Sembilan

변백현 : Byun Baekhyun

 

 

 

 

Baekhyun termenung. Dia ingin pulang ke tempat asalnya dan meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa. Dia rindu untuk berada di atas pentas. Dia rindu kimbap* yang disediakan oleh pengurus mereka walaupun kimbap tersebut agak kering. Dia rindu untuk membuat bising bersama Chanyeol di dalam dorm. Dia rindu masakan Kyungsoo. Dia rindu untuk menemani Tao mandi. Dia rindu. Matanya yang berair dikelipkan beberapa kali supaya air matanya tidak jatuh. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Pipinya dikembungkan.

 

 

Amira terdengar keluhan yang terluah daripada bibir Baekhyun. Dia berpaling daripada buku latihan matematik tambahannya dan menghadap Baekhyun. Dahi Amira berkerut. “ Kenapa abang? “ tanya Amira prihatin. Baekhyun agak terkejut dengan soalan mengejut daripada Amira. Dia menggelengkan kepalanya seraya berkata “ Ani “ dan mengukirkan senyuman manis buat Amira. Amira membalas senyuman lelaki itu. “ Abang senyum macam baby “ puji Amira. Baekhyun hanya tersenyum kerana tidak faham.

 

 

 

Amira kembali focus pada soalan logaritm di buku latihan matematik tambahannya. Otaknya terasa seperti hendak meletup. “ Eoryeo*? “ tanya Baekhyun berdasarkan air muka Amira. “Na hantejwo* “ kata Baekhyun lalu mencapai pensel daripada tangan Amira. “ Abang pandai ke? “ tanya Amira sambil matanya melihat mata penselnya menari-nari di atas buku itu. Baekhyun menyerahkan pensel itu kembali.

 

 

 

Amira membelek halaman jawapan untuk memastikan jawapan yang ditulis oleh Baekhyun adalah betul. Amira kagum apabila jawapan yang diberikan oleh Baekyun adalah jawapan yang betul. “ Pandailah abang ni “ Amira tidak dapat menyembunyikan kekagumannya terhadap kepandaian Baekhyun. “ Pa.. pa.. pa.. “ Adira tiba-tiba muncul di situ dengan sekeping secebis kain perca yang diberikan ibu supaya Adira tidak mengganggu orang lain. Ibu sedang ralit menjahit baju tempahan pelanggannya di ruang tamu yang sama mereka duduki tetapi di sudut rumah.

 

 

“Hei budak kecik. Pergi main jauh-jauh “ Amira mencubit pipi putih gebu milik Adira. Namun, Adira langsung tidak melayan kakaknya. Matanya terpaku di wajah Baekhyun. “ Pa pa pa pa “ Adira cuba berkomunikasi dengan lelaki itu. “ Neomu kyeopta* “ komen Baekhyun. Adira memberikan cebisan kain itu kepada Baekhyun. Baekhyun tersenyum lalu mencium pipi Adira. Kanak-kanak itu terlalu comel.

 

 

Adira merangkak ke arah ibunya dan mula merengek. Ibunya memberikan cebisan kain lain kepada Adira. Insan kecil itu kembali merangkak ke arah Baekhyun dan menyerahkan cebisan kain itu pula. Baekhyun tidak mampu untuk berhenti senyum. Adira menunggu di situ seperti megharapkan sesuatu. Baekhyun tunduk lalu menghadiahkan ciuman di pipi kiri kanak-kanak itu pula. Adira ketawa comel. Amira yang melihat agak terpinga-pinga. “ Gediknya Adira ni “ Amira mendukung adiknya lalu dicium kedua-dua belah pipi kerana geram dengan kegebuan pipi adiknya. Muka Adira berubah merah lalu kedengaran suara Adira memenuhi ruangan rumah. Adira menghulurkan kedua belah tangannya kepada Baekhyun, mengharap lelaki itu menyelamatkannya daripada pelukan Amira. “ Mengadanya “ kata Amira apabila Adira menangis tanpa air mata.

 

 

Baekhyun mengambil Adira daripada pelukan Amira lalu berdiri untuk menenangkan kanak-kanak itu. Adira terus diam. “ Kaki abang dah baik “ Amira menyentuh kaki Baekhyun dengan penuh prihatin. “ kata Amira. Baekhyun hanya mengangguk lalu mengacah Adira. Adira ketawa bahagia. “ Adik aku ni dah berjangkit perangai Qis ke apa? Pantang tengok orang handsome “ gumam Amira perlahan.

 

 

30 minit berlalu. Akhirnya Adira tertidur di pangkuan Baekhyun. Kepalanya terlentok di atas bahu Baekhyun manakala tangan kiri lelaki itu berada di belakang tubuh kecil itu. Amira belum lagi menyelesaikan kerja rumahnya. Ibu yang sedang menjahit itu menghentikan aktivitinya. Kelopak matanya sudah terasa berat. Dia tidak mampu untuk terus menjahit lagi. “ Abang “ panggil ibu. “ Neh?” Baekhyun menghampiri wanita itu. Ibu mengambil Adira daripada pangkuan Baekhyun sebelum mengusap kepala Baekhyun perlahan.

 

 

Perlakuan ibu menyebabkan lelaki muda itu terkaku. Satu perasaan aneh mengalir ke seluruh badannya. Jantungkan mengepam laju daripada biasa. Ibu sudah beredar tetapi Baekhyun masih kaku di situ. Dia cuba mentafsir perasaannya. Dia memejamkan matanya. Tangannya kanannya diletakkan pada dadanya, ingin menikmati degupan jantungnya yang laju.

 

 

Baekhyun akhirnya mengerti perasaan itu. Perasaan yang mencengkam jiwa tika itu ialah rasa rindu. Rindu akan ibunya sendiri. Sentuhan ibu sebentar tadi menyedarkannya betapa lamanya dia tidak menjenguk ibunya. Betapa lamanya dia tidak memeluk ibunya dan menyatakan rasa sayangnya terhadap wanita itu. Baekhyun membuka matanya perlahan-lahan. “ Omma, mianhae “ bisik Baekhyun perlahan dengan harapan angin akan menyampaikan kata-katanya kepada ibunya di rumah.

 

 

Kepala Amira yang beralaskan buku menyapa penglihatan Baekhyun apabila dia berpaling. Dia menapak perlahan ke arah gadis itu. Bantal bersarungkan kain berwarna biru bercorak kapal terbang menggantikan tempat buku tersebut. Baekhyun menolak perlahan rambut gadis itu daripada menutupi wajah gadis itu. Matanya terlihat soalan-soalan yang masih belum selesai. Tangannya pantas mencapai pensel lalu menumpukan perhatian kepada soalan –soalan tersebut.

 


 

 

I decided to add translation to every Korean words that I used.

Eoryeo* = susah

na hantejwo* = bagi sini

kimbap*= rice roll

neomu kyeopta* = comel sangat

 

 

I watched Runningman this evening and Baekhyun been so squisy, adoreable and calling for a punch. LOL

 

 

tumblr_mw1vd71c2r1r3xllho2_500.gif

tumblr_mw1vd71c2r1r3xllho4_500.gif

tumblr_mw1vd71c2r1r3xllho3_500.gif

tumblr_mw1vd71c2r1r3xllho1_500.gif

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je