Empat

변백현 : Byun Baekhyun

"Kau ni menyusahkan betullah." rungut Anita apabila dia terpaksa menyuap Baekhyun pada tengahari itu. Baekhyun tidak tahu nama makanan tersebut, dia hanya makan kerana lapar. Baekhyun hanya memandang Anita tanpa mengelipkan matanya. Cara Anita menyuapnya sangat kasar, sudu yang digunakan terkena lelangit Baekhyun beberapa kali.

 

"Appaseo," rengek Baekhyun. Anita langsung tidak mempedulikan Baekhyun.

 

"Mee Ra..eodiseo?" Tanya Baekhyun ingin tahu. Seperti tadi, tiada respon daripada Anita. Baekhyun mencebik lalu menolak perlahan pinggan yang dipegang oleh Anita.

 

"Ammokgo!" rajuk Baekhyun.

 

"Suka hati kaulah! Kau tunggu Mira kau balik." marah Anita. Baekhyun mencebik lagi. Dia ingin menunggu Amira pulang. Baginya, Anita langsung tidak ikhlas ketika melayannya. Dia tahu, dia sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada yang sanggup melayannya tetapi jika Amira boleh melayannya dengan baik, mengapa tidak wanita ini?

 

Baekhyun kembali baring di atas tilam yang memisahkan tubuhnya daripada bersentuhan dengan lantai papan itu. Dia terlupa tentang layanan Anita sebentar tadi apabila dia kembali ke alam mimpi. Bengkak pada kakinya terasa berdenyut. Sesekali mukanya berkerut, menggambarkan kesakitan yang dialami. Selang beberapa minit, dia kembali terjaga. Mukanya berpeluh. Cuaca disekelilingnya sangat panas, rasa tidak selesa mula membaluti Baekhyun. 

 


 

Kringgg!!! Akhirnya, waktu persekolahan pada hari itu berakhir. Amira melepaskan keluhan lega lalu mengemaskan mejanya. Setelah selesai bersalaman dengan guru Matematiknya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Qis, Amira terus beredar ke rumahnya tanpa membuang masa. Basikal pemberian ayahnya dikayuh perlahan-lahan. Wajah Baekhyun mula bermain di fikiran Amira.

 

"Macam manalah abang kat rumah tu," kata Amira perlahan. Kayuhannya dipercepatkan.

 

"Abang!" panggil Amira sambil menongkat basikalnya. Tiada respon. Amira berlari memanjat anak tangga. Baekhyun kelihatan sedang tidur. Amira ketawa kecil.

 

"Apalah aku ni," Amira menggaru kepalanya. Amira meletakkan begnya di sebelah Baekhyun sebelum ke bilik untuk menukar pakaian. Dia berhajat untuk menyiapkan kerja rumah di sebelah Baekhyun.

 

"Abang," panggil Amira perlahan. Baekhyun langsung tidak bergerak. Amira menepuk tangan Baekhyun perlahan.

 

"Abang, bangun," kata Amira lagi. Baekhyun mengeliat kecil tetapi menguap besar. Amira ketawa melihat gelagat Baekhyun.

 

"Mee Ra? Mianhae. Haha," Baekhyun ketawa malu kerana baru menyedari ada orang yang melihat dia menguap sebentar tadi.

 

"Maaflah Mira ganggu abang tidur. Mira nak cuci luka-luka kat badan abang tu," Mira menunjukkan ke arah luka-luka pada badan Baekhyun.

 

"Mee Ra-ah," panggil Baekhyun. Dia ingin mencari perkataan sesuai supaya Amira faham. Amira mengangkat kening supaya Baekhyun meneruskan ayatnya.

 

"Syaweo!" Baekhyun berpura- pura membuka pancuran air hujan lalu menggosok badannya. Amira ketawa lagi.

 

"Abang nak mandi ke?" tanya Amira dengan sisa tawanya. Baekhyun mengangguk.

 

"Abang ni lawaklah. Macam faham je," Amira membetulkan rambut yang menutupi mata Baekhyun.

 

"Tapi luka abang tak kering lagi. Nanti pedih pulak," kata Amira risau. Dahi Baekhyun berkerut tanda tidak faham. Idea mula menjengah di benak Amira. Amira melakonkan seperti sedang mandi. Apabila air menyentuh dirinya, dia pun menjerit kesakitan sambil menggelepar. Baekhyun tersenyum, dia mula faham.

 

"Ani. Nan gwaenchana." Baekhyun cuba meyakinkan Amira.

 

"Betul ni?" tanya Amira. Baekhyun mengangguk apabila dia memahami ekspresi muka Amira.

 

"Nanti Mira tanya kakak dulu," Amira ke belakang rumah untuk menemui kakaknya.

 

"Akak, Mira nak mandikan abang boleh tak?" tanya Amira. Dia sepatutnya bertanya ibunya tetapi memandangkan pada waktu sebegini ibu tiada di rumah, hanya pada Anita dia boleh bertanya. Anita menjeling adiknya.

 

"Boleh tak, kak? " tanya Amira lagi.

 

"Kau jangan nak gatal sangat boleh tak?" marah Anita. Amira menerima kata-kata itu sebagai tidak.

 


 

"Waeyo?" tanya Baekhyun apabila Amira mencebik.

 

"Tak bolehlah, abang. No shower," jawab Amira. Kali ini, Baekhyun pula yang mencebik.

 

"Mira cuci luka abang dululah ya," Amira menghampiri lelaki di hadapannya. Kapas disapu perlahan pada luka-luka di kulit putih milik Baekhyun.

 

"Mee Ra-ah," panggil Baekhyun perlahan.

 

"Hmm?" Amira meneruskan tugasnya yang belum selesai.

 

"Ani." Baekhyun tidak jadi untuk mengatakan apa yang dia ingin katakan sebentar tadi. Amira berpaling ke arah Baekhyun.

 

"Kenapa?" tanya Amira setelah dia selesai merawat Baekhyun. Baekhyun hanya mengangkat bahu. Amira bangkit untuk ke dapur tetapi langkahnya terhenti apabila dia terdengar bunyi pelik.

 

" Abang? "

 

Baekhyun ketawa kerana perutnya berbunyi. Dia terasa sangat lapar, mungkin kerana dia merajuk dengan Anita tengahari tadi.

 

"Abang ni. Bagitahulah Mira kalau abang lapar," Amira ke dapur untuk mengambil makanan.

 

"Yay!! Mee Ra Jjang!" kata Baekhyun dengan nada keanak-anakan.

 

"Eh, Mira lupa. Rambut abang," Amira ke biliknya pula.

 

"Aha! Kan bagus macam ni," kata Amira apabila rambut yang menutupi mata Baekhyun diikat ke atas, seperti pokok kelapa. Baekhyun menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, berlagak comel. Amira menyuap Baekhyun perlahan-lahan. Baekhyun tersenyum.

 

Tiba-tiba, ada seekor lebah di atas kepala Amira. Baekhyun tersedak.

 

"Abang ni. Makanlah elok-elok," Amira menghampiri Baekhyun untuk memberinya air tetapi Baekhyun berundur ke belakang. Amira memegang kejap tangan Baekhyun supaya dia tidak bergerak.

 

 "ANDWAE!!!" jerit Baekhyun seperti terkena histeria. 

 

"Byun.." kedengaran suara lain di muka pintu. Dia kelihatan terkejut dan tidak cukup nafas.

 

 


Baekkie for you~~

 

 

 

tumblr_mviudmDAS71reg0t4o5_250.giftumblr_mviudmDAS71reg0t4o5_250.giftumblr_mviudmDAS71reg0t4o5_250.gif

 

tumblr_mvedjbhRwU1sl20r3o1_250.giftumblr_mvedjbhRwU1sl20r3o1_250.gif

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je