Chapter 10

Call Me Monster

Pada keesokan harinya, Kai telah mendengar pesanan itu, yang telah dihantar oleh Sehun, salah satu orang kepercayaannya yang sangat setia kepadanya. Sehun bertubuh kurus, tinggi dan pucat, tetapi lelaki itu sangat arif jika membunuh. Kai pernah menyelamatkan nyawanya dalam satu insiden dan lelaki itu mengabdikan kesetiaannya kepada Kai. Kepada Kai, bukan kepada Jongin. Walau pun dia melaksanakan perintah Jongin, itu disebabkan dia tahu Kai ada di dalam diri Jongin. Sehun adalah salah satu dari beberapa orang yang tahu bahawa Kim Jongin memiliki dua keperibadian.

"Kau dah tahu di mana wartawan bodoh bernama Tao tu tinggal?"

"Saya dah tahu."

"Bagus. Nombor telefon dia?"

Sehun mengangguk dan meletakkan sebuah kertas yang tertulis nombor telefon di atas meja Kai. Kai menelefon nombor itu. Suara Tao terdengar ragu menjawab di seberang talian.

"Ya?"

"Ini Kim Jongin." Suara Kai dingin dan tenang. "Bagitahu aku tentang kerjasama kau."

"Sebentar, saya keluar dulu." Tao seperti sedang keluar dengan berhati-hati, membuatkan Kai tahu yang Jisoo ada di situ, bersamanya. Senyumnya terus melebar.

"Aku terima tawaran kau untuk temubual ekslusif tu. Info apa yang kau ada tentang Jisoo?"

Tao sangat senang sehingga tidak menyedari nada kejam dari suara Kai, "Baiklah. Jam berapa saya harus ke rumah anda? Okay—" Dia mencatat dalam hatinya, besok jam sembilan pagi di rumah Kim Jongin. Dia akan menemubual lelaki itu secara ekslusif dan malam ini dia mempunyai kesempatan menyoal Jisoo. Betapa beruntungnya dirinya.

"Saya tahu Jisoo ada di mana."

"Di mana?"

"Maaf tak boleh bagitahu lagi. Saya mesti menemubual anda dulu, setelah saya mendapatkan berita baru saya bagitahu informasi tu."

"Dan macam mana aku tahu kau tak tipu aku?"

Suara lelaki ini, walaupun melalui telefon sangat mengjengkelkan dan mendebarkan. Tak hairanlah Takuya nampak ketakutan kepadanya, Tao mengerutkan keningnya, "Terada Takuya," gumamnya, "Anda kenal ketua pelayan anda, kan? Jadi anda tahu saya tak tipu."

Hening yang lama dan menyeramkan. Lalu Kai bersuara."Esok jam sembilan." Dan telefon pun ditutup.

Kai masih merenung dalam senyuman sinis sambil menatap telefon itu ketika Sehun bertanya, "Tuan akan terima sesi temubual tu?"

Kai mengangkat matanya dan menatap Sehun, tatapan membunuh ada di sana walau pun bibirnya tersenyum, "Of course tak. Lelaki bernama Tao tu sangat bodoh kalau dia menganggap boleh mempermainkan aku. Dia tak akan hidup sampai jam sembilan untuk temubual esok." Kai terkekeh, "Malam ni kita akan berikan kunjungan kejutan untuk dia."

*

*

"Kita tak jadi pergi?" Jisoo mengerutkan keningnya. Dia sudah bersiap untuk pergi menemui rakan Tao yang katanya akan membantunya melarikan diri ke luar negeri.

"Kawan saya tengah ada urusan di luar bandar, jadi kita terpaksa tunggu hari esok untuk berjumpa dengan dia." Mereka sedang bersarapan di ruang tamu dengan makanan ringan yang Tao beli di pasar raya tadi. Jisoo gelisah. Itu bererti dia akan tertahan di tempat ini satu hari lagi. Firasatnya mengatakan bahawa akan terjadi sesuatu yang buruk. Harap-harap Kai tak dapat menemui mereka tapi Takuya pasti sudah berusaha melakukan yang terbaik untuknya bukan? Kai pasti tidak akan mampu menemui dirinya dan Tao.

"Oh ya, saya seorang wartawan."

Jisoo hampir tersedak coffeenya ketika Tao mengatakan hal itu, "Yeh?" Banyak-banyak orang di dunia ini, kenapa Takuya meminta bantuan seorang wartawan?

"Hei, jangan pandang saya macam tu. Tak semua wartawan jahat, okay. Saya ada kenalan yang luas dan saya boleh bantu awak." Walaupun Takuya terpaksa rasuah aku dengan berita eksklusif tentang kakak kau dengan sejumlah wang, sambung Tao dalam hati.

Jisoo termenung. Takuya pasti memilih Tao kerana lelaki ini mempunyai banyak kenalan. Dan teringat akan Kai dan Jongin yang sangat menghindari wartawan, mereka pasti tak akan terfikir bahawa Takuya akan meminta tolong dari seorang wartawan untuk membantu Jisoo melarikan diri.

*

*

Malam telah tiba dan Tao mengintip dengan berhati-hati di pintu bilik tidur Jisoo, gadis itu sedang tidur lelap. Tao menelan air liurnya, dia harus mendapatkan informasi sebelum besok pagi. Tao teringat bahawa malam itu Jisoo membawa beg dan menggenggam erat sebuah envelope. Dia harus menyelongkar beg itu, mungkin saja ada informasi rahsia di dalamnya. Setelah menghendap agak lama, Tao yakin bahawa Jisoo benar-benar telah tertidur lena.

Dia membuka pintu bilik Jisoo perlahan-lahan dan melangkah terhendap-hendap memasuki ke dalam bilik itu. Jisoo sedang tertidur miring membelakanginya sehingga Tao mula berleluasa untuk bergerak. Dia melihat beg itu. Beg hitam berukuran sederhana yang diletakkan di atas kerusi di tepi katil. Dengan hati-hati diambilnya beg itu dan diangkatnya ke atas meja. Dibukanya zip beg itu perlahan, berusaha tidak menimbulkan sebarang bunyi. Isi beg itu terbuka, menampakkan pakaian-pakaian perempuan yang tidak seberapa banyaknya dan ada envelope yang terselip di sana. Wang atau dokumen..?

Dengan ingin tahu Tao mengambil envelope itu dan membukanya. Isinya ialah duit kertas dalam bentuk dolar. Ternyata pelayan itu kaya juga. Tao tergoda untuk memilikinya. Dia kemudian memutuskan untuk mengambil wang itu. Lagi pun Jisoo tidak akan memerlukannya lagi. Besok Kim Jongin mungkin akan menjemputnya dan membawanya pergi. Tao yakin Kim Jongin boleh memberikan Jisoo lebih banyak duit daripada yang di envelope ini.

Dia berusaha memasukkan envelope itu ke dalam poket belakang seluar jeansnya kerana dia masih ingin membuka isi beg Jisoo, siapa tahu ada dokumen-dokumen penting tersembunyi di situ tetapi oleh kerana terburu-buru, envelope itu terjatuh ke lantai. Jisoo membuka matanya dan terus terduduk kerana terkejut, dia melihat Tao yang sedang menyelongkar isi begnya dengan envelope duitnya terjatuh di lantai.

"Apa yang awak buat dekat sini?!" Jisoo menjerit panik kerana ketakutan. Dia hanya berdua di rumah ini bersama Tao dan dengan bodohnya dia mempercayai lelaki ini kerana Takuya mengatakan lelaki ini akan menolongnya. Seharusnya dia curiga. Tao seorang wartawan dan semua wartawan selalu mempunyai maksud di sebalik tindakannya. Tao sendiri panik kerana ketahuan. Dia menyerkap Jisoo dan menekup mulutnya.

"Jangan jerit." Suara Tao kedengaran mengancam, "Saya cuma sedang mencari informasi tentang keluarga awak sebab awak susah sangat bagi kerjasama." Mata Tao tidak sengaja menyelusuri tubuh indah di bawah tindihannya. Dia baru menyedari bahawa Jisoo sangat cantik, kulitnya yang lembut menyentuh kulitnya. Tao lelaki normal dan berada di bilik yang sunyi dengan seorang gadis yang cantik tentu saja membangkitkan ghairahnya.

Jisoo melihat di mata itu. Mata lelaki yang mula dirasuk oleh nafsu. Dia meronta sekuat tenaga, berusaha melepaskan diri. Tangannya mencuba menolak, kakinya menendang sekuat yang dia mampu tetapi dia hanyalah gadis rapuh di bawah kuasa lelaki bertubuh besar. Jisoo hanya menyakiti dirinya sendiri ketika Tao menggunakan kekuatannya untuk menahannya. Kaki dan tangannya serta beberapa bahagian tubuhnya mula kemerah-merahan. Dengan penuh nafsu Tao merentap gaun tidur Jisoo di bahagian dada, koyakannya begitu kasar hingga tanpa sedar tangannya mencakar bahu Jisoo, menimbulkan garis kemerahan yang pedih. Jisoo melindungi dadanya sekuat tenaga, dia memeluk dadanya agar tidak terlihat oleh Tao sementara salah satu tangan Tao menekup mulutnya dan sebelah lagi dengan kasar mencengkam tangan Jisoo, berusaha menyingkirkan tangannya yang melindungi dadanya. Paha Tao mencuba membuka paha Jisoo yang tertutup rapat, nafas kedua-duanya termengah-mengah atas pergelutan itu. Dalam satu kesempatan, Jisoo menggigit tangan Tao yang sedang menekup mulutnya, membuatkan Tao marah lalu menamparnya dengan kuat hingga darah mengalir di tepi mulutnya.

"Diam, pelacur! Aku tahu kau dah jadi pelacur Kim Jongin dan sekarang aku akan layan kau macam pelacur!" Bentak Tao sambil menahan kedua-dua tangan Jisoo, lelaki itu terpana melihat dada Jisoo yang terdedah dan menampakkan pakaian dalamnya. Lalu dia berusaha mendekatkan bibirnya untuk melumat bibir Jisoo. Jisoo memejamkan matanya jijik, berusaha memalingkan kepalanya menghindari ciuman itu. Kedua-dua tangannya ditahan dan kedua-dua kakinya ditindih hingga dia tidak dapat bergerak. Jisoo bersumpah, dia akan membunuh diri jika lelaki itu berhasil memperkosanya.

Tubuh Tao semakin berat menindihnya. Semakin berat...lalu... tiada apa-apa yang berlaku. Kenapa lelaki itu hanya menindihnya dan kemudian terdiam? Jisoo membuka matanya perlahan-lahan. Seketika dirinya memekik ketakutan.

Sebuah pisau besar telah menembusi belakang Tao dan bukan hanya sekali tusukan tetapi lebih dari dua kali, kerana bajunya terkoyak oleh beberapa tusukan dan darah memercik keluar dengan deras dari belakangnya yang tertusuk pisau itu. Wajah Tao nampak sangat terkejut, matanya terbeliak dan bibirnya mengangah, lelaki itu sepertinya tidak sedar apa yang terjadi ketika ajal menjemputnya. Darahnya begitu banyak. Menitis menyebarkan cairan panas berbau hanyir. Cairan itu menitis ke bawah, membasahi tubuh Jisoo.

Jisoo menjerit, berusaha menyingkirkan mayat Tao yang menindihnya. Saat itulah Jisoo menyedari Kai berdiri di tepi katil, lelaki itu menatap mayat Tao dengan kemarahan yang menakutkan. Tatapannya nampak begitu puas kerana telah menancapkan pisau berkali-kali di belakang Tao. Kai mencabut pisau itu dengan dingin, nampak puas melihat darah segar mengalir dari lubang tusukan di tubuh Tao. Pisaunya berkilat dan dibasahi darah. Dengan tenang lelaki itu mengelapnya dengan kain kecil lalu memasukkan ke sarungnya, menyimpannya ke dalam poket jaketnya. Kai mengalihkan pandangannya dengan dingin ke arah Jisoo yang berusaha menyingkirkan tubuh Tao yang terkulai mati dari atas tubuhnya.

"Sehun."

Seorang lelaki tinggi lampai dan pucat melangkah masuk. Dia langsung tidak terkejut melihat mayat Tao.

"Selesaikan mayat tu." Tanpa berkata apa, Sehun menyingkirkan mayat Tao yang bermandikan darah dan mengangkatnya keluar bilik.

Jisoo terbaring dengan tubuh bergetar di atas katil sambil menatap Kai. Dia hampir saja diperkosa dan telah melawan sekuat tenaganya. Pakaiannya koyak dari leher bajunya hingga ke pinggangnya dan dalam usahanya untuk menutupi dirinya, Jisoo menggunakan lengannya untuk melindungi dadanya dan memeluk dirinya sendiri. Ada bekas cakaran dan garis-garis merah di tangan dan kakinya. Hujung bibirnya masih mengeluarkan darah segar, luka akibat tamparan Tao yang sangat kuat. Dia ketakutan setengah mati menyaksikan pembunuhan keji yang dilakukan Kai di depan matanya.

Kai menghampiri dan Jisoo serta merta mengundur ketakutan. "Ja... jangan dekat..." Matanya terasa panas oleh air mata kecewa dan tubuhnya terasa sakit. Dia sungguh takut dan tidak mampu lagi melawan tetapi setidaknya dia masih boleh bertahan.

Kai tersenyum, lelaki itu tidak mengatakan apa-apa. Dia menatap luka-luka di tubuh, bahu dan bibir Jisoo dengan reaksi tidak menyenangkan. Ada kemarahan membakar pada lelaki itu tetapi Kai tetap menjaga kemarahannya di dalam hati.

Lelaki itu membuka jaketnya, kemudian menyelimutkannya ke tubuh Jisoo yang sangat terdedah. "Jom kita pulang." Jisoo ingin melawan, tetapi dia sudah kehilangan tenaga. Dia hanya pasrah ketika Kai mengangkatnya dan menggendongnya keluar dari bilik itu.

Jisoo merasakan tubuhnya terhayun-hayun dalam gendongan Kai. Kemudian semuanya menjadi gelap.

Dia tersedar kemudian ketika merasakan gerakan kereta. Jisoo membuka matanya dengan bingung, dia berada di dalam kereta. Bahagian depan dadanya dilindungi oleh jaket milik Kai dan dia terbaring di pangkuan Kai. Tangannya pula masih tergantung di leher lelaki itu. Kai memeluknya dengan kaku, menahan kepalanya dengan lengannya.

Jisoo merasakan aroma itu dan kenangan akan Jongin mula merebak di benaknya. Dia mencuba mengusir kenangan itu. Ini sudah pasti Kai. Bukan Jongin. Hanya Kai yang mampu membunuh orang seperti membunuh binatang tanpa rasa bersalah. Lelaki ini kejam dan gila dan sekarang Jisoo kembali terperangkap di dalam cengkamannya.

Jisoo merasakan kereta itu berhenti. Mereka telah pun berada di gerbang rumah Jongin. Dia masih terdiam berpura-pura tidur walaupun jantungnya berdebar kencang. Jisoo ketakutan dan berharap Kai tidak merasakan debaran jantungnya. Setelah pintu gerbang itu tertutup, maka kesempatan Jisoo untuk keluar tidak akan ada lagi. Jisoo tidak akan pernah mampu lagi terlepas untuk yang kedua kali dari cengkaman Kai.

Lelaki itu menundukkan kepalanya dan kemudian menggunakan hujung jarinya untuk mendongak dagu Jisoo, memaksa gadis itu menatapnya. Ada senyuman kejam di bibirnya yang tidak mungkin dilakukan oleh Jongin. "Sekali lagi, selamat datang ke rumah, Jisoo." Gumamnya mengerikan, bergema di kegelapan, bagaikan sebuah janji yang tidak mampu dimungkiri, sama seperti ketika dia bersumpah bahawa Jisoo akan menjadi miliknya...

*

*

Kai menggendong Jisoo memasuki rumah itu. Para pelayan kelihatan sibuk menyiapkan sesuatu, suasana begitu sibuk hingga tidak terasa yang sekarang telah malam.

Lelaki itu meletakkan Jisoo di atas katilnya yang bercadarkan satin hitam lalu memberi beberapa arahan kepada para pelayannya. Setelah air panas dan kain serta ubat-ubatan lain diletakkan, para pelayan melangkah pergi dan meninggalkan Jisoo sendirian di dalam bilik bersama Kai.

Jisoo terdiam, berusaha menggenggam jari-jarinya yang menggigil. Dia masih mengenakan jaket Kai yang diselimutkan di bahagian depan dadanya, menutupi pakaiannya yang koyak. Dia sangat ketakutan, cubaan pemerkosaan yang dilakukan Tao telah menganggu seluruh emosinya dan kemudian pemandangan mayat Tao yang bermandikan darah dengan mata dan ekspresi terkejut mula menghantuinya.

Ditatapnya Kai dengan pandangan ragu."Adakah awak akan bunuh saya?" Kai hanya tersenyum misteri dan kemudian bergumam tenang. "Buka jaket tu."

Jisoo bingkas bangun dan menjauhkan diri di tepi katil kerana terkejut. Adakah dia dilepaskan dari mulut buaya hanya untuk masuk ke kandang harimau? Adakah lelaki itu akan memperkosanya? Jisoo mengetap bibirnya. Dia tidak akan menyerah kepada Kai dan membiarkan lelaki itu menguasainya dengan mudah.

"Andwae!" Bentak Jisoo. Kai mengangkat keningnya, "Keras kepala, padahal kau sangat lemah. Buka jaket tu."

"Shiro!" Suara Jisoo semakin kasar, dia benar-benar ketakutan.

"Aku tak akan rogol kau. Aku tak bernafsu dengan perempuan yang tak bermaya lepas disentuh lelaki lain. Dan luka di bibir kau buat aku tak selera nak cium." Kai mula hilang sabar, "Biar aku tengok luka kau."

Jisoo menggetar. Aura menakutkan itu masih ada, memancar jelas dari tubuh Kai. Benarkah lelaki itu akan melakukannya? Atau lelaki itu hanya memperdayanya?

Kai mendekatkan meja yang terletak besin air panas, ubat-ubatan, kapas, kain lap dan beberapa peralatan kecemasan lain di tepi katil. Kemudian dia menarik kerusi, duduk tepat di depan Jisoo yang terduduk di tepi katil. Matanya menatap tajam dan tidak lari membuatkan Jisoo terpaku di situ sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa ketika Kai melepaskan jaket yang melindungi dadanya yang terpampang jelas kerana pakaiannya yang terkoyak. Automatik Jisoo menutup dadanya tapi Kai mencengkam pergelangan tangannya dengan lembut dan menyingkirkan tangannya di tepi tanpa berkata-kata.

Pipi Jisoo terasa panas ketika dadanya terdedah di depan Kai namun lelaki itu nampaknya tidak tertarik dengan pemandangan itu. Matanya terpaku pada bekas cakaran dan goresan yang menimbulkan kesan merah di bahu Jisoo. Kemudian Kai meraih pergelangan tangan Jisoo, memeriksa bekas-bekas kemerahan yang mula membiru dengan pedih di situ. Lelaki itu lalu menggunakan jemarinya untuk mendongakkan dagu Jisoo, memiringkan bibirnya agar terkena cahaya lampu sehingga lukanya terlihat jelas. Sejenak suasana hening melanda tetapi aura kemarahan terasa kental memenuhi ruang, membuatkan suasana menjadi menakutkan. Lelaki itu mengetap giginya sambil mengamati luka-luka Jisoo dan kemudian terdiam lama seolah-olah sedang mencuba menahan diri.

Lalu dalam keheningan itu Kai mengambil kapas dan mencelupkannya ke dalam cairan alkohol antiseptik kemudian mengusap garis-garis kemerahan yang sedikit berdarah di bahu Jisoo. Jisoo mengerang atas sentuhan pertama kapas itu membuatkan Kai meringankan sentuhannya. "Shhh..." Dia berbisik perlahan, mencuba menenangkan Jisoo apabila sekali lagi dia mengusap cakaran merah itu dengan cairan alkohol dan antiseptik, membersihkannya. Jisoo berkerut merasakan pedih di kulitnya ketika proses itu. Kemudian lelaki itu mencelupkan kapas di air panas dan menggunakan jemarinya sekali lagi untuk mengangkat dagu Jisoo. Dengan gerakan lembut, diusapnya luka bekas tamparan Tao di hujung bibir Jisoo. "Luka ni akan bengkak dan memang akan rasa sakit." Kai mengucapkan kata-kata yang memecahkan keheningan, dia mengerutkan keningnya seakan tidak suka, "Dan aku tak boleh 'sentuh' bibir kau untuk jangka masa lama."

Jisoo terngangah, memandang Kai dengan marah. Seluruh tubuhnya sakit dan dia hampir diperkosa dengan kesan luka hampir di setiap tubuhnya dan lelaki itu malahan risau kerana tidak dapat menciumnya? Jisoo semakin yakin Kai lelaki yang jahat dan tidak mempunyai perasaan simpati sedikit pun.

Tapi lelaki jahat inilah yang menyelamatkannya dari cubaan pemerkosaannya. Jisoo tiba-tiba menyedari kenyataan itu. Kalau Kai tidak datang dan menancapkan pisaunya ke belakang Tao tadi, mungkin Tao sudah berhasil memperkosanya. Jisoo terkedu membayangkan hal itu benar-benar terjadi.

Kai mengamati perubahan ekspresi Jisoo tetapi dia tetap diam. Tangannya masih sibuk membersihkan darah di sudut mulut Jisoo. Setelah yakin telah bersih, lelaki itu melakukan hal yang sama di tubuh Jisoo yang terluka , mengolesnya dengan antiseptik.

"Selesai. Sekarang buka baju kau."

"Shiro." Jisoo kembali melindungi dadanya dengan kedua-dua lengannya. Lelaki itu bermimpi kalau dia boleh membuat Jisoo membuka pakaiannya secara sukarela di depannya.

Kai menatap Jisoo dengan marah. Sejenak ada api di matanya, seolah-olah dia bertekad akan membuat Jisoo menuruti kemahuannya tetapi kemudian lelaki itu melihat penampilan Jisoo yang lusuh dan baju terkoyak lalu entah mengapa memutuskan untuk mundur dan mengalah.

"Araseo. Ganti baju kau dengan itu." Lelaki itu menunjuk pijama satin warna hitamnya yang terlipat rapi di meja. "Aku akan menghadap tempat lain."

"Kenapa awak tak keluar ja dari tempat ni?"

"Sebab aku tak nak." Tatapan Kai kejam dan mengancam, mengingatkan Jisoo kalau gadis itu sudah terlalu jauh menguji batas kesabarannya, "Cepat ganti baju kau." Kai melangkah ke jendela yang membelakangi Jisoo dan menatap ke arah luar. Sejenak Jisoo terpaku menatap belakang Kai, tidak menyangka kalau Kai ingin mengalah untuknya.

Kemudian dia berusaha membuka gaun tidurnya yang dipakai sejak dari apartment Tao. Gaunnya terkoyak dan tergantung dengan lusuh di pinggangnya. Jisoo melepaskan gaunnya hingga dia hanya mengenakan pakaian dalam. Diliriknya Kai dengan waspada. Lelaki itu masih membelakanginya dan menatap ke luar jendela, kaku bagaikan batu. Dengan cepat Jisoo meraih seluar pijama itu dan memakainya sehingga menenggelamkan bahagian kakinya kerana sedikit besar. Ketika ingin memakai pijama hitam itu, dia terpaksa memakainya dengan bersusah payah. Lengannya kaku dan menggetar disebabkan masih trauma dengan kejadian di rumah Tao serta takut dengan lelaki yang bernama Kai itu, dan perbuatan mengancingkan kemeja itu sangatlah susah dilakukan kerana jemarinya kesakitan dan membeku seperti ais.

Tanpa sedar, air mata Jisoo menitis, dia berusaha mengancingkan kemeja itu berkali-kali tapi tidak berhasil. Dia mengutuk dirinya sendiri sambil berusaha menahan esakannya.

Kai memalingkan tubuhnya ketika mendengar esakan kecil Jisoo dan melihat gadis itu sedang berusaha mengancingkan kemejanya dengan tangan menggigil dan air mata yang berlinangan. Kai sempat mengumpat di dalam hati lalu menghampiri Jisoo.

Tatapan Jisoo kepadanya sungguh meluluhkan hati, bahkan untuk lelaki berhati kejam seperti Kai.

Air mata menitis tanpa henti mengalir di pipi Jisoo. "Saya...saya dah cuba... tapi susah—" Jisoo menangis antara kesal dan takut. Tangannya menggigil teruk sehingga Kai menangkupkan jemarinya ke jemari Jisoo yang sejuk bagai ais itu, berusaha menghentikan getarannya.

"Biar aku yang pasang." Lelaki itu menyingkirkan tangan Jisoo dan mengancingkan kemeja Jisoo satu persatu. Apabila sudah tertutup sampai ke atas, dia menyuruh Jisoo supaya berbaring di katilnya. "Tidurlah." Kai bergumam, tetapi rupanya dia tidak perlu melakukan itu kerana sebaik saja terbaring, Jisoo terus tertidur.

Semalaman Kai tidak tidur. Dia bersandar di jendela, mengamati Jisoo yang tertidur lemah.

*

*

Jisoo terbangun hampir tengah hari. Kali ini seluruh tubuhnya benar-benar terasa sakit. Hujung bibirnya terasa bengkak sehingga dia susah untuk berbicara. Dengan susah payah dia berusaha duduk di katil tapi rebah semula dengan lemah.

"Badan kau belum pulih sepenuhnya lagi, tak payahlah bangun. Itu cuma akan buat kau terasa sakit." Suara itu terdengar dari sudut gelap berdekatan jendela.

Jisoo menolehkan kepalanya dan mendapati Kai berdiri di bayang-bayang di jendela, lelaki itu sedang mengamatinya. Kepala Jisoo terasa pening, tambahan lagi sekarang dia ditempatkan di bilik Kai. Bagaimana mungkin dia boleh melepaskan dirinya?

"Awak dah berjaya tahan saya di rumah ni, sesuai dengan obsesi awak. Sekarang apa yang awak nak buat dekat saya?"

Kai ketawa perlahan dan melangkah mendekati Jisoo, "Kau memang betul-betul tak takut dengan aku, kan..." Lelaki itu memaksa Jisoo menghadapnya lalu sebelah jemarinya mencengkam leher Jisoo yang rapuh. "Sepatutnya kau tak pernah cuba lari." Suara Kai mendesis penuh kemarahan dan menatap Jisoo seperti ingin membunuhnya. "Aku boleh remukkan leher rapuh kau ni dengan sebelah tangan, membunuh kau dengan tangan kosong. Kau tahu aku pernah melakukannya pada seorang pelacur. Aku bunuh dia dengan tangan kosong dan terus pergi. Aku buat semua tu hanya untuk menganggu Jongin, meninggalkan dia terbangun dengan mayat perempuan yang mati tercekik di katil dia. Lalu ketawa terbahak-bahak sambil mengamati dia berusaha menyelesaikan semuanya."

"Kalau macam tu lakukan sekarang." Jisoo memejamkan matanya. Lagi pun dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Kalau benar dia harus mati di tangan Kai, mungkin itu jalan yang terbaik.

Jemari Kai mengencang di lehernya, seakan-akan benar-benar ingin mencekiknya tetapi kemudian pegangannya mengendur dan lelaki itu melepaskan pegangan tangannya di leher Jisoo. Jisoo membuka matanya dan melihat Kai sedang mengamatinya dengan pandangan menilai.

"Kenapa awak tak teruskan saja?"

"Sebab kau akan lebih berharga buat aku kalau kau hidup." Kai ketawa dengan tatapan jahat, "Aku simpan kau bukan untuk aku bunuh. Kalau aku nak bunuh perempuan, aku hanya tinggal memetikkan jari dan mereka sendiri akan datang dekat aku. Sedangkan mereka sendiri tak sedar mereka di ambang kematian."

Mata Jisoo membara, "Macam yang awak buat pada unnie saya."

"Itu kemalangan." Kai kelihatan tidak menyesal, malah nampak sangat puas, "Chaewon menyelinap masuk ke dalam bilik aku dengan baju seksi yang dia fikir boleh menggoda aku untuk 'tidur' dengan dia." Kai berkerut jijik. "—dan rasa ingin tahu membuatkan dia menceroboh koleksi album gambar milik aku." Kai tersenyum, tahu bahawa Jisoo faham apa maksudnya, dia yakin Takuya sudah menjelaskan semuanya kepada gadis ini, "Jadi aku terpaksa bunuh dia."

"Adakah dengan semudah tu awak membunuh orang? Awak memang tak ada hati dan perasaan!"

"Perasaan?" Kai tergelak kuat, "Cukup hanya Jongin yang selalu dikuasai perasaan, perasaan hanya akan membuat aku lemah. Sama seperti ibu kandung aku yang dikuasai perasaan cinta membabi buta pada suami kedua dia, menyebabkan dia tak mampu berbuat apa-apa bila aku kena dera."

Jisoo memandang Kai dengan terkejut. Jongin tidak pernah menceritakan hal itu kepadanya. Adakah yang dikatakan Kai itu benar, atau Kai hanya berusaha memanipulasinya?

"Jongin tak ingat apa-apa, dia tahu yang dia kena pukul tapi itu hanya sebab dia terbangun dengan garis-garis luka di belakang dia." Mata Kai nampak gelap penuh amarah. "Ayah tiri aku suka pukul anak dia sendiri kalau aku tak sesuai dengan standar dia, dia akan menghayunkan tongkat dia dan memukul belakang aku tanpa belas kasihan. Aku wujud sebab peristiwa tu."

Kai tersenyum dingin kepada Jisoo, "Kau pasti tertanya adakah Jongin memiliki aku sejak awal? Jawapannya mungkin tidak. Aku adalah pertahanan diri Jongin bila dia rasa sakit yang amat sangat ketika dipukul oleh lelaki tu. Jongin menenggelamkan kesedarannya dan lari dari kesakitan tu, dan akulah yang kemudian terbentuk dari alam bawah kesedarannya, terbangun untuk sedar sepenuhnya ketika ayah tiri aku memukul belakang aku dengan tongkat. Akulah yang menanggung kesakitan atas pukulan-pukulan tu untuk Jongin, bukan dia."

Jisoo menutup bibirnya dengan tangan, terkejut atas cerita Kai. Mereka pasti masih sangat kecil ketika harus menanggung kekejaman orang tuanya seperti itu.

Kai menatap Jisoo tajam. "Semua kemarahan Jongin, kebencian dia pada orang tua dia, kebencian dia pada dunia, semuanya terkumpul di satu sudut kecil hatinya sehingga aku terbentuk. Jongin yang membentuk aku tanpa dia sedar. Sampai satu tahap aku tak tahan lagi menerima pukulan-pukulan tu, aku rampas tongkat tu dari tangan appa aku dan memukul kepala dia sampai berdarah. Eomma aku berteriakan, dia membela lelaki tu sepenuh hati. Bayangkan, anak dia sendiri dipukul dengan tongkat sampai tak boleh berdiri, dia hanya diam... dan bila lelaki tu dilukai, dia membelanya sambil menangis teresak-esak, sungguh eomma yang tak berguna," Jongin mencebik sinis, "Jadi aku mengugut kedua-dua orang tua aku, kalau mereka berani bertindak kasar dekat aku lagi, aku akan bunuh mereka."

Jadi Kai terbentuk disebabkan kemarahan terpendam Jongin semasa di zaman kanak-kanaknya? Keperibadian itu kemudian tumbuh bebas dan kuat, mencari kesempatan di saat Jongin lemah lalu menjadi individu yang benar-benar berdiri sendiri.

"J-Jongin.... adakah dia tak akan kembali lagi?"

Kai tersenyum perlahan-lahan, "Tidak sayang, dia terlalu lemah dan tak sedarkan diri, sedangkan aku sendiri tak dapat rasakan kehadiran dia dalam diri aku. Kau tahu, aku selalu lebih kuat dari Jongin. Bila dia menguasai tubuh ni, aku masih tersedar, mengamati dari sudut yang paling gelap di dalamnya. Tapi bila aku menguasai tubuh Jongin, dia sepenuhnya tertidur dan mungkin akan terbangun dengan ingatan samar-samar terhadap perbuatan yang aku dah buat. Dan sekarang aku tak dapat merasakan kehadiran dia lagi." Senyuman Jongin melebar puas, "Tubuh ni sekarang menjadi milik aku sepenuhnya."

Wajah Jisoo pucat lesi, benarkah yang dikatakan oleh Kai? Bahawa Jongin sudah lenyap? Kalau begitu... ia sama saja seperti Jongin sudah mati? Itu tak mungkin. Jisoo menggelengkan kepalanya tanpa sedar. Jongin pasti masih hidup jauh di dalam sana. Dia hanya lemah. Kalau Jisoo ingin menyelamatkan Jongin, dia harus membangunkan Jongin. Tetapi bagaimana caranya? Lelaki ini nampak begitu kuat dan berkuasa dan juga sangat yakin dengan dirinya. Mampukah Jisoo membangunkan Jongin kembali?

*

*

Kai menemui Takuya di hospital. Kedua-dua tangan Takuya yang patah telah disimen dan di gips. Lelaki itu kelihatan tidak berdaya duduk di atas katil rumah sakit, benar-benar sesuai dengan apa yang diinginkan Kai.

Para pengawal berjaga ketat di dalam dan di luar bilik pesakit yang private itu. Kai memasuki bilik itu dan berdiri sambil mengamati Takuya. Takuya memalingkan mukanya, tidak ingin melihat Kai. Bayangan Arisa dan anaknya yang masih kecil dan api yang membakar masih begitu menghantuinya. Seharusnya Kai membunuh saja dirinya kerana sekarang dia sudah tidak layak hidup tapi entah kenapa Kai tidak membunuhnya. Takuya tidak tahu alasannya.

"Aku berjaya mendapatkan Jisoo kembali." Kai bergumam perlahan dengan puas, dia seakan ingin menilai reaksi Takuya.

Takuya memejamkan matanya, merasakan kesedihan yang menusuk jiwanya. Semuanya gagal. Bahkan satu-satunya usaha menyelamatkan Jisoo pun gagal. Tuan Jongin pasti akan kecewa kepadanya.

"Lain kali, kalau nak upah orang jangan hanya nilai hasil penyelidikan di atas kertas. Nilai moral dan kejujuran dia sekali." Kai bergumam lagi, membuatkan Takuya akhirnya menolehkan kepalanya dan menatap Kai dengan bingung. Apa maksud lelaki itu?

"Tao sendiri telefon aku, menawarkan kesepakatan yang lebih besar." Kai tersenyum mengejek. "Dia fikir bahawa menjalinkan kesepakatan dengan aku akan memberikan dia keuntungan yang lebih besar daripada kau."

Takuya mengerutkan dahinya. Dasar wartawan bodoh! Takuya benar-benar menyesal mempercayai Tao.

"—dan aku seelamatkan Jisoo dari Tao tepat pada waktunya."

Hening.

Lalu Takuya menatap Kai dengan pandangan tertanya-tanya. "Apa maksud tuan?"

"Orang upahan kau tu cuba memperkosa Jisoo, aku datang tepat pada waktunya."

"Jadi tuan bunuh dia?" Takuya tetap bertanya meskipun dia sudah tahu jawapannya.

Kai terkekeh, "Sudah tentu."

Takuya menarik nafas panjang, baru kali ini dia merasa lega atas pembunuhan kejam yang dilakukan Kai. Kalau memang benar Tao mengkhianati kesepakatan mereka dan kemudian cuba memperkosa Jisoo, maka dia pantas mati.

"Aku sepatutnya menghukum kau sebab dah meletakkan Jisoo dalam situasi bahaya. Dia milik aku dan lelaki tu hampir menyentuh Jisoo dan telah mencederakan dia."

Takuya menatap Kai dengan tatapan datar. Tuannya itu sudah mematahkan kedua-dua lengannya, hukuman apa lagi yang akan diterimanya? Adakah Kai akan mematahkan kedua-dua kakinya juga?

"Aku akan memikirkan hukuman tu nanti. Sekarang aku tengah senang sebab Jisoo telah kembali ke pangkuan aku lagi." Kai melangkah pergi sambil terkekeh mengejek kepada Takuya. Ketika berada di pintu, tiba-tiba dia memutarkan langkahnya, "—dan satu lagi, aku tak bunuh Arisa dan anak kau, mereka baik-baik saja dan berjaya pindah di rumah sewa yang kau sediakan untuk mereka. Sayangnya aku tahu di mana tempat tu berada." Tawa mengejek Kai semakin kuat, "Aku kata aku bunuh mereka hanya untuk tengok kau terseksa."

Lelaki itu pergi sambil menutup pintu di belakangnya tapi tawa mengejeknya masih bergema kuat dari lorong rumah sakit itu. Yang mampu dilakukan Takuya hanya menangis. Air matanya bercucuran. Dia menangis sekuat hatinya. Tangisan syukur dan kelegaan yang luar biasa.

*

*

Kai menatap bayangannya di cermin dan dia mengerutkan keningnya. Dia merasakan Jongin yang kini berada di dalam cermin membalas tatapannya.

Ternyata Jongin masih ada. Beberapa hari ini dia tidak merasakan kehadiran Jongin sehingga Kai menyangka dia telah berhasil menghilangkan Jongin buat selamanya tapi sekarang Jongin nampaknya menggeliat lagi, bangun dari tidurnya yang panjang. Atau jangan-jangan, kehadiran Jisoo juga membuatkan Jongin menjadi kuat?

"Aku fikir kau dah mati." Kai tersenyum mengejek pada bayangannya di cermin. Jongin menatap Kai tajam, "Aku masih ada di sini, Kai. Kau tak boleh menguasai tubuh ni sendirian dan aku terjaga sebab aku dapat rasakan kehadiran Jisoo."

Kai berkerut. Jadi benar, Jisoolah yang menjadi pemangkin Jongin agar terbangun tapi bagaimana mungkin? Kai yakin Jisoo menjadikan dirinya kuat kerana gadis itu membuatkan dia obses, dan obsesi membuatkan dia fokus dan makin kuat sehingga mampu menguasai tubuh ini tapi bagi Jongin, perasaannya kepada Jisoo adalah perasaan cinta dan cinta bagi Kai adalah sesuatu yang melemahkan. Bagaimana mungkin perasaan cinta boleh membuatkan Jongin menjadi kuat? Jongin tersedar lagi sedangkan Kai telah menghapusnya jauh ke dalam.

"Kau tak akan dapat menguasai Jisoo." Jongin menatap Kai dengan pandangan mengancam, "Aku tak akan biarkan itu terjadi."

"Jinja?" Kai ketawa, "Kita tengok saja nanti."

Ketika meninggalkan cermin itu, geraham Kai mengeras. Dia harus menguasai Jisoo secepatnya dan menunjukkan kepada Jongin bahawa dia lebih kuat.

*

*

Jisoo berdiri mundar-mandir di bilik Jongin. Bilik itu terletak di tingkat dua sehingga dia tidak boleh melompat dan pintunya juga di kunci. Benak Jisoo dipenuhi oleh fikiran-fikiran membingungkan. Dia ingin membangunkan Jongin semula tapi bagaimana caranya? Jisoo sedikit pun tidak ada pengalaman ataupun pengetahuan tentang psikologi mengenai alter ego. Buku Dr.Jakel & Mr.Hyde yang pernah dibacanya langsung tidak membantu kerana itu hanya sebuah novel.

Mungkin kalau dia mampu memujuk Kai supaya mengizinkannya ke perpustakaan, dia boleh mencari buku-buku psikologi yang dapat memberinya petunjuk tentang bagaimana cara untuk membangunkan Jongin semula.

Kai mengatakan dia sudah tidak merasakan Jongin di dalam dirinya dan melalui senyumannya, Jisoo tahu Kai tidak bohong. Dan itu membuatkan Jisoo ketakutan. Jongin tidak mungkin mati dan hilang begitu saja bukan?

Tiba-tiba terdengar bunyi klik dari luar dan Jisoo mengundur jauh dari pintu, menatap waspada ke arah pintu tersebut, seakan tahu bahawa musuh besarnya, Kai akan masuk ke bilik ini. Dan benar, Kai memang masuk dengan pakaian formalnya yang berwarna hitam. Lelaki itu menatap Jisoo dengan penuh tekad dan kemudian mengunci pintunya.

Jisoo mengundur selangkah, menyedari tekad yang sangat kuat di mata Kai. Tekad yang hampir sama seperti hasratnya untuk membunuh.

Tubuh Jisoo bergetar. Adakah lelaki ini telah memutuskan bahawa sudah tiba saatnya untuk dia mati?

Kenapa awak pandang saya macam tu?"

Kai tidak menjawab. Lelaki itu malahan melepaskan butang blazernya dan kemudian membuang blazer itu di lantai. Tali lehernya menyusul kemudian dan lelaki itu mula membuka butang kemejanya membuatkan Jisoo panik dan tidak tentu arah.

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

 

; Aduh Kai, aku baru nak ship kau dgn Jisoo, tapi kau dah buat perangai hahahaha XD Anyway, jgn lupa bagi feedback ya

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BlueOceanHeart #1
Chapter 16: Wahhh a beautiful love story~~~
Sedihnyaaa dah tamat, lama sy tggu author update tau. Tp apapun tahniah yaaa. And yes, buat sequel please heheh
Melting_95 #2
Chapter 14: Bile nak update lagi? Saya rindu lah T____T
lugege_
#3
Chapter 14: Kai ㅠㅠㅠ Ingatkan Kai dah mati. Saya hmpir menangis uhuhu
lugege_
#4
Chapter 13: Kai jangan mati T_____T saya lagi suka Kai berbanding Jongin actually T_T
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 13: Uhuks..sedihnya...kesian Kai. Jisoo tak nak kat dia...uhuks..Kai kena langgar...saya rasa saya pilih Kai dari jongin sebab Kai...prihatin dalam serius. Apa yang aku mengarut ni? Haha..
BlueOceanHeart #6
Chapter 13: Huhuhuu menghayat hati betul... T_T
Kalo boleh sy nak dua2 masih hidup.
Sy tggu awk update ok, hwaiting!