Bercintan Jarak Jauh (bersama gugudan Sally)

Ramadan Equation SEASON 2: PKP (Perintah Kawalan Puasa)

PC dibuka dengan berhati-hati, logo Windows terpancar dengan latar belakang hitam. Nampak sangat ni komputer model lama. Tapi jangan menilai dar rupa. Ini Muhammad Husein Bin Abdullah lah. Pakar IT, pakar hacking lagi. Jaguh e-sukan dan gun jutawan~ Berkereta semua kat GTA, megah meyusuri jalan raya~ Ehem-

Tangan Hongbin menekan tetikus dengan kelajuan 90km/h dari kiri ke kanan skrin. Skrin retro yang tadi terus bertukar jadi Windows10. Sungguh tak ku sangka otak dia- Tapi sebenarnya yang set up semua barang dan PC ni kawan dia, bukan dia.

Tibeeeeee~ Ketika dia hampir menekan ikon PUBG di bawah ikon Mozila Fox, terkeluar notifikasi dari Skype.

"Ehh~ Dia Skype kite lahhhh.", gurau manja key-el si Hongbin sebelum menekan notifikasi untuk disambung kepada seseorang yang sedang menunggu. Kelihatan seorang gadis berambut ikal mayang dan berbaju kuning sedang tersenyum di skrin. Ayu wajahnya. Hongbin terkejut melihat si dia yang semakin cantik sejak belajar kat SEGi University kat Pulau Pinang.

"Assalamualaikum, Rindu.".

Bergetar tulang rusuk si Hongbin ni walaupun tulang rusuk kirinya nun jauh disono. Rindu lettew. Lalu Hongbin menjawab salam dengan senyumannya yang masin, " Waalaikummsalam, Cinta.".

"Abang Kongbini sihat?", soal gadis yang menongkat pipi kirinya sambil memuncungkan mulutnya yang munggil menawan.

Jari telunjuk Hongbin melingkar di atas meja macam tengah lukis ubat nyamuk Shilltox Atrack lalu menjawab, "Sihat Alhamdulillah. Sally sihat?".

Selama 3tahun sejak mereka bertentang mata di tepi tingkap, mereka menyulam cinta yang mekar mewangi macam lagu Hang Nedim and The Majestrit. Walaupun belum direstui oleh Haji Si Kyung, tapi keinginan untuk meminang Siti Saleha Binti Syukri Yahya itu ada. Sebab tu duit yang dia dapat hasil dari memang game e-Sukan anjuran Kementerian Belia dan Sukan tu dia simpan sebagai duit hantaran. Nawaitu nak meminang lepas Sally habis belajar tahun ni tapi gagal sebab Menteri dah umum tiada majlis perkahwinan dibenarkan tahun ni. Sobs~

"Alhamdulillah sihat, Bang.", jawab Sally sambil tersenyum manja. Kalau diikutkan Sally duduk kat rumah sewa dengan 5rakan yang lain. Sampai kadang-kadang tu ada migrasi dalam rumah ni. Selamat Sally masih dalam rumah ni. Dengan itu, Undilah Sally dalam Idol Camp 2020 ye puan-tuan. Ehem-

"Kat uni best tak?", soal Hongbin yang masih terpinga-pinga macam alpaca mencari padi. Alpaka makan padi ehh?

"Best tu best tapi rindulah kat Rindu...", ujar Sally yang bersuara manja membuatkan Hongbin cair meleleh cialeleh cialeleh~

"Rindu pun rindu kat Cinta. Cinta cinta Rindu tak?".

"Cinta pun cinta kat Rin-".

Belum sempat Hongbin nak bagi punchline cia cia cia pada Sally, tibeeeee ada seseorang memanggil Sally dari luar bilik. Kedengaran seperti suara perempuan. Ofkos lah perempuan, takkan lelaki pulak kan, duduk sampai 6 orang dalam rumah sewa?

Sally menoleh ke arah pintu yang terbuka sedikit lalu menjerit sekuat hati, "YEEEEEE AWAT?!".

"PUAN FEI NAK BUAT DISSCUSS PASAL ASSIGNMENT KAT PC NI!", jawab rakannya yang Si Penaip sendiri tak tau siapa.

"OKOK-", jawab Sally dengan penuh frustation yang terpancar dekat muka. Nampak sangat penat nak hadam apa yang dia belajar dekat alam maya. Dia kembali merenung ke kamera komputernya lalu memujuk Hongbin yang masih 몽, "Abang Kongbinie~ Sorry tau Sally tak boleh nak Skype lama-lama dengan Abang. Nanti kita sambung tau. Tau tau tau?".

Masih lagi terpinga-pinga tapi kontrol kegelabahannya, Hongbin menjawab dengan nada yang gentleman, " Takpe~ Nanti kalau free, kita Skype lagi (o)kay?".

Sally menggangguk faham lalu melambai tangannya sambil "Bye~", pada Hongbin. Begitu juga dengan Hongbin yang tidak mahu berenggang dengan kekasih hati. Tak tahulah sampai bila dorang ni nak "Bye~" sambil lambai ni. Agaknya sampai waktu berbuka nanti kot...

 

 

Usai sudah sesi lepas rindu dari mulut ke mulut busuk, Hongbin terus keluar dari bilik yang menjadi markas untuk menjalankan 'misi perang' di dalam skrin PC. Dia mula mengangkat kedua-dua tangannya, menginjak jari kakinya, menutup mata lalu 'menggeliat' (kata orang utghara). Lama sangat tu duduk atas kerusi kereta tu rasanya.

Secara tak sengaja, tangan kirinya terkena pada muka Ken yang baru pulang dari surau, siap berkopiah lagi. Habis hidung mancung Jamal Abdullah ni penyet dek tumbukkan Hongbin ni.

Hongbin sudah mengagak seseorang termakan 'buah duku' dia. Dengan perlahan dia memandang ke kiri dan terlihat Ken yang memandang serong padanya.

"Kau pernah rasa kasut saiz 10 tak?", sindir Ken yang nampaknya macam takde mood je tu.

Hongbin terus meraba wajah Ken yang lembut dan licin sambil merayu, "Alamak Bang Chik. Aku mintak maap sebab memang tak perghasan abang tadi. Sumpah-".

"SHHHHHHHHHHH~ SHHH~!!", getus Ken sambil mengibas libas tangan Hongbin. Dengan muka tak puas hatinya, Ken menyambung. "Start besok, bagi aku pinjam PC kau. Aku nak ajar budak-budak mengaji.".

Hongbin terpaku sebentar. Antara iya atau tidak. Tapi dia juga takut kalau perangai lama Ken yang mencarut kalah Bangla Karpet Viral tu datang lagi. "Abang Chik ambik lah. Tapi pakai username Bang Chik na...".

Dengan sekelip mata raut wajah Ken berubah senjadi tenang dan tersenyum manis. Tetapi apabila dia melihat Hyuk yang berada di hadapan televisyen, wajahnya kembali menjadi serius semula, "Ni yang si Hyuk ni dah ken-napa pulak?!".

Hongbin juga melihat Hyuk lalu menjawab, "Dia kalah main congkak kemarin dengan pompuan. Itu yang frust menonggeng budak T-rex ni.".

Seperti yang dikatakan oleh Hongbin, Hyuk masih lagi frust menonggeng, tangannya longlai menghampiri ke kaki, kepalanya diapik dengan cusion kerusi sambil menghadap television cerita drama Hindustan dan dia masih meroyan dengan suara yang sangat kecil dan perlahan, "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa~".

"Macam-macam lah si Pian ni.", ujar Ken sambil menggelengkan kepalanya. Dia memandang Hongbin semula sambil membetulkan hidung yang senget sebelah lalu dia masuk ke dalam bilik meninggalkan Hongbin yang masih terkial-kial mengenang apa yang bakal terjadi dengan komputer kesayangannya.

"Ya Allah, selamatkanlahhhhhh komputer aku, Ya Allah", rayu Hongbin sambil menadah tangan. Tak pernah tengok si kacang secuak ni. Hueheheh~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fluffyichigo
#1
Chapter 2: terjumpa secara tak sengaja but tak sangka ada cite macam ni lagi. i loike hahahaha
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
hanistar99 #4
Chapter 7: Takutnya dengan ustaz ken nie XD ermmm yang frust menonggeng nie hongbin ke tuu sebab laptop kena pinjam ngan ken hahaha
ROVIXAYEE_96
#5
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 7: Adoi!!! Lawak2!! Cara mengaji online yang perrhh!! Sya tak sangka Ken oppa nak solo debut,... Ala... Kan bagus kalau N oppa buat solo debut jugak lepas millitary niee... (I WANT IT!!) Tak pun tahun depan?
ROVIXAYEE_96
#7
Chapter 6: Wwaaauu bercinta jarak jauh... Awesome sangat... ape maksud "kasut saiz 10?"
hanistar99 #8
Chapter 6: Ya Allah cringey nya Husein lover ver XD goodluck Sally di Idol camp!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 5: Comelllyeerr mcm budak2! Polis bahagian narkotik tu perlu ada syarat lulus subjek sains ke? Hangpa xpernah dengar poon?
ROVIXAYEE_96
#10
Chapter 4: Ravi ternak kambing?? Wow... Memang padan dengan rupa macam Saudagar Kambing sungguhan! Eh- cakap indon la pulak... Amboi2!