Enam

변백현 : Byun Baekhyun

Pada petang itu, Amira pulang berdua. Dia dan Qis ada perkara yang ingin dibincangkan. Qis membonceng basikal yang dikayuh oleh Amira. Seperti biasa, Amira akan meletakkan basikalnya di bawah pokok mempelam di hadapan rumahnya. Qis terus berlari naik ke dalam rumah dengan penuh rasa teruja. " Baekhyun! " Panggil Qis dengan rasa girang. " Mwo? " Baekhyun kelihatan kurang senang dengan kehadiran Qis. Gadis itu seperti mengetahui siapa dirinya. Petang semalam, ketika Qis dan Amira melihatnya seperti merancang untuk menculiknya, ibu Amira pulang.

 

"Apa kita nak buat dengan dia sekarang?" tanya Amira kepada Qis. 

"Tukar lampin dia ." jawab ibu yang tiba-tiba muncul.

"Huh?!" Amira dan Qis kehairanan. Tukar lampin Byun Baekhyun?

"Kau bagi dia pakai lampin?" bisik Qis kepada Amira.

"Mira, tukar lampin Dira ni," arah ibu sekali lagi. "Ohh.." 

 

 

"Annyeonghaseyo! Qis imnida!" Qis memperkenalkan diri sebelum membongkok 90 darjah. Baekhyun menundukkan kepalanya kerana dia tidak berdaya untuk berdiri. Rasa kagum mula menyinggah apabila gadis dihadapannya mampu berbahasa Korea.

 

"Sejak bila nama kau ada imnida? Jangan nak perasan korea sangat boleh tak?" gurau Amira ketika dia sedang menanggalkan stoking. Qis ketawa.

 

"Kenapa kau ketawa?" tanya Amira.

 

"Sebab kau buat lawak," jawab Qis ringkas. Baekhyun hanya memandang kosong gadis-gadis di hadapannya.

 

"Mee Ra-ah," panggil Baekhyun. Qis terlopong sebelum menjerit gedik.

 

"Mira, dia panggil nama kau! Oh my! Oh my! Kau tau tak berapa ramai yang nak duduk kat tempat kau sekarang. Oh my!" Qis mengipas mukanya menggunakan tangan. Amira hanya membuat muka hodoh.

 

"Duduklah kalau nak duduk. Kenapa abang?" Amira kini menghadap Baekhyun. Baekhyun membuat isyarat telefon. Pagi tadi Baekhyun baru terfikir yang dia sepatutnya menghubungi pihak-pihak tertentu untuk menghantarnya pulang ke Korea. Qis mengeluarkan telefon bimbit dan menyuakannya kepada Baekhyun. Tiada liputan.

 

"Aishh.." Baekhyun hampir mencarut. Snap! Snap!

 

Qis sempat mengambil beberapa 'selca' bersama Baekhyun sebelum menyimpan telefon bimbinya ke dalam poket. Baekhyun menjeling Qis tetapi Qis membalas dengan sengihan.

 

"Peace!" Qis menunjukkan dua jarinya.

 

"Mira, aku rasa Baekhyun nak balik tempat dialah," Qis meluahkan pendapatnya.

 

"Mestilah. Takkan dia nak tinggal selamanya kat sini. Kau ingat dia tak ada keluarga ke kat Korea tu," kata Amira.

 

"Aku sebagai wakil peminat EXO sedunia, mengarahkan kau untuk hantar dia balik ke Korea. Walaupun berat hati aku dan kalau boleh aku nak simpan dia kat rumah aku tapi Baekhyun adalah hak peminat maka kau tak boleh simpan dia kat rumah kau. Ada faham?" Qis memberi ucapan seperti seorang wakil rakyat yang sedang memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

 

" Tolonglah. Bantulah. Kau ni masalah betullah, Qis! Aku bukannya peminat dia, buat apa aku nak simpan dia kat rumah aku. Senang saja kau suruh hantar dia balik Korea. Aku pun tak pernah keluar kampung ni. Kau ingat aku ada duit ke? " Amira cuba menyedarkan gadis itu tentang keadaannya yang susah. Dia bukannya berasal daripada keluarga yang senang.

 

"Itu dia! Masalah sekarang ni duit!" Qis memetik jarinya. Amira hanya menunggu Qis meneruskan apa yang ingin diperkatakan.

 

"Passport dia ada tak?" tanya Qis. Amira mengangkat bahu.

 

"Aku tak tahu. Tapi masa ayah aku jumpa dia malam tu rasanya ada sebuah beg. Nanti aku tanya ayah," kata Amira. Baekhyun berdengkur halus menyebabkan Amira dan Qis berpaling ke arah lelaki itu.

 

"Comelnya! Aku rasa nak cubit pipi dia!" tangan Qis mencari jalan ke arah pipi Baekhyun tetapi pantas ditepis oleh Amira.

 

"Janganlah kacau dia tidur" tegah Amira.

 

"Okay. Okay." Qis akur.

 

"Kaki dia macam mana?" tanya Qis sebelum bergerak ke arah kaki Baekhyun. Amira membuntuti kawannya.

 

"Dalam dua tiga hari lagi baik kot," Jari Amira menyentuh sekeliling kawasan bengkak di kaki Baekhyun yang makin surut.

 

"Busuklah Baekhyun ni " kata Qis selamba. Itulah hakikat sebenarnya.

 

"Memanglah. Dah dua hari dia tak mandi. Abang ada juga minta nak mandi tapi kakak aku tak bagi," kata Amira.

 

"Jahatlah kakak kau tu!" Qis pantas menekup mulut sendiri.

 

"Kuat sangat ke aku cakap?" bisik Qis. Amira mengangguk.

 

 


 

Qis dan Amira berada di dalam bilik kecil milik Amira. Mereka sedang mengira tabungan Amira. " RM 50? " Qis mengeluh. Amira turut mengeluh. Mereka berbincang tentang beberapa perkara.

 

"Bagi aku kertas dengan pen," arah Qis. Amira hanya menurut.

 

"Sekarang ni masalah besar kau adalah kau tak faham apa yang Baekhyun cakap and macam tu jugak sebaliknya." Qis menulis beberapa perkataan dalam tulisan Korea dan terjemahan dalam bahasa melayu.

 

"Wah, pandainya. Dulu kat bandar kau ada ambil kelas bahasa korea ke?" Amira kagum.

 

"Tak adalah. Aku banyak tengok variety shows," Qis berkata jujur. Sebut sahaja variety shows, dia mampu senaraikan. Runningman, Invicible Youth, Oh My School, We Got Married, Romantic & Idol, Beatles Code, Hello Counsellor, 2 Days and 1 Night dan bla bla bla bla...

 

 

"Siap!" Qis menyerahkan kertas itu kepada Amira.

 

 

Saranghae : aku cinta padamu

 

 

"Qis! Kau ni dah kenapa?" Amira naik angin setelah membaca perkataan pertama yang ditulis oleh Qis.

 

"Kenapa? Oh, saranghae. Saranghae adalah perkataan yang paling basic dan kau wajib tau. Kat mana-mana saja kau jumpa peminat kpop yang bukan warga korea, dia mesti tahu maksud saranghae " ujar Qis seperti pakar bahasa berpengalaman. Amira mengoyak bahagian atas kertas tersebut lalu menyimpan cebisan itu di dalam laci mejanya.

 

Annyeong - hai / bye

 

"Oh, yang ni aku tau," Amira meneruskan pembacaannya.

 

 

Mianhae - Sorry

Kamsahamnida- thanks

Bap- nasi

Mool- air

Yeh - huh?

Neh- ya

Ani - tak

Gwaenchana - ok tak/ ok

Baegopa - lapar

Eodi - mana

Eonje - bila

Mwo - apa

Eolmana - berapa

 

 

"Aku balik dululah," kata Qis.

"Kau nak balik dengan apa?" Amira meletakkan kertas itu di atas meja sebelum mengikuti Qis ke pintu hadapannya. Pada masa yang sama, ayah Amira pulang dengan motosikalnya.

 

Qis terus membonceng motosikal tersebut sebelum sempat ayah Amira mematikan enjin.

 

"Pak Cik hantar saya balik. GO GO!" Qis mula buat perangai.

 

"Qis!" marah Amira.

 

"Tak apalah Mira. Biar ayah hantar dia. Ambil helmet," arah ayahnya. Amira menurut.

 

"Pak Cik, helmet ni macam kura-kuralah. Comel," Qis ketawa.

 

"Kamu ni. Nasib baik anak pak cik tak aktif macam kamu. Pening kepala pak cik," kata ayah Amira.

 

"Pujian itu saya terima, pak cik!" Itu saja yang mampu didengari oleh Amira sebelum mereka menjauh daripada pandangannya.

 

"Mengarut saja si Qis ni," Amira tergeleng apabila teringat perangai sahabat baiknya itu. Jantung Amira hampir gugur apabila dia berpaling ke belakang.

 

"Akak ni.." Amira mengurut dadanya.

 

"Kurang ajar kawan kau tu kan?" Soalan Anita berbunyi seperti satu penyataan. Amira mengabaikan kakaknya.

 

"Sebab tu kau makin kurang ajar," komen Anita.

 

 


 Look! So squishy <3 * runs to baekkie * *pinches his cheeks* * cries of happiness*

tumblr_mvo4w5ERd31sl20r3o1_250.giftumblr_mvo4w5ERd31sl20r3o1_250.giftumblr_mvo4w5ERd31sl20r3o1_250.gif

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je