'Panas Terik' [Translated Version]

변백현 : Byun Baekhyun

 

 
 
Ada reader yg tanya kenapa Baek kena puasa. Baek kan tinggal dgn kluarga muslim so dia kena la puasa utk menghormati kluarga tu. Chapter ni tak ada kaitan dgn plot. Ia cuma imagination aku kalau Baek tak balik ke Korea and stay dgn keluarga Mira.
 
Dan utk menjawab soalan Mira ni bertudung ke tak, itu terpulang kpd korang. She is just a fictional character.
 
Dalam translated version ni, aku akan tulis dialog hangul guna font warna biru.
 

 

 

"Qis, bangun," Amira menggerakkan bahu sahabatnya yang sedang tidur itu. Qis telah bermalam di rumahnya kerana mereka telah mengulangkaji bersama-sama pada malam semalam.  Peperiksaan SPM akan berlangsung selepas raya jadi mereka perlu bersiap-sedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa hadapan mereka itu. Qis menggeliat perlahan sambil menggosok kelopak matanya. Dia menguap besar lalu duduk dari pembaringannya.

 

"Kenapa kau kejutkan aku pagi-pagi macam ni? Nak buat solat hajat ke?" tanya Qis apabila jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Amira menggelengkan kepalanya.

 

"Aku kejutkan untuk sahur la. Esok kan dah mula puasa,"

 

"Puasa? Dah masuk bulan puasa ke?" mata Qis yang tadinya kuyu mula terbeliak. Dia rasa menyesal pula kerana tidak makan banyak-banyak pada malam semalam.

 

"Bangun la. Tolong kejutkan abang," kata Amira lalu keluar dari bilik untuk ke dapur. Dia ingin membantu ibunya menghidangkan hidangan di ruang tamu rumah. Mereka akan makan bersila di situ, seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

"Baekhyun pun kena puasa jugak ke?" tanya Amira kepada dirinya sendiri.

 


 

"Baekhyuna! Bangun!" Qis menarik selimut yang menutupi tubuh Baekhyun yang tidur di ruang tamu itu. Baekhyun merengek lalu menarik kembali selimut itu untuk melindungi tubuhnya. Dia masih lagi mengantuk. Qis menggigit bibirnya kerana geram.

 

"Budak ni tidur ke pengsan? " getus Qis sendiri. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia memijak perut Baekhyun yang sedang tidur itu. Qis menarik lengan lelaki itu supaya dia duduk. Baekhyun masih lagi merengek dengan mata yang terpejam rapat.

 

"Omma, nak susu satu~" Baekhyun yang mamai itu menaikkan jari telunjuknya ke atas.

 

"Yah, Byun Baekhyun. Cepat bangun," Qis melutut di sebelah Baekhyun lalu menggoncangkan bahu lelaki itu dan itu membuatkan Baekhyun kembali berbaring untuk menyambung tidurnya yang terganggu.

 

"Ish, susah betul nak kejutkan mamat Korea ni,"

 

 

Satu idea mula menjengah fikiran Qis yang selalu cerdas dan kadang-kala terlebih cerdas itu. Qis mendekati kepala Baekhyun lalu

 

"BYUN BAEKHYUN! TAEYEON GIRLS GENERATION DATANG!!!"

 

"MANA?" Baekhyun yang tadinya berbaring terus berdiri dan mencari bintang pujaan hatinya. Qis ketawa melihat reaksi Baekhyun kerana dia sudah menjangka dia akan memberi reaksi sebegitu. Baekhyun adalah peminat fanatik Taeyeon. Qis terfikir untuk berbuat begitu kerana nenek selalu mengejutkannya dengan cara begitu.

 

"Yah!" Baekhyun bercekak pinggang lalu merenung tajam ke arah Qis. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia menelan gadis itu kerana mengganggu tidurnya. Qis menggosok tapak tangannya mengunakan kedua-kedua belah tangan.

 

"Mianhae!!" Qis terus berlari ke arah dapur, bimbang Baekhyun akan melayangkan brazilian kick ke arahnya.

 


 

Mereka duduk bersila di ruang tamu rumah Amira untuk bersahur. Ibu Amira telah memasak kari ayam untuk juadah sahur pada pagi itu. Baekhyun yang duduk bersila di antara Amira dan Qis hanya memandang kosong ke arah makanan yang terhidang. Dia langsung tidak berselera untuk makan seawal itu. Mulutnya terasa tawar.

 

" Baekhyuna," panggil Qis. Dia tahu Baekhyun agak hairan kerana mereka bersarapan seawal itu. Qis dapat membaca reaksi wajah Baekhyun.

 

"Neh?" Baekhyun berpaling ke arah Qis sambil memegang pinggannya yang sudah berisi nasi putih yang berasap. Semenjak duduk di rumah Amira, dia sudah terbiasa untuk makan nasi menggunakan tangan.

 

"Mulai esok, kita dah tak boleh makan waktu siang," terang Qis. Mata Baekhyun terbeliak.

 

"Kenapa? Tak ada duit ke?"

 

"Bukan macam tu. Mulai esok dah start puasa,"

 

"Buasa? Buasa tu apa?"

 

Qis tersenyum lalu menerangkan tentang puasa. Amira dan keluarganya hanya makan sambil memerhatikan Baekhyun dan Qis yang sedang berbual. Mereka tidak memahami apa-apa jadi mereka fikir lebih baik jika mereka diam.

 

Baekhyun mengangguk perlahan sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Kini dia faham yang puasa itu adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Baekhyun makan sehingga tiga pinggan nasi, bimbang dirinya akan kebuluran pada hari esok.

 

Selesai bersahur, mereka masing-masing kembali masuk ke bilik dan tinggallah Baekhyun di ruang tamu itu:di tempat tidurnya.

 


 

Baekhyun duduk di depan pintu rumah, di atas tangga. Cuaca sangat panas pada tengahari itu tetapi jikalau dia berada di dalam rumah makin terasa bahangnya kerana rumah itu rumah kayu yang beratap zink. Dia sedang termenung. Dia ingin minum air tetapi dilarang oleh Anita. Dan kerana itulah dia berada di depan rumah, termenung. Dia kemudian mendongak memandang ke langit. Matahari sedang terpacak di atas kepala dengan bangganya. Mata Baekhyun mengecil lalu tangan kanannya melindungi matanya dengan tapak tangan kanannya, menghalang cara itu daripada bertemu terus dengan penglihatannya.

 

"Yah matahari, cepat terbenam! Aku nak minum," rungut Baekhyun kepada matahari itu. Dia ingin matahari itu segera terbenam. Dia mahu makan dan minum.

 

"Abang, mari tolong sekejap," arah ibu Amira yang sedang bersila di ruang tamu sambil memangku Adira. Baekhyun bangun lalu memasuki rumah itu. Dia duduk di hadapan ibu Amira.

 

"Abang, tolong suapkan Adira. Ibu ada kerja sikit kat belakang," kata ibu lalu menyerahkan Adira dan mangkuk berisi bubur Adira kepada Baekhyun. Baekhyun masih tercengang walaupun tubuh ibu sudah tidak kelihatan di pandangannya. Dia meletakkan Adira di bawah lalu mengambil bau bubur itu.

 

"Ah, nampak sedap..." Baekhyun terasa geram untuk memasukkan bubur itu ke dalam mulutnya. Dia rasa sangat lapar. Dia menghembuskan nafas dengan kuat lalu mula menyuap Adira. Pada suapan ke-empat, Adira merampas sudu itu dari tangan Baekhyun. Dia sudah kenyang dan tidak mahu makan. Dia mengacau-ngacau bubur itu, menjadikan makanan itu permainannya.

 

"Ahh.." Adira menyuruh Baekhyun mengangakan mulut sambil tangan kecilnya menyuakan sesudu penuh bubur itu ke mulut Baekhyun. Baekhyun menelan liur. Peluh dingin memercik di dahinya. Dia keliru sama ada dia perlu menerima suapan itu atau tidak.

 

Dia akhirnya membenarkan Adira memasukkan sudu itu ke dalam mulutnya, menikmati segala rasa yang bermain di lidahnya. Kini, Adira pula yang menyuapkan bubur itu kepada Baekhyun sehingga habis dan Adira menepuk tangan apabila bubur itu habis. Baekhyun hanya tersengih, berharap orang lain tidak akan tahu yang dia sudah makan pada siang hari.

 


 

"Abang!!"

 

Baekhyun yang mendengar namanya di panggil pada petang itu terus meluru keluar. Kelihatan Amira sedang duduk di atas basikal dengan berpakaian sekolah. Dia baru sahaja balik dari sekolah. Memandangkan hari sudah petang, dia tidak sempat untuk menukar baju.

 

"Kenapa?" tanya Baekhyun. Amira menepuk tempat duduk di belakang, mengarahkan Baekhyun untuk duduk di situ. Baekhyun menurut, masih tidak tahu apa-apa.

 

"Abang, Mira nak bawak abang pergi bazaar ramadan ni," kata Amira apabila dia sudah mula mengayuh basikal. Baekhyun agak berat tetapi Amira masih mampu mengendalikannya. Dia mengayuh basikalnya perlahan-lahan.

 

"Bajar?" tanya Baekhyun. Betapa dia mengharapkan Qis ada di situ untuk menerangkan kepadanya apa itu bajar.

 

Apabila sampai di tapak bazaar ramadan, perut Baekhyun yang lapar terasakan seperti memulas kerana dia dapat menghidu pelbagai jenis bauan yang sangat menyelerakan. Amira memegang lengan Baekhyun supaya lelaki itu tidak tersesat di celah-celah manusia yang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Ayam golek yang tergantung seksi bagaikan menggoda Baekhyun. Baekhyun terasa seperti ingin menerkam ayam tersebut. Walaupun langkahnya semakin menjauhi ayam golek itu, mata Baekhyun masih memandang ayam golek yang menggoda itu.

 

Baekhyun hanya menuruti langkah Amira. Amira telah membeli murtabak, roti john dan kuih pelita untuk berbuka puasa nanti. Amira mengerling sekilas ke arah Baekhyun yang menelan liur lalu tersenyum.

 

"Abang ada nak beli apa-apa ke?" tanya Amira.

 

 Baekhyun mengangkat keningnya kerana tidak faham. Dia akhirnya memahami apabila Amira menghulurkan duit kepadanya. 'Duhai ayam, kau milikku!', getus hati Baekhyun. Dia menarik laju tangan Amira dan mencelah di celah-celah tubuh manusia untuk membeli ayam itu. Baekhyun tersengih lalu menudingkan jari ke arah ayam golek yang menggodanya tadi. Amira ketawa kecil kerana sejujurnya dia telah nampak Baekhyun asyik melihat ke arah ayam golek itu sejak mula-mula sampai. Tanpa membuang masa, Amira terus memesan seekor ayam golek itu. Baekhyun tersenyum lebar sehinggakan otot pipinya terasa seperti akan terkoyak.


 


 

Pada pukul 6 petang, beberapa biji pinggan dan gelas telah diletakkan di ruang tamu, tempat yang sama mereka bersahur pada pagi tadi. Kemudian, Amira muncul dengan sejag air sirap yang belum di isi air batu di situ. Dia sudah mandi dan menukar pakaiannya. Dia tahu makhruh mandi selepas masuk asar tetapi badannya terasa sangat melekit dan tidak selesa untuk terus dalam keadaan itu. Amira segera mendukung Adira apabila adiknya itu ingin mengambil gelas untuk dijadikan barang mainannya.

 

"Nakalnya budak ni. Adira dah makan tadi kan?" Amira mencium pipi gebu adiknya. Adira mengangguk.

 

"Adira makan habis tak?"

 

Adira menggelengkan kepala.

 

"Habis tu? Adira buang?"

 

Adira sekali lagi menggelengkan kepala.

 

"Habis tu?"

 

Adira menudingkan jarinya ke arah Baekhyun. Amira mengerutkan dahinya kerana tidak faham. Baekhyun mengetap bibirnya. Dia berharap Adira tidak akan membocorkan rahsia yang dia telah berjaya simpan sepanjang hari itu.

 

"Iya uap bang!" kata Adira dalam bahasa pelatnya.

 

"Adira suap...abang??!"

 

Baekhyun hanya mampu menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya.


 


 

Akhirnya, waktu yang Baekhyun tunggu sudah tiba. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, tangan Baekhyun terus mencapai potongan ayam golek yang menggodanya. Namun pergerakannya terus terhenti apabila dia lihat orang lain hanya sekadar mencapai buah kurma. Dia menarik tangannya lalu menjilat jarinya yang bersentuhan dengan ayam golek itu. Dia berasa segan pula. Dia turut mencapai sebiji kurma, meniru tingkah-laku orang lain.

 

Ibu menghulurkan sepinggan nasi ke arah Baekhyun, Baekhyun terus menerimanya dengan senyuman. Amira mengisi lauk ke dalam pinggan Baekhyun lalu Baekhyun terus mencapai ayam golek idamannya itu. Dia terus makan dengan penuh berselera.

 

Adira tiba-tiba ketawa apabila melihat Baekhyun. Ibu menyuapkan secebis kurma ke dalam mulut Adira yang masih ketawa itu.

 

"Kenapa Adira ketawa ni?" tanya ibu hairan.

 

"Dia ketawa la sebab dia tahu ada orang tu tak puasa," jawab Amira lalu menjeling ke arah Baekhyun. Baekhyun yang tidak faham apa-apa itu terus mengangguk dengan mulut yang penuh. Ayam golek memang sedap!

 


 

"Nak pergi mana?" tanya Baekhyun dengan penuh bimbang kerana semua penghuni rumah itu kelihatan seperti hendak keluar dengan berpakaian pelik: pelik bagi Baekhyun. Pakaian putih yang membaluti tubuh Amira kelihatan menyeramkan. Apabila tiada yang menjawab, Baekhyun terus meluru ke arah Amira lalu mencapai lengan gadis itu.

 

 

"Abang!!" Amira menjerit geram. Perbuatan Baekhyun telah menyebabkan air wudhuk Amira terbatal.  

 

 

"Ibu dengan ayah pergi dulu la. Mira datang kemudian," Amira menjeling Baekhyun geram lalu kembali masuk untuk ke bilik air. Ibu dan ayah Amira mengangguk lalu mula melangkah. Anita juga menyusul mereka.

 

"Baekhyun~" tiba-tiba muncul Qis di muka pintu. Hampir terluruh jantung Baekhyun kerana terkejut.

 

"Yah! Terkejut aku!" Baekhyun memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan pantas.

 

"Mian! Saya datang nak temankan awak,"

 

"Awak tak ikut dorang?"

 

"Orang tak puasa tak boleh ikut."

 

"Awak tak puasa?" tanya Baekhyun.

 

Qis hanya tersengih. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je