Satu

변백현 : Byun Baekhyun

"RING DING DONG RING DING DONG," Qis menyanyi riang. Qis merupakan sahabat baik Amira yang berasal dari bandar. Atas alasan Qis memalukan keluarga mereka kerana selalu gagal dalam ujian akademik, dia dipaksa untuk bersekolah di sini. Pada mulanya Qis agak keberatan kerana apalah sangat yang ada dalam kampung pendalaman jika hendak dibandingkan denan bandar. Walaubagaimanapun, Qis tetap berasa gembira kerana dapat tinggal bersama neneknya yang lebih mengambil berat mengenai dirinya berbanding ibubapanya sendiri.

 

“Qis, diamlah. Kalau cikgu datang marah baru kau tahu,"Amira menasihati Qis supaya diam kerana suara Qis sangat menggangu ketenteraman awam dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan pencemaran bunyi. "Mianhae," Qis sempat menbuat ‘duckface’ untuk menagih simpati sahabat baiknya itu. “Qis..Qis..hantu cina manalah yang dah sampuk kau ni. Dari hari pertama kita kenal sampailah sekarang, kau asyik cakap bahasa cina saja dengan aku." Amira menggeleng kepala kerana dia merasakan bahawa perangai Qis tersangatlah mengarut dan tidak dapat diterima akalnya yang sihat walafiat.

 

“Aku cakap korealah, bukannya cina." Qis membela dirinya. Amira tersengih. "Apa-apa sajalah Qis. Asalkan kau bahagia," Amira meneruskan nota biologinya yang hampir siap. Mereka akan menduduki SPM tidak lama lagi. Bagi Amira, dia ingin mendapatkan pencapaian yang cemerlang supaya dapat keluar dari kampung ini. Dia sebagai satu-satunya anak dalam keluarga yang bersekolah, dia tidak akan sesekali menghampakan harapan ibubapanya.

 

"Mira, petang ni datang rumah aku boleh?" tanya Qis sambil menggigit hujung pensel. Amira berpaling ke arah Qis, “Kenapa?"

 

“Aku bosanlah duduk kat rumah tu. Dekat kampung ni sudahlah tak ada perkhidmatan wifi, phone pun tak boleh guna. Kau temanlah aku. Nanti aku cerita pasal Shinee. Nak tak?" tanya Qis bersungguh-sungguh. "Kau ni ada ke patut nak cakap pasal shining dengan aku," Mira seperti tidak percaya. Dia langsung tidak tahu menahu mengenai apa yang Qis sedang katakan. “Bukan Shining tapi Shinee!" Qis mula menyampah apabila nama grup kegemarannya dipermainkan. "Yalah. Mianhae." Amira mengajuk perkataan yang selalu Qis gunakan apabila dia melakukan kesalahan.

 

"Macam tu la kawan." Qis ketawa riang manakala Amira hanya tersenyum.

 

"Gembira nampak?" suara asing mula kedengaran.

 

"Kau ni penyibuklah, Adam! Pantang tengok orang senang," Qis merengus geram. Sejujurnya, dia sangat benci pada Adam kerana Adam tersangatlah kurang ajar dan selalu menggangu Amira. “Kau diam! Macamlah aku cakap dengan kau. Budak bandar berlagak!" tempelak Adam.

 

"Kau ni dah kenapa?" marah Amira. Dia tidak selesa apabila Adam berada berdekatan dengannya kerana dia tahu Adam menaruh hati padanya. “Jom Qis. Kita pergi tempat lain." Amira menarik tangan Qis untuk mengikutnya beredar dari tempat tersebut.  “Kau sombong dengan aku. Tak apa, Mira. Kita tunggu sajalah" Adam tersenyum sinis, membawa seribu makna.

 

 


 

 

 

“Dalam Shinee, aku paling minat Minho sebab dia handsome sangat. Yang tinggi inilah namanya Minho," Qis menunjuk ke arah dinding papan yang bertampal poster.

 

20130211_shinee_dreamgirl.jpg

 

 

 

 

"Minho?" tanya Amira. Qis mengangguk.

 

“Yup, Minho. Dia memegang posisi rapper." terang Qis lagi. “Posisi?" Amira ketawa.

 

“Kenapa kau ketawa pula?" tanya Qis tidak puas hati. "Tak adalah. Aku cuma rasa kelakar bila kau sebut posisi. Macam pasukan bola sepak" Amira ketawa lagi. Qis mencebik.

 

"Mianhae.. Mianhae.. sambung cepat," Amira cuba memujuk. Qis tersenyum lebar lalu meneruskan rancangan dokumentari mengenai asal usul kejadian Shinee. “Conclusionnya, bias aku dalam Shinee ialah Minho! Uri oppa! Woohoo!!" Qis terlebih teruja kerana ada teman yang sudi mendengar ceritanya. "Sekarang kau pilih bias kau" usul Qis dengan sengihan selebar telinga gajah.

 

"Kau ni mengarutlah, Qis. Tak minatlah aku." Amira cuba mengelak. "Alaa.. sportinglah sikit. Selagi kau tak pilih, selagi tu aku tak benarkan kau balik. NEVER!" Qis mengugut Amira supaya memilih ‘bias’. "Alaa..kau ni dah kenapa. Yalah. Grup lain tak ada ke?" tanya Amira.

 

“Ada! Kau jangan risau" Qis bergerak kearah rak bukunya lalu mencapai beberapa buah majalah. “Ini Infinite. Member yang paling hot..hah! L!" jari telunjuk Qis menunjukkan muka seorang lelaki yang mempunyai ‘smily eyes’. "Next!" arah Amira.

 

"L. Joe Teentop?"

 

"Next!"

 

"Jaejoong JYJ?"

 

"Next!"

 

"Yonghwa CNBlue?"

 

"Next!"

 

"Minhyuk BtoB?"

 

"Next!"

 

"Siwon Suju?"

 

 

"Next! Next! Next!"

 

"V BTS?"

 

 

"Dah la tu. Aku penatlah Qis" Amira mula berputus asa.

 

“Sabarlah Mira. Ada satu lagi grup aku nak tunjuk kat kau." Qis mula menyelongkar rak pakaiannya. Katilnya yang pada mulanya tersusun kemas kini sudah tiada rupa katil lagi. Majalah dan poster berterabur di seluruh bilik. “Aha! Ini dia" Qis sudah menjumpai poster EXO yang dia cari sejak tadi.

 

"ARGHHHHH!!!" Qis meraung kesedihan. “Kenapa?" tanya Amira dengan reaksi terkejut.

 

“Poster aku! Kena gigit tikus!" Qis menunjukkan poster EXOnya yang sudah hilang separuh. Amira ketawa kecil.

 

“Kelakarlah kau ni" Amira menampar lembut bahu Qis. “Qis! Kenapa menjerit tu? Dah waktu maghrib ni,” laung neneknya dari dapur.

 

“Alamak! Aku kena balik la QIs. Nanti ibu aku marah" Amira bimbang dimarahi oleh ibunya kerana balik lewat.

 

“Okay, Annyeong!" Qis melambaikan tangan ke arah Amira.

 

“Yalah. Ann-" Amira ketawa kecil. “Annyeong!" Amira turut melambai lalu memecut pulang.

 

Dia mengayuh basikalnya dengan penuh semangat waja. Selepas 10 minit berlalu, Amira akhirnya sampai di rumahnya.

 

“Baru nak balik?" tanya Anita sinis. Anita merupakan kakak Amira. Selain kakak, Amira turut mempunyai adik kecil yang bernama Adira. Amira hanya mendiamkan diri kerana dia tahu Anita selalu mencari alasan untuk bergaduh dengannya.

 

“Kau masuk sekarang! Dasar anak dara tak berguna. Dah masuk maghrib baru nak balik." Anita menjeling adiknya. Amira mengeluh.

 

“Amira! Anita! Tolong ayah! Cepat!" kedengaran suara dari belakang rumah. Amira berlari ke belakang rumah kerana berasa curiga. Kelihatan ayahnya sedang memapah seorang lelaki yang cedera teruk. Darah berlumuran pada bajunya. Terdapat banyak kesan calar dan luka pada tubuh badannya yang putih melepak.

 

 

“ Ayah! Anak cina mana yang ayah bawak balik ni? Kenapa dia cedera ?“ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
1-7 edited.

Comments

You must be logged in to comment
hujadyo_ #1
saya nak post cita ni boleh x kat wattpad? saya akan ubah sedikit watak. srs best
LovelyPurple96
#2
re -read this story for the third time ... auww rindu betul cter nie dengan watak baekhyun tu ..~T_T~
m_nanakim
#3
Chapter 25: alah habis pulak.....??? ToT...... best giler lah!! macam real giler!! wow!! totally imagineable & daebak! tetapi macam tergantung....huhuhu.....
chichisakura99 #4
Chapter 30: Author-nim!!!!! Bt la sequel. Best pulak citer ni
zaty_exoL #5
Chapter 30: Ala dh abis ke??wt la sequel or season 2..ff aqk mmg daebakk..mnjrit2 sye bcr sbb bygkn amira tu sye..jinjja daebakkk...btw bleh x sye nk amik cite awk??tp sye akn tuka skit..hope bleh ^^
shizuka_arumi
#6
Chapter 30: Habis dah ke....aku baru nak feels
Fallinlove #7
Boleh...x klu saye copy cite ni...lps tu..massukan kat fb...
Klu x boleh x pe...

Just tanye...
--bwoyaaaa
#8
Chapter 30: finished! Ala, kenapa ending dia tergantung? Tapi takpe la. Chapter Panas Terik pun jadi
--bwoyaaaa
#9
Chapter 4: I can imagine how Baekhyun played with the baby. Alala
--bwoyaaaa
#10
Chapter 3: Hahaha bull xD takleh blah je