「 ᴛᴀᴋᴅɪʀ 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN[ HARI KE TUJUH BELAS - 3 HARI SEBELUM KRISMAS ]
Malaikat maut yang diutuskan oleh Jihee mendayung perahu yang sedang membawa mereka dengan perlahan dan berhati-hati. Dayungannya juga sekata. Dia langsung tidak nampak penat. . . atau mempunyai sebarang perasaan.
Jihee sekadar mendiamkan diri sambil melihat refleksinya yang terdapat di air jernih tersebut.
Langit yang berada di atas mereka telah lama dicatkan dengan warna biru gelap yang hanya ditemani dengan bentangan bintang-bintang yang berkelipan.
Jadilah ini dia. . . inilah pengakhiran hidupnya sebagai Do Jihee.
"Urusan kau sudah selesai?" suara yang dalam itu membuatkan lamunan Jihee terhenti.
Jihee menoleh dan memandang kearah malaikat itu. Wajahnya masih tidak mempamerkan sebarang emosi dan tangannya masih ligat mendayung perahu mereka.
Jihee mengangguk, "terima kasih kerana memberikan saya masa".
Malaikat itu bagaikan tersentak dengan kata-kata Jihee. Dayungannya turut terhenti dan membuatkan perahu itu tidak stabil. Hampir-hampir sahaja Jihee terjatuh.
"A-Apa maksud kau!?" Teriaknya semula.
Jantung Jihee masih lagi berdegup kencang akibat situasi tadi. Nafasnya ditarik dalam-dalam untuk menenangkan perasaannya.
"Maksud saya, tuan ada banyak peluang untuk bawa saya bersama tetapi saya pelik kenapa tuan selalu lepaskan saya," terang Jihee. Matanya memandang tepat kearah mata malaikat tersebut yang jelas kelihatan cuak.
Jihee berdehem, "jadi kenapa tuan tak ambil saya terus?"
Kebolehannya yang tidak membenarkan dia tidur sepanjang dia berada di dunia nyata membuatkan otak Jihee ligat memikirkan soal-soal kehidupannya sebagai suatu entiti yang dinamakan roh.
Pelik juga Jihee bila memikirkan bagaimana dia boleh bangun di hadapan rumah Baekhyun. Walhal dia kemalangan di lebuh raya Daegu.
Selepas ditemukan dengan malaikat maut itu di tempat kerja Baekhyun barulah dia faham kenapa. Iyalah, kenapa perlu malaikat di hadapannya ini mengugutnya tentang waktunya yang hampir tamat. . . sedangkan dengan mudah sahaja dia boleh membawa Jihee pergi.
Malaikat tersebut kelihatan terkesima. Perahu yang telah lama berhenti di tengah-tengah lautan itu bergoyang-goyang akibat arus yang ada.
Suasana diantara mereka menjadi sepi buat seketika namun Jihee masih tetap tidak mahu mengalah. Matanya memandang tajam kearah malaikat itu.
Selepas beberapa ketika barulah malaikat tersebut mengalah. "Kerana aku pernah berjanji dengan Encik Byun untuk memastikan anaknya hidup bahagia,"
Mata Jihee membulat. Encik Byun. . . bapa Baekhyun!?
"Jadi tuan ni-"
Kata-kata Jihee dipintas laju oleh malaikat itu, "malaikat maut untuk bapa Baekhyun juga."
"Baekhyun!" Jerit Kyungsoo apabi
Comments