Chapter 14

Call Me Monster

Jisoo duduk di kerusi,  berdekatan dengan tempat tidur itu dan termenung. Di atas katil di hadapannya, tubuh Kai masih terbaring tidak sedarkan diri. Alat-alat ECG masih tersambung di badannya, mempamerkan kadar degupan jantung dan pernafasannya di skrin monitor.

Jisoo mengamati lelaki itu dan berkerut. Kemalangan itu cukup kuat menghentam Kai sehingga menimbulkan kecederaan serius di kepalanya dan jahitan melintang di dahinya. Luka itu mungkin disebabkan kerana Kai terpelanting dan dahinya terhentak pada jalan raya. Luka di kepalanya adalah luka yang paling ringan, masih banyak luka-luka lain di sekujur tubuhnya, di organ dalamannya juga.

Jisoo berkerut. Doktor mengatakan lelaki ini akan sembuh, walaupun memerlukan waktu pemulihan yang lama. Jika nanti lelaki di depannya ini bangun... siapakah yang akan muncul? Jongin... atau Kai? Siapakah yang sebenarnya paling dia inginkan? Jongin yang baik dan penuh kasih sayang kepadanya... atau Kai yang mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Jisoo?

Fikiran Jisoo menjadi kalut. Dia bingung... sedangkan dia sendiri tidak mampu membaca perasaannya sendiri. Fikirannya penuh dengan pelbagai persoalan. Dia memang membenci Kai. Sangat. Kai telah meragut seluruh keluarganya. Menjadikannnya sebatang kara di dunia ini hanya kerana obsesi gilanya untuk memiliki Jisoo.

Tetapi pada saat yang sama, bayangan akan Kai yang berlumuran darah di atas jalan raya, tercedera kerana menyelamatkannya lalu sempat menanyakan keadaan bayinya sungguh menyentuh hatinya yang paling dalam. Bagaimanapun juga, Kai telah menyelamatkan Jisoo sebanyak dua kali, dia telah menyelamatkan Jisoo dari percubaan permerkosaan mengerikan yang dilakukan oleh Tao itu, lelaki itu juga dulu merawat luka-lukanya dengan penuh kelembutan.

Kai mengatakan dia sudah menguasai tubuh ini sebelum mereka menikah lagi. Tapi dia memutuskan berpura-pura menyamar sebagai Jongin dan melayannya dengan baik, tidak pernah menyakitinya dan menjaganya. Kenapa Kai bersusah-payah melakukan semua itu?

Dia masih ingat akan kata-kata Kai yang diucapkannya dengan ekspresi sedih ketika malam itu. Tidak pernah ada yang menginginkannya. Mungkin selama ini Kai hanya ingin seseorang menginginkannya dengan sepenuh hati. Selama ini lelaki itu selalu sendirian, hidup dalam bayang-bayang Kim Jongin, kesepian jauh di dalam sana dan ketika dia muncul yang diterimanya hanyalah penolakan dan ketakutan. Tiba-tiba Jisoo merasakan simpati yang dalam kepada Kai.

Digenggamnya tangan lelaki itu, dan berbisik lembut. "Saya tahu awak berdua mendengar di dalam sana. Bangunlah... Saya inginkan awak berdua." Air matanya menitis, dia mengusap perutnya, tempat buah hatinya dengan lelaki yang sekarang terbaring tidak sedarkan diri ini bersemayam. Anak ini adalah buah cintanya dengan Jongin, begitu juga dengan Kai. Anak ini adalah anak mereka berdua. Jisoo tidak boleh mengakui yang satu dan menolak yang lain. Seperti yang dikatakan Jongin dulu, Jongin dan Kai adalah satu tubuh. Jika Jisoo ingin mencintai Jongin, dia harus mampu mencintai dan menerima Kai sebagai sisi gelapnya.

Jisoo mampu . Dia mampu mencintai mereka berdua. Walaupun ingatan tentang kekejaman Kai membuatnya takut tetapi lelaki itu tidak pernah sekalipun menyakitinya dengan sengaja. Mungkin tanpa Jisoo sedari, dia mencintai Kai secara tidak sengaja.

Jisoo duduk lama di kerusi itu, menatap tubuh lelaki yang terbaring masih tidak sedarkan diri di atas katil di depannya. Lelaki itu adalah ayah kepada anaknya. Siapakah yang benar-benar dia inginkan?

*

*

Takuya melangkah mendekati Jisoo yang masih duduk di kerusi di tepi katil. Hari ini sudah hari ketiga sejak Jongin ataupun Kai tidak sedarkan diri dan Jisoo masih menunggu dengan risau.

Takuya berdiri mendekati Jisoo dan menatapnya. "Tuan Kai menyelamatkan nyawa cik." Takuya menghelah nafas panjang, "Dari semua perkara yang tuan Kai lakukan, saya tak pernah menyangka dia akan lakukan ini."

Jisoo turut menghelah nafas panjang. "Dia tolak saya dan membiarkan diri dia dilanggar. Saya sangka... mungkin saat tu Jongin yang buat semua tu, bangun seketika dari dalam tubuh ni dan menyelamatkan saya, tapi bila saya datang dekat, dia sempat bercakap dengan saya, dan saya yakin yang dia memang Kai. Dia... dia risaukan keadaan bayi ni..." Mata Jisoo terasa panas. Dia benar-benar ingin menangis.

"Tuan Kai menyamar sebagai Tuan Jongin sebab dia tak nak emosi cik terganggu yang boleh memudaratkan kandungan cik." Takuya menatap ke arah tubuh lelaki yang terbaring itu. "Mungkin bayi itulah yang telah mengubah tuan Kai tapi mungkin juga cik yang telah membuatkan tuan Kai berubah."

"Saya tak tahu..." Jisoo mengusap air matanya, "Sekarang ni saya cuma nak dia bangun."

Takuya menatap Jisoo ragu,"Siapakah 'dia' yang cik maksudkan? Adakah Tuan Jongin? Atau... Tuan Kai?

*

*

Tengah malam, ketika Jisoo tidur terduduk di kerusi dalam keadaan kepalanya menelungkup di tepi katil, tangan itu bergerak dan mengusap rambutnya dengan lembut. Jisoo terus tersedar dan mengangkat kepalanya dengan berhati-hati.

"Kai?"

Mata itu membalas tatapannya, masih kelihatan lemah.

"Jisoo? Apa yang terjadi dekat aku?"

Jantung Jisoo langsung berdegup kencang. Ini Jongin. Yang ada di hadapannya adalah Jongin.

"Jongin?" Jisoo mendekatkan wajahnya ke arah lelaki itu, "Jongin?"

Jongin mengerutkan matanya, menatap Jisoo lama lalu menganggukkan kepalanya. "Ya sayang... ni aku."

"Saya akan panggil doktor." Jisoo menekan butang di sebelah katil, menunggu dengan cemas. Dalam beberapa minit, seorang nurse menjenguk ke dalam.

"Dia sedar." Beritahu Jisoo kepada nurse itu, nurse itu segera keluar untuk memanggil doktor.

"Apa yang dah terjadi dengan aku?" Jongin memegang kepalanya dengan tangannya yang dicucuk wayar, "Jisoo?"

Jisoo menggenggam tangan Jongin lembut, "Nanti saya akan jelaskan, Jongin." Lalu doktor datang dan memeriksa Jongin.

*

*

"Kai selamatkan kau." Pagi itu Jongin separa terduduk di katilnya, dia masih memakai tube ditangannya dan balutan di beberapa bahagian tubuhnya. "Dia selamatkan kau." Jongin mengulangi kata-kata itu seolah-olah masih tidak mempercayai apa yang didengarnya. "Kadang-kadang bila Kai menguasai tubuh ni, aku masih boleh sedar, melihat apa yang dia lakukan, seperti ketika di awal kedatangan kau di rumah tu. Ketika Kai cuba mengahampiri kau, kadang-kadang aku terjaga dan melihat semuanya. Tapi selalunya Kai sangat kuat hingga kebanyakannya aku hanya dalam keadaan tertidur dan tak ingat apa-apa lagi." Jongin menatap Jisoo dengan sedih, "Sebab tu lah aku hampir tak ingat sama sekali apa yang terjadi. Kalau kau tertanya, memang benar Kai yang selamatkan kau waktu tu."

"Jadi awak juga tak ingat tentang pernikahan kita?"

Jongin menggelengkan kepalanya lalu meraih jari Jisoo yang mengenakan cincin itu di tangannya, "Aku tak ingat apa-apa. Maafkan aku." Dikucupnya jemari Jisoo, "Tapi aku sangat senang bila kau dah jadi isteri aku." Kata-kata Jongin membuat Jisoo tersenyum lembut, "Saya juga Jongin."

Seketika Jongin nampak risau. "Adakah Kai melayan kau dengan kasar selama aku tak ada? Adakah dia menyakiti anak kita?"

"Tak, Jongin." Jisoo menggelengkan kepalanya, "Dia berpura-pura sebagai awak, melayan saya dengan baik, saya sendiri tak sedar sehinggalah insiden hari tu."

"Nampaknya aku boleh menghembus nafas lega." Lalu dahi Jongin berkerut, "Aku tak tahu Jisoo, aku bingung. Kai yang aku kenal bukan macam tu. Buat apa dia susahkan diri menyamar menjadi aku kalau yang dia inginkan hanyalah menguasai kau? Aku yakin semuanya akan sangat mudah jika dia tunjukkan diri dia dekat kau dan mengusai kau secara terang-terangan. Bukankah selalunya Kai memang sengaja mengusai kau untuk sakitkan hati aku, tapi dia malah menyamar sebagai aku dan melayan kau dengan baik. Itu bukan Kai yang aku tahu."

"Saya juga tak tahu apa tujuan dia," Jisoo menatap Jongin bingung, "Tapi Takuya kata Kai menyamar sebagai diri awak sebab dia tak nak saya terkejut dan takut sehingga mempengaruhi kandungan saya."

"Dia risaukan bayi tu." Jongin termanguh, "Sebuah kejutan lagi."

Jisoo menatap Jongin lembut, "Adakah awak merasakan kehadiran Kai dalam diri awak sekarang?" Suara Jisoo perlahan dan tenang tapi tiada siapa tahu apa yang diinginkan hatinya.

Jongin menggelengkan kepalanya, "Tak, Jisoo. Dan ia pelik. Kewujudan Kai selalu terasa, sedangkan ketika aku sedar sepenuhnya, dia selalu terasa dalam tubuh ini sedang mengawasi dari sudut yang gelap. Tapi sekarang yang aku rasakan hanya sebuah perasaan kosong..."

Jisoo merasakan jantungnya seakan dicengkam. Sakit. Adakah itu bererti... Kai sudah tidak ada? Adakah kemalangan itu telah melenyapkan Kai? Kalau begitu kenapa dia tidak merasa lega? Bukankah itu yang dia inginkan selama ini kerana hidupnya akan lebih mudah bersama Jongin? Tetapi kenapa dia merasakan seolah-olah sesuatu yang berharga diragut dari dalam dirinya? Kenapa seolah-olah dia merasa... patah hati? Adakah tanpa disedari selama ini dia juga mencintai Kai?

Jongin menyentuh dagu Jisoo dan mengangkatnya, "Kau sedih?" Jisoo tidak mampu berkata tidak. Dia menganggukkan kepalanya. Air matanya menitis membuatkan Jongin terus mengusapnya dengan lembut. "Adakah kau... mencintai Kai juga?"

Jisoo termenung lama. Benarkah? Jadi siapa yang sebenarnya dia cintai? Kai? Atau Jongin? Tetapi bukankah mereka memang satu? Mencintai Jongin bererti mencintai Kai juga, bukan? Begitu juga sebaliknya. Tapi mampukah Jisoo mencintai dua lelaki pada masa yang sama? Dua lelaki yang terperangkap di dalam satu tubuh, saling bertolak belakang.

Jisoo menghelah nafas, dia telah menemukan jawapannya. "Ya, Jongin. Saya... nampaknya saya juga mencintai Kai..." Ucapnya dengan suara bergetar. Jongin langsung meraih Jisoo ke dalam pelukannya, dengan sebelah tangannya yang tidak berbalut. "Oh Tuhan. Jisoo, maafkan aku. Maafkan aku sebab kau terpaksa mengalami semua ni."

*

*

Setelah dirawat berterusan beberapa lama, Jongin akhirnya boleh pulang dari rumah sakit. Dia masih belum pulih sepenuhnya, luka-lukanya masih dalam proses penyembuhan. Jalannya juga masih agak tempang dan beberapa jahitannya masih belum dibuka. Tetapi kondisi Jongin sudah jauh lebih baik berbanding di awal kemalangannya. Bahkan Jongin sudah mampu berjalan walaupun kadang-kadang terpaksa berhenti untuk menarik nafas. Doktor menyuruhnya menggunakan kerusi roda terlebih dahulu selama tubuhnya masih lemah tetapi Jongin tidak mahu. Dengan tekad yang kuat, lelaki itu akhirnya mampu berjalan walaupun kadang-kadang masih mengerang menahan sakit.

Mereka keluar dari rumah sakit itu pada tengah malam. Kali ini mereka benar-benar memastikan tidak ada wartawan yang bersembunyi dan mengambil gambar mereka. Insiden kemalangan Jongin sempat menimbulkan kehebohan di kalangan rakyat Korea, tambahan lagi beberapa rumor mengatakan bahawa Jongin sedang bersama Jisoo, adik diri bekas mendiang tunangnya ketika kemalangan itu berlaku. Tetapi Yongguk telah menangani semuanya dengan baik. Semua berita itu hanya menjadi khabar angin tanpa bukti dan konfirmasi.

Jisoo merangkul Jongin, membantunya berjalan memasuki rumah, menaiki tangga menuju ke bilik mereka. Dengan langkah perlahan, Jisoo membimbing Jongin dan membantunya duduk di atas katil. "Awak nak sesuatu ke sebelum tidur?"

"Tak, aku cuma nak peluk kau. Sini." Jongin menghulurkan tangannya dan ketika Jisoo menyambut hulurannya, dia terus ditarik dan tubuhnya terjatuh ke dalam pelukan Jongin. Mereka baring dan berpelukan dengan erat. Jisoo membenamkan wajahnya di dada lelaki itu, menikmati setiap saat belaian hangat dari lelaki yang sangat dicintainya. Betapa dia rindukan lelaki itu sehingga dadanya terasa sesak dan sebak saat ini.

"Bogoshipo..." Satu kucupan rindu hinggap di puncak kepala Jisoo agak lama sebelum dilepaskan. Pelukan mereka semakin erat tanpa berbuat apa-apa, membiarkan waktu berdetik dan keheningan melanda.

"Nado..."

Ada sesuatu yang tergantung di benak Jongin. Rasanya berbeza. Seperti yang dia katakan kepada Jisoo, ada rongga kosong yang terasa di dadanya. Rongga kosong yang terasa hampa, yang dulu diisi oleh Kai sebagai sebahagian dari dirinya. Dan Jisoo... isterinya juga mencintai Kai. Lelaki yang dianggapnya iblis itu telah berhasil membuatkan Jisoo jatuh cinta kepadanya.

Jongin tidak boleh menyalahkan Jisoo, walau apapun dia dan Kai adalah satu. Tapi Kai, alter egonya yang jahat itu sepertinya menghilang tanpa kesan. Ini sebenarnya yang diharapkan oleh Jongin, sudah sangat lama dia menginginkan Kai lenyap dari kehidupannya. Sekarang itu semua telah tercapai tapi kenapa dia sama sekali tidak merasa senang?

*

*

Hampir tengah hari ketika Jongin terbangun tiba-tiba. Dia terduduk di atas katil dengan Jisoo yang masih terlelap di sampingnya. Dalam kegelapan dia menggerakkan tangannya, mukanya berkerut ketika merasakan beberapa bahagian tubuhnya terasa sakit. Ketika itulah Jisoo memiringkan tubuhnya, nampak tidak selesa dengan tidurnya.

Apakah Jisoo sedang bermimpi buruk? Jongin mengamati kerutan kecil yang muncul di antara kedua kening Jisoo. Kemudian jemarinya bergerak lembut ke situ, mengusapnya agar kerutan itu hilang. Jisoo mendesah merasakan usapan Jongin di wajahnya, kemudian bergumam,

"Kai..."

Jongin tertegun, menatap ke arah Jisoo sekali lagi tetapi gadis itu sedang tertidur pulas, matanya tertutup rapat dan nafasnya teratur. Dengan perlahan Jongin melangkah menuju ke bilik mandi, mencuci mukanya di wastafel lalu mendongakkan wajahnya dan menatap cermin dihadapannya dengan tajam.

Lama Jongin menatap bayangannya di cermin, menanti Kai muncul dan berkomunikasi dalam benaknya tetapi semua terasa begitu hening.

"Dia mencintai kau juga. Jisoo mencintai kau juga." Jongin bergumam, lebih seperti berbicara dengan kehampaan yang kosong. Menunggu, tetapi tidak ada reaksi apapun dari dalam jiwanya. Tidak ada jawapan sinis dari kegelapan. Kai seakan sudah menghilang.

"Dia sedih sebab ingat kau dah mati." Jongin dengan keras kepala meneruskan percakapannya, mencuba memanggil Kai, "Dia mencintai kita berdua dan bersedia memaafkan kita berdua. Mungkin sudah saatnya kita saling berbaik-baik dan bekerjasama, demi Jisoo dan anak kita."

Hening.

"Bangun Kai, di manapun kau berada. Kau diperlukan . Ingat itu." Jongin bergumam perlahan sebelum melangkah pergi. Dan kemudian dia merasakan sesuatu berdesir di dalam benaknya. Menggeliat dan mencuba untuk terjaga...

*

*

Jisoo menyedari bahawa Kai mungkin tidak akan muncul lagi, sepertinya kemalangan itu telah benar-benar melenyapkannya. Diusapnya perutnya dengan lembut, menyedari kesedihan dalam dirinya yang masih mencuba untuk sembuh. Kai memang patut disalahkan atas semua kekejamannya tetapi Jisoo menyedari bahawa lelaki itu melakukannya hanya untuk melempiaskan kemarahan di dalam dirinya, kerana dia dilupakan, kesepian dan tidak ada yang menginginkannya.

Tiba-tiba Jongin sudah berdiri di belakangnya dan mengurut bahunya dengan lembut, "Tengah fikirkan apa? Kenapa duduk seorang diri?"

"Saya cuma ambil angin sambil cuci mata tengok keindahan taman ni." Jisoo sedang duduk di halaman belakang rumah Jongin, menghadap ke taman luas yang dipenuhi rumput hijau dan bunga-bungaan. Jongin mengambil tempat duduk di sebelahnya lalu menatap Jisoo dengan serius, "Tentang apa yang kau katakan tempoh hari, yang kau juga mencintai Kai, benarkah Jisoo?"

Jisoo tersenyum, "Maafkan saya, Jongin..."

"Tak. Kau tak perlu minta maaf, ia bukan masalah untuk aku. Kau ingat kan, aku pernah kata, kalau kau mencintai aku, kau juga harus mampu mencintai Kai..." Jongin menghelah nafas panjang, "Walaupun setelah apa yang Kai lakukan dekat kau dengan sangat kejam, meragut seluruh keluarga kau, kau masih boleh maafkan dan mencintai dia?"

Jisoo memandang ke tengah taman dengan mata menerawang. Kekejaman Kai tidak boleh dimaafkan tetapi itu cuma ketika Kai masih berkelakuan jahat. Ketika bersamanya akhir-akhir ini, Kai sepertinya telah berubah sedikit demi sedikit, malah lelaki itu merisaukan bayinya, lelaki itu menyelamatkan nyawanya. Salahkah Jisoo jika dia berfikir bahawa di dalam hati Kai yang gelap itu, masih ada kasih sayang di dalamnya?

"Siapa kata saya dah maafkan dia. Sampai mati pun saya tak akan maafkan kekejaman yang telah Kai lakukan pada saya. Pembunuh tetap pembunuh." Jisoo bergumam tegas, "Tapi apa yang dia lakukan untuk saya sejak baru-baru ni... saya rasakan masih ada kesempatan untuk Kai, di dalam hati dia masih tersimpan sedikit kebaikan."

"Kai sangat kejam. Kau tak takut lagi dekat dia?"

Jisoo menggelengkan kepalanya dan mengusap pipi Jongin dengan lembut, lalu membiarkan Jongin mengucup tangannya, "Dia adalah diri awak juga. Ayah kepada anak saya dan saya tak seharusnya takut dekat dia. Lagi pun dia tak pernah menyakiti saya dengan sengaja."

"Adakah... adakah kau menginginkan Kai kembali semula?"

Jisoo tersenyum, "Semua orang pasti akan kata saya bodoh tapi apa gunanya saya tipu diri sendiri... ya, saya nakkan Kai kembali. Saya inginkan Jongin dan Kai berdamai, saling berkompromi. Saya akan mencintai mereka berdua."

Jongin tersenyum, namun tiba-tiba senyuman itu berubah menjadi senyuman yang dingin, "Hati-hati dengan permintaan kau, Jisoo, sebab kalau ianya terkabul, kau harus tanggung akibatnya."

Jantung Jisoo langsung berdebar kencang. Dia menoleh ke arah Jongin dan menatap wajahnya dengan teliti. Sekarang dia sudah mampu mengetahuinya, dia mampu mengenali dan membezakan Jongin dan Kai dengan jelas. Jika mereka melakukan 'pertukaran' dalam beberapa saat sekali pun, Jisoo akan mampu mengenalinya.

"Kai..."

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

 

 


Hei hei hei ! Saya kembali lagi dgn short update. Sape rindu ff ni angkat tangannnn! #BeranganLebih XD Sorry lama tak update and tak sempat nak balas komen awak-awak semua. Sedih saya nak kata next chap adalah last chap ok. So stay tune~ 

Pssttt.. Saya brokenheart skrg ni sebab tak dapat tengok konsert EXO, Huwaaaaa!!! Cedihhh!!! ::>_<::

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!