Chapter 11

Call Me Monster

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"

Kai tidak menjawab. Lelaki itu malahan melepaskan butang blazernya dan kemudian membuang blazer itu di lantai. Tali lehernya menyusul kemudian dan lelaki itu mula membuka butang kemejanya.

"A-apa awak buat ni?" Jisoo menatap panik ketika Kai melemparkan kemejanya ke lantai, memperlihatkan tubuhnya yang maskulin.

Kai melangkah ke hadapan dan Jisoo melangkah ke belakang. Kai melangkah maju selangkah lagi dan dengan refleks Jisoo melangkah ke belakang lagi. "Apa yang awak nak lakukan pada saya?" Jisoo hampir menjerit dengan panik menyedari bahawa dia sudah tersekat di hujung katil, tidak dapat mengundur lagi.

Kai tidak tersenyum, tatapan matanya nampak kejam tapi penuh tekad. "Aku nak bersama kau malam ni."

"Tak, awak tak boleh! Awak dah selamatkan saya dari percubaan pemerkosaan tu dan sekarang awak nak rendahkan diri awak dengan melakukan hal yang sama?"

Kai tergelak sinis, "Aku bunuh Tao bukan untuk selamatkan kau dari pemerkosaan dia. Aku bunuh dia sebab dia berani sentuh kau yang dah jadi milik aku." Matanya mengecil dingin, "Siapa saja yang berani sentuh kau, akan aku bunuh."

Tubuh Jisoo bergetar. Lelaki ini setan. Setan yang tidak mempunyai hati. Jisoo salah menganggap lelaki ini ada sedikit kebaikan dalam jiwanya ketika lelaki itu menyelamatkannya dan dengan lembut mengubati luka-lukanya. Ternyata lelaki itu melakukannya bukan untuk Jisoo tapi untuk kepuasan egonya sendiri yang menakutkan. "Saya akan bunuh diri kalau awak berani sentuh saya!"

Kai mengerutkan keningnya, "Malam tu kau sikit pun tak tolak aku."

"Hentikan!" Jisoo menjerit, "Waktu tu saya sangka awak adalah Jongin!"

"Jongin atau aku bukankah orang yang sama?" Kai mengangkat bahunya, "Jangan lupa Jisoo, kami satu tubuh. Kau tidur dengan Jongin bererti kau juga tidur dengan aku. Begitu juga sebaliknya." Lelaki itu melangkah semakin dekat.

"Andwae! Awak berhenti Kai! Jangan datang dekat!" Mata Jisoo melirik ke segala arah, "Saya tak nak—" Jisoo berusaha melepaskan tangannya dari cengkaman Kai tapi lelaki itu menahannya dengan kejam, membuat Jisoo mendengus kesakitan, matanya terasa panas dan dia menatap Kai dengan melawan, "Kau setan kejam yang tak ada hati. Aku benci kau! Kau tak boleh disamakan dengan Jongin. Jongin jauh… jauh lebih baik dari diri kau!"

Kata-kata Jisoo ternyata mengusik kemarahan Kai sehingga melewati batas kesabarannya. Lelaki itu mencengkam kedua-dua tangan Jisoo dan mendekatkan wajahnya dengan marah, "Kau kata Jongin lebih baik dari aku? Mari kita lihat!" Kai menolak Jisoo ke atas katil, sepantas kilat Jisoo melenting ingin bangun tapi Kai telah menindihnya dengan tubuhnya yang kuat. Kedua-dua tangannya mencengkam tangan Jisoo dan mengangkatnya di atas kepalanya. Wajah mereka berdekatan. Jisoo dapat melihat betapa tajamnya mata lelaki itu, betapa banyaknya amarah yang terkumpul di situ. Kai mendekatkan bibirnya, mencuba mengucup bibir Jisoo tapi Jisoo menggeleng-gelengkan kepalanya sehingga bibir Kai hanya menyentuh pipi dan rahangnya. Dengan pantas Kai menurunkan tangannya, menggenggam kedua-dua tangan Jisoo hanya dengan satu tangan. Tangannya yang satu lagi mencengkam rahang Jisoo agar tidak bergerak, bibirnya lalu meraut bibir Jisoo dan melumatnya dengan panas, membuatkan Jisoo mengerang dan menolak sekuat tenaga.

Jisoo masih meronta tetapi kemudian dia menyedari bahawa semakin dia meronta, semakin Kai marah dan kasar kepadanya. Lalu dia cuba diam, tidak meronta dan tidak melawan.

Jantungnya berdebar kencang antara ketakutan, penolakan dan ghairah yang muncul tanpa rela.

Kai menyedari perubahan sikap Jisoo. Dia menghentikan ciumannya dan menatap Jisoo. Nafas mereka masih termengah-mengah akibat ciuman yang panas itu, dan bibir mereka masih begitu dekat. Kai tersenyum sinis, "Akhirnya memutuskan untuk menyerah, Jisoo?"

Jisoo menatap Kai dengan berani, "Lakukan apa pun yang kau nak lakukan. Aku tahu aku tak akan menang lawan kau tapi satu hal yang pasti, walaupun kau berhasil sentuh aku, aku tetap membayangkan kau sebagai Jongin, sebab cuma Jongin yang aku cintai, bukan kau."

Kai menggeram marah, "Baik, kalau macam tu aku tak akan menahan diri lagi!" Lelaki itu serta merta membuka pakaian Jisoo dengan kasar, menariknya dari tubuh Jisoo sehingga tubuh gadis itu terdedah sepenuhnya. Dan seketika itu juga Jisoo mengeluarkan air matanya, rasa terhina diperlakukan sebegitu.

*

*

Pagi itu, Jisoo masih termenguh di katil, lalu rasa sakit di antara pahanya menyedarkan dia dari terus termenung. Tubuh Jisoo bergetar ketika dia cuba berdiri kerana dadanya dipenuhi dengan perasaan yang menyesakkan. Nafas Jisoo termengah-mengah dan seketika itu juga tubuhnya terus rebah ke lantai, dia menangis penuh emosi.

Ingatan Jisoo melayang pada appanya, harabeoji dan halmeoninya, serta Chaewon unnienya, semuanya mati di tangan Kai yang kejam itu. Kini dia terperuk di sini, dalam cengkaman Kai, dan yang sangat menyakitkan dia tidak berdaya menghadapi lelaki itu. Lelaki itu setan yang telah meragut seluruh keluarganya! Dan lelaki itu juga melayannya seperti perempuan murahan. Hati Jisoo sakit apabila mengingati insiden semalam.

Jisoo mengusap air matanya yang dari tadi membasahi pipinya. Tidak! Dia sudah cukup puas menangis, dia harus melawan dengan apa cara sekalipun. Dengan perlahan Jisoo melangkah ke bilik mandi, dia harus mandi dan menghapuskan semua kesan noda yang ditinggalkan Kai di tubuhnya. Kai boleh saja menodainya, tetapi bukan bererti lelaki itu memilikinya.

*

*

Jisoo terduduk di kerusi hitam yang terdapat di dalam bilik itu dengan putus asa kerana setelah sekian lama mengelilingi bilik tersebut, memeriksa setiap sudut di bilik mandi dan jendela, tetap tidak ada celah yang boleh digunakan sebagai jalan untuk melarikan diri. Putus asa, Jisoo duduk sambil memeluk lututnya, Kalau begini, bagaimana cara untuk dia boleh keluar dari rumah ini? Sedangkan keluar dari bilik ini juga dia tidak mampu.

Matanya melirik ke pintu bilik. Pintu yang terkunci itu satu-satunya jalan untuk dia melepaskan diri. Tapi yang boleh keluar masuk dari pintu itu hanya Kai dan juga penolongnya yang pernah dilihatnya di apartment Tao tempoh hari. Lelaki itu yang selalu ada di sebelah Kai setiap masa. Dan lelaki itu nampaknya ditugaskan untuk menjaga pintu bilik sekali gus menghantarkan makanannya yang dibawa oleh pelayan.

Fikiran Jisoo berputar... rancangannya memang tak masuk akal, tapi dia tidak tahu selagi dia tak mencuba. Seperti yang disangka, pintu bilik itu terbuka, dan Jisoo terus terduduk tegak dengan waspada, menanti siapa yang akan masuk. Sehun muncul di sana membawa dulang makanan, wajahnya yang pucat itu mendatar tanpa ekspresi seperti biasa. Dan Jisoo serta merta mengerang kesakitan, "Saya minta tolong...," rintihnya, kedengaran seperit mungkin.

Sehun berkerut lalu menghampiri, "Ada apa?"

"Saya... saya nak muntah... tolong saya," Jisoo meramas perutnya, berusaha meyakinkan Sehun. Dan sepertinya lelaki itu tidak curiga, lelaki itu mendekat dan menatap Jisoo, "Nak aku bantu ke bilik mandi?"

Jisoo mengangguk lemah. Tanpa ragu-ragu lelaki itu membantu Jisoo berdiri dan memapah tubuh Jisoo yang longlai ke bilik mandi. Ketika Sehun membuka pintu bilik mandi, Jisoo berpura-pura seolah-olah akan mengeluarkan muntahnya sehingga Sehun terus bergegas membawanya masuk ke dalam. Di wastafel, Jisoo menundukkan kepalanya seolah-olah akan muntah, "Tuala... tolong..." Gumam Jisoo lemah, melirik ke arah rak kecil yang tergantung di hujung ruang bilik mandi.

Masih belum curiga, Sehun melangkah ke arah rak tersebut. Pada saat itulah dengan sepantas kilat Jisoo berlari ke arah pintu keluar bilik mandi. Sehun menyedari kalau dia ditipu ketika melihat ketangkasan Jisoo melepaskan diri. Dia berusaha mengejar tapi terlambat, Jisoo telah keluar dari bilik mandi dan menghalang pintunya dari luar, lalu menguncinya rapat-rapat.

Dengan nafas termengah-mengah, Jisoo menyandarkan tubuhnya di pintu bilik mandi, memejamkan mata, tidak peduli akan tendangan dan suara marah Sehun dari dalam, "Kau tak akan dapat melarikan diri—" Ugutnya, menjerit dari dalam, "Tuan Kai pasti akan berjaya tangkap kau, dan aku bersumpah, kalau kau dah buat Tuan Kai marah, kau akan menyesal seumur hidup." Jeritan-jeritan Sehun semakin kuat diikuti dengan tendangan-tendangan yang menggegarkan pintu, Kata-kata Sehun sempat membuatkan hati Jisoo kecut, tapi dia menggelengkan kepalanya, Kai memang lelaki kejam, tapi Jisoo tidak boleh takut. Dia harus berani menentang Kai, menunjukkan pada lelaki itu kalau dia bukanlah perempuan yang boleh ditundukkan dengan begitu mudah.

Dengan langkah berhati-hati, Jisoo membuka pintu yang tidak terkunci itu, matanya mengintip sedikit di luar, risau kalau-kalau ada penjaga yang menjaga di pintu. Lorong itu kosong. Dengan berhati-hati Jisoo melangkah keluar. Bunyi dentuman pintu bilik mandi dan jeritan Sehun masih terdengar ketika Jisoo keluar, tetapi ketika Jisoo menutup pintu bilik itu, suara itu lenyap dan menjadi senyap. Rupanya bilik itu kedap suara.

Jisoo melangkah lagi melewati lorong itu. Kakinya terus melangkah ke arah tangga yang besar menuju ke pintu depan. Dengan berhati-hati, Jisoo mengintip dari hujung tangga ke arah bawah. Kosong. Di manakah para pengawal dan pelayan yang sering berkeliaran di rumah itu?

Perlahan dan waspada, Jisoo melangkah menuruni tangga. Dia sudah berjaya sampai ke bawah dan memegang handle pintu besar itu, namun suara dingin yang sangat dikenalinya terdengar tepat di belakangnya.

"Kau fikir kau dapat lari ke mana?" Terlonjak terkejut, Jisoo memalingkan badannya dan hampir melanggar dada bidang Kai. Lelaki itu berdiri sangat rapat di belakangnya, lalu menekannya ke pintu, tatapannya menyalah penuh kemarahan, seperti monster yang bersedia memakannya.

"Kau berani malukan Sehun seperti tu, kau berani cuba larikan diri dari aku!" Tangan besar Kai mencengkam lengan Jisoo dengan kuat lalu mengheret Jisoo kasar. Jisoo meronta-ronta, mencuba bertahan, tapi Kai tidak peduli, dia tetap mengheret Jisoo dengan kekuatannya hingga Jisoo mahu tidak mahu terpaksa merelakan tubuhnya.

Kai mengheret Jisoo menaiki tangga dan kembali menuju ke bilik tidur Jongin tempat Jisoo dikurung tadi. Di sana beberapa pengawal Kai telah berkumpul, dan Sehun turut berdiri di sana. Rupanya dia berhasil menghubungi Kai dan dibebaskan dari bilik mandi. Jisoo menggerutu di dalam hati, seharusnya dia lebih cepat tadi, atau mungkin memukul kepala Sehun dengan sesuatu sehingga lelaki itu pengsan dan tidak mampu menghubungi Kai dengan segera.

Kai melepaskan cengkamannya lalu menolak Jisoo ke depan dengan kasar, "Kau tengok Sehun? Perempuan kecil macam ni, dan kau penolong aku yang dah bertahun-tahun bekerja dengan aku boleh pulak dibodohkan seperti tu?"

Sehun hanya terdiam, menatap Kai dengan muka datar, dan sepenuhnya mengabaikan kewujudan Jisoo di situ.

"Dan kau Jisoo," Kai melepaskan blazernya dan menggulung lengan kemejanya dengan serius, "Ini adalah peringatan untuk kau. Kalau kau bodohkan salah satu orang aku lagi untuk melarikan diri, kau akan membuang satu nyawa, sebab aku akan bunuh orang tu—" Kai serta merta menghentam Sehun dengan satu pukulan tepat hingga kepalanya terdorong ke belakang, darah menitis dari sudut bibirnya.

Jisoo terkesima, automatik mengundur, dan makin terkesima ketika Kai menyerang Sehun lagi dan lagi tanpa melawan hingga lelaki itu jatuh melutut dengan kesan bengkak dan bibir berdarah yang mengotori kemejanya.

Kai mengundur satu langkah ketika Sehun terjatuh, dia menoleh dan menatap Jisoo dengan tajam, "Kau tengok tu? Setiap kali kau cuba melarikan diri, aku bersumpah akan ada nyawa yang berkorban untuk kau. Sesiapa yang leka hingga beri kesempatan untuk kau lari, aku akan bunuh!" Dengan kejam Kai mengarahkan pukulannya sekali lagi ke arah Sehun. Jisoo menjerit, spontan mencengkam lengan Kai yang menghayun tinggi, mencegah Kai dari terus mencederakan Sehun.

"Geumanhae! Geumanhae! Saya yang salah, saya yang salah! Jangan bunuh dia! Saya yang salah!" Pekiknya panik. Kai terdiam dan menatap Jisoo dengan tajam. Kemarahannya pada Jisoo sangat tidak tertahan sehingga dia melempiaskan pada Sehun, menumbuknya dengan sekuat hati, kerana tidak mungkin dia akan melakukan itu pada Jisoo.

"Jadi kau mengaku salah—" Kai mengundur lagi dan Jisoo merasa lega kerana lelaki itu tidak jadi melempiaskan kemarahannya kepada Sehun yang telah melutut lemah di lantai. "Kenapa awak tak pukul saya saja! Dia tak salah! Saya cuma nak keluar dari tempat ni!" Jerit Jisoo marah, kecewa kerana Kai menggunakan ancaman licik untuk mencegah dia dari melarikan diri.

Mata Kai semakin galak menatap Jisoo. Gadis ini telah banyak kali melewati batas kesabarannya. Selangkah lagi Jisoo mengusik kesabarannya, Kai tidak akan teragak-agak untuk mencederakan gadis itu.

"Kau milik aku, dan tak ada satu pun milik aku yang boleh keluar dari sini tanpa izin aku." Suaranya perlahan tapi tegas, diucapkan dengan ngeri seolah-olah ia adalah satu sumpahan yang tidak boleh dihapuskan. "Atas dasar apa!" Jisoo menjerit marah, "Saya bukan milik sesiapa, terutama lelaki gila macam awak! Saya cuma nak keluar dari sini, saya benci awak, saya benci semua yang ada dalam rumah ni... Saya cuma nak bebas!"

"Kau nak bebas sangat kan—" Kai mencengkam lengan Jisoo sekali lagi, di tempat yang sama hingga Jisoo merasa lengannya telah bengkak. "Mari kita keluar!" Tiada siapa yang berani menolong ketika Jisoo menjerit-jerit dalam seretan Kai.

Kai membawa Jisoo di hujung lorong, ke jendela kaca tingkat dua yang mengarah terus ke balkoni. Dengan kasar Kai menolak Jisoo keluar lalu mendesaknya di hujung balkoni hingga kepala Jisoo mengarah ke bawah dan menatap ngeri ke kolam renang yang sangat luas di bawahnya. Kolam itu nampak sangat tinggi dan dalam. Jisoo ketakutan setengah mati. Dia tidak pandai berenang, adakah Kai akan menolaknya ke bawah? Jisoo meneguk air liur memikirkan hal itu.

Kai benar-benar mendesak tubuh Jisoo sampai ke hujung balkoni, membuatkan kepalanya terbongkok ke bawah, sementara tangannya di kekang oleh Kai di belakangnya. "Kau tengok tu? Silap sikit aku lempar kau ke bawah, kepala kau boleh pecah terkena tebing kolam—" Nafas Kai sedikit termengah oleh kemarahannya, "Kau perempuan tak tahu berterima kasih, kau sepatutnya bersyukur atas kebaikan hati aku selamatkan kau dari pemerkosaan tu, tapi kau malah cuba nak larikan diri. Kau tahu kan aku dengan mudah boleh tarik nyawa kau bila-bila masa aku nak."

"Tuhan yang berhak cabut nyawa aku, bukan iblis macam kau! Lagi pun apa gunanya aku hidup dengan pembunuh keluarga aku sendiri. Kau tahan aku dalam rumah ni hanya untuk puaskan nafsu kau!" Jisoo menjerit sekuat hatinya, berusaha melawan meskipun jantungnya makin berdebar kencang diliputi ketakutan luar biasa.

Ternyata kata-kata Jisoo tadi memberi kesan dalam di hati Kai tanpa disedarinya, dan itu terbukti apabila Kai terdiam lama menatap menatap Jisoo. "Baik, kali ni aku akan bebaskan kau..." Kai mengucapkan kata-kata tersirat itu dengan perlahan lalu menolak Jisoo sekali lagi sampai ke hujung, "Ada kata-kata terakhir?"

Jisoo memalingkan kepalanya sehingga tatapan matanya yang penuh kebencian bertemu dengan mata dingin Kai. Jisoo pasrah...mungkin sudah tiba saatnya untuk dia mati. Ini lebih baik daripada berada di dalam cengkaman lelaki itu. Lagi pula dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini. Jongin yang dicintainya juga telah lenyap begitu saja... Dengan berat Jisoo menghelah nafasnya. "Terima kasih sebab dah bebaskan aku..." Lalu tubuh Jisoo terlempar, melayang di udara kemudian meluncur ke bawah, ke dalam kolam renang yang dalam itu.

Sedetik kemudian, tubuh Jisoo terhempas menembusi permukaan kolam lalu tenggelam. Jisoo tidak berusaha menyelamatkan diri, membiarkan tubuhnya makin tenggelam di dasar. Matanya mula gelap dan terpejam, dan entah berapa banyak air kolam yang ditelan olehnya. Rongga hidungnya mula terasa dicucuk-cucuk sehingga melarat ke otak, nafasnya terasa sesak dan paru-parunya terasa ingin pecah.

Oh Tuhan... aku akan mati...

Ketika Jisoo telah sampai di titik akan kehilangan kesedarannya, ketika itu juga kedengaran bunyi sesuatu menghempas air kolam. Tidak lama kemudian, sebuah lengan yang kuat merangkulnya dan mengangkat tubuhnya lalu membawanya ke permukaan.

Tubuh lemas Jisoo dibaringkan di atas lantai tepi kolam, lalu dia merasakan perutnya di tekan-tekan hingga aliran air yang tertelan keluar tersembur di mulutnya. Jisoo memuntahkan banyak air dan terbatuk-batuk kesakitan. Paru-parunya masih terasa begitu sakit dan perit.

Siapa yang menolongnya? Adakah dia memang belum diizinkan untuk mati? Tapi dia memang sudah bersedia untuk mati, kenapa perlu ada orang yang menyelamatkannya?

Tangan kuat itu terus menekan hingga seluruh cairan tersembur keluar dari perut Jisoo. Mata Jisoo mula gelap, kesedarannya semakin hilang, dan terdengar satu suara menjerit kuat di atasnya—

"Panggil Doktor!"

Itu suara Kai... Adakah Kai yang menyelamatkan dirinya? Tapi... kenapa?

*

*

Kai keluar dari bilik mandi dengan kemarahan yang masih menyalah. Rambutnya basah kuyup dan seluruh pakaiannya yang basah berlonggok di lantai. Sebuah gerakan di sudut bilik membuatnya menoleh. Sehun berdiri di sana, bekas-bekas pukulan Sehun masih menimbulkan bengkak-bengkak di sana sini, tetapi lelaki itu sepertinya telah dirawat, "Macam mana dengan keadaan dia?" Soal Kai dingin.

"Doktor tengah merawat dia, paru-paru dia termasuk air... Tuan sendiri, tak apa-apa? Terjun dari tingkat dua hanya untuk menyelamatkan perempuan tu..."

Kai melirik pada Sehun dengan tatapan tajam, kemudian meraih tuala kecil untuk menggosok rambutnya yang basah,"Tadi aku berniat cuma nak bagi dia pengajaran, tapi tak sangka dia betul-betul tekad nak mati."

"Kalau macam tu kenapa tuan tak teruskan saja tadi?"

Kai memalingkan tubuhnya dan menatap Sehun dengan mata menyalah-nyalah, "Sebab aku putuskan belum saatnya untuk dia mati—" Mata hitam Kai bagaikan bersinar di kegelapan, "—Dan kau... kenapa kau sengaja biarkan dia lari?"

Sehun menatap Kai, nampak ada kejutan di matanya walaupun sekejap kemudian dia terus memasang wajah datar, "Saya tak sengaja biarkan dia terlepas."

"Kau ingat aku bodoh?" Suara Kai tajam, setajam tatapannya, "Kau adalah penolong aku paling berpengalaman, tak mungkin kau boleh ditipu oleh gadis naif macam tu, kecuali kau memang membiarkan diri kau ditipu."

Sehun tertunduk."Saya memang nak bebaskan dia, saya risau dia akan bawa masalah untuk kita."

Kai melemparkan tualanya dengan marah ke sofa, "Aku dah agak. Kau dengar baik-baik Sehun," Suara Kai dalam dan mengancam, "Sekali lagi kau buat kebodohan yang menyusahkan aku, bukan hanya pukulan yang kau dapat, aku akan habiskan kau sepantas yang aku boleh. Ingat." Suara ancaman itu bergema di kegelapan.

*

*

Ketika Jisoo terbangun, pertama kali yang dirasakannya adalah rasa sesak di dadanya. Dia menggeliat panik, cuba menarik nafas sekuat-kuatnya dalam usahanya mencari oksigen sebanyak yang dia mampu.

"Tenang, kau dah selamat, kau boleh bernafas dengan normal." Suara Kai membawa Jisoo kembali pada kesedarannya. Dengan waspada dia menoleh dan mendapati Kai sedang duduk di tepi katilnya dengan senyuman tersirat. Pantas Jisoo mengundur sejauh mungkin dari Kai dan kelakuannya itu membuatkan Kai tersenyum puas di dalam hati.

"Kau takut dengan aku lepas insiden tadi?" Kai tergelak, lalu dalam sesaat berubah serius, menatap Jisoo dengan pandangan mengancam, "—dan aku akan ulang apa yang aku buat kalau kau berani-berani buat aku marah lagi."

Jisoo mengetap bibirnya. Menahan rasa benci yang terperap dalam hati, namun seketika kemudian Jisoo mengerutkan keningnya. Benarkah Kai yang terjun di kolam waktu itu dan menyelamatkan dirinya? Kenapa? Bukankah jelas-jelas dalam kemarahannya Kai telah tekad untuk membunuhnya? Kenapa lelaki itu berubah fikiran?

"Ya, aku memang selamatkan kau," Kai bergumam seolah-olah boleh membaca fikiran fikiran Jisoo, "Tapi itu bukan demi kau, itu demi kepuasan aku." Bahunya diangkat dengan selamba. Jisoo menatap Kai dengan geram dan pada masa yang sama dada Jisoo mula berombak, hatinya terasa pedih. Dia tidak ingin hidup begini. Dia inginkan kehidupannya yang lama. Hidup sebagai orang tahanan Kai yang hanya untuk memuaskan nafsunya kerana obsesinya yang gila benar-benar buat hidup Jisoo terseksa.

Jisoo memalingkan wajahnya, matanya berkaca hanya tunggu masa untuk pecah. "Awak akan menyesal...." Ucapnya lemah dan perlahan hampir tidak didengar. Lantas dalam sekelip mata saja gadis itu berubah agresif. Jisoo bertindak mencabut segala wayar yang tersambung ditubuhnya dan sempat mengerang kesakitan. Kai berdiri tegak, terkejut dengan kelakuan Jisoo. Dengan emosi yang terganggu sepenuhnya, Jisoo mendesak dirinya yang lemah untuk turun dari katil dengan terburu-buru sehingga dia terjatuh di atas lantai. Kai cuba mendapatkan gadis itu, tapi Jisoo memukul tangan Kai bertubi-tubi yang mengcengkam lengannya lalu meronta-ronta sekuat hatinya. "Doktor, tolong saya doktor! Doktor tolong saya!"

"Jisoo!" Darah panas menyerinap masuk dalam tubuh Kai.

"Doktor tolong saya! Tolong sa—" Tiba-tiba pintu bilik wad itu dibuka, yang muncul ialah Sehun dengan muka tertanya-tanya, dan Jisoo mengambil kesempatan itu untuk melepaskan diri dari Kai yang terleka.

Dia berdiri dan ingin lari tapi entah kenapa tiba-tiba dia melihat bilik itu seakan-akan berputar-putar membuatkan dia terhuyung-hayang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut yang menyesakkan dada sehingga satu masa semuanya menjadi gelap.

Jisoo rebah ke belakang tapi sempat disambut oleh Kai dalam dakapannya. Lelaki itu mengetap giginya menahan marah.

"! Sehun, panggil doktor!"

*

*

"Tuan, dia masih tak nak makan..." Pelayan perempuan itu tertunduk takut apabila melihat ekspresi Kai yang serius di depannya.

Di dalam bilik tidur Jongin, Jisoo memaksa membuka matanya yang berat apabila terdengar bunyi dulang makanan terhempas di lantai dari luar pintu yang terbuka. Itu sudah pasti angkara Kai untuk mengancamnya dengan cara licik, lelaki itu sengaja menyakiti orang lain untuk membuatkan dia rasa bersalah, sama seperti ketika Kai menumbuk Sehun kerana telah menyebabkan dia terlepas.

Jisoo memejamkan matanya dengan rapat dan setitik mutiara jatuh dari tubir matanya. Dia terlalu lemah, kepalanya terasa sakit dan dia tidak bermaya untuk melawan Kai. Sejak pulang dari rumah sakit, dia hanya terlantar di atas katil di bilik Jongin bagaikan mayat hidup, menolak untuk makan dan minum ubat, dan langsung tidak ingin bercakap dengan sesiapa. Dia menyerah kalah, dia tidak peduli lagi jika Kai ingin mempergunakannya dengan apa cara sekali pun. Dia mengalah. Seratus peratus mengalah.

Tapi satu perkara yang pasti, Jisoo sedar Kai sudah tidak menyentuhnya lagi sejak dia terlantar sakit, walaupun kadang-kadang Jisoo dapat melihat Kai seperti sedang menahan dirinya apabila mereka berada di bilik berdua-duaan. Dan tenyata lelaki itu sanggup tidur di bilik tetamu sejak Jisoo terlantar di bilik Jongin. Tersimpankah secebis perasaan bersalah Kai pada Jisoo apabila melihat dia sakit? Tak mungkin, Jisoo cepat-cepat menghapuskan fikiran palsunya itu. Lelaki itu sudah pasti akan melahapnya hidup-hidup di atas katil lagi apabila dia sudah sembuh.

"Kau perlu makan kalau kau nak hidup lama." Suara dingin Kai memecahkan suasana hening di dalam bilik yang suram itu. Kai sedang bersandar pada pintu, mengamati Jisoo yang terbaring lemah di atas katilnya.

Hidup lama supaya kau dapat simpan aku dalam rumah ni untuk kepuasan kau. Itu apa yang Jisoo ingin katakan tapi yang keluar dari mulutnya—

"Saya tak perlu makan kalau nak mati..." Jisoo memulangkan paku buah keras dengan ekspresi polos dan kosong. Langsung tidak memandang Kai.

Kai mencebik sinis. Gadis ini benar-benar mengendahkannya sejak dia menolak gadis itu ke dalam kolam. "Terpulang. Kalau kau yakin kau mampu berhadapan dengan aku dengan tubuh yang lemah macam tu, teruskan. Lagi pun aku tak rugi apa-apa."

Jisoo menatap pemergian Kai dengan kosong. Matanya terasa berat dan akhirnya dia memilih untuk tidur walaupun perutnya terasa perit kerana tidak makan.

*

*

Keesokan harinya, Jisoo terbangun dengan keadaan demam yang lebih parah, sepertinya anti bodinya sedang berperang melawan virus yang menyerang tubuhnya.

Kai sedang menjenguk Jisoo di bilik sebelum bertolak ke office, tapi dia segera menghampiri Jisoo yang mengerang kerana tubuhnya panas tidak tertahan. Dengan berhati-hati dia meletakkan tangannya di dahi Jisoo agar tidak membangunkannya.

Sangat panas.

Kai segera meraih telefonya dan menghubungi seseorang, dijelaskannya secara terperinci tentang keadaan Jisoo, lalu diletakkannya termometer di tubuh Jisoo seperti yang diarahkan. 39 darjah? Kai terkejut.

Lalu Kai meneruskan semula mendengar arahan dengan fokus setelah memberitahu suhu tubuh badan gadis itu. Kai mencatat semua di dalam hati setiap arahan yang diberikan sebelum mengakhiri perbualannya, lalu mendail nombor lain, menelefon pembantu peribadinya lalu memberikan beberapa tugas di pejabat kerana dia tidak masuk kerja hari ni.

Dengan perlahan Kai melonggarkan tali lehernya, dan menggulung lengan kemejanya paras siku, lalu dia berusaha menggoncang tubuh Jisoo, "Bangun Jisoo, kau mesti mandi untuk redahkan panas badan kau." Jawapan Jisoo hanya berupa erangan tidak jelas dan nampak kesakitan, sudah tentu, tubuh gadis ini sangat panas.

Kai segera melepaskan butang pijama Jisoo tapi berhenti separuh jalan entah kenapa. Kai membatalkan niatnya. Dengan berhati-hati dia mengangkat tubuh Jisoo ke bilik mandi, meletakkannya ke dalam bathtub, lalu menghidupkan air sejuk. Jisoo terus melonjak ketika air sejuk terkena kulitnya yang kemerahan kerana panas, tapi Kai menahannya.

"Sejuk—" Jisoo mengerang dalam keadaan separa sedar.

"Gwenchana, tahan sikit okay. Aku akan selesaikan dengan cepat." Pujuk Kai lembut.

Setelah selesai, Kai telah mengarahkan seorang pelayan perempuannya mengeringkan tubuh Jisoo lalu memakaikan pijamanya dan Kai sendiri yang mengangkat Jisoo kembali ke tempat tidur, lalu menyelimutinya dengan selimut yang tebal. Setelah itu dia memaksa Jisoo meminum pil ubat tapi Jisoo masih berkeras menahan mulutnya dari terbuka dan menggeleng-gelengkan kepalanya dalam keadaan mata terpejam sehingga Kai menyerah kalah.

Dalam keadaan separuh sedar, Jisoo mengamati keadaan Kai, kemejanya separuh basah dengan tali leher yang telah dilepaskan dan beberapa butang kameja yang terbuka sementara blazernya tersadai begitu saja di sofa.

Kenapa lelaki ini begitu lembut dan penuh perhatian kepadanya? Persoalan itu mula menganggu fikiran Jisoo. Kemudian dia tersedar, sepanjang dia tinggal di rumah ini, Kai hanya bertindak seperti seorang pembunuh bersiri dihadapannya jika dia melawan lelaki itu, tapi jika dia menuruti kemahuan Kai tanpa melawan, Kai akan melayannya dengan baik... Ya Tuhan... Jantung Jisoo berdegup kencang apabila menyedari kebenaran itu.

*

*

Hari ini telah masuk hari ketiga Jisoo terlantar demam, dan tiga hari berturut-turut jugalah Kai mengamati Jisoo setiap malam, bersandar di tepi jendela, berlindung disebalik kegelapan.

Kai menatap Jisoo yang sedang tidur di atas katil seperti bayi didalam janin. Tubuhnya kelihatan sangat rapuh di mata Kai membuatkan dia tersentuh. Tapi kenapa gadis ini sangat membencinya tapi dengan mudah menerima Jongin. Padahal mereka adalah satu tubuh yang sama, jika Kai membunuh keluarga Jisoo, bererti tangan Jonginlah yang melalukannya. Persoalan-persoalan seperti itu membuatkan Kai dilema.

Kai menghampiri Jisoo ketika gadis itu meracau sesuatu yang tidak jelas. Ada kerutan di dahi gadis itu. Perlahan Kai menyentuhkan jemarinya di dahi Jisoo dan membuat pusaran dengan lembut membuatkan Jisoo kembali tenang.

"Jongin..."

Apa?! Tangan Kai berhenti membelai. Matanya menatap kejam sepantas kilat ketika menyedari nama itu.

"Jongin..."

Sekali lagi Jisoo memanggil nama itu, bahkan Kai melihat ada air mata yang menitis di tubir mata gadis itu. Serta-merta rahangnya menegang kerana marah, lantas Kai menggoncang tubuh Jisoo, memaksanya duduk, dan mata yang polos itu terbuka menatap Kai dengan bingung kerana dikejutkan secara tiba-tiba.

"Kai, a-apa awak...buat..ni..." Jisoo mengerang lemah dengan suara serak-serak basah dan mata berpinar-pinar. Lengannya terasa sakit dicengkam oleh Kai yang sedang menekannya di kepala katil sehingga dia tersandar di situ.

"Apa kurangnya aku Jisoo! Apa kelebihan yang dia ada!"

Soalan itu membuatkan Jisoo bingung dalam panik. Tubuhnya digoncang-goncang kuat sehingga kepalanya bertambah pening dan rasa mual. Tapi dia tidak mampu melawan, membuka matanya saja sudah terlalu berat, apalagi menggerakkan tubuhnya. Dia merelakan saja tubuhnya diperlakukan seperti itu.

Jisoo melihat mata Kai, ada sebutir kekecewaan pada mata hitam itu yang Kai tidak pernah tunjukkan selama ni. Ada apa sebenarnya?

"Kai, sakit...." Mata Jisoo terpejam, menahan rasa perit di kepala dan lengannya yang dicengkam. Tapi nampaknya lelaki itu terlalu baran sehingga mengabaikan kesakitan Jisoo. Lantas sebelah jemarinya mengcengkam rahang gadis itu sehingga tahap boleh meremukkannya, dan sebelah lagi memegang kepala Jisoo dibelakang, menolaknya dekat ke arah mukanya. Jisoo benar-benar tidak bersedia ketika Kai menyerangnya dengan ciuman panas dan menggelora. Tapi kali ini lelaki itu terasa begitu berbeza, ciumannya begitu membara, seolah-olah cuba melepaskan kekecewaannya yang selama ini terpendam tidak terlihat. Dan oleh kerana terlalu pening untuk melawan, Jisoo tidak mampu menolak.

Jisoo bagaikan ingin pitam sehingga dia menyerahkan dirinya begitu saja dalam pelukan lelaki itu, membiarkan dia dinodai.

*

Jisoo terlelap dengan bekas air mata yang telah mengering di pipinya. Kai memang setan kerana telah menyentuhnya walaupun dia sedang sakit. Hati Jisoo sakit tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Jisoo...?" Suara itu memanggilnya dengan lembut, membuat Jisoo mengetap giginya marah. Permainan apa lagi yang cuba dimainkan Kai? Adakah lelaki itu sedang mempermalukannya dengan berpura-pura lembut seperti Jongin?

"Jisoo—" Lengan itu memeluknya lembut tepat di bawah dadanya, dan merapatkan kepalanya di belakang Jisoo yang baring membelakanginya dengan penuh kerinduan, "Jisoo, ini aku, Jongin..."

Jisoo tersentak, lalu terkaku dengan was-was. Suara itu, kelembutan sentuhannya... sama sepeti Jongin tapi bukankah Kai kata Jongin sudah hilang dan dia tidak boleh merasakannya lagi? Adakah ini benar-benar Jongin atau Kai yang berpura-pura? Jisoo sendiri pernah melihat Kai yang sedang berpura-pura sebagai Jongin dan lelaki itu memang sangat pandai memanipulasinya.

Sambil menelan air liur, Jisoo memalingkan tubuhnya perlahan-lahan, menghadap ke arah lelaki itu. Mereka baring berhadapan dengan tubuh yang hanya dilindungi selimut putih, dan mereka saling bertatapan. Jisoo cuba menyelusuri kedalaman mata Jongin, berharap menemukan sesuatu, petunjuk atau apapun yang boleh memberitahunya siapa yang ada di depannya ini tapi dia tidak mampu menemukan jawapannya.

Salah satu kekuatan Kai dibandingkan Jongin adalah kemampuannya untuk tetap sedar meskipun tubuh itu sedang dikuasai oleh Jongin. Seperti yang dikatakannya, Kai menikmati duduk diam di satu sudut dan mengamati segala-galanya. Hal itu bererti sangat mudah bagi Kai untuk berpura-pura sebagai Jongin, kerana apa yang diketahui Jongin turut diketahui oleh Kai. Sebaliknya bagi Jongin, ketika Kai menguasai tubuhnya, dia tertidur dan hanya memiliki ingatan samar-samar tentang apa yang dilakukan Kai.

Jongin menyelusurikan jarinya dan menyentuh pipi Jisoo. Matanya memerhati bekas-bekas kemerahan di tubuh Jisoo, di lengan Jisoo, bekas cakaran di bahunya akibat perlakuan kasar Tao juga masih ada, menjadi ungu kehitaman, walaupun rasanya tidak sakit lagi tetapi parutnya masih nampak menyakitkan. Kening Jongin berkerut dan dia menatap Jisoo dengan sedih, "Adakah Kai yang buat semua ni?"

Mungkin dia memang benar Jongin? Lelaki itu nampaknya tidak tahu apa yang dialami Jisoo pada hari-hari sebelumnya. Jisoo menatap Jongin, bibirnya bergetar...

"Jongin...?" Panggilnya, menghayat hati.

Lelaki itu tersenyum, lalu meraih kepala Jisoo dan mengucup dahinya, "Ini aku, sayang."

"Jongin–" Air mata kelegaan terus mengalir. Ya Tuhan, Jongin masih hidup, lelaki yang berada di depan matanya ini benar-benar Jongin. Dia tidak mati seperti yang dikatakan oleh Kai. Bererti masih ada harapan untuk mereka bersama. Jisoo memeluk Jongin erat-erat merasa begitu bahagia hingga dia ingin ketawa dan menangis pada masa yang sama. Sementara Jongin membalas pelukannya dengan lembut, berusaha melepaskan kerinduannya pada gadis itu.

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

;Nak habiskan ff ni cepat-cepat >.< Maybe sy akan update sekerap yg boleh~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!