Tiga

변백현 : Byun Baekhyun

Suasana pagi di kampung itu sangat tenang. Bunyi kokokan pada pagi hari memberi isyarat kepada manusia supaya bangkit daripada tidur. Amira terjaga daripada tidur bukan kerana bunyi kokokan ayam tetapi kerana bunyi orang memasak di dapur. Dia mengeliat kecil untuk menghilangkan rasa lenguh pada anggota badannya. Papan kayu menghasilkan bunyi menyebabkan Baekhyun turut terjaga. Baekhyun menguap menyebabkan Amira sedikit terperanjat.

 

"Maaf abang. Mira tak sengaja. Maaf sebab ganggu abang tidur," Amira meminta maaf atas perbuatannya. Dia kini berada dalam posisi duduk sambil memandang ke arah Baekhyun. Baekhyun hanya tersenyum. Dia faham yang Amira sedang meminta maaf.

 

"Nak air?" tanya Amira sambil memegang botol. Baekhyun menggeleng. "Mira nak pergi mandi dulu." Amira mula berdiri.

 

"Yeh?" Tanya Baekhyun.

 

"Shower." kata Amira lagi.

 

"Ahh..syaweo. Okay!" Baekhyun tersenyum lagi.

 

"Okay." Amira bergerak ke biliknya untuk mengambil tuala. Dia membersihkan dirinya beberapa minit.

 

"Ibu masak apa ni?" tanya Amira apabila dia memasuki ruangan dapur.

 

"Nasi goreng," jawab ibunya sambil menambahkan secubit garam dalam masakannya.

 

"Orang tu dah sedar?" tanya ibu pula.

 

"Dah. Dia sedar malam tadi. Dia cakap apa Mira tak faham pun. Tapi bila Mira panggil dia abang, dia menyahut." ujar Amira.

 

"Dia fahamlah tu Mira cakap apa. Ambik nasi ni, pergi suap dia." Ibu menghulur sepinggan nasi kepada Amira.

 

"Baik," Amira bergerak ke ruang tamu.

 

"Abang," panggil Amira apabila dia menjejakkan kaki di ruang tamu.

 

"Neh?" jawab Baekhyun yang sedang termenung.

 

"Mira nak suap abang makan ni." Amira menghampiri Baekhyun. Pinggan diletakkan di bawah sebelum menyokong badan Baekhyun untuk duduk. Belakang badan Baekhyun disandarkan pada dinding beralaskan bantal.

 

"Sekejap ya," Amira menghilangkan diri ke dapur kemudian muncul dengan tuala kecil.

 

"Sebelum makan, kena cuci muka dulu," Amira mengelap muka lelaki itu dengan berhati- hati. Rambut yang menutupi dahi lelaki itu ditolak ke belakang tetapi tetap jatuh ke hadapan semula.

 

"Rambut abang ni tutup matalah." Amira kurang senang dengan rambut Baekhyun.

 

"Waeyo?" tanya Baekhyun apabila Amira kelihatan tidak puas hati dengan rambutnya.

 

"Mira! Cepat bagi abang makan. Dah nak cerah ni. Nanti lewat pulak," laung ibunya dari belakang rumah.

 

"Tak apalah. Balik nanti Mira selesaikan rambut abang. Bukak mulut," Amira mengangakan mulutnya.

 

Baekhyun pun mengikut perbuatan Amira. Amira menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut Baekhyun. Lelaki itu pun mengunyahnya perlahan-lahan.

 

"Mira kena pergi sekolah lepas ni. Petang nanti Mira balik. Abang duduk rumah elok-elok tau. Kaki abang tu bengkak lagi jadi abang tak boleh jalan. Nasib baik kaki abang tak patah tau," Amira bercakap panjang manakala Baekhyun tidak berkelip memandang Amira.

 

"Neh!" jawab Baekhyun. Semasa dia dan EXO melakukan promosi di China, ada masanya dia tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pengacara rancangan yang dihadiri oleh mereka. Sudah menjadi tabiat Baekhyun untuk menjawab walaupun tidak faham. Lagipun, nada yang Amira gunakan berbunyi nasihat.

 

"Lawaklah abang ni. Macam faham je," Amira ketawa kecil.

 

"Okay. Dah habis pun. Mira pergi sekolah dulu!" Amira bangkit bersama -sama pinggan di tangannya.

 

" Mee Ra-ah " panggil Baekhyun. Amira berpaling ke arah Baekhyun.

 

"Ya?" tanya Amira.

 

" Kamsahabnida " ujar Baekhyun dengan senyuman. Amira turut tersenyum.

 

"Apa-apa sajalah abang. Bukan Mira faham pun." Amira tersengih.

 

 



 

"Anita, masak makan tengahari. Dah pukul berapa ni," kata ibu apabila jam menunjukkan pukul 11 tengahari. 

 

"Yalah." Jawab Anita yang belum selesai menjemur pakaian. Baldi berisi pakaian ditinggalkan di luar. Baekhyun hanya memandang wanita tua yang sedang gigih menjahit pakaian di sudut ruang tamu. Sejak Amira pergi ke sekolah, tiada seorang pun yang menegurnya. Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang sedang merangkak di ruang tamu itu menarik perhatian Baekhyun. Dia ingin mendekati kanak-kanak itu tetapi keadaan kakinya tidak mengizinkan.

 

Tiba-tiba, kanak-kanak itu memandang tepat ke arah Baekhyun. Baekhyun mengambil kesempatan itu untuk membuat isyarat ke arah kanak-kanak itu. Dia membuat isyarat tangan supaya mendekatinya. Seperti memahami, kanak-kanak itu merangkak ke arah Baekhyun sambil ketawa. Baekhyun turut ketawa melihat gelagat kanak-kanak yang comel itu.

 

"Amboi Adira, sukanya abang main dengan dia," kata ibu yang masih lagi tekun menjahit. Baekhyun berpaling ke arah ibu dengan dahi yang berkerut. Apabila ibu tidak memberi apa-apa respon, Baekhyun kembali menumpukan perhatian pada kanak-kanak comel itu. Kanak-kanak itu sedang meniarap di sebelahnya sambil tangan kanan dimasukkan ke dalam mulut. Baekhyun mencubit lembut pipi kanak-kanak itu.

 

"Ireumi mwohaeyo?" tanya Baekhyun. Kanak-kanak itu hanya ketawa. Baekhyun mengeluarkan tangan kanak-kanak itu daripada mulutnya namun kanak-kanak itu memasukkan kembali. Kanak-kanak itu menawarkan sebelah lagi tangannya kepada Baekhyun.

 

Baekhyun ketawa mengekek atas kenakalan kanak-kanak itu. Baekhyun memegang tangan itu lalu digigitnya perlahan.

 

"Arr..arr.." Baekhyun senang hati apabila bermain dengan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu mula membuat muka seperti hendak menangis.

 

"Aigoo..aegi-ah mianhae," Baekhyun pun mengusap tangan yang digigitnya sebentar tadi. Kanak-kanak itu terus ketawa. Baekhyun pun tercengang apabila kanak-kanak itu mempermainkannya. Sedikit sebanyak perangai kanak-kanak ini mengingatkannya pada Chen. Dia ingin tahu keadaan sahabat-sahabatnya. Baekhyun mengeluh perlahan.

 


 

 Kelas itu riuh-rendah apabila loceng menandakan waktu rehat berbunyi.

 

"Hari ni nak makan apa?" tanya Qis sambil menongkat dagu. Amira mengangkat bahu menandakan tidak tahu. Qis mengeluh.

 

"Bosankan makan dekat kantin tu?" tanya Qis lagi. Amira mengangguk.

 

"Kau ni daripada tadi tak bercakap dengan aku. Kau kena marah dengan ibu kau ke semalam?" tanya Qis risau. Amira tersenyum.

 

"Mana ada. Ibu aku tak marah pun." kata Amira sambil menyimpan notanya ke dalam laci meja.

 

"Habis tu? " Qis hairan.

 

"Jomlah pergi makan. Nanti habis pulak waktu rehat," ajak Amira.

 

"Petang ni datang rumah aku lagi nak tak?" tanya Qis teruja. Dia sudah merancang apa yang dia ingin ceritakan pada Amira. Amira yang sedang mengunyah menggelengkan kepala.

 

"Tak bolehlah, Qis. Aku dah janji dengan orang petang ni," kata Amira, berharap Qis dapat memahami.

 

"Alaa.. Sejak bila kau ada kawan selain aku." Qis merajuk.

 

"Bukan macam tulah." Amira menafikan apa yang Qis katakan.

 

"Habis tu? Ohh..kau ada boyfriend eh?" Qis membisikkan ayat terakhir. Amira menyiku sahabatnya itu.

 

"Eh, mana ada. Mengarutlah kau ni, Qis" Amira menafikan sekali lagi.

 

"Minggu depan ada test matematik kan? Kau dah study?" Amira mengubah topik perbualan. Qis terkejut.

 

"Ya ke? Aku tak ingatlah." Qis menepuk dahinya. Amira tersengih.

 

" Itulah. 24 jam melayan kpop sampai nyanyuk kawan aku ni," kata Amira.

 

"Yang ni aku marah. Aku pantang bila orang kaitkan kesalahan aku dengan Kpop," Qis terasa hati.

 

"Bukan tu maksud aku.."

 

"Maksud aku, kau patut lebihkanlah masa untuk study sebab tahun ni kita SPM. Lepas habis SPM, kau pergilah duduk Korea. Tak payah balik pun tak apa," Amira bergurau. Qis ketawa galak.

 

" Yang tu aku setuju! " Qis tersenyum sumbing.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je