Chapter 6

Call Me Monster

Jongin melangkah memasuki biliknya, letih. Jisoo sudah tidur, doktor terpaksa memberikan ubat penenang kerana gadis itu tidak berhenti menangis.

Jenazah Chaewon pula sudah dibawa ke rumah sakit oleh pihak polis untuk pemeriksaan lebih lanjut. Para pelayan bergerak pantas dengan instruksi Takuya, karpet yang penuh darah terus diganti dan disimpan bersama barang-barang lain yang diminta untuk diserahkan kepada pihak polis. Selain itu, barang-barang Chaewon yang masih tersimpan di biliknya dibersihkankan dan dikemas dalam satu kotak. Sekelip mata saja rumah itu kembali seperti semula, seolah-olah tidak ada yang mati beberapa saat yang lalu di sana.

Ada masalah sedikit dengan wartawan, Jongin mengerutkan keningnya. Laju saja mereka berpusu-pusu ke rumahnya, cuba mencari berita seperti semut mengeremuni gula. Tapi pengawasan rumahnya yang ketat menyebabkan wartawan-wartawan itu hanya bertahan sampai ke pintu gerbang. Jongin hanya mengizinkan wartawan yang memperoleh kualifikasi dari pihak polis saja untuk membuat liputan.

Sekarang Jongin berdiri di depan cermin mengamati wajahnya dengan tajam.

Figura di cermin itu tersenyum kejam sedikit mengejek. "Bravo. Lakonan yang sangat hebat, Jongin." Gumamnya lalu ketawa.

"Yah! Saekkiya!" Jongin memaki, tidak mampu menahan kemarahannya.

Kai terkekeh, tidak mahu berpura-pura menyembunyikan kepuasannya. "Jangan marahkan aku, bukankah aku menolong kau? Kau tahu sendiri kan, kemarin Chaewon sendiri melihat album gambar yang penuh dengan gambar-gambar Jisoo sejak dia berusia enam tahun sampai sekarang."

"Tapi tak perlu sampai membunuhnya!" Desis Jongin geram.
Kai mengangkat bahu, "Jadi apa yang harus kita lakukan untuk menutup mulutnya? Kalau dia menyiasat sedikit lebih dalam lagi, dia pasti akan menemukan semuanya, maksud aku semuanya Jongin. Termasuk apa yang kita lakukan pada harabeoji dan halmeoni Jisoo dan kau rasa apa yang akan terjadi kalau Jisoo dapat tahu? Aku melepaskan kau dari kesulitan dengan mengambil jalan termudah, Jongin. Kau seharusnya berterima kasih dekat aku." Gumam Kai sombong.

Jongin menatap geram pada bayangan di depannya, "Kata-kata kau semuanya dusta! Kau kata 'apa yang kita lakukan pada harabeoji dan halmeoni Jisoo?' Kau seorang saja yang lakukan! Kau dengan kegilaan kau yang tak berperikemanusiaan dan jangan berlagak seolah-olah kau menyelamatkan aku! Kau hanya menyelamatkan diri kau sendiri!"

Senyuman Kai tidak pudar walau pun dibentak seperti itu malah semakin lebar. "Menyelamatkan kita berdua. Ingat itu Jongin, kita berdua." Gumamnya puas membuatkan Jongin kehabisan kata-kata. "Aku tak berniat nak bunuh harabeoji Jisoo tapi dia mula sedar tentang kita dan ingin membawa lari jauh Jisoo. Jadi aku harus menyingkirkannya. Tentang halmeoni Jisoo pula, dia terlalu ingin tahu, sama seperti Chaewon. Mengorek-ngorek informasi mengenai kematian suaminya. Jadi aku harus bertindak. Sememangnya kau ada cara lain?"

Jongin terdiam mendengar pertanyaan Kai membuatkan ketawa Kai semakin kuat. "See ? Kau tidak mampu membantah. Kau seharusnya berterima kasih pada aku," Kai terdiam menunggu. Tapi Jongin tidak memberi respon sehingga Kai terkekeh lagi, "Ah, percuma mengharapkan terima kasih dari kau." Tatapan Kai berubah tajam ketika dia mula berfikir, "Sekarang Chaewon dah lenyap, segalanya akan lebih mudah untuk mendapatkan kekasih aku."

"Dia bukan kekasih kau!" Potong Jongin marah.

Kai menatap Jongin penuh perhitungan lalu tersenyum, "Cemburu Jongin? Kau juga menginginkan dia kan? Aku tahu itu, tak ada yang mampu kau sembunyikan dari aku. Aku dapat merasakannya, perasaan ingin memiliki ketika kau menatap Jisoo dari jauh," Ketawa Kai bergema di ruangan itu. "Kita tengok saja nanti. Siapa yang akan membuatkan Jisoo jatuh cinta, sama ada dia jatuh cinta kepada kau dengan kekakuan kau yang membosankan tu atau kepada aku dengan segala pesona aku."

Ucapan itu bagai sebuah janji, menggema dari sudut yang gelap, janji yang menakutkan…


 

Ketika Jisoo bangun, terasa masih seperti mimpi, dia mandi, berpakaian dan berjalan seperti robot, berkerut ketika menyedari bahawa bagasinya memang benar-benar tidak ada. Dia harus pergi dari rumah ini, segera. Selain kerana dia sudah tidak layak berada di rumah ini lagi, bayangan akan tubuh Chaewon yang terlentang ngeri di bawah tangga dengan mata membuntang ketakutan yang amat sangat itu...

Jisoo menggeleng-gelengkan kepalanya cuba menghilangkan fikirannya yang mula melayang jauh. Suara kecoh di luar membuatnya tertarik, dia melangkah ke pintu dan mengintip. Para pelayan nampak sibuk ke sana ke mari.

"Kau dah boleh bangun rupanya."

Suara itu membuatkan Jisoo terlonjak terkejut. Dia menoleh dan melihat Jongin bersandar di dinding lorong dengan berpakaian suit hitam, Jongin berdiri dan menatap geli ke arahnya.
Jisoo menghembuskan nafas panjang. Hah, lelaki ini memang sangat suka membuatnya terkejut.

"Ah neh, ehm sa..saya—"

"Hari ni pemakaman Chaewon, wartawan ada sangat banyak di luar sana, dan aku sarankan kau tak payah ikut. Semuanya sudah diurus." Sela Jongin seolah-olah tidak tertarik dengan kata-kata Jisoo.

Jisoo menelan air liur, kenapa lelaki ini nampak sangat dingin? Bukankah Chaewon adalah calon isterinya? Setidaknya bukankah seharusnya ada setitik perasaan sedih yang tersirat di sana?
"Saya, ehm...dah fikir masak-masak untuk segera pergi dari rumah ni," Gumam Jisoo lemah, entah kenapa kehadiran Jongin yang hanya berdiri di sana terasa begitu mendebarkan.

"Wae?" Jongin mengerutkan keningnya.

"Sebab saya dah tak layak tinggal sini. Lagi pun saya memang tak merancang mengambil cuti terlalu lama."

"Andwae." Suara Jongin berubah, kelam dan gelap. Ekspresi wajahnya pun berubah, seolah-olah orang lain yang berdiri di situ.

"Yeh?" Jisoo mengamati wajah Jongin, tiba-tiba dia merasa takut entah kenapa.

"Kau tak boleh pergi dari rumah ni." Lelaki itu melangkah maju dengan pandangan mengancam.

Jisoo mengundur ke belakang dengan gerakan refleks, "Geundae wae?"

"Sebab..." Lelaki itu mengerutkan keningnya, sedang berfikir, "Para wartawan masih berkeliaran mengawasi rumah ni. Mereka akan menyerang kau seperti pirana berebut mangsanya kalau mereka dapat tahu tentang kau."

"Geundae... mereka tidak tahu tentang saya. Saya akan menyelinap diam-diam pada waktu malam. Mereka mungkin akan menganggap saya sebagai salah satu pelayan di rumah ni."

"Jangan merendahkan diri kau." Jongin mengerutkan keningnya, tidak suka apabila Jisoo menyamakan dirinya sebagai pelayan, "Chaewon dah pergi, jadi tak ada yang mampu merendahkan diri kau lagi. Aku pastikan itu."

Jisoo menatap Jongin dan mengerutkan keningnya lagi. Lelaki itu nampak berbeza, dia nampak menakutkan. Dan dia mirip dengan lelaki yang berada di dalam mimpinya. Lelaki yang mengatakan bahawa namanya adalah Kai. Tiba-tiba perasaan takut menyelimuti Jisoo dan nampaknya Jongin mengetahuinya. Entah kenapa lelaki itu nampaknya mampu mengesan ketakutan dalam diri Jisoo.

"Jisoo?" Ada senyuman di situ, senyuman yang lembut tetapi nampak menakutkan, "Kenapa wajah kau pucat? Kau teringat sesuatu?" Lelaki itu melangkah maju, semakin dekat.

"A-ani. Saya cuma terasa pening." Ya, memang betul. Semua yang terjadi membuatkan kepalanya pening.

"Oleh sebab tu lah kau tak boleh pergi dari rumah ini dulu. Aku tak izinkan." Jongin berhenti mendekati Jisoo kemudian melangkah ke belakang. "Take a rest."

Dan dengan tenang lelaki itu melangkah pergi. Meninggalkan aura ketakutan memancar di belakangnya.


 

"Kau mesti sebarkan khabar tu kepada para wartawan." Jongin berkata dingin kepada seseorang di seberang telefon. "Sebarkan khabar bahawa Chaewon mempunyai adik tiri. Selama ini dia telah menipu tentang latar belakang hidupnya. Dia bukanlah lahir dari keluarga yang kaya raya."

"Umpan para wartawan datang menyerbu rumah tu?" Itu suara Yongguk, salah satu anak buah kepercayaan Jongin yang sangat setia.

"Buat apa saja kekacauan. Aku akan memastikan Jisoo tahu tentang tu semua nanti."

"Algaseumnida. Para wartawan pasti akan berpesta malam ini."

"Geurae." Jongin tersenyum. "Lakukan dengan baik."

Telefon ditutup dan Jongin menghelah nafas. Dia harus mempertahankan Jisoo di rumah ini. Setidaknya sehingga dia mampu mengambil hati Jisoo dan sehingga Jisoo tertarik kepadanya dan tidak mahu pergi atas kemahuannya sendiri.

Tapi nampaknya hal itu tidak semudah yang dikatakan. Ketika Kai muncul dan menguasai tubuhnya, Jisoo nampak ketakutan. Jongin memperhatikan semuanya ketika Jisoo melangkah ke belakang dengan refleks untuk melindungi dirinya dari aura Kai yang mengancam.

Dia menatap ke arah cermin dan melihat bayangannya. Bayangan yang dalam benaknya kini sedang tersenyum mengejek dan jahat, itu senyuman Kai.

"Dia tidak menyukai kau. Kalau kau tak nak dia lari ketakutan, kau harus mengalah."

Kai tersenyum sinis, "Dan kau ingat dia lebih menyukai kau?"

"Dia lebih tenang kalau aku yang ada di depan dia." Jongin menatap Kai tajam. "Aku sedang berusaha membuatkan dia bertahan di tempat ni. Jadi jangan masuk campur!"

Kai terkekeh mendengar perkataan Jongin. "Terserah." Lalu bayangan lelaki itu ghaib dalam kegelapan dan Jongin menatap kembali wajahnya sendiri di cermin. Menghembuskan nafasnya dengan kesal.

Jongin tidak memiliki Kai di dalam dirinya sejak lahir. Dulu dia anak yang normal dan biasa-biasa saja. Kemudian ketika usianya enam tahun, di saat kedua orang tua kandungnya masih hidup, Jongin mula merasakannya. Ada sesuatu yang gelap dan menakutkan tumbuh di dalam dirinya. Sesuatu yang kejam dan mengerikan.

Dia pernah tersedar ketika memegang seekor arnab yang telah dibunuh dengan kejam. Tangan dan kakinya dipotong, begitu juga mata serta organ dalaman tubuhnya yang terkeluar, berciciran di tanah. Jongin yang masih berumur tujuh tahun tersentak dan membuang arnab itu ke tanah lalu berlari ketakutan. Rupanya itulah pertama kali Kai muncul dan menguasai tubuhnya.

Kejadian-kejadian lain tidak kalah ngerinya. Kai selalu membawa aura kemarahan dan kebencian. Dan selalu muncul di saat-saat yang tidak diduga.

Ketika masih sekolah, Jongin selalu digantung sekolah atas hal-hal kejam yang dia tidak tahu, memukul teman sekelasnya dengan pembaris logam, menggores pipi pelajar perempuan dengan pisau cutter, membunuh anjing peliharaan penjaga sekolah yang selalu mengonggonginya... dan semua yang terjadi, Jongin tidak sedar pernah melakukannya.

Jongin kebingungan, merasa difitnah dan diperlakukan kejam oleh orang-orang di sekelilingnya. Semua orang takut kepadanya. Sedangkan eommanya sendiri mula takut kepadanya dan menjauhinya, bersikap gugup kalau Jongin ada bersamanya. Begitu juga habeojinya, yang memang sejak dahulu bersikap dingin. Meskipun ada perubahan besar dalam diri habeojinya, lelaki itu dulu sangat kejam dan tegas, dia tidak segan-segan memukul Jongin kalau Jongin melakukan sesuatu yang salah menurutnya dan tidak sesuai dengan standarnya tetapi nampaknya habeojinya sudah berhenti memukulnya.

Pertama kali Kai berkomunikasi dengan Jongin adalah suatu malam ketika dia berusia sepuluh tahun. Jongin melihat bayangan di depannya mampu membalas perkataannya. Dan memperkenalkan diri.

"Aku Kai." Katanya waktu itu. "Boleh dikatakan kita berkongsi tubuh yang sama."

Lalu semuanya jelas bagi Jongin, Kai lah yang melakukan semua kekejaman itu. Kai adalah 'the dark side' dirinya, alter egonya yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lelaki itulah yang dirasakannya menyelinap bagai bayangan gelap dan menakutkan bertahun yang lalu, seakan menunggu saat untuk meledak dan menguasainya.

Jongin tidak mahu Kai menguasai dirinya lalu merosak hidupnya. Jongin dengan sekuat tenaga berusaha mengubur Kai dalam-dalam, mengendalikannya dan membuatnya tertidur jauh di dalam dirinya. Sehingga satu saat kedua-dua orang tuanya mati dalam kemalangan dan Jongin diambil oleh keluarga angkatnya sehingga dia berusia 21 tahun dan boleh menerima warisan keluarga mengikut hukum. Mereka telah memberikan suasana keluarga yang hangat dan menyenangkan bagi Jongin, jauh dari suasana dingin dan kaku yang ada di rumah Jongin sebelumnya.

Nampaknya Kai sendiri menyedari kebaikan keluarga angkat itu kerana dia jarang muncul untuk memberontak dan mengganggu. Semuanya berjalan lancar sampai satu masa entah mengapa Jongin terleka dan Kai berhasil menguasai tubuhnya semula. Lalu berlakulah sebuah kejadian yang membuatkan mereka sama-sama terobses kepada Jisoo.

Obsesi itu yang membuatkan Kai semakin lama semakin kuat dan mampu muncul bila-bila masa saja mengikut kehendaknya sendiri. Keinginan Kai memiliki Jisoo begitu kuat sehingga Jongin sendiri tidak mampu menahan Kai dari terus menguasainya.


 

Kai memasuki bilik Jisoo dengan langkah tenang dan tidak kelihatan seperti yang biasa dia dilakukan kalau dia menyelinap ke bilik gadis itu.

Jisoo tertidur dengan lelap, mungkin ubat penenang dari doktor itu membuatnya tenggelam dalam mimpi yang dalam. Bagus. Itu bererti Kai mampu berbuat sesuka hatinya.

Lelaki itu duduk di tepi katil dan menyentuhkan jemarinya menyelusuri pipi Jisoo. Benarkah gadis ini takut pada aku? Tapi kenapa? Rintih batin Kai. Jisoo adalah satu-satunya gadis yang melihatnya apa adanya. Mata polos itu dulu pernah menatapnya, menatapnya dengan perhatian ketika dia telah membunuh orang dengan mengerikan.

Malah Jisoo waktu itu menawarkan plester untuk merawat lukanya. Padahal Kai saat itu sudah bersiap sedia membunuh Jisoo. Baginya tidak jadi masalah membunuh budak kecil, apa lagi budak kecil yang merupakan saksi kepada kekejamannya. Tetapi dia mengurungkan niatnya kerana budak kecil itu menawarkan plester untuk menyembuhkan lukanya. Sebuah tindakan yang bodoh tetapi menyentuh hati Kai yang gelap. Dan pada hari itu, Kai menyedari bahawa dia harus memiliki Jisoo. Dia sanggup melakukan apa saja ntuk memiliki Jisoo. Gadis itu memberikannya kekuatan. Semakin lama semakin kuat. Hingga mungkin dia mampu menyingkirkan Jongin dari tubuh ini dan menguasainya sepenuhnya.

Kai menunduk dan mengucup bibir Jisoo yang sedang tertidur lena. Bersyukur atas ubat penenang yang diberikan oleh doktor itu sehingga Jisoo tidak akan sedar kalau dia bertindak sedikit lebih jauh. Lalu jemarinya membuka kancing kemeja Jisoo.

Kalau berhubungan dengan gadis, Kai hanya mengetahui satu hal, nafsu. Dia tidak pernah tahu cara lain untuk menggambarkan perasaannya kepada perempuan.

Bibirnya turun ke leher Jisoo, menikmati wangian gadis itu yang menggoda seluruh saraf tubuhnya. Dan Kai mengucupnya dengan menggoda, mengucup lebih dalam, melumat kulit halus itu hingga meninggalkan tanda kemerahan di sana, membuatkan Jisoo sedikit menggeliat dan mengerutkan kening dalam tidur lenanya. Dia menegakkan tubuh dan tersenyum puas melihat hasilnya. 

Dengan tenang dia mengancingkan semula pijama Jisoo dan mengemaskan semula selimutnya. Dalam senyuman dia mengucup bibir Jisoo untuk kali terakhir sebelum meninggalkan gadis itu terbaring lelap di katil.

Sekarang belum tiba saatnya memiliki Jisoo. Nanti, kalau waktunya sudah tepat. Kai akan mengambil Jisoo, menundukkannya, menguasainya dan mempermainkannya sesuka hatinya sampai dia bosan.


 

Ketika Jisoo terbangun keesokan harinya, hujan turun dengan deras di pagi hari yang muram itu. Menghentamkan air ke jendela kaca biliknya membuatkan suasana semakin gelap dan suram. Jisoo melangkah turun dari katil. Pelayan kebiasaannya sudah datang dan menyiapkan peralatan mandiannya tetapi kali ini tiada seorang pun yang datang. Jisoo berfikir mungkin Jongin memerintahkan mereka untuk tidak mengganggu tidurnya.

Dengan longlai, masih dalam keadaan mamai, Jisoo melangkah ke dalam bilik mandinya. Dia melepaskan pijamanya dan berdiri di bawah pancuran air hangat. Dia tidak ingin berada lama di bilik mandi, oleh sebab itu dia sama sekali tidak melirik ke arah bathtub. Selesai mandi dan terasa segar akibat siraman air hangat ke tubuhnya, Jisoo berdiri di hadapan cermin dan mengambil berus gigi dari tepi wastafel. Dia mula memberus giginya dan terpaku.

Jisoo terpaku melihat bayangan yang terpantul di kaca bilik mandinya. Di bahagian lehernya ada tanda merah yang sudah sedikit biru. Dengan bingung digosoknya tanda itu, tidak sakit. Adakah bekas gigitan serangga? Kenapa tidak terasa gatal dan sakit?

Lama Jisoo mengerutkan keningnya sambil memandang tanda itu. Tetapi kemudian dia menarik nafas dan menyambung menggosok giginya. Mungkin hanya ruam di kulitnya yang sudah sembuh, fikirnya dalam hati.


 

Jongin meminta Jisoo datang ke ruang keluarga apabila selesai sarapan, jadi Jisoo menurutinya walau pun tidak mahu, berdua-duaan dengan lelaki itu terasa sedikit mendebarkannya. Tetapi tentu saja Jisoo tidak boleh menolaknya.

"Mari sini." Lelaki itu duduk di sofa dan menepuk tempat di sebelahnya dengan ramah, membuatkan Jisoo mahu tidak mahu mengambil tempat duduk di sebelah Jongin.

Di depan mereka ada sebuah televisyen besar yang sedang menayangkan berita terkini.

"Cuba tengok berita tu." Gumam Jongin mendatar.

Jisoo melihat berita itu dan berkerut. Para wartawan sedang berdiri di hadapan tempat yang dia kenal. Tempat itu... tempat itu adalah rumahnya! Rumah tempat tinggalnya dengan harabeoji dan halmeoninya. Kenapa para wartawan berdiri di depan rumahnya?

"Entah dari mana mereka dapat tahu tentang Chaewon yang selama ini membuang keluarganya dan memalsukan latar belakangnya." Jongin bergumam sambil mengamati berita di TV itu, "Dan sekarang mereka menyerbu rumah kau untuk menyelidik semua kebenaran tu. Nasib baik rumah tu kosong sebab kau ada dekat sini, kalau tak mereka pasti akan menyerbu kau."

Jisoo masih terpaku. Tiba-tiba merasa takut. Para wartawan itu sama persis seperti yang dikatakan Jongin, mereka seperti pirana yang kelaparan, berusaha mengejar mangsa mereka. Hidupnya dulu tenang dan Jisoo selesa berada di dalamnya, kenapa hidupnya boleh berubah seperti ini?

Jongin menoleh dan menatap Jisoo yang masih terdiam, "Mereka juga berusaha mengejar aku tapi mereka tak mampu melimpasi pagar rumah aku. Kalau kau mengintai jauh di luar sana, kau boleh nampak beberapa buah kereta di  luar, mengintip dan berusaha mendapatkan informasi walau sekecil apa pun." Jongin menarik nafas panjang, "Mereka tak tahu kau ada di rumah ni jadi kau boleh berlindung di rumah ni untuk sementara, sampai para wartawan tu tenang."

Jisoo menghelah nafas panjang. Dia sungguh ingin pergi dari rumah ini. Perasaannya tidak sedap dan dia merasa tidak layak berada di rumah ini. Jongin bukan siapa-siapanya dan tinggal di sini terasa mengganggu fikirannya. Tetapi kalau situasinya sudah seperti ini, nampaknya dia tidak mampu menolak bantuan Jongin bukan?

Jisoo menghelah nafas panjang lagi, berusaha mencari cara untuk mengelak. Ditatapnya Jongin dengan ragu, "Mungkin saya boleh cari kawan yang bersedia menolong saya untuk sementara waktu."

Jongin terkekeh, "Aku yakin kawan-kawan kau semua tak ada pagar yang kukuh dan ketat pengawasannya seperti pagar aku. Kau tentu tak nak mengganggu kehidupan mereka dengan serbuan wartawan kan? Wartawan tu tak akan berhenti Jisoo, kau adalah berita panas yang mereka kejar dan mereka tidak akan berhenti sampai mereka mendapatkan kau."

JIsoo mengerutkan dahinya  "Tapi saya rasa tak layak tinggal di rumah ni. Saya bukan siapa-siapa awak dan—"

"Anggaplah aku sebagai kawan kau, arra? Rumah ni besar dan boleh menampung kau. Kau akan aman di sini. Tidak ada yang tahu kau di sini. Dan aku sendiri tidak merasa beban oleh kau dan kau boleh pergi setelah keadaan menjadi aman." Jongin tersenyum lembut, "Aku akan menjaga kau Jisoo."

Dan entah kenapa Jisoo menyedari ada kejujuran yang tulus di sebalik kata-kata Jongin itu.

Tetapi Jongin yang sekarang yang makan malam bersama Jisoo sangat berbeza. Lelaki itu berubah, menyebarkan aura ketakutan yang sama seperti yang dirasakan Jisoo beberapa waktu yang lalu. Lelaki itu diam sepanjang makan malam yang hening. Dia hanya melirik Jisoo dengan tatapan tajam yang sedikit menakutkan beberapa kali. Membuat Jisoo merasa tidak selesa.

Jongin tidak berusaha memulakan percakapan, oleh sebab itu Jisoo juga mendiamkan diri. Membiarkan para pelayan melayani mereka dengan hidangan pembuka, hidangan utama dan kemudian hidangan penutup. Ketika sajian penutup sudah selesai dihidangkan, Jisoo menatap Jongin dengan gugup yang mula menuangkan minuman anggur ke gelasnya. "Saya rasa...saya nak masuk bilik dan beristirehat."

Lelaki itu diam saja, menghirup anggurnya dan menatap Jisoo tajam dari atas gelasnya. Semakin lama aura lelaki itu terasa semakin menyesakkan dadanya.

Jisoo meletakkan napkin'nya dengan berhati-hati lalu menganggukkan kepalanya kepada Jongin dan dengan langkah laju melangkah keluar dari ruang makan itu. Dia berusaha secepat mungkin keluar dari sana, membebaskan diri dari suasana yang menyesakkan dadanya. Dia sudah berjaya membuka sedikit pintu ruang makan itu, tetapi tangan Jongin yang kuat terlebih dahulu menahannya begitu saja di belakang. Sebelah tapak tangannya menolak laju pintu itu supaya tertutup.

Jongin kini berdiri di belakang Jisoo, begitu dekat sehingga terasa nafasnya menghembus hangat di puncak kepala Jisoo dan dadanya hampir menyentuh belakang gadis itu. Jisoo berdiri dengan gugup menghadap pintu dan masih membelakangi Jongin. Jantungnya berdebar entah mengapa.

Lelaki itu menundukkan kepalanya, berbisik dengan hembusan lembut di telinga Jisoo. Membuat buluh tengkuk Jisoo berdiri.

"Kenapa kau terburu-buru meminta diri, Jisoo? Apakah kau takut kepadaku?"

Debaran di jantung Jisoo semakin kencang. Perasaan ini sama seperti perasaan seekor tikus yang terperangkap dalam cengkaman kucing besar. Kucing itu tidak ingin memakannya dulu tapi dia lebih memilih bermain-main dengan mangsanya, membuatnya kaku ketakutan sebelum menelannya hidup-hidup.

"A...aniyo, saya cuma sedikit letih."

"Kau sudah tidur seharian, tak mungkin kau letih." Jongin masih berbisik perlahan di telinga Jisoo. Lalu tanpa disangka-sangka, lelaki itu menunduk semakin dalam, jemarinya menyingkap leher baju Jisoo sehingga menampakkan tengkuknya yang rapuh.

Dengan gerakan sensual yang mengancam, lelaki itu mengucup leher Jisoo, ringan bagaikan kupu-kupu tapi membuatkan Jisoo menggigil, "Kau boleh temankan aku bercerita malam ini. Aku kesepian."

Apakah lelaki ini mabuk? Jisoo bertanya-tanya. Tubuhnya bergetar ketakutan. Ingin melepaskan diri tetapi terhimpit oleh Jongin di pintu. Dia takut lelaki ini berbuat kasar terhadapnya kerana sepertinya lelaki ini dalam suasana jiwa yang kacau.

"Lepaskan saya, Jongin." Suara Jisoo perlahan dan bergetar tetapi dia berusaha kedengaran tegas.

Jongin terkekeh perlahan di belakang Jisoo. Tetapi kemudian lelaki itu mengundur satu langkah dan melepaskan Jisoo. Membuatkan Jisoo menghembuskan nafas lega serta merta apabila merasakan tubuh Jongin jauh.

"Selamat beristirehat Jisoo..."

Jisoo tidak sempat mendengar lagi. Dia langsung membuka pintu ruang makan itu dan berlari ke biliknya. Dengan tergesa-gesa dikuncinya pintu biliknya lalu bersandar di pintu itu dengan ketakutan. Aura lelaki itu berbeza, ada aura kejam di sana. Jongin yang di ruang makan tadi mirip sekali dengan Jongin yang berada dalam mimpi Jisoo beberapa hari lalu. Lelaki yang mengatakan bahawa namanya adalah 'Kai'...

Jisoo memandang ke sekeliling ruang bilik. Setelah memastikan bahawa pintunya terkunci rapat, dia melangkah ke katil dan duduk dengan gelisah. Ini tak boleh jadi. Dia tak boleh tinggal di rumah ini. Ada sesuatu yang gelap dan misteri yang menghantui rumah ini. Membuatnya merasa diawasi, berasa tidak tenang setiap saat.

Jisoo harus keluar dari rumah ini, dia mungkin boleh mencari kenalan di daerah terpencil yang  sudi menolongnya, jauh dari jangkauan para wartawan. Ya. Sebesar apa pun risikonya, Jisoo merasa dia harus segera pergi dari rumah ini.

"Selamat tinggal, semuanya..."

 

Bersambung...


 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!