Chapter 9

Call Me Monster

[Mohon alert, start chap 8 akan ada unsur rated M tapi yg ringan jer. And ya, sy update awal sbb internet sy akan tamat hari ni hakhakhak XD]

 


 

Jongin mengurung dirinya di ruang kerjanya sejak tadi. Malah lelaki itu tidak turun untuk makan tengah hari. Jisoo berkerut. Apa yang berlaku? Tiba-tiba saja Jisoo merasa sangat cemas. Jongin nampak pucat dan pelik di pertemuan terakhir mereka tadi. Lelaki itu menatap Jisoo seolah-olah mereka akan berpisah untuk tempoh yang lama.

Jisoo ingin melangkah dan mengetuk pintu ruang kerja Jongin ketika dia terserempak dengan Takuya. Lelaki itu mengenakan baju biasa, bukan seragam pelayannya. Nampaknya dia baru pulang dari keluar rumah.

"Cik Jisoo..." Takuya membongkokkan badannya dengan sopan. "Kenapa Cik bersendirian ? Selalunya Tuan Jongin bersama cik tengah hari begini?"

Jisoo melirik ke arah ruang kerja Jongin, kemudian menatap Takuya dengan bingung. "Sebenarnya saya juga nak tanya perkara yang sama, Jongin tak keluar-keluar dari bilik sejak tadi, atau mungkin dia sakit? Tangan dia tadi terluka dan saya rasa risau."

Takuya terkaku, nampak waspada. Matanya melirik ke arah pintu ruang kerja tuannya. Adakah saatnya telah tiba? Tuan Jongin kata dia berusaha mengendalikan Kai sekuat tenaga walaupun dia tidak yakin akan menang. Kai bertekad kuat memiliki Jisoo dan dia semakin kuat. Tuannya juga mengatakan dia akan mengurung dirinya dan mencuba menahan Kai. Adakah sekarang Tuan Jongin sedang melawan Kai di dalam sana? Jantung Takuya berdebar kencang. Ini lebih cepat dari perkiraannya. Dia belum menyiapkan Jisoo untuk rancangan melarikan diri.

Apapun terjadi, Takuya harus bertindak cepat kalau ingin semuanya lancar. "Cik Jisoo." Takuya berbisik curi-curi, memandang cemas ke arah pintu ruang kerja tuannya lagi, "Kalau boleh saya nak berbual dengan cik sebentar. Penting."

Jisoo mengerutkan dahinya."Tentang apa Takuya?"

"Boleh ikut saya sekejap." Takuya mengajak Jisoo ke arah dapur. Di sana ada ruang bawah tanah untuk menyimpan stok makanan dapur. Lebih aman di bawah sana kerana Tuan Jongin dan Kai hampir tidak pernah ke kawasan itu.

*

*

Mata Jisoo terbeliak terkejut. Wajahnya pucat lesi. "Alter ego ? Awak serius Takuya?"

Ketua pelayan itu sudah tidak mampu mempertahankan ekspresi datarnya. Dia sudah menceritakan semua kepada Jisoo, mengenai Jongin dan alter egonya yang jahat, Kai.

"Mungkin cik sedar kadang-kadang Tuan Jongin nampak begitu berbeza. Alter egonya; Tuan Kai sangat kejam dan dia membawa aura menakutkan itu di sekelilingnya."

Jisoo terpampan. Ingatan pertamanya adalah ketika Jongin tiba-tiba muncul di bilik mandi ketika dia sedang berendam, itulah pertama kali Jisoo merasakan bahawa Jongin membawa aura menakutkan. Kemudian malam itu di ruang makan ketika Jongin meminta maaf dan mengatakan bahawa dirinya mungkin sedang mabuk dan yang terakhir iaitu semalam ketika mereka melakukan hubungan sulit. Jongin berubah menjadi susuk yang begitu ghairah dan kasar, namun siangnya lelaki itu tak berhenti-henti meminta maaf. Wajah Jisoo menjadi pucat lesi ketika menyedari kenyataan itu. Adakah ini bererti semalam dia telah melakukan hubungan sulit itu dengan Kai? Adakah Kai yang meninggalkan bekas lebam dan kemerahan itu di tubuhnya?

"Tuan Kai sangat obses dengan cik. Setelah tuan Jisung meninggal, ketika cik berumur lapan tahun, tuan Jongin ingin menemui cik, dia telah mengekori cik ke taman permainan sebab dia mendapat informasi bahawa halmeoni cik membawa cik ke sana tetapi kemudian ada insiden seorang lelaki berusaha merompaknya dan disebabkan masih bersedih atas kematian keluarga angkatnya, Tuan Kai menjadi kuat dan mengambil alih pada saat itu juga. Saat itulah Tuan Kai pertama kali bertemu dengan cik Jisoo." Takuya menjelaskan kisah yang pernah dikatakan Tuan Kai kepadanya, kisah pertemuan pertamanya dengan Jisoo.

Jisoo mengerutkan dahinya makin dalam. "Saya pernah bermimpi di taman permainan... Ah, maknanya itu bukan mimpi? Maknanya saya benar-benar bertemu dengan Jo... Kai semasa umur saya lapan tahun?"

"Ia benar-benar terjadi." Takuya mengangguk meyakinkan Jisoo. "Dan entah apa yang cik telah lakukan, cik membuatkan Tuan Kai sangat obses pada cik sejak saat itu."

Dalam mimpinya Kai sudah hampir membunuh dirinya yang masih kecil. Jisoo berkerut mengingati betapa tiada belas kasihan dan penyesalan di mata Kai ketika dia membunuh perompak itu, dan juga ketika dia ingin membunuh si kecil Jisoo, tidak ada keraguan sedikit pun di matanya. Lelaki itu hampir tidak mempunyai emosi melakukan pembunuhan tetapi kemudian, Kai mengurungkan niatnya untuk membunuh Jisoo kerana—

"Saya menawarkan plaster untuk menutup luka Jongin disebabkan percubaan perompak tu."

"Mungkin itulah kuncinya. Tak pernah lagi ada manusia yang seberani itu terhadap Tuan Kai. Semua orang ketakutan dan menghindari tuan Kai. Saya mengikuti Tuan Jongin dan Tuan Kai sejak mereka kecil lagi, boleh dikatakan kami berkawan sejak kecil kerana dulu ayah saya ialah pelayan peribadi kepada Tuan Kim, ayah angkat Jongin. Ketika Tuan Kai muncul, semua orang lari ketakutan menghindari dia." Takuya menghelah nafas panjang. "Malah plaster itu masih tersimpan di kotak kaca di almari Tuan Jongin. Cik benar-benar telah membuatkan Tuan Kai tergila-gila hanya kerana itu."

Karena sebuah plaster? Jisoo merasakan tubuhnya bergetar. Bukan! Bukan kerana sebuah plaster. Perbuatannya itu mempunyai maksud yang sangat dalam bagi Kai. Jisoo satu-satunya manusia yang tidak takut padanya. Ya Tuhan, dia tak pernah bermimpi akan membuatkan monster menakutkan seperti Kai sangat obses kepadanya.

"Saya mungkin menyakiti hati cik dengan apa yang akan saya katakan kepada cik." Takuya menatap Jisoo sungguh-sungguh. "Tapi saya mohon, setelah cik tahu, tolong jangan membenci Tuan Jongin. Dia dah berusaha mencegahnya tapi kadang-kadang Tuan Kai terlalu kuat."

Jantung Jisoo berdebar entah kenapa. "Tentang apa?"

"Sebenarnya Tuan Kailah yang bertanggungjawab atas kematian seluruh keluarga cik, harabeoji dan halmeoni cik, keluarga angkat tuan Jongin termasuk ayah cik, Jisung, dan yang terakhir, Chaewon..."

Kata-kata Takuya bagaikan petir yang menyambar dirinya dengan kuat tanpa belas. Jisoo sampai terhuyung dan terpaksa berpaut kepada rak makanan di belakangnya.

"Apa?!"

"Orang pertama Tuan Kai bunuh ialah keluarga angkat dia sendiri. Orang tua Jisung tahu bahawa Tuan Jongin mempunyai dua keperibadian apabila anjing peliharaan mereka dibunuh dengan kejam dan bangkainya digantung di pokok, hanya Tuan Jongin saja yang berada di rumah waktu tu, tapi Tuan Jongin mengaku tak ingat apa-apa pun. Sejak dipelihara keluarga angkatnya, tuan Jongin telah berjaya menahan Tuan Kai supaya tak bangun, Tuan Kai membunuh anjing itu hanya sebab dia ingin mengambil kesempatan ketika Tuan Jongin leka dan berusaha menunjukkan kalau dia masih wujud. Keluarga angkat Tuan Jongin kemudian menghantar Tuan Jongin ke psikitari dan doktor itu berusaha melakukan hipnotis untuk berkomunikasi dengan Tuan Kai. Sebuah kesalahan bodoh sebab Tuan Kai akhirnya bangkit setelah sekian lama. Dulu Tuan Kai hanya bangkit sekejap apabila Tuan Jongin lemah, hipnotis itu ternyata memberi Kai kekuatan." Takuya melanjutkan kisahnya sambil beberapa kali menatap ke arah pintu ruang bawah tanah di atas. Sementara itu Jisoo menahan nafasnya mendengar cerita itu.

"Lepas tu apa yang terjadi?"

"Tuan Kai bangun dan pulang ke rumah. Berpura-pura seperti Tuan Jongin. Keluarga angkatnya langsung tak sedar yang dia adalah peribadi yang berbeza. Lalu pada suatu hari, ketika kedua-dua orang tua angkat tuan Jongin dan Tuan Jisung sendiri memandu kereta untuk satu urusan, mereka telah melanggar truck besar sebab brek kereta tak dapat berfungsi." Takuya nampak ketakutan, "Tuan Kai telah memotong wayar brek kereta mereka."

Jisoo merasakan buluh tengkuknya berdiri, Kai benar-benar kejam... dan dia... dia satu tubuh dengan Jongin, Jongin yang dicintainya. Apa yang harus dia lakukan? Kai telah membunuh kedua-dua orang tua angkatnya yang bererti harabeoji dan halmeon kepada Jisoo juga, dia juga membunuh Jisung, appanya, sehingga tidak sempat bertemu dengannya. Kai telah merampas kesempatan Jisoo untuk bertemu appa kandungnya dan Kai adalah orang yang sama dengan Jongin. Jongin sama dengan Kai. Hati Jisoo berdarah oleh rasa pedih. Tetapi Takuya rupanya belum selesai, masih ada lagi rasa sakit yang akan menusuk hati Jisoo.

" Kemudian Tuan Kai mengejar cik. Dia menemui harabeoji dan halmeoni cik, mengatakan akan mengambil cik untuk menuntut waris dari appa kandung cik, Tuan Jisung. Sudah tentu harabeoji dan halmeoni cik menolaknya. Mereka melarang Tuan Kai mendekati cik selamanya, selain tu mereka takut akan wujud skandal sebab Chaewon sedang meningkat naik masa tu. Kemudian, Tuan Jongin berhasil bangkit sekali lagi, dia menenggelamkan Tuan Kai dan berusaha memperbaiki semuanya. Bayangkan kesedihan yang dirasakan Tuan Jongin ketika menyedari bahawa orang tua angkatnya, abang angkatnya dibunuh dengan tangannya sendiri dan dia tiada kuasa untuk cegah semua tu." Takuya menarik nafas panjang. "Saya ada di sisi Tuan Jongin waktu tu, dia sangat menderita..."

Sebab itulah Jongin nampak sangat menyesal. Jisoo boleh merasakan betapa sayangnya Jongin kepada keluarga angkatnya. Memiliki monster tersebut di dalam dirinya dan tidak mampu mengendalikannya, rasanya pasti sangat terseksa.

"Ternyata Tuan Kai tidak kalah. Dia hanya memutuskan untuk duduk dan menunggu hingga saat yang tepat. Dialah yang menyebabkan harabeoji cik meninggal."

"Tapi harabeoji saya meninggal sebab sakit. Dia meninggal di rumah, tak mungkin Kai yang bunuh."

"Tuan Kailah yang membunuh harabeoji cik sebab dia mengancam agar Kai tak lagi berurusan dengan cik." Takuya menatap Jisoo sepenuhnya, " Cik ingat pembantu rumah cik yang bersedia digaji murah untuk membersihkan rumah harabeoji dan halmeoni cik?"

Jisoo ingat. Pembantu itu, wanita setengah baya yang datang di waktu pagi dan pulang ketika menjelang malam. Untuk memasak dan membersihkan rumah mereka serta mengerjakan seluruh urusan rumah.

"Pembantu tu sebenarnya orang suruhan Tuan Kai. Dia jugalah yang menangkap gambar cik setiap saat tanpa pengetahuan dan mengirimkannya secara berkala kepada Tuan Kai."

Jisoo ingat album gambar yang ditunjukkan Jongin kepadanya, hanya ada dua dan semuanya berisi gambar semasa dia kecil yang dikirimkan oleh harabeoji dan halmeoninya sendiri kepada Jisung, appanya.

"Harabeoji dan halmeoni cik berhenti mengirimkan gambar setelah Jisung meninggal. Jadi Tuan Kai mengirimkan orangnya untuk mengawasi dan mengirimkan gambar-gambar cik kepadanya. Dia ada enam album besar lagi yang cik tak tahu."

Dan yang Jongin tunjukkan kepadanya hanya dua album. Jisoo membatin di dalam hati. Menunggu Takuya melemparkan bom yang lebih besar kepadanya.

"Pembantu cik yang memasukkan racun yang tak dapat dikesan dalam makanan harabeoji cik. Dia berikan sedikit demi sedikit kepada harabeoji cik sehingga kondisi harabeoji cik menurun dan makin lemah hingga akhirnya meninggal dunia."

Mata Jisoo terasa panas mendengarkan informasi itu. Betapa kejamnya Kai, lelaki itu menindas nyawa sesiapa saja yang menghalangnya dengan kejam, sangat kejam!

"Tuan Kai berfikir bahawa dengan meninggalnya harabeoji cik, dia boleh memujuk halmeoni cik untuk menyerahkan cik di bawah perwaliannya. Tapi halmeoni cik sama keras kepalanya dengan harabeoji cik, mungkin dia melihat ada aura jahat di dalam diri Tuan Kai sehingga dia menawarkan wang kepada halmeoni cik tapi halmeoni cik menolaknya mentah-mentah. Malah halmeoni cik mula mencari informasi tentang Tuan Kai dan hampir menemui keraguan atas kematian harabeoji cik. Sayangnya, Tuan Kai sudah memintahkan untuk membunuh halmeoni cik juga. Tubuh halmeoni cik semakin lemah dan ketika dia sedar yang harabeoji cik dan dia diracun, semuanya telah terlambat, malah dia terlalu lemah untuk memberitahu cik."

Jisoo teringat akan halmeoninya dan terus menangis tapi keadaan halmeoninya sangat lemah sehingga jangankan berkata-kata, menelan ludah pun sangat sulit dilakukan halmeoninya. Waktu itu Jisoo berfikir bahawa halmeoninya menangis kerana harabeojinya, bahawa keadaannya semakin lemah kerana lemah hati. Jisoo tidak terfikir bahawa gejala penyakit harabeoji dan halmeoninya sangat serupa iaitu kerosakan organ-organ vital, ginjal, paru-paru, jantung dan kemudian saraf. Adakah waktu itu halmeoni sedang menangisinya? Kerana halmeoninya tidak mampu memberitahunya?

Air mata Jisoo menitis di pipinya mengingati penderitaan halmeoninya di saat-saat terakhirnya. Kai sungguh kejam. Lelaki itu tiada hati dan perasaan. Dia seperti iblis yang jahat dan tiba-tiba kebencian memuncak di hati Jisoo. Lelaki itu telah merampas seluruh keluarganya, seluruh keluarganya!

"Adakah Kai juga yang membunuh unnie saya?"

Takuya menganggukkan kepalanya, "Chaewon berada di tempat yang salah dan waktu yang salah. Tuan Kai mengawini Chaewon hanya untuk membawa cik ke rumah ni. Kemudian Chaewon menemui album gambar cik tanpa sengaja sehingga membuatkan Tuan Kai marah." Takuya menatap Jisoo yang bercucuran air mata dengan sedih, "Tuan Kai... menolak Chaewon jatuh dari tangga."

Pemandangan mengerikan itu terngiang-ngiang di benak Jisoo. Unnienya yang sudah menjadi mayat, terbaring dengan posisi pelik bermandikan darah di bawah tangga. Ekspresinya ketakutan. Kai benar-benar kejam dan menakutkan. Tiba-tiba Jisoo menyedari bahawa dia terperangkap di rumah ini bersama Kai.

"Kenapa Jongin mengurung diri di ruang kerja?" Jisoo menyedari firasat buruk itu. Takuya menghelah nafas panjang, "Sebab Tuan Kai makin kuat dari hari ke hari, dia... boleh saja bangun dan mendesak Tuan Jongin. Tuan Jongin meminta saya bersedia kalau ini semua terjadi."

Jisoo bergetar. Dia takut, dia telah mendengar kisah kekejaman Kai dan sekarang dia hanya bergantung pada kekuatan Jongin. Bagaimana kalau Jongin kalah dan Kai menguasainya?

"Saya merancangkan pelarian cik. Seharusnya tak secepat ini. Tapi nampaknya kita mesti bergerak cepat. Malam ni cik harus bersiap-siap." Takuya bergumam dengan gelisah. Jisoo menyedari Takuya menggigil. Lelaki itu ketakutan. Sama seperti dirinya, takut kepada Kai yang mengerikan. "Cik mesti bersikap biasa. Tuan Kai boleh saja telah menguasai tubuh Tuan Jongin dan dia berpura-pura. Dia sangat arif kalau berpura-pura... sama seperti dulu yang dia lakukan kepada keluarga angkatnya. Cik harus sentiasa berhati-hati dan berpura-pura. Jangan sampai Tuan Kai tahu yang cik dah tahu semuanya. Rancangan kita boleh gagal."

Jantung Jisoo berdebar liar. Melarikan diri? Rasanya begitu menakutkan melarikan diri dari manusia mengerikan seperti Kai. Jisoo ketakutan.

"Saya akan berusaha, Takuya." Jisoo berusaha nampak tenang, "Terimas kasih sebab dah buat ni semua demi saya, saya tahu awak bertaruh nyawa di sini."

Takuya tersenyum lembut, sebuah ekspresi yang akhirnya ditunjukkannya setelah sekian lama memasang wajah datar. "Cik tahu, saya menyesal sebab cik terpaksa kehilangan seluruh keluarga cik. Dan saya sangat setia kepada Tuan Jongin. Dia... dia sungguh-sungguh mencintai cik. Dia yang merancangkan ni semua untuk menyelamatkan cik kalau dia dah tak mampu menahan Tuan Kai lagi."

Perkataan Takuya terasa menusuk hatinya, membuatnya terasa pedih. Jongin mencintainya dan Jisoo juga mencintai Jongin. Ingatkan hanya semudah itu tapi ternyata tidak. Jongin... dia satu dengan Kai... dan merekalah yang bertanggungjawab atas kematian seluruh keluarganya. Bagaimana mungkin Jisoo mampu tetap mencintai Jongin setelah semuanya berlaku? Tapi Jisoo memang mencintai Jongin, jauh di dalam hatinya dia menyedari bahawa Jongin telah mencuri seluruh hatinya dengan segala kelembutannya, sikap tegasnya, kasih sayangnya. Jisoo mencintai Jongin walaupun waktu itu dia tidak tahu bahawa Jongin mempunyai alter ego bernama Kai yang begitu kejam.

*

*

Setelah Jisoo pergi, Takuya terus menghubungi Tao, dia sudah menyimpan nombor itu dari hasil penyelidikannya.

"Yeobeoseyo?"

"Ini Takuya."

"Well, Takuya, duit yang ada di envelope ni sangat banyak..."

"Anda akan memerlukannya nanti. Malam ini saya memerluka anda untuk bersembunyi di sudut dekat pagar rumah Tuan Jongin. Saya akan menyuruh Jisoo keluar malam ini."

"Malam ni?" Tao termenung, tidak menyangka mereka akan menjalankan rancangan ini secepat itu. Dia belum menyiapkan segalanya. Tetapi mungkin dia boleh membawa Jisoo di apartmentnya dulu atau di hotel dan menyembunyikannya.

"Keadaan sangat terdesak." Takuya berkata perlahan dan waspada dengan keadaan sekelilingnya, "Saya harap anda bersedia di tempat anda. Tepat jam dua belas malam."

"Faham. Saya akan bersedia."

*

*

"Jisoo?" Jongin mencari-cari gadis itu.

Untung saja Jisoo telah naik ke atas dan masuk ke biliknya. Dengan gugup dia menghelah nafas panjang lalu membuka pintu biliknya. Jongin kelihatan sangat tampan berdiri di sana, dengan sweater diperbuat daripada buluh dan baju pijama berwarna gelap. Lelaki itu nampaknya baru selesai mandi kerana rambutnya basah. Jongin tersenyum lembut ketika menyedari Jisoo sedang mengamati rambutnya yang basah.

"Aku baru habis berenang tadi," gumamnya perlahan, "Sebenarnya aku nak ajak kau tapi nampaknya kau ada di bilik sedang berehat. Aku pun tak nak ganggu."

Ini Jongin atau Kai yang sedang berpura-pura?

Jisoo berkerut. Bagaimanapun, sebelum dia boleh menentukan keperibadian siapa yang sedang menguasai tubuh itu, Jisoo harus berhati-hati.

"Kenapa kau mengerutkan kening?" Jongin menyentuh lembut dahi Jisoo dan mengusapnya agar hilang, "Kau sakit?"

Kesempatan. Jisoo terus menyambarnya, "Maaf, saya rasa sangat pening. Sebenarnya ni hari pertama saya datang haid. Hari pertama memang rasa sakit dan tak selesa..." Jisoo berdoa dalam hati semoga kebohongannya tidak terbaca, dia tidak pandai berbohong. Tapi dengan berpura-pura uzur, setidaknya dia boleh mengelakkan dirinya sekiranya Jongin mengajaknya 'tidur' malam ini. Lagi pun, malam ini dia harus berada di biliknya sendiri kerana Takuya akan merancangkan pelarian untuknya malam ini.

Jongin menatap lama mata Jisoo, tetapi kemudian wajahnya berubah lembut dan menatap Jisoo penuh pengertian, "Jadi malam ni nampaknya kita tak boleh bermesraan."Ujarnya dengan nakal.

Jisoo menganggukkan kepalanya, menatap Jongin menyesal, "Mianhae, Jongin."

"Hey, jangan minta maaf. Gwaenchana, itu bukan hal utama untuk aku" Jongin terkekeh dan meraih Jisoo ke dalam pelukannya, memeluknya dengan erat dan sayang. "Araseo, berehatlah dan dapatkan tidur yang secukupnya." Jongin mengusap-ngusap anak rambut Jisoo sebelum mengucupnya.

Jisoo menenggelamkan wajahnya di pelukan Jongin. Ya Tuhan, lelaki ini terasa sama... terasa seperti Jongin. Aromanya, tatapan lembutnya, kasih sayangnya. Mungkinkah dia bukan Jongin?

Sejenak Jisoo terlena. Tetapi kemudian dia teringat peringatan Takuya. Mereka tidak tahu siapa yang berdiri di depan Jisoo sekarang. Kalau memang ini benar-benar Jongin, dia akan dengan rela melepaskan Jisoo untuk pergi. Dan kalau ini Kai... lelaki itu akan mengamuk kalau tahu Jisoo ingin melarikan diri.

*

*

Malam itu Jisoo sudah berpakaian lengkap, dia membawa sedikit bajunya. Gaun dan pakaian paling sederhana serta sepasang sandal. Gaun-gaun cantik dan segala kelengkapannya yang dibelikan oleh Jongin untuknya, dia tinggalkan tergantung di dalam almari.

Malam ini adalah malam pelariannya. Jisoo merasa sangat gugup. Gugup dan takut. Takut rancangan Takuya gagal. Takut dia harus bertahan di rumah ini bersama Kai yang telah mengalahkan Jongin.

Ah... Jongin. Tiba-tiba matanya terasa panas dan ingin menangis. Kenangannya bersama Jongin adalah kenangan yang terindah. Jisoo sungguh-sungguh mencintai Jongin, waktu mereka bersama memang singkat tapi hatinya tidak akan pernah merasakan benda yang sama kepada lelaki lain. Tidak akan pernah mampu sedalam yang Jisoo rasakan kepada Jongin.

Ketukan di pintunya begitu perlahan tetapi dalam keheningan itu membuat Jisoo melonjak terkejut. Dia terkaku sejenak. Itu Takuya? Atau Jongin? Dengan berhati-hati dia membuka kunci pintu, berdoa supaya Takuya yang ada di depan pintunya, dan syukurlah doanya dikabulkan. Takuya yang ada di sana membawa bungkusan warna hitam.

"Tukar ke baju ni. Pantas." Suaranya berbisik perlahan, penuh waspada. Jisoo masuk kembali ke bilik dan terburu-buru mengenakan pakaian itu. Itu pakaian pelayan lelaki. Jisoo mengikat rambutnya lalu memasukkan rambutnya ke dalam jaket pelayannya. Sekilas dia melirik ke kaca. Penampilannya mirip seperti lelaki yang masih remaja.

Dia segera keluar dan menemui Takuya yang masih menunggu di depan pintu dengan gelisah, dibawanya beg kecilnya yang berisi pakaiannya, lalu Takuya mengajaknya melangkah perlahan menuju ke tangga. Mereka harus melewati bilik Jongin untuk menuju ke tangga. Jantung Jisoo berdebar kencang seperti ingin pecah ketika melangkah melewati pintu bilik Jongin. Dia sempat melirik ke ruang kecil bawah pintu Jongin dan menyedari bilik itu gelap dan hening. Sepertinya Jongin sedang tertidur. Syukurlah.

Mereka melangkah menuruni tangga dengan berhati-hati. Takuya mengajak Jisoo keluar, banyak pengawal Jongin yang berkeliaran di sekitar taman. Takuya mengajak Jisoo berjalan perlahan mengelilingi rumah menuju ke garaj di halaman belakang. Takuya sempat mengambil sebuah tong sampah dan bersusah-payah mengangkatnya. Dia menyuruh Jisoo mengikutinya ke arah sebuah pintu kecil di tepi pagar yang besar. Mereka bertembung dengan salah satu pengawal keselamatan yang bertugas, Jisoo bersikap gugup tetapi Takuya tersenyum dan menyapa lelaki itu dengan santai.

"Malam ni sejuk, kan."

Lelaki yang bernama Yoochun itu tersenyum. Jisoo berasa ngeri melihat apa yang terselit di pinggang lelaki itu. Itu sudah pasti sebuah pistol, sebuah pistol yang sangat mengerikan.

"Yup, sangat sejuk. Erm, kau nak buang sampah lewat malam macam ni? Kenapa kau tak suruh pelayan ja yang buat semua tu?"

Takuya terkekeh, "Aku tertidur dan lupa kalau sampah mesti dikeluarkan setiap hari Jumaat. Dan pelayan ni baru saja bekerja di sini, jadi aku terpaksa bimbing dia."

Yoochun tergelak. "Memang menyusahkan. Tapi sekurang-kurangnya lepas ni kau boleh tidur, sementara aku terpaksa berjaga semalaman."

"Tapi kau kan dah tidur seharian tadi sementara aku berkeliaran mengurus rumah." Takuya menyahut. Kedua-dua lelaki itu tertawa bersama, sementara Jisoo berdiri dengan gugup.. Kemudian Yoochun menepuk bahu Takuya dan berminta diri untuk pergi.

Takuya sangat gugup disebalik sikapnya yang tenang. Jisoo melihat Takuya berpeluh sedangkan malam ini sangat sehuk. Lelaki itu mengajak Jisoo berhati-hati berjalan menuju ke arah pintu tepi. Mereka berdiri di sana dan Takuya membuka kunci pintu tepi itu dan dalam sesaat pintu itu terbuka.

"Lari..." Takuya berbisik, "Ada kereta yang menunggu cik di hujung sana. Dia orang baik. Dia akan menjaga cik. Ini wang untuk simpanan cik, ini dari tuan Jongin sendiri. Saya telah menyiapkan wang ini untuk cik, saya harap wang ini cukup." Takuya meletakkan envelope tebal berisi wang ke tangan Jisoo.

"Jadi awak macam mana?" Jisoo terkejut, tidak menyangka bahawa Takuya tidak akan ikut lari bersamanya. Lelaki itu menggelengkan kepalanya dan menatap Jisoo dengan menyesal.

"Saya tak boleh ikut bersama cik. Saya akan cuba melambatkan tuan Kai..." Dia menatap Jisoo dengan sedih, "Lari dan berhati-hati."

Jisoo menatap Takuya dengan mata berkaca-kaca, "Gomawo." Dia berbisik perlahan lalu membalikkan tubuhnya. Berlari dan tidak menoleh ke belakang lagi.

*

*

Takuya melangkah berhati-hati, memasuki pintu rumah Kim Jongin yang mewah itu. Lobby sangat gelap ketika waktu malam. Berusaha tanpa menimbulkan suara sedikit pun, Takuya menutup pintu itu.

"Puas Takuya berhasil membodohkan tuan kau sendiri?"

Suara itu datang dari kegelapan dan membuatkan Takuya terperanjat. Benar-benar terperanjat. Dia melihat ke atas dan seketika itu menggigil.

Tuan Jongin... Bukan! Itu Tuan Kai yang berdiri di hujung atas tangga dengan jubah tidur hitam. Lelaki itu kelihatan seperti lembaga yang muncul dari kegelapan malam dengan pakaian hitam dan aura gelap menakutkan yang menyelubunginya. Seakan-akan ingin mempermainkan ketakutan Takuya, dia melangkah perlahan-lahan menuruni tangga...

"Kau ingat aku tak tahu?" Kai tersenyum kepada Takuya, senyuman membunuh yang kejam. "Aku berpura-pura sebagai Jongin malam ni. Dan Jisoo berkelakuan pelik dan ketakutan. Dia kata dia tengah uzur untuk menolak aku. Tapi tentu saja aku tahu dia tipu. Sewaktu kamu berdua mengendap-ngendap lalu di bilik, aku hampir tak dapat menahan diri untuk ketawa. Dan aku mengawasi kamu berdua sehingga kau melepaskan Jisoo di pintu pagar.

"Ke... kenapa tuan tak halang kami kalau tuan dah tahu?" Suara Takuya seakan tersekat di kerongkong, dia sangat ketakutan. Dia tidak menyangkakan situasi ini, dia fikir semuanya telah teratur dan sangat rapi. Sama sekali tidak disangkanya kalau Tuan Kai sudah mengetahui semua rancangannya.

"Sebab aku nak tengok sejauh mana kau mengkhianati aku." Kai masih mempertahankan suara tenangnya yang penuh senyuman, "—dan ternyata kau tak berfikir panjang untuk mengkhianati aku."

Lelaki itu sudah berdiri di hujung tangga dan sekarang melangkah mendekati Takuya, perlahan-lahan sehingga berdiri di hadapannya, menjulang tinggi dan begitu menggugatkan.

"Apa yang tuan kau berikan sehingga kau sangat setia pada dia?"

"T-tuan boleh bunuh saya sekarang." Takuya bergumam, pasrah. Mungkin memang sudah saatnya dia mati. Tetapi Kai malahan ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Takuya, "Membunuh kau? Setelah pengkhianatan yang kau lakukan? Tidak, Takuya, aku tak sebaik itu kepada kau. Kalau kau mati, kau tak akan menderita." Kai mengarahkan tangannya ke leher Takuya dan mencengkamnya.

Takuya memejamkan matanya ketakutan, lelaki ini akan mencekiknya dan meremukkan lehernya, "Walaupun aku nak sangat mencekik kau tapi aku tak akan lakukan. Itu terlalu mudah untuk kau." Kai melepaskan tangannya dari leher Takuya. Lalu melangkah mundur memberi Takuya ruang untuk bernafas, sebelum menjatuhkan hukuman yang lebih mengerikan kepada Takuya.

"Kau tak ingat dengan ancaman aku, Takuya? Aku dah kata aku tak akan lepaskan Arisa dan anak kau, kalau kau mengkhianati aku?"

Wajah Takuya pucat lesi, dia terus panik. Kai telah menemui isteri dan anaknya? Bagaimana mungkin? Sudah lama dia menyuruh mereka pergi secara hati-hati dan rahsia. Seharusnya mereka tidak akan pernah kedapatan!

"Aku tahu kau pasti tertanya-tanya kenapa aku boleh menemui keluarga kau yang telah kau sembunyikan dengan begitu cermat." Kai terkekeh, "Seperti yang aku lakukan kepada harabeoji dan halmeoni Jisoo, aku menempatkan orang suruhan aku untuk menyamar sebagai babby sitter. Dan dia melaporkan keluarga kau sedang berusaha pindah tempat dengan terburu-buru. Kau tak menyangka itu bukan?"

Takuya sungguh tidak menyangka. Bukankah seharusnya Tuan Jongin mengingatkannya kalau itu terjadi?

"Kau tak faham lagi?" Kai menggeleng-gelengkan kepalanya, menatap Takuya seolah-olah lelaki itu orang bodoh, "Aku lebih kuat dari Jongin. Kalau Jongin sedar, aku masih mampu berdiri di sudut dan mengamati semuanya. Tapi kalau aku kuasai tubuh ni, Jongin tertidur. Jadi aku boleh melakukan apa saja sesuka hati aku dan Jongin tak akan ingat apa pun tapi ketika Jongin melakukan sesuatu, aku akan tahu semuanya."

Tatapan Kai berubah kejam dan marah, senyumannya menghilang, "Dan ketika aku tahu keluarga kau akan pergi, aku menghantar Yongguk mengejar mereka dan mengurung mereka di sebuah gudang lama di hujung bandar..." Matanya bersinar, nampak puas, "—dan sekarang gudang itu sedang terbakar habis dijilat api sebab kau dah berani mengkhianati aku."

"Andwae! Andwae!!!" Takuya menjerit, tidak percaya akan semuanya, tidak percaya akan kekejaman Kai. Kai tertawa perlahan, ketawa yang kejam. "Aku menyuruh Yongguk membakar gudang tu sementara mereka terikat hidup-hidup di dalam sana."

"Andwae! Kau iblis! Kau iblis yang kejam! Aku akan bunuh kau!" Dengan histeria Takuya mencuba menyerang Kai tapi tentu saja lelaki itu bukan tandingannya. Kai dipenuhi aura membunuh, dengan mudah Kai menangkap Takuya dan mengunci kedua-dua tangannya ke belakang. "Tuan Jongin kau yang kau puja tu dah tak dapat menolong kau lagi." Kai mendesis sinis, "Bagitahu aku, kau menyuruh Jisoo lari di mana dan siapa yang membantu kau di luar?!"

Takuya menangis, bercucuran air matanya. Kerana kesalahannya, Arisa dan anaknya menjadi korban. Sekarang hidupnya tidak ada ertinya lagi, dia tidak akan memberikan kepuasan kepada iblis jahat ini untuk menelan korban lagi.

"Lebih baik bunuh saya sekarang."

Kai tersenyum, "Terserah. Dengan atau tanpa bantuan kau, aku akan tetap menemui Jisoo." Dia menekan tangan Takuya yang ditelingkupnya di belakang tubuh lelaki itu. Dan kemudian menekannya hingga bunyi patah terdengar kuat, jeritan kuat Takuya memenuhi seluruh ruang membuatkan beberapa pelayan tergopoh-gopoh berlarian keluar dari ruang kerja mereka. Semuanya terkesima apabila melihat tuan mereka melepaskan tubuh Takuya yang terus terjatuh ke lantai. Mereka memandang ngeri tangan Takuya yang longlai dalam posisi pelik. Tuan mereka telah mematahkan kedua-dua tangan Takuya!

Kai menatap Takuya tanpa belas kasihan lalu dia memerintahkan kepada salah seorang pelayannya. "Bawa dia ke rumah sakit." Diliriknya para pengawalnya yang baru tiba, "Dan jaga dia dalam pengawalan ketat, dia tak boleh berbual dengan sesiapa pun selama di rumah sakit." Lalu Kai membalikkan badannya dan menaiki tangga, terdengar bunyi pintu biliknya dihentak dengan kuat. Sementara beberapa pelayan terus mengangkat Takuya dan memapahnya untuk dibawa ke rumah sakit.

*

*

Kereta itu menunggu di sudut yang gelap. Jisoo berlari menghampirinya dengan ragu. Tao sudah menunggu di luar pintu kereta. "Jisoo?"

Jisoo terus menganggukkan kepalanya mendengar pertanyaan Tao, "Masuklah." Lelaki itu membukakan kunci pintu penumpang untuk Jisoo. Kereta itu terus dipandu laju menembus kegelapan malam.

"Pelayan tu... dia tak ikut?" Tao memandu sambil melirik ke arah Jisoo yang masih ketakutan. Jisoo menggelengkan kepalanya dan menggenggam erat envelope yang diberikan oleh Takuya. Benaknya kalut memikirkan apa yang akan terjadi pada lelaki yang baik hati itu. Apakah Kai akan membunuhnya? Jisoo berharap yang tadi itu benar-benar Jongin. Jongin akan menghargai usaha Takuya melepaskan Jisoo dan itu bererti Takuya akan selamat. Tetapi kalau yang tadi itu Kai, maka...

Jisoo memejamkan matanya, tidak berani membayangkan. Semoga Tuhan melindungi Takuya di sana.

*

*

Kereta itu berhenti di sebuah kawasan apartment. Tao memasukkan keretanya ke tempat parkir kereta di basement apartement dan mengajak Jisoo keluar.

"Kajja, malam ni kita menginap di apartment saya dulu. Besok saya akan hantar awak ke tempat kawan saya yang akan menolong awak lari ke luar negeri."

Ke luar negeri? Jisoo menterbeliakkan matanya. Terkejut dengan kata-kata Tao. Sementara itu Tao terkekeh melihat reaksi Jisoo. "Pelayan lelaki tu tak bagitahu awak ke?" Tao melangkah ke kawasan lift di basement dan mengajak Jisoo.

Pintu lift terbuka beberapa saat dan mereka terus masuk, lift pun bergerak ke atas, "Takuya menyuruh saya menolong awak melarikan diri ke luar negeri. Dia kata Kim Jongin sedang mengejar awak sebab dia gila dan obses menjadikan awak pengganti Chaewon." Tao menatap Jisoo, mencuba mengorek informasi tetapi ekspresi Jisoo tetap datar walaupun wajahnya pucat lesi.

Jadi itu informasi yang Takuya berikan kepada penolongnya ini. Takuya pasti ada alasan sendiri merahsiakan informasi kepada lelaki di depannya dan Jisoo memutuskan akan mengikuti arus.

Tao mengawasi Jisoo, dia seorang wartawan dan dia tergerak hati untuk bertanya, "Saya tertanya-tanya kenapa ketua pelayan Kim Jongin sangat serius untuk membantu awak melepaskan diri."

Jisoo tersentak tapi terus berbohong, "Dia rapat dengan harabeoji saya..."

Tao rupanya boleh menerima jawaban Jisoo. Pada saat itu juga pintu lift terbuka di tingkat 27. Tao mengajak Jisoo keluar dari lift dan menuju ke bilik apartmentnya di tempat yang paling hujung.

"Sebelum tu saya minta maaf kalau bilik saya berselerak. Maklumlah, bilik bujang yang tak pernah disentuh oleh tangan perempuan." Lelaki itu membuka kunci pintunya, " Okay, silakan masuk."

Jisoo memasuki ruang apartment yang cukup luas itu. Sebenarnya keadaannya tidak seburuk yang dikatakan Tao. Apartment itu cukup kemas untuk seorang penghuni lelaki.

"Ada dua bilik di sini. Awak boleh pakai bilik kecil di sebelah sana. Bilik tu kosong dan harap awak selesa. Besok kita akan berjalan jauh, jadi berehatlah." Tao mempersilakan.

Sebenarnya dia sudah gatal hati ingin menemubual Jisoo. Temu bual langsung dengan Jisoo pasti akan menjadi berita eksklusif baginya kerana tidak ada yang boleh melakukannya selain dirinya. Tao membayangkan betapa para wartawan lain akan iri dengannya.

Jisoo mengucapkan terima kasih dengan gugup. Lalu memasuki bilik kecil itu. Sementara Tao masih termenung sambil menatap pintu bilik Jisoo yang tertutup. Takuya telah menjanjikan berita eksklusif untuknya, berita tentang keluarga kandung Chaewon dan tentang Jisoo sendiri yang merupakan adik tiri Chaewon. Tetapi Tao memiliki berita itu sendiri di rumahnya. Seorang wartawan akan sangat bodoh kalau melepaskan kesempatan ini.

*

*

Tao berjalan mundar-mandir di biliknya. Kim Jongin nampaknya mempunyai segalanya. Kalau pelayannya saja boleh memberikan wang yang begitu banyak untuk berkerjasama, bayangkan apa yang boleh diberikan oleh Kim Jongin sendiri kepadanya.

Tao terdiam, berfikir masak-masak. Kalau dia menyerahkan Jisoo kepada Kim Jongin, lelaki itu pasti akan memberikan wang ganjaran yang banyak, dan Tao boleh memuatkan berita tentang itu, tentang skandal Kim Jongin yang menahan Jisoo dan berusaha menjadikannya pengganti Chaewon, dia pasti boleh menggunakannya untuk mengancam Kim Jongin dan kemudian dia pasti akan menerima wang untuk tutup mulut yang banyak.

Tao tergoda, sungguh-sungguh tergoda. Tetapi fikirannya masih dipenuhi oleh pertanyaan tentang siapa keluarga kandung Chaewon dan ayah kandung Jisoo. Dia menghelah nafas panjang. Kalau Takuya yang bekerja sebagai pelayan Kim Jongin boleh mengetahui informasi itu, itu bererti Kim Jongin juga mungkin tahu.

Tao tersenyum. Dia harus berjaya memujuk Kim Jongin untuk bekerjasama dengannya. Tao tahu nama syarikat Kim Jongin. Dia berusaha menelefon pejabat itu. Tetapi tidak ada yang mengangkat dan automatik tersambung pada mesin perakam pesanan pejabat.

Lelaki itu menarik nafas sambil melirik ke arah bilik Jisoo. 'Maaf, Jisoo. Aku bagaikan ikan jerung yang diberi umpan. Sudah tentu aku akan memilih umpan yang lebih besar.'

Dengan tenang Tao meninggalkan pesanan di mesin perakam pesanan pejabat Kim Jongin itu. "Yeobeoseyo, Kim Jongin. Saya wartawan tabloid terkenal yang ingin membuat liputan tentang anda. Kalau anda bersetuju bekerjasama untuk wawancara eksklusif, saya akan memberikan informasi tentang seseorang bernama Jisoo kepada anda. Saya yakin nama itu ada erti buat anda." Lalu Tao mematikan telefonnya dan menunggu. Senyumannya mengembang, wang besar akan datang kepadanya. Dia tidak menyangka dirinya sebertuah itu.

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

— Ah kau, terlebih panjang pulak chap ni hahaha XD

Ok, next chap saya cuba buatkan awok-awok semua berfikir dua kali sama ada still nak cakap Kai ni kejam atau tak dekat Jisoo. *smirk*. Betulkah Kai memang tak ada hati/perasaan sikit pun dengan orang yang terdekat dengan dia? Jawapan semua ada di chapter yang seterusnya~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!