Chapter 2

Call Me Monster

 

Jisoo ternganga melihat susuk calon suami Chaewon buat pertama kalinya. Sekali lagi, dia berfikir lelaki itu adalah ahjussi yang berperut boroi dan sangat kaya. Tetapi tanggapannya meleset sama sekali kerana lelaki yang berdiri di hadapannya ternyata masih muda bahkan tinggi seperti atlet, berambut coklat tua serta sedikit keemasan,kulitnya yang putih dan kameja yang pasti dijahit khas itu terlekat pas dan indah di tubuhnya yang 'manly' dan ramping itu. Jisoo akui lelaki ini mempunyai kharisma tersendiri yang membuatkan semua orang pasti akan menoleh dua kali ketika berselisih dengannya.

Lelaki itu melepaskan Chaewon yang menempel dengan mesra di pelukannya, lalu melangkah mendekati Jisoo. "Dan ini mesti Jisoo," malah loghat suaranya begitu mempersona. Jisoo menyedari dia terngangah ketika Jongin mengulurkan tangan untuk bersalam, dengan gugup disambutnya jabatan itu, tangan lelaki itu sedang-sedang, tapi menggenggam tangannya dengan kuat. "Yes, inilah Jisoo, my dongsaeng." Chaewon berkata seolah-olah mereka adik-beradik yang sangat akrab. "Dan Jisoo, kenalkan ini calon abang ipar kamu."

Jisoo menganggukkan kepalanya, sedikit gugup apabila menyedari Jongin menatapnya dengan sangat tajam, sangat teliti, sampai dia tersalah tingkah. Ada yang tak kenakah dengan rambutnya? Bajunya? Atau pun Jongin sedang mencari kemiripannya dengan unninya tetapi tidak berhasil menemuinya?

"Hmmm, aku rasa umur kita tak jauh beza, betul tidak? Aku lebih suka kalau kau panggil aku Jongin daripada oppa." Gumamnya mendatar tanpa mengalihkan sedikit pun pandangan matanya ke arah Jisoo membuatkan gadis itu melihat ke tempat lain kerana tidak berani bertentangan mata dengan Jongin.

"Jongin..." Ulang Jisoo dengan nada rendah yang hanya dia saja yang mampu dengar.

"Guerae, oleh sebab korang dah berkenalan, boleh tak awak temankan saya mengelilingi rumah ni? Kita akan tinggal dekat sini selepas berkahwin, bukan? Dan wow, rumah ni sangat cantik Jongin."

Lelaki itu menatap Chaewon tanpa ekspresi. "Of course sayang. " Gumamnya, lalu menggamit lengan Chaewon. Jongin mengatakan sayang tapi kelihatan sangat dingin.

Tiba-tiba Jisoo merasa sedikit curiga terhadap Jongin, dia terlalu dingin dan tiada perasaan seperti suasana di rumah megah ini.

Chaewon menoleh ke arah Jisoo, "Jisoo nak ikut tak?" Soalnya dengan penuh kasih tetapi matanya pula sedang memberi amaran, dan Jisoo faham isyarat itu, Chaewon ingin berdua-duaan dengan kekasihnya dan tidak ingin Jisoo mengganggu.

Lagi pun, Jisoo tidak tertarik untuk melihat isi-isi di dalam rumah ini.

"Gwenchana, kalau boleh saya nak tunggu dekat sini saja," Jisoo mengamati segenap ruangan dan menemui rak buku yang penuh di dinding. Rasanya lebih seronok bila duduk dan membaca, kelihatan koleksi buku di rak itu sangat menarik, kalau dia diizinkan, dia ingin membacanya.

"Tapi kau akan tinggal dekat rumah ni juga, jadi adalah lebih baik kalau kau ikut sekali supaya lebih arif tentang rumah ni." Sahut Jongin tajam.

Kata-kata itu membuatKan Chaewon dan Jisoo sama-sama terkejut, rupa-rupanya Jongin sudah membuat kesimpulan yang salah selama ini tentang hubungan Chaewon dan Jisoo.

Chaewon dengan muka pucat segera menyahut, suaranya sedikit bergetar kerana gugup. "Sayang, awak dah salah faham, Jisoo tak akan tinggal dengan kita selepas kita berkahwin nanti."

"Wae?" Lelaki itu mengerutkan kening, kelihatan tidak senang. "She's your dongsaeng after all?"

"Ya...tapi...tapi..." Suara Chaewon hilang kerana kebingungan, "Tapi Jisoo lebih suka hidup sendiri, lagi pun dia ada pekerjaan tetap. Dia lebih selesa tinggal di rumah warisan orang tua kami, kan Jisoo?" sekali lagi Chaewon menatapnya dengan tatapan memberi amaran.

"Ya, betul." Jawab Jisoo pantas, selain kerana dia tidak ingin tinggal di rumah ini, dia juga tidak ingin Chaewon memarahinya kerana menganggu semua rancangan masa depannya.

Jongin menatap Jisoo dan Chaewon dengan tajam dan penuh perhitungan, lalu bergumam. "Well , kita bahas perkara ni nanti." Kata-katanya menunjukkan masalah tersebut sama sekali belum selesai.

Yah, rupanya selain dingin dan kaku, lelaki ini juga arogant.

"Baiklah, buat macam rumah sendiri. Nanti aku arahkan pelayan hantar segelas coklat panas dan pencuci mulut untuk kau sekejap lagi, Silakan kalau kau nak tengok TV." Matanya menunjuk ke arah plasma TV yang menempel di dinding yang langsung tidak Jisoo perhatikan kerana perhatiannya tertumpuh pada rak buku yang penuh itu.

Jisoo menatap Jongin dengan gugup. "Kalau boleh... Kalau boleh saya nak baca buku-buku di rak tu." Pintahnya perlahan.

Chaewon ketawa terkekeh seperti kanak-kanak. "Membaca?" Gumamnya dalam tawa, "Banyak-banyak benda yang ada dalam rumah ni dan kau pilih membaca?" Nada mencemuh kedengaran jelas di suara Chaewon sehingga pipi Jisoo memerah.Tapi Jongin hanya berdiri di situ dengan pandangan mendatar.

"At least dia pilih benda yang paling bermutu di antara semua." Kata-kata Jongin diucapkan dengan nada biasa, tapi maksud yang tersirat di dalamnya membuatkan ketawa Chaewon terhenti dan wajahnya merona malu, dalam rasa malunya itu, Chaewon melirik ke arah Jisoo dengan jengkel.

"Sure, bacalah apa-apa buku yang berkenan." Senyum tipis muncul di bibir Jongin, lalu merangkul bahu Chaewon, membawanya pergi ke luar ruang ramu.

Jisoo merasa sangat lega ketika ditinggalkan sendirian, dengan penuh rasa tertarik, diselusurinya buku-buku di rak raksasa itu. Kebanyakannya buku berbahasa asing. Ketika melimpasi buku-buku berkenaan bussiness, Jisoo tertarik ke sederetan buku sastera lama. Diambilnya salah satu buku, dan tersenyum.

Well, bila lagi dia berkesempatan membaca buku-buku lama ni secara percuma? Kerana sudah pasti dia tidak akan mampu membelinya.

 


 

Ketika dia melangkah masuk, matanya terlihat pemandangan indah terpampang jelas di hadapannya.

Jisoo, gadis itu tertidur di kerusi santai dengan sebuah buku terbuka di pangkuannya, sebelah lengannya longlai di sandaran kerusi dan kepalanya pula separa tertunduk ke bawah.

Dia tidak dapat menahan keinginannya untuk mengawasi lebih dekat. Dengan langkah perlahan dan tidak bersuara, seperti singa mengintai mangsa, didekatinya gadis itu. Dia berusaha sedekat mungkin, kerana hasratnya mendorongnya untuk lebih mendekati gadis itu.

Ah, betapa cantiknya wajah polos itu, kulitnya kemerah-merahan dan sangat lembut seperti bayi, membuatnya tergoda untuk menyentuhnya, menyusuri jari-jemarinya pipi itu. Matanya menyusuri seluruh keindahan di depannya. Sudah berapa lama dia menunggu saat-saat ini? Menunggu saat-saat gadis ini berada sangat dekat dengannya?

Ya, gadis ini membuatnya terjaga setelah ditidurkan dengan paksa sekian lama.

Akhirnya dia tidak dapat menahan godaan, dibongkokkan tubuhnya melingkupi gadis itu, kemudian bibirnya menyentuh bibir lembut gadis itu dengan halus tapi penuh hasrat.

"Kau milik aku, Kim Jisoo. Ingat itu."

 


 

"Kau milik aku Kim Jisoo, ingat itu."

Bisikan itu begitu lembut tetapi tegas, seperti dibawa oleh tiupan angin ke telinga Jisoo.

Jisoo terjaga, mengelipkan matanya sekali dan terus terduduk tegak. Matanya memandang sekeliling dengan bingung. Dia masih sendirian di ruang tamu itu.Tapi tadi jelas-jelas ada yang berbisik di telinganya, dan kata-katanya itu masih terngiang jelas.

Adakah dia bermimpi ?

Jisoo berkerut, lalu menyentuh bibirnya. Terasa hangat, seperti ada yang menyentuhnya tadi.

Jantung Jisoo berdegup laju. Adakah mimpi boleh terasa sejelas itu? Suara bisikan itu sangat real. Sentuhan di bibirnya juga masih terasa hangat.

Tapi... Tak mungkin ada orang masuk ke sini dan menciumnya begitu saja? Dengan putus asa Jisoo menatap buku di pangkuannya. Sebuah novel sastera romantik karya pengarang Rusia.

Ah, mungkin aku terbawa-bawa kisah novel ni, gumam Jisoo dalam hati, menarik nafas lega. Sekali lagi dia memandang sekeliling, ruang tamu masih sepi. Jisoo yakin dia telah tertidur cukup lama. Tapi Chaewon dan Jongin belum juga kembali.

Jisoo mengangkat bahunya. Well, mereka kan tak lama lagi akan berkahwin, mesti tak sedar akan masa jika sedang berdua-duaan.

Dengan perlahan Jisoo berdiri, berusaha meregangkan tangan dan kakinya yang kaku. Lalu dia berjalan sambil memerhati ruang tamu yang luas itu.

Ruangan tersebut memang disediakan untuk bersantai. Terdapat meja kerja yang sangat besar di sebuah sudut, tapi di sisi lain penuh dengan perabot dan kemudahan.

Dengan tertarik, Jisoo mendekati ke arah meja kerja Jongin. Ada sebuah bingkai gambar yang di letakkan dalam keadaan terbalik. Sengaja? Atau memang terjatuh? Jisoo mengambil bingkai gambar itu dan ditegakkan, matanya mengamati bingkai gambar di dalam sana, gambar keluarga. Gambar itu kelihatan seperti appa dan omma Jongin dan dua lelaki dalam lingkungan 10 dan 20 tahun, yang kecil itu tentu Jongin dan... hyungnya? Jisoo berkerut. Tapi kenapa kedua orang tua Jongin kelihatan seperti seperti orang Jepun? Dan hyungnya juga kelihatan familiar.

"Mereka keluarga angkat aku. Mereka yang jaga aku sejak appa dan omma meninggal dalam kemalangan jalan raya."

Suara yang muncul tiba-tiba di belakangnya itu membuat Jisoo terlonjak terkejut, memalingkan badan, dan tidak sengaja melanggar tubuh 'manly' yang berdiri di hadapannya.

Jongin langsung memegang kedua bahu Jisoo, menahannya agar tidak terjatuh. "Mian, aku dah buat kau terkejut." Gumamnya datar.

Jisoo mengangguk, mengundur ke belakang, melepaskan diri dari pegangan Jongin.

"Jwisonghamnida, saya tak minta izin, saya ternampak gambar ini dan tertarik..."

Jongin mengangkat bahu. "Gwenchana, mereka ialah orang tua dan hyung yang aku sangat sayangi. Aku dah anggap mereka sebagai keluarga kandung aku sendiri."

Jisoo tersenyum kosong, setidaknya Jongin lebih bahagia darinya. Lelaki itu kehilangan kedua-dua orang tuanya tapi tetap merasakan kasih sayang dari keluarga barunya. Sedangkan dia? Masih mempunyai unni, tapi langsung tidak ingin bertanggungjawab.

Bercakap tentang unninya, di mana dia? Jisoo mengalihkan pandangan ke belakang lelaki itu tapi Jongin memang datang sendirian.

"Chaewon tengah tunggu kat ruang makan, aku cuma nak ajak kau makan tengah hari bersama-sama." Beritahu Jongin, menyedari kebingungan Jisoo, lalu memalingkan tubuhnya, "Kajja, kita ke ruang makan."

Mahu tidak mahu Jisoo mengikuti Jongin melangkah ke ruang makan, lelaki itu lalu melambatkan langkahnya sehingga boleh berjalan bersebelahan dengan Jisoo.

"Do you like it?"

"Yeh?" Jisoo terlalu terkejut mendengar pertanyaan Jongin yang tiba-tiba sehingga tidak dapat mencerna kata-kata lelaki itu.

Jongin tersenyum tipis. "Di antara buku-buku tu..."

"Ah neh," Jawab Jisoo terburu-buru. "Saya jumpa banyak buku-buku lama yang sukar ditemui sekarang. Tadi saya terlalu leka membaca sehingga tertidur." Pipi Jisoo merona merah.

Jongin menoleh dan menatap Jisoo. "Tapi tak ada yang pelik terjadi dekat kau, kan?"

Jisoo termenguh, soalan apakah?

"Pelik?" Ulangnya bingung.

Jongin mengalihkan tatapannya.

"Sudahlah, lupakan." Lelaki itu melangkah mendahului Jisoo, meninggalkan Jisoo termenguh kebingungan.

Pelik? Apa maksud Jongin?

 

Bersambung...


 

 

Thanks! Dah baca sampai bawah :)

See ya next chapter~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!