Dua Belas

변백현 : Byun Baekhyun

 

 

" Kau yakin ke kak Nita takkan tahu? " Tanya Amira gusar. Dia memandang ke arah Qis yang sedang kelihatan teruja. " Kau jangan risaulah. Aku berani jamin kak Nita takkan tahu. Kakak kau tu kalau abang Alif ayat sikit saja pun dah cair " Qis ketawa mengekek. " Tapi kakak aku pergi mana ya dengan abang Alif? Berani pulak dia ikut " kata Amira.

 

" Entah. Aku pun tak tahu tapi kau tak payahlah risau. Abang Alif tu baik. Sesuai buat abang ipar " Qis meyakinkan sahabat baiknya itu. " Abang Alif siap bawa basikal aku lagi. Kenapa dia tinggal motor dia kat sini? Basikal aku juga jadi mangsa. " " Oh, aku yang suruh. Boleh la kita naik. Kitakan bertiga " ujar Qis. Qis telah berpesan supaya meninggalkan motorsikalnya untuk mereka naiki. Amira tercengang.

 

 

" Kau pandai bawa motor ke Qis? " Amira bagaikan tidak percaya. " Mana ada. Aku tak pandai la " aku Qis. " Habis tu? " Amira tercengang sekali lagi. " Kaulah yang bawa! " Cadang Qis, agak berbunyi seperti arahan. " Tapi aku pun tak pandai! " Bangkang Amira. " Kau pun tak pandai? Habis tu siapa yang nak bawak? " Tanya Qis.

 

" Waeyo*? " Tanya Baekhyun yang tiba-tiba muncul di situ. Dia tertarik untuk ke halaman rumah apabila kedengaran bunyi bising dari arah tersebut. " Kisseu-ssi! " Baekhyun menyapa Qis. " Tisu ada kat dalam biliklah abang. Abang pergilah ambil sendiri, kenapa nak suruh kawan Mira pulak? " Qis ketawa. " Kau ni lawak la Mira. Masa bila dia mintak tisu? Dia panggil nama aku la " jelas Qis. " Laa.. Nama kau ke? Aku dengar kisu kisu saja"

 

 

" Apalah kau ni " Qis menggeleng-geleng kepala. " Hah. Apa kata kita suruh abang bawak? Dia kan lelaki, mesti dia tahu macam mana nak bawak kan? " Idea menjengah minda Amira yang agak buntu ketika itu. " Betul jugak tu! Baekhyun! " Qis memanggil Baekhyun yang sedang termenung di tepi tangga rumah. Baekhyun berpaling.

 

" Wae*? " Tanya Baekhyun. " Abang boleh bawak motor ni tak? " Tanya Amira. Amira menudingkan jarinya ke arah motorsikal milik Alif. Baekhyun berpaling ke arah Qis untuk meminta penjelasan. " Alaa Mira, aku belum khatam lagi semua vocab korean. Macam mana ek aku nak terang kat dia? " Qis buntu. Dia menggaru-garu lehernya yang tidak gatal. " Baekhyun.. " Qis sedia untuk beraksi. Dia melompat naik ke atas motorsikal tersebut lalu membuat gaya penunggang motorsikal di litar lumba. " Vroomm.. Vroomm " beserta 'sound effect' buatan Qis.

 

" Mwoya igeo*? "Baekhyun terpinga-pinga. Amira menampar dahinya seperti watak ibu mertua dalam filem tamil. Kelakuan Qis kelihatan mengarut baginya. Muka keliru Baekhyun meyakinkan Amira bahawa Baekhyun langsung tidak memahami. Qis turun daripada motorsikal itu lalu menghampiri Baekhyun. Dia menyerahkan kunci motorsikal itu kepada Baekhyun. " Baekhyun, neol..rideo. Halsuisseo*? " Qis cuba mencari perkataan yang sesuai.

 

 

" Nal? rideo? " Baekhyun cuba mencernakan ayat Qis. Mulutnya membentuk huruf O apabila dia dapat menangkap apa yang Qis cuba sampaikan.

" Geureom. Nal halsuisseoyo. Naneun namjaya* " Baekhyun menghampiri motorsikal tersebut lalu menghidupkan enjin motorsikal itu dengan mudah. " Omo! Jinjja dainne* " Qis melepaskan keluhan lega. " Sudahlah Qis. Aku tak faham ni " kata Amira. Kadang-kadang dia terkilan kerana tidak dapat bertutur dengan Baekhyun secara lancar seperti Qis. 

 


 

 

" Aaaaaaa!!! " Jerit Qis teruja. Dia sedang menaiki motorsikal bersama Baekhyun untuk ke sungai. Serta Amira di tengah-tengah. " Yah.. " Tegur Baekhyun. Suara Qis terlalu bising. " Kissue, eodi?* " Tanya Baekhyun apabila mereka sampai di simpang tiga.

 

" Wenjjok* " jawab Qis. Amira yang berada di tengah-tengah berasa tidak selesa. Dia sendiri tertanya-tanya sebab dia bersetuju dengan rancangan Qis. " Mee Ra-ah, gwaenchana?* " Tanya Baekhyun prihatin. " Hmm.. " Amira angguk walaupun dia tahu Baekhyun tidak nampak.

 

 

" Ye het! " Kata Baekhyun apabila mereka sampai di sungai itu. Air sungai kelihatan sangat jernih. Kelihatan tiga orang budak lelaki dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun sedang mandi-manda di situ. " Ye het? Ye het mwoji? " Tanya Qis kerana dia tidak pernah tahu kewujudan perkataan tersebut.

 

" Sehuni seutail.. Cheoi maknae.. * " Terang Baekhyun. Qis mengangguk tanda faham. " Jomlah pergi mandi " ajak Amira. " Abang, jom "

 

" Kaja! " Pelawa Qis. Mereka bermandi-manda sambil bergurau-senda. Baekhyun memercikkan air ke arah Amira yang hanya basah di bahagian seluar.

 

" Abang!! " Baekhyun ketawa apabila menerima reaksi sedemikian daripada Amira. Amira dan Qis membina pakatan untuk menyerang Baekhyun kembali. Baekhyun dapat mengesan niat dua gadis tersebut. " Andwae! " Qis dan Amira memercikkan air ke arah Baekhyun yang cuba melarikan diri tetapi gagal kerana tidak dapat berlari dengan laju di dalam air. Qis menangkap tangan Baekhyun, mengelakkan lelaki itu daripada lari lebih jauh.

" Do'ajuseyo*" Baekhyun berlagak comel, senang hati untuk bergurau dengan Qis dan Amira.

 

 


 

 

 " Penat la " kata Qis. Mereka sedang bermalas-malasan di atas batu besar di sungai itu. " Tapi seronok " komen Amira. Baekhyun sedang mengeringkan rambutnya yang basah. Tidak dapat tidak, hati Amira memuji kecomelan lelaki itu. " Mira~ " Amira tidak berani untuk berpaling apabila namanya dipanggil. Dia kenal suara itu, suara satu-satunya lelaki yang mengganggu hidupnya.

 

 

" Nuguji?* " Baekhyun berbisik kepada Qis. " Nabbeun saram* " balas Qis juga dalam nada berbisik.

 

" Jeongmallo?* " Baekhyun agak terkejut. Dia tidak senang apabila mengetahui Amira diganggu oleh budak jahat. Qis mengangguk.

 

" Nal geu namjaga neomu shireo* " Baekhyun bangkit lalu berdiri di hadapan Amira. Adam agak terpinga apabila seorang lelaki cina muncul di hadapan Amira.

" Kau ni siapa pulak? Oh, kau mesti kawan budak bandar yang berlagak tu " Adam menjuihkan bibir ke arah Qis. Baekhyun tidak memahami kata-kata lelaki itu tetapi kata-kata lelaki itu berbunyi hinaan. Dan dia yakin lelaki itu sedang menghina Qis kerana lelaki itu menjuihkan bibir ke arah Qis sebentar tadi.

 

" Yah imma, chugulle*? " Baekhyun bersikap protektif untuk Amira dan Qis. Adam ketawa mengejek. Muka lelaki di hadapannya langsung tidak menggentarkan Adam.

" Wei apek, lu ingat gua takut sama lu. Lu balik makan sotong la " Adam menepuk pipi Baekhyun berkali-kali sambil tersenyum sinis. Dengan pantas, Baekhyun memegang tangan Adam lalu memusingkan badan lelaki tersebut supaya dia dapat mematikan pergerakan tangan lelaki itu.

 

" Kau salah orang kali ni Adam. Padan muka " Qis tersenyum mengejek. Qis tahu Baekhyun handal dalam hapkido. " Abang, lepaskan dia " Amira menyentuh lengan Baekhyun. Baekhyun melepaskan tangan Adam dengan kasar, sebagai peringatan agar tidak menganggu Qis dan Amira lagi.

 

" Kau cina bapuk, kau jangan harap kau boleh duduk dengan aman dalam kampung ni " ugut Adam lalu berlalu pergi dengan penuh malu. Dia tidak akan memaafkan lelaki cina yang memalukannya di hadapan Amira itu.

 

 


 

Mereka bertiga meneruskan aktiviti mereka, terus melupakan gangguan yang terjadi sebentar tadi. Mereka berjalan-jalan di dalam hutan itu, menemui pelbagai pokok yang aneh bagi Qis dan Baekhyun tetapi tidak bagi Amira. Sewaktu Amira kecil, Anita selalu membawanya bermain di kawasan hutan ini dan apabila diketahui oleh ibu dan ayahnya, ayah akan merotan Anita kerana degil. Ayah selalu melarang Anita dan Amira daripada menghampiri sungai itu kerana dikhuatiri akan lemas. Apabila Anita dan Amira memasuki sekolah menengah, ayah tidak lagi melarang. Qis menampar nyamuk-nyamuk yang hinggap di tubuhnya. Begitu juga dengan Baekhyun.

 

 

 

" Masam " komen Qis apabila menggigit sebiji buah mempelam muda yang dipetik olehnya ketika berjalan-jalan di dalam hutan itu. Qis menyuakan buah itu ke mulut Baekhyun. Baekhyun menggigit mempelam tersebut. Mukanya berkerut menahan kemasaman buah tersebut. Terasa kelenjar air liurnya berfungsi dengan aktif. Mereka masih berlegar-legar di situ walaupun hari sudah lewat petang.

 

 

" Masam sangat la " Qis ingin melempar buah tersebut tetapi dilarang oleh Amira. " Janganlah membazir "

" Aku bukan nak membazir. Masam sangatlah. Aku takut kena ceri-beri " kata Qis. Ceri-beri adalah istilah yang direka oleh Qis untuk menggantikan cirit-birit. Baekhyun mencapai tangan Qis untuk memakan buah tersebut sebelum menolak kembali tangan Qis kerana kemasaman buah itu menyengat sistemnya. " Nak makan buah ajaib? " Tanya Amira. Qis mengangkat keningnya sebagai tanda musykil.

 

 

 

" Ajaib macam mana tu? Kalau makan muka aku boleh jadi macam IU tak? " Gurau Qis. " Ayu tu siapa pulak? " Tanya Amira. Qis menggeleng.

 

 

" Aku serius ni. Nak rasa tak buah ajaib? " Tanya Amira. " Boleh jugak " jawab Qis lalu menarik tangan Baekhyun untuk mengikuti Amira.

 

 

" Ni lah pokok ajaib " kata Amira. Qis memandang pokok itu dari atas ke bawah. " Apa yang ajaibnya? Aku tengok normal je " kata Qis. Amira memetik sebiji buah tersebut yang berwarna merah lalu memberikannya kepada Qis. Qis menyumbatkan buah kecil itu ke dalam mulutnya lalu mengunyah buah tersebut.

 

" Manisnya! Sedap " komen Qis.

" Tapi apa yang ajaibnya? " Amira mengambil buah mempelam daripada tangan Baekhyun lalu menyuruh Qis memakannya. " Tak naklah. Mempelam ni masam "

 

 

" Kau percayalah kat aku " Amira cuba meyakinkan Qis. Qis akur. " Manis! OMG! OMG! Buah apa ni? " Qis menghampiri pokok ajaib tersebut. " Abang " Amira menyuakan buah itu ke mulut Baekhyun. Baekhyun menerima dengan rela hati.

 

" Waa~ neomu dalgumhae* "

" Matcheo*" Kata Qis. " Buah ajaib ni memang manis tau. Sampai satu jam kau akan rasa semua makanan manis. Masa kecil-kecil dulu kak Nita selalu bagi aku makan buah ajaib sebelum makan ubat " " Seriously? Wow, aku tak pernah tau pokok macam ni wujud ". Qis kagum.

 

 

Mereka terdiam apabila kedengan bunyi sesuatu menghampiri mereka. Bunyi itu semakin lama semakin dekat. " Bunyi apa tu? Harimau ke? " Tanya Qis. Pelbagai andaian yang bukan-bukan bermain di fikirannya.

" Isshh.. Kau ni " Amira menyiku sahabatnya itu. Mereka berdua bersembunyi di belakang Baekhyun. " Kalau harimau, aku harap dia gigit Baekhyun dulu. Aku nak jadi yang last " Qis mula mengarut.

" Qis! "

 

" Abang alif? Abang buat apa kat sini? " Tanya Qis lega. " Ku sangka harimau rupanya buaya darat " Qis sempat bermadah. " Kak Nita suruh abang cari kau orang. Kenapa kau orang lambat sangat balik? " Tanya Alif. Dia sudah cuba melengah-lengahkan masa tetapi terasa kurang sopan untuk berada di luar bersama anak dara orang pada lewat petang begitu.

 

" Qis, kita mati "

 


mweoya igeo = what on earth is this

neol..rideo.. halsuisseo? = you..rider.. can you do it? 

geureom. nal halsuisseoyo, naneun namjaya = of course. i can do it. i am a man

jinjja daine = what a relief

eodi = where

wenjjok = left

ye het? ye het mwoji? = yehet? what is ye het?

sehuni seutail.. cheoi maknae = sehun's style.. our maknae ( our here means exo ) 

kaja = let's go

do'ajuseyo = help me

nuguji? = who is that?

nabbeun saram = bad person

jeongmallo = really?

nal geu namjaga neomu shireo = i really hate that guy

yah imma, chugulle? = hey brat, wanna die?

neomu dalgumhae = so sweet 

matcheo = i know right

 

 

Hi Lighthoneys lovelies~~

It been a long time right? I am quite busy with coursework and assignments. 

should i reduce the amount of korean words? But it means i have to reduce baekhyun's dialogues. 

" Buah ajaib' in this chapteris true :) You can ask Google ajussi if you don't believe me. Serch for " Buah ajaib " 

 

I decided to encode ( add subtitle to a vid ) any exo's video. I searched for cut but others stans are too awesome. every video has it subtitles. so i didnt encoded any vid last night . hoho~

here is my baekkie's aegyo for you~

 

tumblr_my6mtzJ1Fg1t7mkguo6_250.giftumblr_my6mtzJ1Fg1t7mkguo5_250.gif

tumblr_my6mtzJ1Fg1t7mkguo4_250.giftumblr_my6mtzJ1Fg1t7mkguo3_250.gif

tumblr_my6mtzJ1Fg1t7mkguo2_250.giftumblr_my6mtzJ1Fg1t7mkguo1_250.gif

/dying/

who allows him to be this cute?? where is 5 + 5 tho. tao was like " this hyung is girly' while lay was like " how come he is a guy ". XD

Kris seemed to enjoy it so much tho. and i dony know why luhan was banging his head. XD 

 

tumblr_mxx6ojZTjN1s9w6wqo1_250.giftumblr_mxx6ojZTjN1s9w6wqo2_250.gif

 

 

he is a big liar. he is not in his twenty. he is 10 years old XD

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je