「 ᴘᴜɴᴄᴀ 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN[ HARI KE TIGA BELAS - 7 HARI SEBELUM KRISMAS ]
Pintu rumah ditutup dengan kasar lalu beg sandangnya dicampak ke atas sofa. Baekhyun meraup mukanya dengan kasar. Perbualannya dengan lelaki misteri sebentar tadi masih bermain di dalam kotak fikirannya.
Kyungsoo yang baru sahaja ingin memasuki biliknya sedikit tersentak dengan kelakuan kasar Baekhyun.
Dia berkira-kira ingin membiarkan sahaja lelaki itu tetapi melihat raut wajah Baekhyun yang kemerahan itu dia pasti ada sesuatu yang bermain dalam benaknya.
"Kau okey tak ni?" Soal Kyungsoo dengan nada prihatin. Tangannya mencapai bahu Baekhyun.
Tetapi belum sempat dia menyentuh lelaki itu, Baekhyun sudah terlebih dahulu menepis tangan Kyungsoo dengan kasar. Suatu jelingan tajam diarahkan kepada Kyungsoo.
"Kenapa kau tak bagitau aku?!"
Mata Kyungsoo membulat lantas suatu langkah ke belakang diambil selepas Baekhyun mengengkingnya tadi.
"A-Apa maksud kau.."
Meja kopi bersebelahan Baekhyun menjadi mangsa amukannya. Permukaan meja itu ditumbuk dengan kuat sehingga bergema bunyinya di seluruh penjuru rumah itu.
Sakit yang dirasa pada tangannya tidak diendahkan. Kini, hanya perasaan marah yang menguasai dirinya.
"Kau jangan buat tak tahu lah Kyungsoo!" Jerit Baekhyun sehingga menampakkan urat di lehernya. "Kenapa kau tak bagitau aku Jihee kemalangan sebab aku?!"
Kyungsoo diam. Lidahnya kelu dan otaknya masih tidak dapat memikirkan sebarang alasan yang dapat diberikan kepada Baekhyun.
"Aku, Kyungsoo— aku yang sebabkan Jihee kemalangan. Kan?" Nada suaranya direndahkan. Bahagian tekaknya terasa perit dalam setiap bait yang dia ucapkan.
Jihee yang dari tadi berada di dalam bilik Baekhyun, melangkah keluar apabila mendengar bunyi amukan Baekhyun sebentar tadi.
"Baek?" Mata Jihee memandang Kyunsoo dan Baekhyun silih berganti. Setahunya hubungan Baekhyun dan Kyungsoo sudah bertambah baik—
Atau tekaannya salah?
Mata Baekhyun sejak tadi meniliti Jihee. Bermula dari matanya yang bulat dan terhenti pada kesan calar di pipinya itu. Kesan itu membuatkan hati Baekhyun bertambah sakit.
Kata-kata lelaki itu tadi bermain-main dalam mindanya. Dia mati sebab kau!
"Kenapa korang berdua tipu aku?!" Baekhyun menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments