Lapan

변백현 : Byun Baekhyun

 

 

 

"Sya weo!!" Baekhyun rasa sangat teruja kerana sudah beberapa hari tidak mandi. Bau badannya juga makin ketara. " Kalau kakak aku tiba-tiba balik macam mana? " Amira mula rasa khuatir. Dia takut akan dimarahi oleh Anita. "Jangan risaulah. Lambat lagi dorang nak balik dari pekan tu. Sekarang ni kita papah Baekhyun ke bilik air," Qis mengambil lengan kiri Baekhyun lalu diletakkan di atas bahunya. "Untungnya aku kawan dengan kau. Aku.. I just can't .." Mata Qis berair kerana terharu. Dia tidak pernah menyangka dia akan dapat bertemu dengan bintang k-pop. Walaupun dia adalah sebahagian daripada Shawol, dia tetap menyukai grup kpop yang lain. 'Skinship' dengan Baekhyun! Tak pernah dia sangka akan berlaku dalam hidupnya.

 

 

"Abang tak boleh mandi sendiri tu. Kau nak mandikan abang ke?" Tanya Amira. "Kalau macam tu aku pergi ambilkan tuala dengan baju" tambah Amira lagi. 

 

" Huh? Okay. Lagi aku suka. " Qis ketawa kecil sebelum mula memapah tubuh Baekhyun. Amira beredar ke biliknya. Baekhyun melihat gadis yang sedang memapahnya. " Baekhyun-ssi, naneun paeni haeyo " aku Qis. Bibir Qis melengkung ke atas kerana terlalu gembira. " Paen? Ah.. Ne. " Senyuman Qis menakutkan Baekhyun. ' Boleh dipercayai ke perempuan ni? , tanya hati Baekhyun. Gadis itu masih lagi tersenyum. " Kisseu-ssi, noman? " Tanya Baekhyun. Dia tidak berani berdua-duaan dengan orang yang mengaku sebagai peminatnya di DALAM BILIK AIR. Lebih-lebih lagi dengan senyuman yang menakutkan di bibir Qis. Qis ketawa kecil.

 

 

" Ada ke patut dia panggil aku kisseu. Neh, naman " jawab Qis. " Igeneun jeongmal andwae " gumam Baekhyun. " Mee Ra-ah! Palliwa! Palli! Mee Ra-ah " laung Baekhyun apabila mereka berada di hadapan bilik mandi. Bilik mandi tersebut agak kecil dan hanya mampu memuatkan seorang pada satu masa. " Kenapa abang? " Amira muncul dengan baldi berisi kain pelikat ayahnya, tuala dan beberapa item lain. " Kenapa Qis? " Tanya Amira kepada Qis pula apabila tiada jawapan daripada Baekhyun. Qis ketawa kecil. " Aku rasa dia takut aku mandikan dia. Sorry aku tak boleh berhenti senyum daripada tadi sebab aku happy sangat. Maybe sebab tu dia takut dengan aku " kata Qis jujur. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Dia terlalu gembira. " Biar kita mandikan abang sama-sama. Jom bawa dia ke belakang " kata Amira lalu mencapai sebelah lagi lengan Baekhyun. ' Apalah budak berdua ni nak buat dekat aku', tanya hati Baekhyun.

 

 

 

" Kenapa pulak? " Tanya Qis hairan. " Kau ingat bilik air ni muat ke kita nak masuk bertiga? Kita mandikan dia kat belakang. Ada telaga " kata Amira. Qis kagum. " Ada telaga? Wow! Kenapa aku tak pernah tau? " Mereka membawa Baekhyun ke belakang rumah. " Wae? " Tanya Baekhyun. " Sekarang ni nak buat macam mana? " Tanya Amira. Qis menggaru kepalanya. " Takkan nak suruh dia tanggal baju pula. Aku tak sanggup. Nanti berdarah hidung aku " muka Qis memerah, begitu juga Amira. Mereka merenung badan Baekhyun, tidak tahu hendak berbuat apa. Baekhyun dapat memahami maksud renungan dua gadis itu. Kedua-dua belah tangannya bersilang melindungi badannya. " Andwae! " Baekhyun melarang dua gadis itu menanggalkan pakaiannya. Pipinya yang putih gebu mula bercela merah. Dia malu.

 

 

" Kita mandikan sajalah. Tak payah tanggal baju dia. " Putus Amira. Baekhyun kembali berpaut pada badan dua gadis itu apabila dia merasakan bahawa dia selamat. Amira mengeluarkan isi baldi yang dipegangnya lalu ditelangkupkan baldi tersebut. " Duduk " Amira menepuk punggung baldi tersebut, mengarahkan Baekhyun supaya duduk. Baekhyun akur. " Tak pecah ke baldi tu nanti, Mira? " Tanya Qis, prihatin. " Tak. Baldi ni bekas letak diesel. Ayah aku cuci sebab boleh guna lagi. " Terang Amira sambil berhempas pulas mengambil air daripada telaga tersebut. Dia memenuhkan tempayan besar itu lalu berpaling menghadap Baekhyun. Gayung berisi air di tangan kanannya dicurahkan di atas kepala Baekhyun perlahan-lahan. Baekhyun menadah tangan kepada Qis.

 

 

" Bagi dia sabun " arah Amira sebelum membasahkan Baekhyun berkali-kali. Qis memberikan sebuku sabun kepada Baekhyun. " Gomawo " lelaki itu menggosokkan sabun itu dikedua tapak tangannya untuk menghasilkan buih. " Hmm. Dalgi " Baekhyun meratakan buih itu di kedua belah lengannya dan di bahagian leher. Kemudian, kedua-dua belah tangannya merayap ke dalam bajunya. Pembersihan turut diperlukan di bahagian dalam bajunya. Amira berpaling membelakangi Baekhyun. Dia merasakn tidak sopan untuk melihat Baekhyun membersihkan dirinya. Baekhyun perasan tindakan Amira dan tidak boleh tidak, hatinya memuji kesopanan gadis itu. Baekhyun kembali membersihkan tubuhnya, terlupa kewujudan seorang lagi makhluk di situ. Qis tidak berkelip memandang Baekhyun. Air yang membasahi rambut uda itu menitik ke dahinya. Kemudian titisan yang sama menyentuh hidung comel itu.

 

 

Titisan itu beralih ke mulutnya..

 

 

Ke dagunya..

 

 

Ke lehernya..

 

 

 

 

" Yah! " Jerkah Baekhyun. Qis terlekat liur sendiri. Darah mula menyerbu mukanya. Pemandangan di hadapannya terlalu mengkhayalkan. Dia terasa seperti menonton iklan sabun. " Mi-mianhae " Qis menutup mukanya dengan telapak tangan. Baekhyun terkejut apabila berpaling ke arah Qis. Apa yang mengejutkannya ialah keadaan gadis itu yang ternganga tanpa berkelip melihatnya mandi. Amira turut berpaling apabila Baekhyun menjerkah Qis. " Mira, aku tak tahu macam mana kau boleh survive duduk serumah dengan dia. " Qis mula membuat perangai. Dia menangis kerana terlalu gembira. " Kau jangan nak buat perangai lagi Qis " larang Amira. " Aku naik dulu. Dah siap mandi kau panggil aku. Aku tak sanggup duduk sini lama-lama " Qis meninggalkan dua insan itu di situ. Amira tergeleng. " Sakit betullah kawan aku ni " komen Amira.

 

 

 

 

Amira mencapai botol syampu lalu dipicitkan ke atas tapak tangannya. Kemudian, dilumurkan pada rambut perang gelap milik Baekhyun. " Rambut abang cantik, macam anak patung " puji Amira lalu mengurut kepala lelaki itu. Baekhyun berasa sangat selesa. Kepalanya terasa ringan. Tiada suara kedengaran selepas itu kerana masing-masing tidak dapat memahami sesama sendiri. Baekhyun teringat memorinya di Korea. Rambutnya akan dijaga oleh 'stylist-nuna' dan dia tidak perlu risau tentang itu.

 

 

 

Begitu juga ahli kumpulannya yang lain. Mereka tidak perlu risau tentang apa pun kerana semua perkara akan diuruskan oleh pengurusnya dan staf-staf yang berkerja di bawah SM Entertaintment. Mereka selaku idola remaja hanya perlu mempersembahkan persembahan yang mantap, menjaga imej kumpulan, melayan peminat dengan baik dan harus bijak menangani peminat fanatik. Baekhyun adalah ahli yang paling tidak disukai oleh peminat fanatik mereka kerana sikapnya yang terlalu jujur.

 

 

 

 

 

Dia akan menegaskan apabila dia tidak senang dengan sesuatu dan dia tidak kisah apa yang orang akan cakap mengenai dirinya kerana dia sedar bahawa tidak selamanya dia dapat menjaga hati orang lain. Dia juga mempunyai kepentingan sendiri. Ada masanya dia akan rasa kagum dengan sikap Chanyeol, rakan sebiliknya di dorm. Chanyeol sangat menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi hati peminat walaupun dia dikutuk oleh peminat yang mengatakan bahawa Chanyeol berpura-pura dengan reaksinya yang sangat melampau. Pada suatu masa, Baekhyun tidak dapat memahami apa yang peminat mereka mahukan. Baekhyun mengeluh. 

 


Hai hello annyeong!

 

 

Thanks.

 

 

tumblr_mvv256QFMa1riirr8o3_500.gif

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je