Nita. Jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna namaku wanita," Qis sempat menyanyikan lagu Anita sarawak yang bertajuk seksis.

 

"Mak cik, belacan mana?" tanya Qis kepada tuan kedai. Tuan kedai pun memberikan sepeket belacan kepada Qis.

 

"Kamsahabnida," Qis mengucapkan terima kasih, meninggalkan tuan kedai itu tercengang- cengang.

 

"Nenek! Belacan kat pintu," laung Qis sebelum mengayuh basikal ke rumah sahabat baiknya, Amira. Perjalanan mengambil masa lebih kurang beberapa minit.

 

"Amira! Baekhyun!" laung Qis. Qis memasuki rumah sahabatnya itu. Kelihatan Baekhyun yang sedang melihat Amira menyiapkan kerja sekolah.

 

"Qis! Kau datang dengan apa?" tanya Amira yang terkejut dengan kehadiran Qis.

 

"Basikal kau!" Qis ketawa.

 

"Basikal aku? Kak Nita mana?" Amira berdiri. Baekhyun hanya tercengang tanpa memahami apa pun.

 

"Jangan risau la. Kakak kau dengan abang alif," Qis mengenyitkan matanya ke arah Amira.

 

"Ya ke? Wah!" Amira kagum.

 

"Baju semalam lagi?" tanya Qis lalu menjuihkan bibirnya ke arah Baekhyun.

 

"Iya la, kan aku dah cakap kakak aku tak bagi mandikan dia " kata Amira.

 

"Kakak kau tak ada sekarang," muka Qis berseri- seri.

 

"So?" tanya Amira.

 

"Baekhyun-ah, syaweo? " tawar Qis kepada Baekhyun.

 

"Syaweo??" Baekhyun rasa teruja.

 

 

 


Ghei + Derp = Baekhyun

tumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po2_r1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po3_r1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po4_r1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po7_r1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po8_r1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po5_r1_250.giftumblr_mrkfnyBOIb1qcne4po6_r1_250.gif

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je